Dengan ini aku melantik diri sendiri sebagai pengulas filem yg tidak bertauliah.
Aku bagi 4.5 out of 5 stars.
Sebab lagi 0.5 tu aku mencurigai kisah macam mana si Moa ( Francis Ng) tu tau kes yg menyebabkan si Daqi tu dipenjarakan. And apa yg si Moa tu buat dlm tu.... arghh malas pikir, pening kepala aku.
Dipendekkan cerita. Sinopsis dalam erti kata lainnya.
Cerita ni pasal seorg lelaki yg agak hensem rupa parasnya, Huang Xiaoming (nama betulnya) yg mana bila dah tua mukanya sehensem Chow Yun-Fat, nama wataknya Cheng Daqi. Kisah hidup lelaki kampung yg biasa2 yg akhirnya menjadi tycoon terakhir di Shanghai. Cerita tentang cinta yg sangat sweet tahap diabetes.
Antara sebab aku sgt suka cerita ni :
1. Sbb aku yg pilih, haha. Memula kitorg cm blur tak tau nk tgk cerita apa.
Lebih 2 tahun tak menjejakkan kaki kat cinema. Dah lupa pukul berapa cinema bukak. Harga tiket pun kitorang tak tau semahal RM13. Haha.
Jemil mmg suka cerita gangster2 ni. Aku layan je cerita apa pun, tp aku rasa dh buat keputusan yg bijak memilih cerita ni instead of minyak dagu, hahahaa.
2. Cerita ni asyik switching back and forth into time, memula start dia tunjuk current situation, pastu balik ke tahun 1914.. so mmg kena focus la. And.. plot cerita tak terlalu slow, so tak bosan. And semua part pun rasa best. Nk kuar g toilet pun sanggup tahan.
* stress bila tetiba terpaksa keluar and angkat phone call dari bos*
This is not referring to myself, haha.
So dipendekkan cerita, mmg rasa rugi kalau tak tengok certain part.
3. Jalan cerita yg takleh nk predict. Pandai diorg ni mainkan perasaan aku. Klise selalu mesti hero yg nmpak cm still sayang kat awek lama last2 akan bersatu ngn awek lama kan, but bukan dlm filem ni. Silalah tgk berulang kali. Terasa kesweetan disitu.
4. Aku suka watak Boa yg sangat cintakan tok lakinya Cheng Daqi.
Dia mati dipangkuan suaminya kerana cuba menyelamatkan suaminya...huhuhuhu. Tgk cerita gangster pun bisa buat saya menangis......
5. Cerita ni terlalu kuat dengan elemen kasih sayang.. sayangkan kekasih, sahabat and bangsa/negara!
6. Walaupun banyak expert filem2 comment pasal teknik CGI dlm movie ni, tp bg aku yg tak berapa expert ni, ok je. Masa scene Songhu war tu mmg menyentuh perasaan. Terbayang macam mana la saudara islam kita di Gaza hadapi situasi ni. Aku yg cuma tgk dlm filem, macam mana keadaan budak2 masa perang pun dh luluh hati. Scene gaduh tembak2, lawan2 guna parang pedang bagai sampai tersembur darah... eeewwwww..sesak nafas sekejap.
Saya tak suka keganasan. Peace.
7. Yg ni macam love hate relationship. Aku suka semua watak dlm cerita ni, semua pun wataknya menjadi. Tapi bila ramai sgt sudah2nya aku confiused.Too many side character... tp ok lah, kang berlakon 3 org je mcm cerita indon tu kang kena maki jugakkkkkk...
Hahaha
8. Masa Daqi dilantik tu diorang ada baca something like ikrar la, yg menariknya, dalam 10 elemen tu antaranya, dia as tycoon kena pastikan town diorng tu bebas dari jenayah judi, pelacuran, gaduh2 geng ni...so baguslah kan.
9. Ada satu part tu tetiba music background dia lagu ' chiro chick chick chick' tu, terus teringat kat irfan. Tu lagu fav dia. Tapi bukan ke cerita kartun chiro tu dari korea? Emmmm....
10. As a wrap up cerita ni adalah action movie yang berkisar tentang cinta, brotherhood, loyalty, love to the country. Interesting charcters yg boleh buat anda teringat2 sehingga 2 3 hari. Hihi.
Last but not least, terimalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
My last Tycoon
Dan......
Boa versi solehah, haha
Gambar basi : taken masa ke Avenue of Stars HK aritu.
No comments:
Post a Comment