Search This Blog

BPless and Coolerbagless

Harini pegi office tanpa 2 benda penting itu.
Alkisahnya, sbb dh tertinggal pam kesayangan kat ipoh. Even ada pam letrik tu rasa mcm malas giler kot nk angkut g office. Hihi
Production pun dah tak byk, jadi subuh2 sepie tadi terus decide nk stop pam kat office.
Rasa lain mcm jugak la, sbb selalu aku ni mmg bawak paling kurang pun 2 bag.
Harini cuma bawak handbag semata, hiuhiu.

Weaning process.
Aku and Jemil mmg nk slowly weaning Irfan dari BF.
Maybe ada org berpendapat tentang bagusnya extended BF ni, for bonding tu.
Aku rasa aku pilih utk wean off pelan2.
Harapnya menjelang umur Irfan 2 setengah tahun or 3 tahun dh tak BF dah.

Insyaallah Allah permudahkan urusan kami seperti Dia permudahkan perjalanan penyusuan sebelum ni.

My Bestfriend's Wedding

Weeehooo.
Harini bersiaran langsung dari ipoh jaya.
Sampai dari k.l pukul 1030mlm td.
Plan awal kononnya nk gerak dari ofis terus ke ipoh kul 6ptg
Nak ada ngn syikin masa dia nikah, tp malangnya disbbkan jammed, kitorg sampai lmbat. Terpaksa la aku ngn ad broadcast tru phone je, huhu.




Ad whatsapp gmbar syikin selepas di make up. Cantik member aku pakai eye shadow, hihi



Ain and Ad yg comei..hihi lamanya tak jumpa ain. Last jumpa masa confinement 2 tahun yg lepas.
Kitorg plan semua nk pakai jubah hitam,aku pun dh siap tukar jubah masa kat office semalam, tp apakan daya. Tak smpat sampai.

Syikin ahli klik mafia aku,hihi poyo sungguh kan, hahaha seb baik takde no keahlian, haha
Syikin ahli keempat yg kahwin selepas ain, su and aku, tinggal a.d je yg masih bujang, hihi



Itu kami with addition of irfan ahmad and zianita.
Nita pun dh nk kahwin next year




To my dear bestfriend Syikin,
Aku doakan ko and Mizi bahagia, selamat menempuh alam perkahwinan and rumahtangga yg penuh pahit manis ni.
Aku doakan korang berdua saling cinta hingga ke syurga,
Aku harap persahabatan kita kekal selamanya.




Agak mencabar jugak ye utk dapatkan shot terbaik utk family potrait ini, hihi



Last but not least, our 14 yrs and counting friendship... insyaallah.
Klik mafia forever, wahhhhhhh... hihi

Mengapa saya cintakan kerja & pekerjaan saya.


1. Saya jatuh cinta dengan data management. Tambah2 data management on heart disease. Sbb pada saya, ia penyakit yg common. Ia berlaku dikalangan ahli keluarga dan saudara mara yg paling dekat. Jadi saya enjoy utk collect data berkenaannya.

2. Dengan bekerja di sini, saya dapat peluang utk bg keselesaan pada ibu and ayah saya if they are treated here. Company cover segala bayaran utk ibu and ayah saya. Which is bukan senang company swasta lain nk bg pada staff kan...

3. Walaupun tak byk, tp company cover maternity bill saya, and masa lahirkan Irfan, cukup selesa dengan harga itu. Dan cover all outpatient bill for 3 of us. Itu pun dh cukup besar nikmat yg saya patut syukuri.

4. Kerja saya agak flexible. Tinggal diri sendiri je yg perlu arrange ikut tahap mana lebih penting atau perlu disiapkan segera. Setakat ni rasanya tak pernah lagi tak achive apa yg patut buat. Alhamdulillah. Masa kerja pun ok. Mungkin ada la 2 3 kali kena balik lmbt utk siapkan data and presentation slide. Tp tak la balik lewat sampat 2 3 pagi mcm dulu2.

5. Kt sini kalau keje siap awal boleh pegi gym exercise, ada sauna.. best kan. Lama dh tak pergi.

6. Setiap hari sebelum solat zohor berjemaah ada kuliah agama. Hari khamis petang pun ada kuliah fiqh solat selang seli dgn kuliah riyadhus solihin and kelas harfiah. Pendek kata, management sanggup peruntukkan sebahagian duit untuk bagi staff belajar and mendalami agama. Rasanya tak semua tempat boleh bagi macam ni..

7. Increment setiap tahun pun ok. Bonus pun Alhamdulillah, setakat dh nk masuk 5 tahun kerja ni tak pernah lagi la tak dapat. Akaun bank merasalah 5 angka. Tempat lain tak pasti. Pasal kestabilan gaji sekarang pun antara faktor saya suka kerja disini.. :)

Haissssshhhh... ni entry pujuk diri sendiri supaya lupakan hasrat utk cari kerja tempat lain.
Harap maklum.

1.2.34

Sebenarnya, aku pun baru perasan sebenarnya.

Org kan semua sibuk 12.12.12, tp tak perasan tarikh cantik ni.
Hari ni, 1 safar 1434 hijrah. 1.2.34.

Hari ni takde benda sgt pun yg aku buat.
Kerja kat ofis biasa2 je. Nak perabih keje yg mmg aku target nk bagi siap this week.
Lunch time aku bli makan kat gerai tepi jalan ni je. Dah berbulan rasanya aku tak bli kat luar ni, selepas insiden makanan ofismet ku ada kaki lipas, hihi
Lepas mkn terus tido sampai la beberapa minit sebelum pukul 2.30 ptg.
Tidur lena sungguh. Letih sangat rasanya.

Kesimpulannya, harini aku rasa extra letih. Itu sahaja.

Entri tak berfaedah sungguh!

Raising Tomorrows Leader Today

Ini adalah nota yg saya catat masa dgr ceramah mufti Menk regards to tajuk di atas.
Mungkin ada yg tertinggal. But we can always cari balik video ni kat youtube. Just type the tajuk above.
Dalam membina sahsiah anak2 kita utk menjadi ketua, and generally sebagai khalifah, mufti menk sediakan few tips.

1. Praise your child. Say good words in positive way.
Kalau dia buat benda elok and baik, kita puji.
Cuba elak dari admonish dia buat depan org ramai. Dlm erti kata lain, jgn jatuhkan air muka dia.
Kalau perlu pun, cakap elok2 and man to man talk.

2. Never ever make the child feel like they are useless. Ibu and ayah kena buang jauh2 rasa terbeban dgn kerenah anak2. Yes, its happen everyday tapi cuba sabar okay. Jangan pernah keluarkan kata2 macam anak tu bawak sial ke apa. A big NO. Please, anak itu tortured secara mentally. Silap2 berdendam sampai dia dewasa.

And, tolong la jgn buat anak tu rasa dia useless by favouring siblings dia yg lain. Rasullulllah s.a.w pesan, kalau nk bagi hadiah, bagi dekat semua anak, kalau tak jgn bg kt sorang pun. Kalau ikut cakap nabi takkan ada la kot anak yg rasa kecik hati.

3. Speak and teach them to be polite. And mak ayah kena la cakap beradab dgn anak2. What do you expect from your child kalau kita sendiri tak buat kan.

4. Treat them within their age group.
1 to 7 years kita sayang dia, tp dh start introduce good deeds depan diorang,kita kena tunjuk contoh yg baik and kita sendiri perlu ada disiplin. Umur macam ni diorg memang mirroring kita.
7 to 14 kita dh kena betul2 ajar anak2 kita, contoh bab solat, 7 tahun ajar solat and continue ingatkan tanggungjawab diorg utk solat and 10 tahun kalau tak solat kita dah boleh debik sikit sekadar pengajaran if dioarng tak solat.
above that bila diorg dah baligh kita kena treat dia sesuai dengan kematangan diorang.

5. Assist our children to make decission. Decide. Kita guide, but biar diorg yg buat final say. Ini akan bina keyakinan diorang.

6. Ask their opinion. Mereka akan rasa mereka penting dalam kehidupan kita. Teach them how to put forward their opinion/words/disagreement.

7. Make one corner as their territory. Bilik sendiri misalnya, or satu sudut yg kita boleh letak barang2 dorang, toys or tampal artwork diorang.

8. Lead by example. Kita solat berjemaah and di awal waktu. Kita baca doa naik kenderaan. Kita baca doa makan. Insyaallah anak2 akan ikut.

Penting jugak kita selalu ingatkan anak2 kita tentang kasih sayang allah, bukan tak boleh ckp pasal dosa and punnishment, tp jgn sampai bagi impression buruk tentang islam. Sbb byk terjadi orgfikir islam ni susah sbb semuanya dosa. Kita jgn silap bg penerangan pulak.

9. Encourage anak2 untuk bertanya. And kita as ibu ayah kena la pandai jawab. Anak2 generasi y, z, alpha ni mmg advance. Kita kena influence them positively.

10. Dont ever display our bad habit or weakness. Hilang respect anak2. Bapak yg suka cakap and berkasar dgn mak dia,ingat2 anak2 tu akan jd mcm mana?

11. Always fullfil our promise to them. Dont teach them false promises.

12. Teach them about teamwork, teamspirit, and work in a group.

13. Teach them to admit fault. Say i'm sorry ikhlas.

14. Ni mak ayah pun kena buat. Read a portion of al quran daily. Sikit2 takpe, janji istiqamah buat hari2.
Same goes to buku2 yg berfaedah.

15. Tell our children repeatedly, how much we love them and how important they are.
Irfan, mama loves you!

Sebenarnya banyak sgt tips lain. And bila dah tau ni, kita kena cuba amalkan.

I want Irfan Ahmad to be better than me.
I will try my best to be a good mother to him.
And i know above all, Allah sentiasa mendengar my doa for my son. I'll keep on praying and never loose hope in Allah mercy.
posted from Bloggeroid

Pelupa

Sakit pelupa tiba2 je dtg menyerang.
Bermula dengan episod bli barang tapi terlupa nak ambil.
Episod hantar Irfan kat nursery tapi terlupa bwk beg baju dia.
Tertinggal tab and terpaksa patah balik ambik..
And minggu ni je dah 2 kali terlupa nk pakai punchcard ke office.
Adehhhhh... apa masalah aku ni??
Berangan apa? Smpai terlupa dan menjadi pelupa ni.......

posted from Bloggeroid

Irfan Versi Uncle Gedek

 
Kita perlu lebih serius memikirkan hala tuju pencapaian pasukan bola sepak negara kita.

Buruk buruk pun, pasukan negara kita jugak.. ye dak?

The real Uncle Gedek's Blog.

2012 Bowling Tournament

Sebelum cerita, kita tepek gambar tournament bowling yg lama2.


ni gambar 2008


yg ni 2009
2010 tak main sbb tgh pregnant, 2011... ada bowling tournament ke? Tak ingat.
This year punya tournament agak lain mcm sikit, sbb staff dh dipecahkan ikut rumah sukan, so team bowling pun kena ikut rumah sukan jugak la.
Aku rumah ungu, actually ramai je dept aku yg sama rumah, tp biasala, bukan semua org nk join kan.
Aku ni kan mmg suka join2 bnda gini.
Tahun 2009 kot, aku main badminton, main bola tampar, bola jaring, hihi.
Jgn tak caya tau, team i ni juara bola tampar tau, dapat gakla rm50 sorang, i ni naib juara badminton single tau tp please jgn tnya naib johan dari berapa contestant yg join badminton single tu, taknk jawab, hahaha
Astagfirullah, jgn riak intan oooiii..
ahaha
Tp kebelakangan ni mmg mls nk join sbb takde geng.
Masa nk daftar main bowling ni pun aku ckp kat ketua rumah sukan, aku nk main tp takde geng, so aku redha je diletakkn dlm team mana pun, hua2


Saya bawak penyokong kuat saya 2 org ni.


Tp yg sorang tu lebih busy main, lari and menari sbb musik dlm tmpat tu kan kuat. And end up, diorng berdua tidur keletihan, ye.. 2 2 tidur.
Sbb tu la point second game and third game teruk, sbb takde supporters. Hihi alasan.


Aku kan satu satunya bunga dikalangan kumbang2 yg 4 ekor tu, so mereka lah cheerleader merangkap coach aku, tp chief coach mstilah my DH kannn.
Penat deme ajor suh straight kan tangan masa baling bola tu, tp asyik la senget...
Aku paham perasaan diorang, hahaha.
Mereka tidak patut dipecat atas prestasi aku yg kurang menyerlah hari itu, ehhh tetiba. Haha
Thanks to Helmy, Ilyas, Abg Amin, and Abg Rahman sbb sudi menyunting saya menjadi teammate kalian.
Dan kalian tak marah even saya asyik baling bola masuk parit. Hehe
Tapi parit2 pun, team kitorg no 10 tau dari 45 team okehhhh..
I no 95 tau dari 109 ppuan yg main, hahahaha
Sekali lagi, jgn takbur intan.......
Tp mmg event2 camni mmg best and enjoy.
Yelah, bayar rm20 je, dpt t-shirt yg qualitynya boleh tahan. Main 3 set game. Dapat hadiah lagi. Sape nak bagi. Syukur alhamdulillah.
Cuma, kalau alang,anor and kawan2 lain ada macam dulu2 mesti lagi best..... huuuuuu... rindu.
T.T

Warning: Entry Jiwang Datangnya Ikhlas Dari Jiwa, Hihi

Saya perlu admit yg saya seharusnya bersyukur ditemu dan dijodohkan dengan awak.
Sekarang ni,awak suami saya.. kawan baik saya..
Pengkritik saya, sbb awak sorang je yg tau keburukan saya, awak tegur silap dan salah saya sebelum org lain nampak dan tegur.
Awak yg paling rapat dan kenal saya luar dan dalam.
Yg sudi terima kelemahan dan kekurangan saya.
Yg mengubah saya 289 degree dari saya yg sebelum ni aik, nape tak 360 degree,huahua.
Saya dulu kan psiko sikit, sikit jerrrr.. huhu
Tp saya bleh rasa yg masa dh mematangkan saya.
Saya dh lain, mungkin ada la sikit sikit harewire sana sini, tp saya tau saya boleh jd lebih baik.
Sila bersabar. Hahahahaha
Love you abg.

Stress tahap gaban even aku taktau apa itu gaban pun

Tab buat hal. I have to hard reset it without any other choice.
Stress sbb ia telah menjadi kosong. Sedih.

Heavy duty sgt kot.
Arghh stresssssssssss.

posted from Bloggeroid

On Your 2nd Birthday : Irfan Ahmad

Doa ini special utk anak kesayangan mama,
The only one (buat masa ni, hihi)

"Semoga Allah panjangkn usia Irfan Ahmad, diberkati Allah sepanjang kehidupan ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yg byk utk Irfan. Semoga Allah sentiasa bersama mama and abah dalam mendidik Irfan. Semoga Allah makbulkan doa mama and abah, agar Irfan Ahmad jadi anak yg soleh dan bijaksana. Semoga Irfan membesar dan terus diberi kesihatan yg baik. Semoga Allah sentiasa membimbing Irfan menjadi hamba yg bertaqwa dan sentiasa memberi manfaat kepada org lain sepanjang umur mu anak..." "Semoga Allah perkenankan doa2 mama ini" :)

Today is your 2nd birthday darling sayang,
Walaupun Irfan buat 'dek' je bila abah nyanyi lagu birthday tgh2 malam tadi, we dont mind. Hihi

Macam last year, no birthday celebration... yet. Haha
Sebenarnya dari last year mcm2 mama and abah plan, tp ye, perancangan Allah itu lebih baik.
And macam last year jugak, mama buatkan goodie bag utk kwn2 Irfan kat school and anak2 kawan2 mama and abah.
Seronok tau bila bagi benda2 kat org ni, especially makanan, hehehe
Macam best jugak konsep ni, cam giving instead of receiving..
Insyaallah, next next birthday pun kita buat macam ni k.
Mama and abah tak beli hadiah pun kat irfan lagi,
Tp boleh tak kira truck2 yg mama bli ahad aritu as birthday present? Haha. Sbb, nmpak irfan suka betul main ngn lori2 tu.
Insyaallah, next week mama and abah will buy something for you k.
Mama and abah nk irfan tau, yg mama and abah sangat2 sayang irfan.
Kalau mama mampu lori minyak betul pun mama sanggup bli utk irfan, haha

Love u so much Irfan Ahmad.
Selamat hari lahir.

Ambang tahun kedua

Esok genap usia cik abang kecik saya 2 tahun.huhuhu..
Tp kalu nk ckp and luah kat sini pasal tantrum dia,adehh..
Takyah la, kita cite yg baik2 je. Cakap yg baik2 kan boleh jd doa.

Walau lasak macam mana pun dia,
Walau menggeramkan. Mama tetap sayang.
Jadi anak yg baik ye Irfan Ahmad.
Irfan Ahmad tolong aminkan doa mama tau, so that allah bg kesabaran dlm membesarkanmu wahai anak. Huhu



Two-year-olds give the biggest hugs, flash the biggest smiles, and yes, throw the loudest, most spectacular tantrums. Because they live in the moment, their feelings are especially transparent. It's tempting to want to keep things happy for your child at all times. But it's also important for her to experience emotions like sadness, frustration, and anger without always being "rescued" by Mom or Dad, so she can learn to cope better with small setbacks. Two-year-olds do test limits and disagree with parents, of course, but they're also developing more of a desire to please you. They want to be good! They want to help! Routines and consistency in your responses help your child learn the ropes and keep everyday life running smoothly.

source, babycentre.com

posted from Bloggeroid

Run for your heart.

Cerita ni dah sgt basi, huhuhu
Tapi nk share jugak jugak.
Aku kan keje hospital jantung, so mestilah tunjukkan sokongan kan.
Anyway, aku takde la melarikan diri. Huahuahua
Aku hantar wakil, my DH. Hehehe
Dasyat OO..dia top one hundred OO dari 1500 runner!

Biasalah aku and Irfan Ahmad jadi penunggu je, hehehe

Tapi sementara tu ada few booth utk diterjah.

Bawak Irfan g wat health screening dulu. Free ye.
I daftar as one of organ donor. Rasanya masa kat uni dulu dh daftar.
Takpe, daftar lagi sekali dapat card!
Ada booth utk quit smoking.
Booth2 dari sponsor2.

Byk jugakla goodie bag yg runner dapat.
Once complete je larian tu dapat finisher medal.best kan...
Bak kata org yg dh pindah gleneagle tu 'IJN ni best, byk wat event best2, setahun duk gleneagle takde apa2 pun' hehehhehehe

Cabutan bertuah pun best best.
Tp biasalah kitorg ni, elok balik je baru la nama naik. Nama dua dua pulak tu.
Itulah dh dinamakan takde rezeki kannnn.
Takpe kami redha. Huahuahua

Published with Blogger-droid v2.0.9

Melayu Islam

Ko ni saja kan intan, hehehe

Eh..kata ada hak kebebasan bersuara.

Sepengetahuan (ada ke perkataan ni?) aku yg tak seberapa ni, antara ciri ciri seseorg itu yg membolehkan dia dikatakan melayu ialah:dia adalah penganut agama Islam. Yes, itu semua ciri2 atau guide yg manusia cipta/gubal.
Tapi, apa salahnya?

Saya - intan, kawan saya Carmen, lagi sorg kawan saya Venot, kawan lagi sorang pulak Ei mei.
Apa persamaan kami?
Kami dilahirkan dia bumi malaysia yg aman damai, pada tahun yg sama : 1985.
Kami dilahirkan tanpa boleh memilih siapa ibu bapa kami mahupun bangsa dan agama kami.
Kami dilahirkan 'kosong'. Ibu bapa kami yg mencorakkan kehidupan kami.
Dan... kami okay je.

Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga berbangsa melayu dan menganuti dan mengamalkan agama Islam.
Itu adalah qada dan qadar Allah utk saya, dan saya percaya dengan itu.
Saya sepatutnya mensykuri nikmat iman yg Allah beri tanpa saya pinta.
Dari kecil telah diajar tentang akidah: tuhan itu hanya Allah dan Muhammad s.a.w itu rasul utusanNya.
Walau hidup penuh liku, saya bersyukur masih lagi Islam dan dikurniakan nikmat diterima taubat. Faham?
Bayangkan, kalau lah saya tidak dilahirkan dalam keluarga yg mengamalkan Islam, makin terkontang kanting lah saya mencari tuhan. Nauzubillah himinzalik.

Kawan2 saya tadi?
Oh, Carmen dilahirkan dalam keluarga berbangsa cina dan menganuti agama kristian.
Ei Mei juga berbangsa cina, tetapi ibu dan bapanya menganut agama Buddha, maka dia membesar sebagai seorg yg berbangsa cina menganut agama Buddha.
Venot pula dibesarkan sebagai penganut Hindu.
Itu perbezaan kami.
Persamaan kami: keluarga kami mencorak bangsa dan agama kami. Asalnya kami dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Tapi tak mustahil allah beri hidayah pada mereka suatu hari nanti utk kembali kepada fitrah.
Tak mustahil juga allah temukan mereka dgn ilmu yg boleh membawa mereka mengenal tuhan yg satu. Hanya satu.
Tak mustahil.
Dan kalau ia benar2 berlaku, they can just revert to Islam.
Bila2.
Entah2 menjadi muslim yg lebih baik. Dengan taufik dan hidayah Allah mungkin mati dan dibangkitkan sebagai Muslim.
Itu pasal revert to Islam.
Kalau yg dibesarkan sebagai islam pulak utk memilih keluar dari Islam?
Murtad?
Nauzubillah himinzalik

Pesan seorg yg bukan bergelar ustazah,
Ibu bapa zaman ini, mari jaga keluarga kita. Islam kini menghadapi bermacam2 cabaran.
Untuk membesarkan anak zaman sekarang bukan senang.
Ada islam liberal lah, plural lah, syiah.. belum masuk Mu'tazilah, khawarij apa lagi.
Kita dulu kene perisai diri dengan ilmu.
Kena ada satu firewall yg boleh halang kita dan keluarga kita dari terjerumus terus ke hellfire.
Allah, lindungi Kami.

I'm praying that Allah will always guide us to his path.
Takde la hendaknya sedara mara ke kawan2 or sesiapa saja yg tak kira lah bangsa apa tp agamanya islam, ada pemikiran like 'aku open-minded, aku tak kisah anak aku nk pilih agama dia sendiri."

May Allah protect us.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Video SMILE

Huahuahua.

Published with Blogger-droid v2.0.9

My milk story

Lama dh tak menulis pasal susu, pasal breastfeeding kat sini.
Alhamdulillah, target utk meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun dh makin hampir.
Selepas ni akan teruskan jugak selagi ada rezeki utk Irfan.
Biarlah weaning off process tu jadi naturally.
Tp if ada rasa keperluan utk pisahkan susu pun dah tak menjadi masalah.
Yg penting, minimum 2 tahun.
Todler macam irfan akan teruskan pemakanan macam biasa dan dapatkan zat zat dari pemakanan yg seimbang.


Nk dapat hasil yg byk2 mcm dulu2 tu mmg jarang2 dah. Jgn tertipu dgn gambar di atas, dpt byk tu pun sbb den telah skip satu sesi pam, huhu dont ever do that.
sekarang ni, cuma bekalkan irfan dgn 1 or 2 botol 3oz susu to nursery. Selebihnya dia makan la biskut ke, cereal dgn dutch lady chocolate, vitagen ke calciyum ke. Aku tak risau pasal pemakanan irfan, dia kat nursery ok je makan apa pun. Dgn aku je dia ada susah sikit, ye anak aku telah berjaya memonopoli maknye. Huhuhu

stok susu frozen pun tinggal byk tu je. Hahahaha. Nampak sgt pemalasnya mak si Irfan ni. Hari hari bekalkan fresh milk je. Frozen tu simpan la kot emergency ke.

2 botol susu penuh dengan kasih sayang, hehehe

Haritu, kat facebook the milk story, aku ada share something pasal penyusuan susu ibu. Nak tepek kat sini jugaklah.
Hehehehhe

"Alhamdulillah. Syukur. Khalifah kecil saya akan menginjak ke usia 2 tahun 21 November ini . Bermakna allah telah merezekikan saya utk menyusukannya selama ini. Saya berharap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan oleh ibu2 lain yg berazam utk memberikan yg terbaik utk zuriat masing2. Saya harus panjangkan rasa syukur saya kerana dikurniakan teman2 yg sudi berkongsi ilmu penyusuan yg mereka ada dengan saya. Ilmu penyusuan yg saya perolehi tidak pernah terbatas. Setiap pengalaman kejayaan mahupun kegagalan mereka telah menjadi ilmu yg sangat berguna kepada saya seorg ibu muda. Perkongsian mereka samaada secara fizikal ataupun maya memberi suntikan semangat utk saya meneruskan perjalanan penyusuan ini. Setiap ibu atau bakal ibu perlu tanamkan niat utk memberikan yg terbaik kepada zuriatnya. Dan yakinlah ciptaan Allah azzawajala lah yg terbaik. Tak akan dan tak akan mungkin ada tolok bandingnya. Gali dan carilah ilmu berkaitan penyusuan ini. Menyusukan anak bukanlah sesuatu yg kompleks utk difahami. Tetapi ia memerlukan kita utk sentiasa memahami. Ia bukan perjalanan yg sentiasa mudah. Namun percaya,usaha,berdoa dan bersabarlah, allah pasti akan sentiasa hiasi perjalanan penyusuan ini dengan barakah."

Saja je join, mana tau bermanfaat kat org lain.
Aku dh bagi keizinan kat team the milk story utk share ni kat mana2 pun.

Rasanya ini jela kot update pasal my breastfeeding journey.
Happy breastfeeding ibu ibu hebat!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perempuan

Dalam surah At Tahrim, di ayat ayat hujung Allah cerita tentang isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut a.s, yg sememangnya kita tahu, mereka dicampakkan ke neraka kerana kufurnya mereka tu dengan agama allah.
Itu kisah perempuan yg jahat, tentang perempuan yg baik, Allah selitkan doa isteri firaun kepada Allah agar diselamatkan dari kaum yg zalim.
Allah cerita betapa taatnya Maryam kepada penciptanya.

Memang lumrah ada 2 jenis perempuan yg baik dan ada yg jahat.
Pilih utk jadi yg baik.
Even sejahat mana pun sebelum ini, pilihlah utk menjadi lebih baik bermula saat ini.
Dalam surah yg sama, allah suruh kita bertaubat sebenar benar taubat, mudah mudahan allah akan menghapuskan kesalahan kesalahan yg lepas dan tempatkan kita di syurga.

" Ya tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunkanlah kami; sungguh, engkau mahakuasa atas segala sesuatu"

Published with Blogger-droid v2.0.9

S.M.I.L.E

Budak bertuah ni mmg kaya dengan senyuman.
Dari dia baby lagi, pantang diagah or geletek mmg akan tersengeh and terkekeh2 suka.
Bila dh jadi todler ni aku perasan,dia suka sengeh gini.
Bila halakan camera and suruh dia smile mmg begini lah jadinya.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA

Irfan Irfan.

All pic taken by cikdya yg rajin sgt nk g amik phone and snapped all those pictures. Thanks cikdya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Excellent at workplace & Cemerlang di rumah

YouTube

I know jemil will read my post in here.
That is why i'm writing this. Hihihi
Taklah. Niat nk share video mufti menk cakap pasal husband and wife.
Sudi sudikanlah klik link tu.
Semoga bermanfaat.

Mufti menk cerita pasal suami kena puji masakan isteri.
Dalam contoh2 yg mufti menk cakap tu.
Ppuan mmg macam2 jenis.
Kalau jenis yg positif tu, kalau kena komen tak best or laki complain, maybe  dengan positifnya menjawab "oyeke bang, takpe next time saya akan improve masakan saya"
Tapi. Kalau jenis yg satu lagi. "Lepas ni saya taknk masak utk abg dah, kalau lapar masak la sendiri". Parah.

Aku rasa aku mcm golongan yg lagi satu yg mufti menk did mention dlm video tu. Hihihi
Abg, abg cakap cuk masak semalam terlebih minyak kan? Next time bila cuk nk tumis apa2 nnti cuk panggil abg eh suh sukat byk mana minyak nak letak. Hahaha
Taklah. I wouldn't do that.
Saya kan jenis org yg boleh terima kritikan :p
I dun need you to puji2 me baru i akan masak.
Cuk tak suka la kena puji... nnti jadi riak :p
Hehehehe

I know i'm away far to be so called perfect wife.
Byk kekurangan sana sini.
Hari hari pun fikir macam mana nk ubah and perbaiki diri.
Tapi, tulah.. bila dh penat balik dari office, i failed to be excellent at home.
Sorry ye abg.

But in anyway, i'm grateful to have you.
I know you love me.
Makan je apa pun yg bini abg ni masak, even terlebih minyak.Hahahhahaha

Love,
Cuk
Published with Blogger-droid v2.0.9

Semalam Dalam Sejarah

Hihihihihi
Sebelum tulis baik aku gelak dulu..
Maybe it is not funny for others, tp bg aku maknye si Irfan, mmg lawak la.
Sape2 yg pernah dgr suara si Irfan ni maybe bleh imagine la betapa lawaknya anak teruna den ni.

Semalam..

Aku bli air kotak chrisenthemum tea yg kotak besar tu masa singgah kat petrol station,jemil isi minyak kete.
So masa amik Irfan from nursery, dia nmpak la air tu. Mmg dia mintak la kan, for sure.
Masalahnya, strawnya pendek. Tak cukup panjang utk kotak yg gedabak tu.
Tapi kalau kita org besar ni mmg boleh la pegang straw tu and adjust sikit2 so that boleh minum.

Budak kecik ni, memula dia ok je pegang straw tu and minum.
So maknye biar je la kan dia minum dgn gembira.

Tiba tiba...
"mama sepit!"
aku " apa yg tersepit?"
"ni.. sepit" kata anak teruna cuba utk explain keadaan yg telah terjadi sambil menunjukkan kotak air tadi.
Dengan muka sedihnya "tersepit"
aku buat apa? Gelak. hahahahhahahahahahahahhaa

Itu bukan tersepit la Irfan, tu tenggelam!
Straw tu dh jatuh kedalam kotak besar tu. Nk keluarkan balik pun agak susah la nk korek2 dari lubang yg kecik cenonet tu.

Hahahahhaha
Aku tak sure dia mmg faham kat mana nk guna perkataan tu and does he really know what is 'tersepit' or 'sepit' ni.
Tapi dia cakap cukup clear, tak pelat langsung.

Balik raya baru ni, asyik la ckp 'cepat'.
Sikit2 "cepat cepat"
Yg ni aku tau mana dia dpt.
I've to admit, aku ngn jemil mmg selalu sebut 'cepat'2 ni

Contoh;
abah "mama, CEPAT, dh pukul berapa ni"
mama (masa nk ajak irfan mandi, or nk suap makan or byk lagi situasi2 lain) "Irfan, CEPAT CEPAT"

Hihihi.
Budak2 ni mcm sponge.
Senang je nk menyerap segala benda.
Huhu.

Emergency Leave


Gambar di atas ialah gambar seorg budak kecik bertemperature 38·c.
Dia ok je mlm sebelum tu, cuma dia tak cukup tido.
Dia tido awal, tp terbangun pukul 2 pagi. Dia main tak ingat nk tido, akibatnya masa dh smpai depan gate nursery dia termuntah.

Mama and abah terpaksa jugak pergi office. Sbb keje mama sgt la menimbun.
Tp dalam kul 10 tu babysitter dia call ckp bdn dia still panas even dh bg ubat demam.
Maka, lunch time tu terus apply cuti.
Kerja, siapkan mana yg patut je. The rest can wait.
Anak lagi penting.

Aku sebenarnya mmg jenis yg tak risau if anak or even aku diri sendiri demam or selsema yg on off tu. Tp bila org keliling risau aku jadi risau la jugak.

Alhamdulillah, lepas bg irfan makan ubat demam and antibiotic tu dia dh ok.
Harini dh bleh g school. Mama pun g office dgn tenang.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Mama's Handsome Boy at 23 Months

Sudah menginjak ke 23 months, maknanya next month sudah birthday yg ke 24 months, 2 tahun!

Budak 23 bulan ni dh pandai macam2.
Boleh la nk di ajak borak, tinggal paham ngn tidak je, hahhahahaha
Dia sgt expert memanjat. Panjat kerusi meja makan then langkah masuk dlm highchair dia,agak2 dh bosan dia lompat pegi panjat sofa, and then terjun tiruk or slide dicelah sofa.
Mama tgk je, agak2 nk jatuh mama pegi la sambut.
Huahuahua.

Dia sekarang pandai protes, if kita nk buat apa2 yg dia tak nk or tak suka, suka suki jerit NO sekuat kuat hati.
Mana blajar neh???
Kalau tgh mood tak berapa nk elok tu, ngn sapa2 pun tak mau.
Dah macam anak koala bear dh berpaut ngn mama.
Abah cuit sikit pun mengamuk.
lagi sekali, sape ajar neh??
Huahuahua

Dulu2 weekdays boleh je tido awal and bangun awal, sekarang ikut mood dia.
Kalau dia rasa dia nk main, dia boleh je taknk tido.
Esok pagi melentok lentok mengantuk.

Irfan irfan....


Default smile. Suh smile je jadi camni la.. haha


Sangat suka drive car.

Published with Blogger-droid v2.0.9

2 hari bak 2 tahun

Since jadi isteri, mmg dh lama tak kena outstation jauh2.
Mmg bersyukur jugak, peluang keja outstation jauh2 dah merasa masa bujang2 dulu.

Dh kawen and ada anak ni, rasa susah sgt nk tinggalkan family.
Seumur hidup Irfan, dia mmg tak pernah tidur tanpa mama dia.
It was very hard for him, and it was hard for mama too.

2 buah hati mama

For mama,a half day meeting kat Hong Kong mmg la best. Tp, memikirkan nk tinggalkan 2 jejaka kesayangan tu yg azab sikit tu. Byk sungguh benda nk kena fikir. Mujur Irfan dh almost 2 years, pasal susu tak risau sgt dh. Abah ok je bab nk bg anak dia makan.

The most critical part ialah nk menidurkan si anak teruna tu. Boleh ke dia tidur tanpa nenen???? Huhuhuhu Tak cuba tak tahu kan...
Mujur pegi 2 hari. Itupun dah rasa macam 2 tahun.

katil king, tapi irfan and abah takde mmg takde makna
 
2hari yg sungguh padat. Dalam kepala cuma fikir allah mudahkanlah segala urusan, and irfan and abah okaylah hendaknya. Hihihi
 
Alhamdulillah.
Semuanya ok. Mama ok, irfan ok. abah je yg tak cukup tido, hahahaha
Abah cakap irfan ok je, takde la nanges2 teruk sgt. (Tapi mmg tak sanggup la nk ingat muka dia masa meraung sbb mama letak kat carseat masa nk tinggalkan dia tu...sayu!)
 
Abah cakap abah layankan je. Nk main peti ais pun abah tak marah.
As long as tak nanges, hahahaha
 
Abah siap bawak Irfan pegi playground, bagi dia main puas2.
Kot kot la bila penat, balik dia akan tido lena tak ingat nk nenen dia.
Tapi... turn out mmg la irfan tak menangis tgh malam.
Tapi dia restless! sudah2 tido sambil berdukung. And.... pukul 3 pagi baru tido!
 
Pagi2 lagi abah dh kena bangun siap2 nk pegi office and siapkan Irfan nk pegi nursery. Sian abah... tak pe bang, pahala byk!
 
Mujur Irfan kat nursery ok, i bet mesti dia byk tido dari main! hihi
Ye la, org dah puas main sampai kul 3 pagi..... P
 
Masa dh balik rumah tu abah cerita Irfan baik, Irfan behave. Senang je nak jaga Irfan. Tapi abah ckp " if you could see macam mana dia react mlm tu..you tau lah how much he loves you!" aduhhh...
 
Mmg la, mama tau. Irfan mmg sayang mama endlessly.
Mama pun!
and we love you too abah!

view dari bilik
Jalan jalanan
A must go place
cari ketenangan ke dik? hihihi
yg ni bukan cari ketenangan, ni perabih duit namanya!


Ni baru first time berjauhan ngn Irfan, rasanya kalau dh biasa okay kot.
Irfan kan dh besar.
Abah kan dh pass utk jaga Irfan sorang2.
Boleh la mama g HCM city shopping for a day kan??
Hahahhahahaha

Published with Blogger-droid v2.0.9

The 22 Months Young Boy

Budak kecik pakai seluar hitam,baju putih koler oren itu lah jantung hati saya , esok lusa dh setahun 10 bulan.

Cakap bahasa dia je,tp nk mintak apa2,akan ckp 'nk itu' and dia akan point ngn jari dia la tunjuk apa yg dia nk. Kalau tak tolong dia amikkan apa yg dia mintak tu,siaplah,sampai kendur baju kena tarik.Dgr bunyi or nmpak apa2 msti cakap 'what's that' or 'what's this'. Kalau org bg dia barang or even dia yg bg brg kt org dia akan ckp 'asheh' (terima kasih) so CFC!

Now dh pandai mintak susu as 'susu'. Kadang2,suka suki dia panggil mama 'abah'. Lps minum or mkn msti letak blk pinggan or sipcup kt atas meja.

solat tau sujud and tadah tangan baca doa.sejuk hati tgk anak bujang sorang ni.

Dia suka berkawan,tp nk kawan dengan org2 besar. Bila dengan cousin2 ada je nk berebut mana. Apa je yg abg2 tu tgh main yg tu la yg dia nak. Sabar je la

Boleh dia tinggalkan bola dia, nk g join budak2 poli tu tgh main bola, hahahaha

Irfan Irfan Irfan..

Kenapa kita perlu solat?

Rasa mcm kena jugak tulis pasal ni.


Terbaca kat blog akma tadi. And sbb isu solat ni tetiba2 jadi havoc dan menganggu mood aku,
Aku rasa aku perlu, perlu dan sgt perlu utk luahkan kat sini.

1st thing, kepada kawan2, adik2,kakak2 and abg2 or sesiapa sahaja yg sedang memilih pasangan hidup. Tolong ambil tahu latar belakang lelaki/ppuan yg menjadi pilihan anda.

Kalau dia kurang ilmu agama, tak salah..tapi dia perlu and wajib ada keinginan utk mencari ilmu, berlapang dada utk sama2 dengan kita utk cari redha allah. Itu yg paling UTAMA.

Jgn pilih utk berkahwin dgn org yg tak menjaga solatnya.
Macam mana dia nk jaga kita, sedangkan hubungan dia dgn allah pun dia tak jaga.
Okay, saya cakap ikut sedap mulut saya. Okay, takpe. Teruskan hidup anda.

Tapi percayalah, please...trust me. Org yg tak solat dan yg mengambil ringan soal solatnya, hidupnya takkan aman. Takkan tenang. Percayalah.



source:google
Effect tak solat ni besar. Kalau dalam kes atas tu, rumahtangga takkan aman.
Anak2 macam mana? Cucu cicit? Generasi turun temurun yg tak solat jugak?? Kalau anak tu allah bg hidayah, tapi agak2 kita la kan, tenang ke dia hidup dalam sebuah keluarga yg tak tenang? And mungkin allah akan tarik rasa hormat anak2 ni pada ibubapak yg tak solat. Nak?
Nmpak tak besarnya effect ni?

Bapak yg tak solat (solat mencegah kemungkaran) akan terus buat perkara mungkar. Pukul anak bini. Gelar anak bini bawak sial. Agak2nya mcm mana anak tu membesar nanti? Mentally abused.

Org yg tak solat bukan saja susahkan diri sendiri. Tapi susahkan semua org disekeliling dia.

Jauh dari allah, jauh dari hidayah allah akan buat seseorg tu tak rasional dalam tindakan dia. This will affect the whole community. Tahla. Saya macam tak layak nk tulis pasal agama, tapi biarla kiranya ada yg boleh memanfaatkan org lain dan mungkin sudi menjadi sumber pahala bila dh mati nanti.

I knew bout this doa masa pergi antenatal class masa mengandungkan irfan dulu. And rasa mcm wajib je kita doakan anak cucu cicit kita. We wouldnt know their future. Fitnah dunia semakin berleluasa.

i end this entry with surah ibrahim ayat 40 (14:40) maksudnya

'Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku org yg tetap melaksanakan solat, ya tuhan kami, perkenanlah doaku'



Teguran Allah

One of ustaz yg pernah dtg mengajar kt sini pernah cakap, kalau kita faham apa yg kita baca (al quran), kita akan dapat rasa yg allah mengingatkan kita,tegur kita,nasihatkan kita secara direct melalui ayat2nya.

Mufti Menk dlm salah satu syarahan dia, dia suggest baca surah al hujaraat. Bila baca tafsirnya tadi baru aku dapat relate apa yg ustaz sebelum ni cerita pasal teguran2 Allah tu.

Something to ponder...

Published with Blogger-droid v2.0.9

1st

*updated entry

1st.
Irfan Ahmad 1st baby mama and abah. 1st cucu opah and atok, tapi 5th cucu of tok ngn wan, hihi

 
1st day
 
1st smile

1st toy : moomoo

1st hasil: 1st time pumping
1st time jumpa moyang


1st time naik buai

1st attemp to turn at 3 months age
 

and...muka puas
 
1st time balik kodiang...long journey
1st time pegi  playground
  


1st birthday party attended : thaqief 1st birthday

1st carseat

1st book mama beli utk irfan
1st songkok
1st time tempah baju melayu

1st baju raya on his 1st day raya

1st ride @ KLCC

on his 1st birthday
1st ride - fun fair rawang..hihi Irfan cepat bosan

1st birthday cake.. share ngn atok (bday 2 nov) and opah (5 jan)

With his first high chair.. boleh makan semeja dengan mama and abah!
eh lupa, his first word! of course la MAMA! hahahhahhaha

1st time makan lolipop
1st time naik train with his first ManU jersi!


p/s: entry ini akan bersambung lagi.. long way to go irfan ahmad..akan ada byk lagi '1st time' for you.

Love you so much,
Mama


Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.