Search This Blog

Milestone: Irfan Ahmad

Lambat update lah mama ni.
Irfan dh nak masuk 10 bulan dah.
Kira ni compilation of milestone lah ye.

Hihihi.
Semenjak ada anak ni, kalau boleh setiap perubahan dia nk update kat org.
Sihat demam si kecik tu jadi benda paling penting sekarang.

Apa jugak achievement irfan walaupun kecik mama rasa nak heboh sekampung.

Awal ogos aritu mama perasan yg irfan lebih suka berdiri dari duduk. Dalam playpen selalu mesti berdiri tgk tv. Kalau mengantuk je irfan akan tgk tv sambil baring.


berdiri tgk tv

suka berdiri kat sofa

xleh duk diam seminit..hihi
Anak mama ni merangkaknya belum, duk merayap cam askar. Tolong mop umah ye tak..hihi

Irfan dah nak masuk 9 bulan, baru mama perasan irfan pandai pegang botol susu sendiri. Ye lah, kat rumah kan irfan direct feed je. Ada sesekali je bila irfan tgh start balik menggila menggigit (teething) mama pump buh dlm botol. Irfan gigit sakit tau.


Gigit lagi...kan dh takleh nenen. hahahaha
Ada satu hari, masa sebelum puasa rasanya, kt rumah ipoh.. irfan tgh sedap gigit jari2 mama, opah tanya "irfan buat apa tu" mama jawabkan gigit.. sekali irfan repeat ayat mama "geget" hahahha..
Nak bercakap ke anak bujang mama ni. Selalu irfan akan merapu dadidudadidu je, tapi kdg2 ada yg cam irfan repeat 'dont do that' as 'dondudat'. Mula2 mama ingat perasaan mama je, rupanya ramai yg perasan irfan suka mengajuk apa yg org sebut.

*Mama tak banyak masa dengan irfan, awal pagi kita dh kuar rumah.. maghrib baru balik. main2 sekejap dh letih.. lagipun memikirkan the next day nk kena bgn awal. Sian irfan..irfan selalu terjaga tgh2 malam and main sorg2.
Kalau dikira2 berapa jam je masa kita bsama...mode:sedihhh...


Balik kampung.

Insyaallah esok pagi kami sekeluarga (kecil) balik ke kampung.
KUL-IPOH

Tahun ni raya pertama di rumah mertua lagi (seperti tahun lepas).
Jadi.. insyaallah, pagi ahad nanti menyambung perjalanan balik kampung kodiang pulak.
IPOH-KEDAH

Pagi raya ke-2(rabu), akan kembali ke ipoh beraya dengan ibu dan ayah plus cikdya semula.
KEDAH-IPOH

Mungkin raya ke-3 akan pulang ke kampung telaga nenas. Tapi itu masih dalam list tentative lagi, kerana kalau ikut jadual sebenar, hari raya ke-3 ni dh kena balik semula ke kuala lumpur.
IPOH-KUL

Semoga perjalanan pergi and balik semua selamat.
Jangan la jam sgt. Serik duduk dalam jam macam tahun lepas.

Semangat raya mula ada bila tgk sang suami semangat menyambut syawal kali ni.

Tak sabar nk beraya dengan si kecik tu.
Macam mana lah nanti, yg confirmnya mmg tak dapatlah ke masjid untuk solat sunat aidilfitri tahun ni.

Ramadhan 2011

Kalau ikut sejarah hidup.
Ramadhan kali ni biasa saja.
Tapi kalau compare dengan last year, this year worst.

Rasa cam tak layak je nk beria ia beraya. (tapi baju raya sampai 2 pasang..bluwekkk)

Semoga allah panjangkan umur untuk berjumpa lagi dengan ramadhan yg akan datang.
Serious, cuma dengan penuh mengharap, apa juga perubahan(ke arah kebaikan of course) even cuma sekelumit ni kekal dibawa sehingga keluar dari bulan mulia ini.

Mak mak

Kami sudah jadi mak mak.
Aku dh ada Irfan.
Nurul ada Thaqief and baby junior yg akan lahir November ni.
Muzza ada Hanania.
Baby dah ada Arif.

Me, Nurul and Baby

Nurul, Muzza and me


Rasanya baru je lagi main kejar2 dekat dewan besar sekolah sementara nak  menunggu perhimpunan.
Dulu, tak pernah pikr apa pun..yg penting pegi skolah jumpa kawan2 main.
Itu cerita darjah 1 sampai darjah 3.
Sekolah petang. Hingusan lagi. Pakai skirt pendek.
Hihihi

Masuk darjah 4.
Masih lagi main main.
Darjah 5, sibuk menari. BSB lah, KRU lah.. paling tak tahan menari lagu ELITE masa hari kanak2.
Bergaduh and berbaik semula tu perkara biasa.
Darjah 6.
UPSR??
Baru nk pulun belajar. Maaaacammm la sempat.
Seb baik dapat 3A 2B.

Sekolah menengah.
Macam dh insaf sikit.
Nakal sikit2 tapi dah mula fikir baik buruk kelakuan.

Pengalaman mengajar kita.
Menjadi lebih baik.
Segala kekurangan menjadi iktibar.

** ada kekurangan seorg dalam gambar di atas, Shahidawati. Dh bertahun tak jumpa.

Review: All in 2 cloth diaper (AI2 CD)

Ini Irfan Ahmad yg punya....

Dah lama dh duk berkira2 nk pakaikan irfan dengan CD.
tapi tula..duk pikir2... dh 8 bulan dah pak haji tu.

Beli package 3 dengan harga RM 229 masa ke Parenthood expo 30/7/2011 haritu.
Ada 3 set AI2 CD plus 3 insert.
Kalau tak silap saya, harga 1 AI2 CD ni RM59.9 beserta satu insert.
Insert sahaja harganya RM29.9. So saya jimat RM40.40.

Ini shell
Ini insert : jenis bamboo 3 layer.
Insert tu 3 layer (tebal) and ada lapisan yg dipanggil PUL oleh LUNATOTS
yang mampu menampung kebasahan, and membanteras shell dari basah (boleh pakai shell berulang kali - cuma perlu tukarkan insert sahaja)



                   

CD yg irfan pakai ni tak sebulky yg disangka.

Setakat ni baru pakai 4-5-6 kali je, pakai time malam and during weekend je.

Shell CD ni boleh menampung kebasahan si irfan ni lebih dari  4 jam. Mmg tak bocor. Tapi dh terjadi 2-3 dah, bilamana mak si irfan (saya la tu) pakaikan CD ni kul 9 mlm camtu then tertidur sampai pagi, mmg bocor la...tapi bocornya bukan bocor yg meleleh2 tu, cuma bila tuan haji irfan tu merengek2 di subuh hari and pegang suar dia cam lembab2 sudah.
Moral of the story : Anda perlu rajin bangun malam tukar diaper anak utk melayakkan diri menjadi ibu mithalli.

Lagi satu, bila dia poo dlm tu, mmg agak mencabar sikit la tugas membasuh CD ni, cara caranya :

1. Mula2 buang poo dlm toilet bowl.
2. Pancutkan air guna paip kat insert yg dirty tu sampai kurang sikit yellowish bekas poo tu.
3. Rendam dlm baldi yg berisi air+sabun basuh selama 10 minit
4. Layan cerita geng mengaji kt astro oasis
5. Selepas sejam, gonyoh2 insert tu (takyah berus pun). Insert akan kembali putih bersih.(bukan 10 minit eh??)
6. Perah or keringkan guna washing machine.
7. Sidai.

Sebenarnya ada jual liner yg pakai buang or reuseable utk memudahkn kite bersihkan poo on the CD ni. Tapi den tak bli.

Kenapa nk berCD ye?
Sbb nk kurangkan effect bahan2 kimia kat montot pak haji irfan tu. Kami ni dilahirkan dalam keluarga yg mempunyai sensitive skin. Tak semena2 kang naik rashes la, mengelupaslah..gatal2 montot lah.

For me, CD yg berkualiti mmg mahal sikit harganya, but worth for your money la.
Takpe, ada rezeki kita tambah lagi.

Pakaikn CD di nursery?
Belum penah try lagi..ntah la..cm malas je nk mengharap kt babysitter tu.
Nnti2 lah kot.

Hihihi
Hahahaha..
Mama tepek gambar peha irfan sebab mama takut nnti bila irfan dh kurus mama rindu nk tgk peha drumstik tu...hihi

Hardworking


Lama dah tak guna ayat ni.
Zaman sekarang semua guna 'workaholic'.
Am i belong to this group?
Dulu ye..
Now... dh makin kurang.. why ah?
Ntah..

Gila kerja.
Lepas form 5 dh start cari keje part time.
Pernah jadi kerani sambilan,and pernah jadi minah kilang masa midterm break uni dulu.
Kerja biasa2 (jadi cashier kat kaunter cybercafe) pun pernah.

Gaji? tak lah mewah. Memadailah dengan tugas yg dia bagi.
As a clerk, masa tahun 2003 tu rm600 rasanya.
Masa tahun 2007, dapat rm5.9 sejam.
Macam kerja kilang tu, basic dlm 550 je kot tapi bila campur elaun shif,elaun makan and OT sikit2 dapt gak la 8-9 ratus. 3 bulan kerja dapat kat ngan 2 ribu plus. Lepas la bayar yuran uni and belanja utk satu sem.
Kerja cybercafe dapt gaji ikut jam, rm3.5 sejam. Tapi letih. kerja dari 8mlm sampai ke 3-4 pagi

Experience.
Macam2 pe'el manusia kita jumpa.
Ingat kat sekolah je ada org yg senget2, masuk dunia bekerja lagi teruk.
Pengalaman manis bannyyyakkk.
Berkawan dengan macam2 jenis org, bangsa, peringkat umur, pangkat... such a great experience.

Bila dah bekerja betul2.
Ada ke kerja tak betul2?
i mean, kerja tetap macam sekarng....
boleh la... dh nk masuk 3 tahun dh bekerja ditempat yg sama. Some more this is my first job after graduate. So mungkin dh tertulis di loh mahfuz kot inilah tempat saya mencari rezeki (mode sedih sebab mintak keje tempat lain tak dapat dapat..hihi)

Peringatan utk diri sendiri.
Bekerja kene amanah.
Mesti ikhlas. (aik..ayat cam ayat....hahahha)
Kena selalu ingat yg gaji yg kita bawak balik everymonth tu, yg kite guna utk makan byr hutang tu mestilah halal.

Suami selalu pesan, buat kerja kena buat betul2. Jgn sampai org senang2 nk cari salah kita.

**petang tadi, lebih kurang jam 3.40ptg,perginya seorang patriot.. keluarga dan negara merasai kehilangannya. Al-fatihah.

Positif

Tetiba rasa cam aku ni cakap tak serupa bikin.
Selalu je ckp kene positif. kene positif.
Tapi hakikatnya tak pun.

Kuatlah wahai hati.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...