Search This Blog

SUPER PARENTS: Notes from lecture Ustazah Fatimah Syarha

1.Kita selalu kiaskan membina rumahtangga ni dengan bina masjid kan.
And kalau pun kita nk bina masjid, apa asas kita?

Dari Alquran dalam surah At Taubah ayat 109:

Maka apakah org2 yg mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada allah dan keredhaanNya itu lebih baik, ataukah org2 yg mendirikan bangunannya di tepi jurang yg runtuh, lalu (bangunan) roboh bersama sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 yg zalim.

Dalam nk membina rumah tangga juga kita perlu asas yg kukuh.
Dalam konteks kita org perempuan, dh semestinya kita perlu cari lelaki yg 'asas'nya kukuh.
Handsome cantik tu tolak tepi la..sbb cantik tu kan nisbi.
'asas'2 lain..macam agamanya, keturunannya... hartanya. Mesti kita pilih yg kukuh kan?

And dalam konteks pasangan yg nk membina keluarga, 'asas' pun kene kukuhkan dulu.

Cegah pilih pasangan yg tak beragama. Sakit nanti kemudian hari

Untuk dapat pasangan/mahu anak2 yg baik, kita perlu betulkan 'asas' kita dulu agar baik juga.

Umpamakan kita hendak belayar jauh, dh pasti kita sediakan 'asas' yg mantap. yg mampu support kita bila keadaan yg mungkin bergelora (ombak rindu) di tgh perjalanan kan? Perjalanan kita panjang dan jauhhhhh....


kita boleh agak apa akan jadi kalau kita pilih sampan buruk ini..

atau kita pilih kapal yg canggih yg mampu bertukar jadi kapal selam atau helicopter bila keadaan memerlukan.
Satu analogi bila kita cuba menangani masalah tikus dirumah. Kita perlu tgk pada asas masaalah. Takkan selesai masalah tikus ini hanya dengan letak racun atau perangkap tikus andai rumah kita tak dibersihkan secara betul.
Gunalah racun paling hebat or perangkap paling canggih, kalau rumah macam sarang tikus takkannya tikus tu nk lari (kan sarang tikus! hahahha)

Cegah keruntuhan rumahtangga sejak mula - kenal masaalah.

2. Kebijaksanaan mencegah sebelum merawat. Cegah berpacaran sebelum nikah. Mujahadahnya memang perit tapi natijahnya manis.

Trust me. Nikmat berbuka/makan bila seharian berpuasa sgt hebat.
If not, semuanya biasa2 saja. Tak ada yg istimewa.

3.Kaedah cinta Ibn Qayyim - Kepada Allah, Kerana Allah

Semoga allah kurniakan kita semua keluarga yg bahagia di duniaNya hingga ke jannahNya
 4.Cegah nafsu daripada berkahwin sebelum diri bersedia. Bak kata Ustaz Hasrizal 'kalau alasan kita perlu berkahwin awal kerana tak mampu nk kawal nafsu - kita silap sebenarnya - cabaran yg bakal kita hadapi dalam tempoh perkahwinan jauh lebih hebat dari cabaran mengawal nafsu'

5. Sentiasa letak Allah nombor satu - Halawaatul Iman. Cinta High Class. Bukan cinta picisan.

6. Fitrah jadi jernih dgn Fikrah. Fitrah jadi kotor dgn Fitnah.

7. Perkahwinan hanya alat utk ke matlamat utama kita iaitu Allah/agama. (politik pun macam tu jugak..ehhh tetiba pasal politik pulak! hihi)

notes ni ringkas sbb memory otak terlalu kecik megabytenya...hihi
and semua ayat adalah olahan tuan punya blog, bukan ayat Ustazah, hihihi
source gambar semua google.
Kalau ada salah silap, sila rujuk mereka2 yg lebih pengalaman ye.



2 comments:

  1. Salam perkenalan..bapa cergas tu saya (Mama Iman) yg tulis..tibe2 kuar nick ayah iman pulak...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan jugak.
      Tq sudi singgah 'rumah' saya..hihi

      Delete

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...