Search This Blog

Hati yang paling dicintai Allah

Attending ustazah Norhafizah Musa kuliah Muslimah tengahari tadi.

Tajuk kuliah hari ni, seperti tajuk di atas. Hehe

Okay. Serious.

Ustazah cerita berdasarkan hadis nabi muhammad s.a.w,tapi aku try google tadi nggakk jumpa.
I'm not very good at googling.
Kalau org kata, senang je.. google je.. memang aku blur nk google, nk guna keywords apa,. Haihhh.

Okay. Back to the main topic.

Ustazah cakap,hati yang paling dicintai, adalah apabila hati itu bersih jernih, hati itu teguh keyakinannya pada Allah, dan hati itu yg paling lembut.

So. Agak2 hati kita ada ciri2 itu tak? Haha.
Agak2 hati kita tergolong dalam hati yg dicintai Allah?

Hati yang jernih itu apabila 100 % hati kita semata2 kerana allah. Buat apa jugak semata mata kerana allah. Hatta marah atau membenci sesuatu itu kerana allah murka.

Hati yg penuh keyakinannya pada Allah.
Yang doanya hanya pada allah.
Yang minta segalanya dari allah.
Yang yakin dan sentiasa berbaik sangka atas segala takdir yg allah tentukan padanya.
Jika allah redha, dia redha.
Jika allah janjikan pahala, dia sabar.

Ustazah ada cerita pasal kisah siti hajar isteri nabi ibrahim.
Betapa teguh dan yakinnya dia pada setiap takdir yg allah tentukan untuknya.
Ditinggalkan berdua dengan ismail yg masih bayi. Tak apa. Allah ada.
Suaminya diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri. Jika itu suruhan allah. Dia redha.
Lalu allah tukarkan nabi ismail dengan seekor kibas.

Hati yg teguh akan kuat imannya dalam berbuat baik.
Fokus dan bersungguh2 mengejar syurga allah.

Hati yang lembut bukan la hati yg senang sangat nak touching2.
Tapi hati yg lunak.
Hati yang sentiasa inginkan redha allah.
Yang menangisnya kerana takut allah murka,
Dan tegasnya kerana itu yg allah suka.

Sekian nota tazkirah saya :)

Mungkin ada tertinggal few tips yg ustazah share. Tak sempat salin le teeewww. Haha.


Buku: Prophetic Parenting

Jangan ditanya soalan seperti 'eh,dah habis baca buku yg beli haritu?'
Itu soalan sensitif buat masa ini. Hihi
Sebab, buku yg beli tahun tahun lepas pun masih tak terabis baca. Bukan tak baca langsung, baca, tp tak khatam. Haha

Hihi, setiap kali beli buku, baca buku yg best2 tu, mesti semangat sangat nk tulis review kat sini, kot kot la ada org terbaca blog ni, terbaca pasal review buku tu, terbuka hati orang nk beli buku tu jugak kan, dapat ilmu yg sama. Bagus apa...

Ya allah, panjangnya mukadimah. Haha.

Okay. Nak cerita pasal buku ni.


My humble opinion, buku ni mmg layak untuk ada dirak buku rumah semua orang.
Bukan untuk orang yg ada anak saja, orang yg belum jumpa jodoh pun perlu baca buku ni.
Dari sunnah memilih pasangan yg baik sampailah soal pendidikan seksual kepada anak ada dalam buku ni.
Semuanya berdasarkan hadis2 yg hasan, sahih. Kalau sesuatu perkara yg disebut dlm buku ini dari kategori hadis dhoif sekalipun ada tercatat di nota kakinya. Jadi, sebagai pembaca, memang mudah untuk kita ambil sebagai panduan.

Trust me, baru baca halaman persembahan je (page 13 to 23) dah rasa sesuatu dlm hati. Setiap doa doa yg kita ikut baca terus rasa bergetar seluruh jiwa, sbb apa yg yg dikongsi penulis dlm buku ini semua berdasarkan sunnah rasulullah dan al quran, doa doa yg diajar oleh baginda nabi dan ayat ayat suci dari allah, mmg hati sekeras batu pun boleh lembut. Serius.

Buku ni terbahagi kepada 6 bahagian dan 19 bab.
Bab bab dalam buku tersusun elok mengikut stages pendidikan mengikut level2 tertentu, contoh,
bab 2 metod mendidik anak hingga 2 tahun. Memang spesifik cerita tentang cara kita uruskan infant smpai la anak kita berusia 2 tahun.
bab 3 metod mendidik anak ala nabi. Memang diajar satu persatu panduan bagaimana kita perlu hadapi anak2 yg lebih berusia.

Kita, as a muslim. Kalau kita fikir dalam2, muhasabah betul2, kita patut bersyukur dilahirkan dengan iman dan islam.
Islam ni agama yg paling lengkap.
Dari segala segi.
Dari mendidik bayi yg kecil, muamalat, hatta cara buang air pun lengkap.
Tak ada satu pun unsur yg tidak adil atau menindas.
Kalau semua orang pun berakhlak baik macam yg rasul ajar. Amannya dunia ni.

Baca buku ni sebenarnya memdidik diri sendiri. Biar kita as ibu bapa terdidik dulu, biar akhlak baik kita diteladani anak anak.
Pernah dengar, kids will do what they see us do, not what we parents ask them to do.?
Kita suruh anak jangan minum berdiri sedangkan kita minum berlari, cam mana tu? Hihi
Lebih kurang gitulah.

As for my beloved little ones,
Apa yang aku harapkan sangat, biarlah kami as parents diorang jadi contoh yg baik pada diorang.
Baik buruk akhlak anak2 bermula dari rumah. Tak dinafikan cabaran dari luar sangatlah hebat.
Tak terlawan kadang2.

Aku bercakap ni pun bukannya anak aku tu dh remaja pun, baru 4 tahun (4 tahun pun belum,november baru genap) tp bila hantar sekolah, dia dah bergaul dengan orang luar, rakan sebaya and tak sebaya, pun dh memeningkan tau.
Mau tak pening, bila tetiba bila dia tgh main ngn adik dia yg baby tu tetiba boleh keluar ayat seperti "kau ni apahal??"
Terkojut mak incik dan pak incik ok.hihi
Sah sah ayat ayat tu dapat dari sekolah, maksud i bukanlah sekolah yg salah, i mean bila dia bersosial ngn kawan2 yg pelbagai kat sekolah. Itu belum kira tiba tiba balik sekolah cakap sabah "aku kau bahhhh" hahahhahaha

Bukan la nk blame social enviroment semata, tapi kita as makayah kena mainkan peranan penting.
Kena pandai tackle masalah yg mungkin datang as dugaan membesarkan anak.
Beza ye, tackle masalah dengan ilmu dan tanpa ilmu ye.
Beza ye, selesai masalah dengan emosi atau rasional ye.
Beza sangat.

Saya juga masih belajar,
Im not claiming that im a good mother hanya selepas baca satu buku, no.
Saya struggle hari2 perbaiki diri agar jadi lebih baik. Ada duit lebih, segala parenting course kalau boleh saya nk attend. Just untuk perbaiki diri sendiri. Sanggup.
And amal ilmu dari buku ini salah satu usaha saya.
I realy hope that others will benefits from this book too.

Ikhlas,
Mama intan.

Nota notis,
Buku buku lain yg saya nk cadangkan orang lain baca (wajibul ada dirak buku family, hihi) :
1. Biografi agung rasulullah
2. Indahnya hidup bersyariat
3. Aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga,murabbi cinta - hasrizal jamil
4. Bersyukur saat diuji
Ehh banyak sgt sebenarnya.
Tp 4 yg dia atas, mho mmg wajib baca.





7th September 2014

How do you write 7th september 2014 in 14 letters without using numbers?
Only genius people can solve it..
jawap la...jika anda seorang yg genius..
sila la cuba... jawapannya?

ONEOFTHOSEDAYS.

Hahahahaha. Lawak apakah yg aku cuba lakukan ini? Hihi

Antara hari yg harus dikenang.
Hihi




Hari mengembirakan hati anak anak.

Kids

Rasanya ramai yg merasai apa yg aku rasa ni.
Aku rasa lah... hihi
Bila dah jadi parents ni mmg apa apa pun dlm kepala ni, anak anak.
Beli baju, belikan anak anak punya dulu.
Makan, pikir apa yg anak suka makan.
Even kalau bersembang pun, tak cerita pasal anak tak sah! Hahahha

Abg and adik kesayangan mama and abah.

Macam aku yg dah ada irfan and maryam ni, memang rasa cm dh terbelah 4 dah diriku ini.
Untuk diri sendiri, suami, untuk budak 2 orang tu.
Macam mana lah orang yg ada 4 5 6 orang anak tu ye?

Hihi. Tapi ada budak2 ni buat hati rasa penuh.
Walaupun kadang2 bukan semua acara pun in order, hihi tapi kita pasti/mesti/terpaksa senyum jugak bila mengenangkan anak anak ni.

Buat yg belum ada anak.
Jangan sedih.
Allah simpan yg lebih baik untuk anda.
Anda berjaya sabar dengan dugaan yg satu ni allah beri syurga
Orang ada anak anak ni lain pulak dugaannya.
Gagal jaga amanah yg satu ini memungkinkan kita diheret ke neraka pulak, na'uzubillahiminzalik.

Aku yg tak sampai 4 tahun jadi mak ni lagi lah.
Risau sangat takut tak jadi mak yg baik.
Semua pun dalam proses try and error.
Kalau satu cara tak jalan, cuba cara lain.
Hari2 pun struggle untuk jadi lebih baik.

Pernah dengar, once a baby was born, a mother born too.
Makanya mmg ibu itu sendiri melalui proses tumbesaran dan kematangan yg sama dengan anaknya.
Sebab tu bila dah ada anak no 2 3 4, proses tu jadi lebih mudah sbb dh punya pengalaman.

Aku pernah tnya azmil bila lepas buat apa2 aktiviti, kalau abang jadi irfan abang happy tak.
Hahaha, nampak tak betapa kuat rasa inferior disitu. Huhu

Buat anak anak mama,
Im so sorry if mama tak dapat jadi ibu yg 200% perfect. But i always and will always learn from my mistakes so that things become better for future.
I love both of u equally eternally.
Muah muah

Ini abang. Bila tantrum.

Ini adik. Bila tantrum.
Hahaha.
Tantrum tanrum pun comeiiii sangaaatttt.
Anak sapa?
Hahahahha.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...