Ramadhan datang lagi.
Harapnya ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ni.
Last year berpuasa pertama kali sebagai isteri yg sedang mengandung. hihi.
This year cabaran cuma (cuba positif okay..) bertambah sikit sahaja(cuba utk positif lagi..hihi), berpuasa sebagai isteri dan ibu beranak kecik.
Ya allah jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas2, lindungilah seluruh kaum keluarga kami, saudara mara dan sahabat2 kami dari perkara2 buruk. Aku serahkan segalanya kepada-Mu ya allah. Hanya padaMu aku sembah dan tempat aku memohon pertolongan. Amin
Al-Fatihah utk arwah abah.
Search This Blog
Contest: Dunia Susu Ibu
Mari sebarkan tentang kewujudan contest ini!
Okay. Idea dh datang.
6.1. Kategori: Bersalin secara normal.
6.2. Tarikh Lahir Anak : 21 Nov 2011
Breastfeeding & Me.
Sebelum deliver, semua pun rasa senang.. rasa semua dari pembacaan dh cukup lengkap. Saya tahu benar tentang kebaikan susu ibu. Saya yakin saya boleh menyusukan anak saya. Saya mmg yakin.
Tapi hakikatnya, when a baby is born..a mother was born too.
Both pun kene belajar from zero.Ya.. Zero = 0
Saya juga blur pada hari pertama.
Saya terpaksa sms and call kawan2 sbb banyak yg saya tak tahu. Rupanya. Hihihi
Melahirkan secara normal
Alhamdulillah, proses bersalin 8 bulan yg lepas dipermudahkan. Kisah melahirkan anak kesayangan yg sulung ni mmg akan jadi kenangan sampai akhir nyawa. Sbb..ianya adalah kali pertama. (cerita kali kedua bakal menyusul..hihi)
Merasa sakit bersalin pada saya satu anugerah. Ada kawan2 saya yg masih belum merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat. Alhamdulillah, allah makbulkan doa saya. Menjadi emak ni buat hidup saya lengkap.
Sakit bersalin yg saya alami seawal pukul 3 pagi setelah V.E yg pertama (mmg pertama kali dlm hidup) saya rasai. Menjelang pukul 7 pagi dan sudah fully dilated,saya mmg lemah selemah lemahnya. Mmg masa tgh usaha push tu mcm dlm mimpi je. Serious saya mamai dan sangat2 mengantuk.
Akhirnya, tepat pukul 8.44 pagi saya selamat melahirkan putera sulung dengan bantuan vacuum...huhuhu.. maka wajiblah menempuh proses jahit menjahit. While proses jahit menjahit tu saya mmg lena terus.. tersedar sekejap2 bercakap dengan doktor dlm keadaan separa sedar. Mmg niat nak df baby dalam masa sejam pertama tu tinggal mimpi...
Pertama kali menyusukan
Miracle.. Cara si kecil saya menyusu seperti dia sudah berbulan2 menyusu dengan saya. Mudah. Saya mmg tak nampak berapa ounz yg si kecil minum, tetapi bila dia lena tidur saya yakin dia telah kekenyangan. 4 hari dihospital dan si kecil saya didiagnos mendapat jaundice mmg mengharukan. Apa yg saya set dlm kepala, saya perlu kerap menyusukannya supaya dia cepat sembuh. Alhamdulillah. Dia sihat.
Cabaran Penyusuan
Saya tahu mengenai latching yg betul, tetapi nipple saya crack juga. Bila si kecil menangis lapar di tengah malam, saya juga menangis...menangis menahan sakit.
Macam2 cara and petua yg kawan2 bagi saya cuba buat.
Kawan kawan PC yg sudi melawat ketika saya dan si kecil di Ipoh perasan yg si kecil seperti mengalami tongue tie, mungkin disebabkan itu latching jadi susah. Berminggu dan makan berbulan juga saya dan suami monitor perkembangan si kecil kami. Berat dan tumbesarannya normal dan perlahan2 masalah latching semakin berkurang.
Saya mula train Irfan menggunakan botol disiang hari seawal umurnya 1 bulan. Saya terpaksa. Saya ibu yg bekerja. Irfan akan dihantar ke nursery ketika saya bekerja. Jadi Irfan perlu belajar menyusu 'tanpa' saya. Saya jadi kering hati. Saya cuba pujuk Irfan sabar walaupun saya tau dia mahu menyusu terus dari saya. Saya kira hari2 berapa ounz susu yang irfan consume within masa saya bekerja (7pg-7mlm) Saya ada diary penyusuan. Setiap hari saya menulis. Without fail.
Saya memerah untuk stok perahan juga bila Irfan genap sebulan. Agak lewat. Orang lain, seawal minggu pertama kelahiran. Hasil dari kerajinan (dlm pantang mmg takde kerja lain selain duduk depan lappy) saya menggodek2 blog2 ibu ibu menyusu,segala ilmu saya kutip. Yang saya rasa tak mampu simpan dalam kotak memori otak (yg kian limited ini) saya tulis dalam diari.Dengan ilmu2 ini lah saya membesarkan si kecil kesayangan. Saya memang 'by the book person'. Saya kutip teori. Bila buat praktikal baru tau senang susahnya. Cara bawa susu perahan dari Ipoh ke K.l pun saya ikut apa yg saya baca 100%.Serius.
Jenis Pam
Saya pakai Madela Harmony. Manual and single pump. For me, senang guna and mobile. Buh dalam handbag pun muat. Boleh pam dimana2. Pakai shawl sebagai nursing cover. Orang tak perasan pun kita wat apa,sbb tak ada bunyi. Setakat ni saya cuma tukar membrane and other parts tu sekali je.
Stok Susu.
Saya tak punya stok susu yang mewah. Saya tak ada deep freezer pun. Tapi bila kadang2 hasil susu berkurang/kurang dari selalu yg saya dpt, saya cuak jugak. Mengadu dengan kawan. Tapi nak mengadu pun kena mengadu dgn org yg betul, sbb silap haribulan ada jugak yg akan suruh bagi susu formula. Tapi saya selalu tenangkan diri dengan pujuk diri sendiri,ingat.. berapa banyak yg kita dapat itu mmg rezeki anak. Yang penting,pam(kalau tak boleh direct feed - bila time keje) kena hari2. And ikut schedule - saya wat 3 kali sehari. Saya cuba wat jadual. Tapi selalu je langgar..hihi. But still pump. Better late than never org kata. Tak sempat kat office dalam kereta pun boleh.... (sbb saya tak drive)
Agak mencabar jugak bila ada masa2 yg terlalu sibuk sampai tak sempat nak pam. Mmg stress,tapi pam je bila dh free. Masa dihantar berkursus (tempat yg tak biasa) saya pening jugak pikir macammana nk pam, bila boleh pam(jadual kelas yg ketat). Tapi redah je... Ada masa free terus je pam. Jumpa surau je terus pam. Insyaallah kalau niat kita baik, allah sentiasa ada dan sentiasa memudahkan usaha kita.
No worries mommy!
8 Bulan Menyusukan
Semua pun macam biasa je. Cuma Irfan consume tak la banyak mcm dulu (dulu 8 botolx4oz) sekarang paling byk 7botolx4oz,kadang2 6 botol je. Maybe sebab dia dh makan. Tapi weekend Irfan mmg menyusu je.(mama dia malas masak- and sbb mama dia still rasa dia baby lagi)
Sentiasa ada pasang surut dalam production susu. Saya harus lebih tabah. Yea..tabah. Saya juga seorang wanita yg mudah stress. Hahahaha
setelah 8 bulan...
Mama and Irfan makin serasi. Serius. Kami masih mencari keserasian. Mama masih belajar menjadi ibu. Dan Irfan membantu.
Impian
Saya mahu dan sangat teringin utk sentiasa memberi yg terbaik utk Irfan, menyusukan dia selama yg dia mahu (tuntutan agama: 2 tahun) salah satu darinya.
Moga allah sentiasa membantu saya. Memudahkan perjalanan penyusuan kami. Murahkan rezeki Irfan.
Amin ya rabbal alamin.
** Macam tak sempat je nk tag sapa2 join peraduan ni. So i can just hope if anybody/other moms who read this entry will get some idea about breastfeeding
Kongsi
" Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yg pertama, kemudian pada 7 tahun yg kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yg ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu"
Sayidina Ali r.a
Subscribe to:
Posts (Atom)
My first umrah
Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids. My d...
-
Twins of Faith: Knowledge and Action The biggest Malaysian Islamic Family Festival for 2011! 24th & 25th December 2011, Putrajaya I...
-
Hadoi..naper la tak baca surat ni dari dulu2 lagi. Mesti lebih lah calm dulu...taklah pelik and tension2 or tak keruan tak tentu hala. Ras...
-
Mari mula menulis semula. Hiuhiuhiu... Kita start dengan cerita sedih ye. hahahaha apadaaaa. Arghhh..tak kira. Kalau dh namanya jiwa s...