Search This Blog

Hati yang paling dicintai Allah

Attending ustazah Norhafizah Musa kuliah Muslimah tengahari tadi.

Tajuk kuliah hari ni, seperti tajuk di atas. Hehe

Okay. Serious.

Ustazah cerita berdasarkan hadis nabi muhammad s.a.w,tapi aku try google tadi nggakk jumpa.
I'm not very good at googling.
Kalau org kata, senang je.. google je.. memang aku blur nk google, nk guna keywords apa,. Haihhh.

Okay. Back to the main topic.

Ustazah cakap,hati yang paling dicintai, adalah apabila hati itu bersih jernih, hati itu teguh keyakinannya pada Allah, dan hati itu yg paling lembut.

So. Agak2 hati kita ada ciri2 itu tak? Haha.
Agak2 hati kita tergolong dalam hati yg dicintai Allah?

Hati yang jernih itu apabila 100 % hati kita semata2 kerana allah. Buat apa jugak semata mata kerana allah. Hatta marah atau membenci sesuatu itu kerana allah murka.

Hati yg penuh keyakinannya pada Allah.
Yang doanya hanya pada allah.
Yang minta segalanya dari allah.
Yang yakin dan sentiasa berbaik sangka atas segala takdir yg allah tentukan padanya.
Jika allah redha, dia redha.
Jika allah janjikan pahala, dia sabar.

Ustazah ada cerita pasal kisah siti hajar isteri nabi ibrahim.
Betapa teguh dan yakinnya dia pada setiap takdir yg allah tentukan untuknya.
Ditinggalkan berdua dengan ismail yg masih bayi. Tak apa. Allah ada.
Suaminya diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri. Jika itu suruhan allah. Dia redha.
Lalu allah tukarkan nabi ismail dengan seekor kibas.

Hati yg teguh akan kuat imannya dalam berbuat baik.
Fokus dan bersungguh2 mengejar syurga allah.

Hati yang lembut bukan la hati yg senang sangat nak touching2.
Tapi hati yg lunak.
Hati yang sentiasa inginkan redha allah.
Yang menangisnya kerana takut allah murka,
Dan tegasnya kerana itu yg allah suka.

Sekian nota tazkirah saya :)

Mungkin ada tertinggal few tips yg ustazah share. Tak sempat salin le teeewww. Haha.


No comments:

Post a Comment

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...