For me, yes.
Seks ni ada macam semacam sikit tau.
Haihss mcm mana ye nk explain... erm.. bila sebut seks je, mesti jadi lain macam..hahaha apa aku cakap ni.
Ye la.. bila cakap seks je mesti ada pandangan pelik, atau kata2 pelik.
Sebab apa ye?
Kalau kita kaji betul2, islam adalah agama yg meraikan seks dengan cara yg paling benar. Tapi kita yg selalu melucahkan seks atau men'taboo'kan seks tu sampai seks tu sendiri jadi pelik.
Islam tak mengharamkan seks (jalan yg betul) atau melebih2kan/menyalahgunakan seks (sampai seks songsang pun sokong).
Cuma, sebelum ada ikatan sah, bagi perempuan.. nafsu lelaki perlu dijauhi/dihindari. Tapi bila dh kahwin (nikah cara yg betul) nafsu lelaki itu untuk dinikmati.
Macam mana nk mendidik tentang seks ye?
Bak kata Ustaz Rohidzir, biar bertepatan dengan umur anak2 kita.
-if anak umur 2-3 tahun tanya baby keluar ikut mana, takkan kita nk terangkan macam ajar biology form 4 kot...hihi
Pandai2 la kan...
nk gelak ke taknk? |
Start with ajar anak cara berpakaian dengan baik.
Ajar apa perlakuan yg baik/tak baik and boleh/tak boleh buat.
Asingkan tempat tidur anak lelaki and perempuan.
-kalau rumah ada 2 bilik je, anak ada lelaki dan perempuan. 1 bilik utk mak ayah,satu bilik bagi anak perempuan. Anak lelaki tidur luar takpe. Tapi kene utamakan anak perempuan.
MESTI kena ajar tentang batasan dalam keluarga. Hormat waktu mak ayah (sebelum subuh and selepas isya') ketuk pintu (mintak izin) sebelum masuk bilik mak ayah.
Batasan2 aurat kita.
Byk lagi sebenarnya kalau nk kupas cerita pendidikan seks ni.
Ustaz Rohidzir pun ada tulis buku pasal ni.
Sekarang dh ada macam2 issue sebenarnya.
LGBT lah bagai...
Takut kalau dengar.. Nauzubillah.
Moga Allah jauh2kanlah benda2 pelik ni jadi kat kita or org2 keliling kita.
Mak ayah, sila ambil tahu apa yg anak2 anda buat kat luar sana.
Kalau anda sudah bekalkan mereka dengan iman penuh di dada takpe, tapi kalau tak..takut anak anda tenggelam entah kemana.
Ya allah ampunkan segala kelemahan2 dan dosa2 kami. Lindungi zuriat kami dari fitnah dunia dan cabaran2 penuh liku2 ini ya allah.
Aku dulu scorer tau Sains tingkatan 3 - sbb ada bab sistem reproduktif. tah apa yg syok sgt tah... sekarang aku pun pelik memikirkannya.
No comments:
Post a Comment