Search This Blog

Khusyuk Solat


Terlupa sungguh nk share pasal konvensyen bidadari kat blog haritu.
Dahtu, update blog pun malas, kuikuikui.

Back to the story, first slot masa konvensyen haritu ialah, slot by Ustazah Nurhafizah Musa, tajuknya solat khusyuk penyejuk hati. sama mcm link yg tertera di atas tp isi ada beza sikit. Insyaallah kalau ada yg tolong upload kt youtube nnti kita bleh rujuk video tu utk full info. Almaklumla, info yg mampu dikutip masa dgr talk haritu agak limited, mungkin tuan punya blog ada tertinggal few things. hihu

1. Persediaan untuk khusyuk dalam solat
Sebelum solat, sedang solat, selepas solat.

2. Sifat2 yg menumbuhkan rasa khusyuk.

-rasa ingin dekat dgn Allah.


Capaikan tahap cuma Allah sahaja untuk kita.
Lantak pi la how stress or miserable kehidupan harian, tp bila tiba waktu solat, kita dengan Allah, mengadulah dengan Allah. Luahkan pada Allah. Rasakan yg Allah dekaaaattt sangat dengan kita.

e.g. Salah satu doa iftitah yg Rasulullah s.a.w selalu baca untuk solat fardu, lebih kurang macam ni ayat dia, ya allah, jauhkan lah aku dari sifat2 burukku, seperti kau jauhkan timur dan barat... (panjang lagi... insyaallah ada masa aku update hadis riwayat siapa and sambungan doa ni kat sini), so bila baca ni sungguh2, akan rasa kita betul2 mintak pada allah, bila sujud tu betul2 rasakan yg kita sujud depan allah. Agak2 khusyuk tak solat kita? Mestilah kan.....

lagi satu, ni bukan ustazah ckp, ni aku punya experience sendiri.
Biasanya time sedih la kan.. bila dh lepas solat tu, aku akan terbaring meringkuk atas sejadah, kalau nk nangis ke, nk merintih segala keresahan yg ada ke, nk doa dalam hati ke, time ni lah. Rasa sangat kecik, rasa sangat hamba. Sbb aku yakin Allah dengar rintihan aku... Allah nampak segala kerungsingan dan kehampaan aku. Allah la sumber ketenangan yg sebenar.

-tinggi perasaan takut & berharap kepada Allah.

Bila solat, solat betul2, bukan setakat solat, tp nk cepat. Kita bukan solat dengan tau ikut setiap rukun je, tp kena tertibnya, kena fikir jugwk, bukan setakat 'sah ke solat aku' tp kena tanya jugak 'solat aku ni allah terima ke tidak'

A reminder to myself too, solat bukan setakat nk cukupkan 5 kali sehari. Tapi kena buat sepenuh hati.



-kemampuan melihat keagungngan & kesempurnaan Allah.

Letak solat sebagai keutamaan, allah lah yg paling terbaik dlm mengatur hidup kita, harapkan barkah dari allah. Kita ni amat lemah.Allah itu maha agung.

Rasa diri lebih hebat dari Allah,
e.g kononnya kita bijak atur hidup kita. Biasanya kalau dalam perjalanan, kita suka ( kita ke aku? huhu) tangguhkan solat kononnya sempat solat bila sampai tempat yg kita tuju, konon je la, tp kalau tak sempat, dah ke terlepas satu waktu? Rugi kan, sbb apa? Sbb kita perasan kita lagi hebat kan....

Selalu lewatkan solat isyak, kononya akan terbangun nanti utk solat, tp kalaulah tertulis ajal kita mati dalam tido, tak ke naya? Nauzubillah....


3. Hati adalah tempat pelabuhan rasa khusyuk. Bersihkan hati & jiwa.

Kalau hati bersih, bersih la seluruh diri kita. Kalau rosak hati penuh titik hitam macam mana nk capai ketenangan hidup dan apatah lagi khusyuk dalam solat?


4.Rukun khusyuk
- muraqabah : merasakan allah memerhatikan solat kita
- al mahabbah
- takzim : mengagungkan allah
-al tadharru' : rasa kecil dihadapan allah. 

5. Tanda khusyuk.
-tenang pada hati & fikiran. tenang, tawakal, yakin semata mata kepada allah.
-merendah diri dlm kehidupan
-selalu memuji allah. apa2 jadi ingat allah dulu.
-gementar apabila diperlihatkan kebesaran allah.
-lembut hati.

6. Golongan jauh dari khusyuk
-sombong
-keras hati
-putus asa
-lalai
-tergesa gesa

Daripada 5 tanda kat atas ni, mmg byk yg masih ada pada aku, banyak sungguh yg perlu aku baiki...huhu
kalau tak masakan masa talk ustazah ni aku teresak2 menangis, huhuhu maluuuuu... mujur tak keluar muka kat screen besar.
Sebenarnya, apa yg ustazah share hari tu memang benda yg biasa kita dengar, tp memang perlu diulang2 supaya kita ingat.



Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...