Search This Blog

My milk story

Lama dh tak menulis pasal susu, pasal breastfeeding kat sini.
Alhamdulillah, target utk meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun dh makin hampir.
Selepas ni akan teruskan jugak selagi ada rezeki utk Irfan.
Biarlah weaning off process tu jadi naturally.
Tp if ada rasa keperluan utk pisahkan susu pun dah tak menjadi masalah.
Yg penting, minimum 2 tahun.
Todler macam irfan akan teruskan pemakanan macam biasa dan dapatkan zat zat dari pemakanan yg seimbang.


Nk dapat hasil yg byk2 mcm dulu2 tu mmg jarang2 dah. Jgn tertipu dgn gambar di atas, dpt byk tu pun sbb den telah skip satu sesi pam, huhu dont ever do that.
sekarang ni, cuma bekalkan irfan dgn 1 or 2 botol 3oz susu to nursery. Selebihnya dia makan la biskut ke, cereal dgn dutch lady chocolate, vitagen ke calciyum ke. Aku tak risau pasal pemakanan irfan, dia kat nursery ok je makan apa pun. Dgn aku je dia ada susah sikit, ye anak aku telah berjaya memonopoli maknye. Huhuhu

stok susu frozen pun tinggal byk tu je. Hahahaha. Nampak sgt pemalasnya mak si Irfan ni. Hari hari bekalkan fresh milk je. Frozen tu simpan la kot emergency ke.

2 botol susu penuh dengan kasih sayang, hehehe

Haritu, kat facebook the milk story, aku ada share something pasal penyusuan susu ibu. Nak tepek kat sini jugaklah.
Hehehehhe

"Alhamdulillah. Syukur. Khalifah kecil saya akan menginjak ke usia 2 tahun 21 November ini . Bermakna allah telah merezekikan saya utk menyusukannya selama ini. Saya berharap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan oleh ibu2 lain yg berazam utk memberikan yg terbaik utk zuriat masing2. Saya harus panjangkan rasa syukur saya kerana dikurniakan teman2 yg sudi berkongsi ilmu penyusuan yg mereka ada dengan saya. Ilmu penyusuan yg saya perolehi tidak pernah terbatas. Setiap pengalaman kejayaan mahupun kegagalan mereka telah menjadi ilmu yg sangat berguna kepada saya seorg ibu muda. Perkongsian mereka samaada secara fizikal ataupun maya memberi suntikan semangat utk saya meneruskan perjalanan penyusuan ini. Setiap ibu atau bakal ibu perlu tanamkan niat utk memberikan yg terbaik kepada zuriatnya. Dan yakinlah ciptaan Allah azzawajala lah yg terbaik. Tak akan dan tak akan mungkin ada tolok bandingnya. Gali dan carilah ilmu berkaitan penyusuan ini. Menyusukan anak bukanlah sesuatu yg kompleks utk difahami. Tetapi ia memerlukan kita utk sentiasa memahami. Ia bukan perjalanan yg sentiasa mudah. Namun percaya,usaha,berdoa dan bersabarlah, allah pasti akan sentiasa hiasi perjalanan penyusuan ini dengan barakah."

Saja je join, mana tau bermanfaat kat org lain.
Aku dh bagi keizinan kat team the milk story utk share ni kat mana2 pun.

Rasanya ini jela kot update pasal my breastfeeding journey.
Happy breastfeeding ibu ibu hebat!

Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...