Search This Blog

Strong Lady

Draft ni terlalu lama......
Saat entry ni terpublish, ianya dh berusia 36 hari.
huhu.. today 28/8/2012

The strong lady yg aku maksudkn ialah opah. ibu kepada ibu.
I called her opah tua, ntah..aku pun tak pasti kenapa aku panggil opah tua.

Dia dijemput ilahi pagi 23/7/2012, disisi anak cucu.
3 Ramadhan 1433, 12+ pagi.
Hari isnin, seperti yg dia impikan.
Kalimah allah mengiringi pemergian dia.

Aku kira, aku tak punya byk memori dgn opah.
Cuma, aku tau opah sayangkan aku macam dia sayangkan cucu2nya yg lain.
Aku je yg selalu anggap rindu dan sayang opah pada aku biasa2 aje..
Aku je yg selalu bersangka ' ye ke opah rindu aku, nk jumpa aku?'
emmmmm....

Selama ni aku tertanya tanya, mana dtgnya 'kekuatan' yg ada pada ibu.
'kesabaran' yg ada pada ibu.. 'ketabahan' yg ada pada ibu...
Rupanya dia mewarisi 'kekuatan', 'kesabaran' dan 'ketabahan' opah.

Sekarang opah dah tak ada.
Tak terbayang aku perasaan rindu ibu pada opah.
Perasaan makkenik, yg menjaga opah selama bpuluh tahun.
Perasaan anak2 opah yg lain.

Aku rasa opah dpt rasa kebahagiaan yg anak2 cucu dia berikan hingga ke saat2 akhir hayat dia.
Yang punya wang ringgit, opah dibahagiakan dengan material. Apa juga yg opah teringin, boleh kata semua dapat. Opah dh tak susah macam dulu2.
Yang tak punya wang ringgit, bahagiakan opah dengan kasih sayang, masa dan perhatian. Opah takkan rasa sedih macam dulu2.

Allah gantikan derita jd bahagia. Janji Allah utk org yg sabar dengan ujianNya. Ya Allah, kurniakan aku dgn kekuatan, kesabaran Dan ketabahan seperti mereka. Tempatkan opah bersama mereka yg engkau redhai.

No comments:

Post a Comment

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...