Touched! |
Terus rasa i need to write something similar.
Sebagai seorang isteri dan ibu, menjadi sempurna itu terlalu berat.
Tak kisahlah sama ada dia seorang wanita berkerjaya atau suri rumah.
Sempurnanya seseorang dia itu diukur pada seawal mana dia bangun daripada tidur, sarapan apa yg dia sediakan di atas meja, dan dia ditakrifkan sempurna bilamana rumah sentiasa kemas, bersih, lantai berkilat, baju baju kotor siap dibasuh disidai, dan sempurnanya seorang itu bila tiada longgokkan baju bersih yg belum dilipat.
Ibu yg sempurna ialah ibu yg sentiasa menyediakan masakan,makanan yang berkhasiat untuk keluarganya .
Isteri sempurna sentiasa ada senyum di wajahnya. Yang sentiasa melayani suami dengan gembira.
Walau hati dia sering diluka.
And... I would say, susahnya nak jadi sempurna. And.. I am not that perfect .Yet.
Dan perkara kedua, menjadi mangsa keganasan rumah tangga ni, bukan hanya sekadar physical violence yg nampak di mata. Bukan tunggu kena pukul dan lebam biji mata sahaja. Mentally torture pun sama.
Dibuli sebab perempuan itu nampak lemah di mata dia.
Belum kira cerita kisah orang ketiga or campur tangan keluarga mertua.
Penat bila fikirkan masalah dunia.
Tapi percaya yg Allah tak jadikan apa juga cerita itu sia sia.
Dan apa kena mengena dengan aku.
Hmmm... Setiap pagi, bangun pagi, menghadap cermin, tengok muka sendiri, syukur, bangun pagi tanpa mata lebam sebab kena tumbuk, atau mata bengkak sebab menangis sepanjang malam menangisi nasib. Atau bibir pecah akibat ditempeling, atau hati pedih disindir sindir.
Akibat terlalu lama menghadap cermin, picit tube pencuci muka dan letak krim pada berus gigi, mujur cepat sedar, kalau tak selamat lahhhh...
Sekian.
No comments:
Post a Comment