Jangan ditanya soalan seperti 'eh,dah habis baca buku yg beli haritu?'
Itu soalan sensitif buat masa ini. Hihi
Sebab, buku yg beli tahun tahun lepas pun masih tak terabis baca. Bukan tak baca langsung, baca, tp tak khatam. Haha
Hihi, setiap kali beli buku, baca buku yg best2 tu, mesti semangat sangat nk tulis review kat sini, kot kot la ada org terbaca blog ni, terbaca pasal review buku tu, terbuka hati orang nk beli buku tu jugak kan, dapat ilmu yg sama. Bagus apa...
Ya allah, panjangnya mukadimah. Haha.
Okay. Nak cerita pasal buku ni.
My humble opinion, buku ni mmg layak untuk ada dirak buku rumah semua orang.
Bukan untuk orang yg ada anak saja, orang yg belum jumpa jodoh pun perlu baca buku ni.
Dari sunnah memilih pasangan yg baik sampailah soal pendidikan seksual kepada anak ada dalam buku ni.
Semuanya berdasarkan hadis2 yg hasan, sahih. Kalau sesuatu perkara yg disebut dlm buku ini dari kategori hadis dhoif sekalipun ada tercatat di nota kakinya. Jadi, sebagai pembaca, memang mudah untuk kita ambil sebagai panduan.
Trust me, baru baca halaman persembahan je (page 13 to 23) dah rasa sesuatu dlm hati. Setiap doa doa yg kita ikut baca terus rasa bergetar seluruh jiwa, sbb apa yg yg dikongsi penulis dlm buku ini semua berdasarkan sunnah rasulullah dan al quran, doa doa yg diajar oleh baginda nabi dan ayat ayat suci dari allah, mmg hati sekeras batu pun boleh lembut. Serius.
Buku ni terbahagi kepada 6 bahagian dan 19 bab.
Bab bab dalam buku tersusun elok mengikut stages pendidikan mengikut level2 tertentu, contoh,
bab 2 metod mendidik anak hingga 2 tahun. Memang spesifik cerita tentang cara kita uruskan infant smpai la anak kita berusia 2 tahun.
bab 3 metod mendidik anak ala nabi. Memang diajar satu persatu panduan bagaimana kita perlu hadapi anak2 yg lebih berusia.
Kita, as a muslim. Kalau kita fikir dalam2, muhasabah betul2, kita patut bersyukur dilahirkan dengan iman dan islam.
Islam ni agama yg paling lengkap.
Dari segala segi.
Dari mendidik bayi yg kecil, muamalat, hatta cara buang air pun lengkap.
Tak ada satu pun unsur yg tidak adil atau menindas.
Kalau semua orang pun berakhlak baik macam yg rasul ajar. Amannya dunia ni.
Baca buku ni sebenarnya memdidik diri sendiri. Biar kita as ibu bapa terdidik dulu, biar akhlak baik kita diteladani anak anak.
Pernah dengar, kids will do what they see us do, not what we parents ask them to do.?
Kita suruh anak jangan minum berdiri sedangkan kita minum berlari, cam mana tu? Hihi
Lebih kurang gitulah.
As for my beloved little ones,
Apa yang aku harapkan sangat, biarlah kami as parents diorang jadi contoh yg baik pada diorang.
Baik buruk akhlak anak2 bermula dari rumah. Tak dinafikan cabaran dari luar sangatlah hebat.
Tak terlawan kadang2.
Aku bercakap ni pun bukannya anak aku tu dh remaja pun, baru 4 tahun (4 tahun pun belum,november baru genap) tp bila hantar sekolah, dia dah bergaul dengan orang luar, rakan sebaya and tak sebaya, pun dh memeningkan tau.
Mau tak pening, bila tetiba bila dia tgh main ngn adik dia yg baby tu tetiba boleh keluar ayat seperti "kau ni apahal??"
Terkojut mak incik dan pak incik ok.hihi
Sah sah ayat ayat tu dapat dari sekolah, maksud i bukanlah sekolah yg salah, i mean bila dia bersosial ngn kawan2 yg pelbagai kat sekolah. Itu belum kira tiba tiba balik sekolah cakap sabah "aku kau bahhhh" hahahhahaha
Bukan la nk blame social enviroment semata, tapi kita as makayah kena mainkan peranan penting.
Kena pandai tackle masalah yg mungkin datang as dugaan membesarkan anak.
Beza ye, tackle masalah dengan ilmu dan tanpa ilmu ye.
Beza ye, selesai masalah dengan emosi atau rasional ye.
Beza sangat.
Saya juga masih belajar,
Im not claiming that im a good mother hanya selepas baca satu buku, no.
Saya struggle hari2 perbaiki diri agar jadi lebih baik. Ada duit lebih, segala parenting course kalau boleh saya nk attend. Just untuk perbaiki diri sendiri. Sanggup.
And amal ilmu dari buku ini salah satu usaha saya.
I realy hope that others will benefits from this book too.
Ikhlas,
Mama intan.
Nota notis,
Buku buku lain yg saya nk cadangkan orang lain baca (wajibul ada dirak buku family, hihi) :
1. Biografi agung rasulullah
2. Indahnya hidup bersyariat
3. Aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga,murabbi cinta - hasrizal jamil
4. Bersyukur saat diuji
Ehh banyak sgt sebenarnya.
Tp 4 yg dia atas, mho mmg wajib baca.
Search This Blog
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
My first umrah
Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids. My d...
-
Twins of Faith: Knowledge and Action The biggest Malaysian Islamic Family Festival for 2011! 24th & 25th December 2011, Putrajaya I...
-
Hadoi..naper la tak baca surat ni dari dulu2 lagi. Mesti lebih lah calm dulu...taklah pelik and tension2 or tak keruan tak tentu hala. Ras...
-
Mari mula menulis semula. Hiuhiuhiu... Kita start dengan cerita sedih ye. hahahaha apadaaaa. Arghhh..tak kira. Kalau dh namanya jiwa s...
No comments:
Post a Comment