Search This Blog

Kehidupan

Hidup ni macam roda kan?
Ada time rasa down gila2..ada masa happynya tuhan saje yg tahu.

Kena selalu ingat yg kesenangan (happy) bkn selamanya, macam tu jugak dengan kesempitan (sad) pun sementara. Selepas suatu kesusahan pasti dtg kesenangan. Ayat menaikkan semangat: takpe.. short term pain,long term gain! ...hihi

Pernah dengar, guna 5 perkara sebelum 5 perkara. I bet semua org pun tahu.
Org yg bijak akan sentiasa gunakan kesempatan yg ada. For sure lah untuk kebaikan. Sbb org yg tak berapa bijak (mcm i..) akan selalu lahhh menyesal bila perasan yg kesempatan tu dh pun terlepas. Dear Intan, bila ada byk masa free tu rajin2 la pam. Jgn la nnti bila time susu tak cukup baru nk nanges2 tension..pastu keep on cakap 'kalau lah masa free aritu pam....' menyesal di kemudian hari ni menambahkan stress tau(wa cakap lu...)

Abg In-team and Abg Nazrey cakap....

'Jangan difikir derita akan berpanjangan, kelak akan membawa putus asa pada tuhan.
Ingatlah, biasanya kabus tak berpanjangan..setelah kabus berlalu, pasti cerah kembali..'

Ujian atau dugaan yg allah turunkan pada kita adalah tarbiah dari allah utk kita. Dia menguji kita samada kita bersyukur (dengan dugaan kesenangan) atau kufur (diuji dengan penderitaan). Mampu ke tak kita bersabar dengan dugaanNya. Kena sentiasa ingat jugak, setiap kesenangan yg kita perolehi dari susah payah kita adalah nikmat dari allah sebenarnya. Bak kata abg2 kipas-susah-mati Liverpool..YNWA!

Dari surah Al-Fajr, ayat 15-16 : kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.
Last but not least..

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam dugaan) sehingga rasul dan org2 yg beriman bersamanya berkata 'bilakah dtgnya pertolongan allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.”             Surah Al-Baqarah :214
Ya Allah, jadikan kami hambamu yg sentiasa bersyukur dengan segala nikmat yg Kau berikan, dan tabahkanlah hati kami dalam menempuh segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan ini. Amin.

Note: Entri ni adaptasi dari lagu nasyid Kehidupan by In-team feat. Nazrey. Lagu ni dari dulu lagi menjadi menjadi 'advisor' tatkala hati perlukan hiburan santapan rohani.

Lagu Kembali by Far-east, bagai menyanyikan isi hati sebenar..mengharap keampunan Pemilik hati.

No comments:

Post a Comment

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...