Search This Blog

Warning: Entry Jiwang Datangnya Ikhlas Dari Jiwa, Hihi

Saya perlu admit yg saya seharusnya bersyukur ditemu dan dijodohkan dengan awak.
Sekarang ni,awak suami saya.. kawan baik saya..
Pengkritik saya, sbb awak sorang je yg tau keburukan saya, awak tegur silap dan salah saya sebelum org lain nampak dan tegur.
Awak yg paling rapat dan kenal saya luar dan dalam.
Yg sudi terima kelemahan dan kekurangan saya.
Yg mengubah saya 289 degree dari saya yg sebelum ni aik, nape tak 360 degree,huahua.
Saya dulu kan psiko sikit, sikit jerrrr.. huhu
Tp saya bleh rasa yg masa dh mematangkan saya.
Saya dh lain, mungkin ada la sikit sikit harewire sana sini, tp saya tau saya boleh jd lebih baik.
Sila bersabar. Hahahahaha
Love you abg.

Stress tahap gaban even aku taktau apa itu gaban pun

Tab buat hal. I have to hard reset it without any other choice.
Stress sbb ia telah menjadi kosong. Sedih.

Heavy duty sgt kot.
Arghh stresssssssssss.

posted from Bloggeroid

On Your 2nd Birthday : Irfan Ahmad

Doa ini special utk anak kesayangan mama,
The only one (buat masa ni, hihi)

"Semoga Allah panjangkn usia Irfan Ahmad, diberkati Allah sepanjang kehidupan ini. Semoga Allah limpahkan rezeki yg byk utk Irfan. Semoga Allah sentiasa bersama mama and abah dalam mendidik Irfan. Semoga Allah makbulkan doa mama and abah, agar Irfan Ahmad jadi anak yg soleh dan bijaksana. Semoga Irfan membesar dan terus diberi kesihatan yg baik. Semoga Allah sentiasa membimbing Irfan menjadi hamba yg bertaqwa dan sentiasa memberi manfaat kepada org lain sepanjang umur mu anak..." "Semoga Allah perkenankan doa2 mama ini" :)

Today is your 2nd birthday darling sayang,
Walaupun Irfan buat 'dek' je bila abah nyanyi lagu birthday tgh2 malam tadi, we dont mind. Hihi

Macam last year, no birthday celebration... yet. Haha
Sebenarnya dari last year mcm2 mama and abah plan, tp ye, perancangan Allah itu lebih baik.
And macam last year jugak, mama buatkan goodie bag utk kwn2 Irfan kat school and anak2 kawan2 mama and abah.
Seronok tau bila bagi benda2 kat org ni, especially makanan, hehehe
Macam best jugak konsep ni, cam giving instead of receiving..
Insyaallah, next next birthday pun kita buat macam ni k.
Mama and abah tak beli hadiah pun kat irfan lagi,
Tp boleh tak kira truck2 yg mama bli ahad aritu as birthday present? Haha. Sbb, nmpak irfan suka betul main ngn lori2 tu.
Insyaallah, next week mama and abah will buy something for you k.
Mama and abah nk irfan tau, yg mama and abah sangat2 sayang irfan.
Kalau mama mampu lori minyak betul pun mama sanggup bli utk irfan, haha

Love u so much Irfan Ahmad.
Selamat hari lahir.

Ambang tahun kedua

Esok genap usia cik abang kecik saya 2 tahun.huhuhu..
Tp kalu nk ckp and luah kat sini pasal tantrum dia,adehh..
Takyah la, kita cite yg baik2 je. Cakap yg baik2 kan boleh jd doa.

Walau lasak macam mana pun dia,
Walau menggeramkan. Mama tetap sayang.
Jadi anak yg baik ye Irfan Ahmad.
Irfan Ahmad tolong aminkan doa mama tau, so that allah bg kesabaran dlm membesarkanmu wahai anak. Huhu



Two-year-olds give the biggest hugs, flash the biggest smiles, and yes, throw the loudest, most spectacular tantrums. Because they live in the moment, their feelings are especially transparent. It's tempting to want to keep things happy for your child at all times. But it's also important for her to experience emotions like sadness, frustration, and anger without always being "rescued" by Mom or Dad, so she can learn to cope better with small setbacks. Two-year-olds do test limits and disagree with parents, of course, but they're also developing more of a desire to please you. They want to be good! They want to help! Routines and consistency in your responses help your child learn the ropes and keep everyday life running smoothly.

source, babycentre.com

posted from Bloggeroid

Run for your heart.

Cerita ni dah sgt basi, huhuhu
Tapi nk share jugak jugak.
Aku kan keje hospital jantung, so mestilah tunjukkan sokongan kan.
Anyway, aku takde la melarikan diri. Huahuahua
Aku hantar wakil, my DH. Hehehe
Dasyat OO..dia top one hundred OO dari 1500 runner!

Biasalah aku and Irfan Ahmad jadi penunggu je, hehehe

Tapi sementara tu ada few booth utk diterjah.

Bawak Irfan g wat health screening dulu. Free ye.
I daftar as one of organ donor. Rasanya masa kat uni dulu dh daftar.
Takpe, daftar lagi sekali dapat card!
Ada booth utk quit smoking.
Booth2 dari sponsor2.

Byk jugakla goodie bag yg runner dapat.
Once complete je larian tu dapat finisher medal.best kan...
Bak kata org yg dh pindah gleneagle tu 'IJN ni best, byk wat event best2, setahun duk gleneagle takde apa2 pun' hehehhehehe

Cabutan bertuah pun best best.
Tp biasalah kitorg ni, elok balik je baru la nama naik. Nama dua dua pulak tu.
Itulah dh dinamakan takde rezeki kannnn.
Takpe kami redha. Huahuahua

Published with Blogger-droid v2.0.9

Melayu Islam

Ko ni saja kan intan, hehehe

Eh..kata ada hak kebebasan bersuara.

Sepengetahuan (ada ke perkataan ni?) aku yg tak seberapa ni, antara ciri ciri seseorg itu yg membolehkan dia dikatakan melayu ialah:dia adalah penganut agama Islam. Yes, itu semua ciri2 atau guide yg manusia cipta/gubal.
Tapi, apa salahnya?

Saya - intan, kawan saya Carmen, lagi sorg kawan saya Venot, kawan lagi sorang pulak Ei mei.
Apa persamaan kami?
Kami dilahirkan dia bumi malaysia yg aman damai, pada tahun yg sama : 1985.
Kami dilahirkan tanpa boleh memilih siapa ibu bapa kami mahupun bangsa dan agama kami.
Kami dilahirkan 'kosong'. Ibu bapa kami yg mencorakkan kehidupan kami.
Dan... kami okay je.

Saya bersyukur dilahirkan dalam keluarga berbangsa melayu dan menganuti dan mengamalkan agama Islam.
Itu adalah qada dan qadar Allah utk saya, dan saya percaya dengan itu.
Saya sepatutnya mensykuri nikmat iman yg Allah beri tanpa saya pinta.
Dari kecil telah diajar tentang akidah: tuhan itu hanya Allah dan Muhammad s.a.w itu rasul utusanNya.
Walau hidup penuh liku, saya bersyukur masih lagi Islam dan dikurniakan nikmat diterima taubat. Faham?
Bayangkan, kalau lah saya tidak dilahirkan dalam keluarga yg mengamalkan Islam, makin terkontang kanting lah saya mencari tuhan. Nauzubillah himinzalik.

Kawan2 saya tadi?
Oh, Carmen dilahirkan dalam keluarga berbangsa cina dan menganuti agama kristian.
Ei Mei juga berbangsa cina, tetapi ibu dan bapanya menganut agama Buddha, maka dia membesar sebagai seorg yg berbangsa cina menganut agama Buddha.
Venot pula dibesarkan sebagai penganut Hindu.
Itu perbezaan kami.
Persamaan kami: keluarga kami mencorak bangsa dan agama kami. Asalnya kami dilahirkan dalam keadaan fitrah.

Tapi tak mustahil allah beri hidayah pada mereka suatu hari nanti utk kembali kepada fitrah.
Tak mustahil juga allah temukan mereka dgn ilmu yg boleh membawa mereka mengenal tuhan yg satu. Hanya satu.
Tak mustahil.
Dan kalau ia benar2 berlaku, they can just revert to Islam.
Bila2.
Entah2 menjadi muslim yg lebih baik. Dengan taufik dan hidayah Allah mungkin mati dan dibangkitkan sebagai Muslim.
Itu pasal revert to Islam.
Kalau yg dibesarkan sebagai islam pulak utk memilih keluar dari Islam?
Murtad?
Nauzubillah himinzalik

Pesan seorg yg bukan bergelar ustazah,
Ibu bapa zaman ini, mari jaga keluarga kita. Islam kini menghadapi bermacam2 cabaran.
Untuk membesarkan anak zaman sekarang bukan senang.
Ada islam liberal lah, plural lah, syiah.. belum masuk Mu'tazilah, khawarij apa lagi.
Kita dulu kene perisai diri dengan ilmu.
Kena ada satu firewall yg boleh halang kita dan keluarga kita dari terjerumus terus ke hellfire.
Allah, lindungi Kami.

I'm praying that Allah will always guide us to his path.
Takde la hendaknya sedara mara ke kawan2 or sesiapa saja yg tak kira lah bangsa apa tp agamanya islam, ada pemikiran like 'aku open-minded, aku tak kisah anak aku nk pilih agama dia sendiri."

May Allah protect us.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Video SMILE

Huahuahua.

Published with Blogger-droid v2.0.9

My milk story

Lama dh tak menulis pasal susu, pasal breastfeeding kat sini.
Alhamdulillah, target utk meneruskan penyusuan susu ibu selama 2 tahun dh makin hampir.
Selepas ni akan teruskan jugak selagi ada rezeki utk Irfan.
Biarlah weaning off process tu jadi naturally.
Tp if ada rasa keperluan utk pisahkan susu pun dah tak menjadi masalah.
Yg penting, minimum 2 tahun.
Todler macam irfan akan teruskan pemakanan macam biasa dan dapatkan zat zat dari pemakanan yg seimbang.


Nk dapat hasil yg byk2 mcm dulu2 tu mmg jarang2 dah. Jgn tertipu dgn gambar di atas, dpt byk tu pun sbb den telah skip satu sesi pam, huhu dont ever do that.
sekarang ni, cuma bekalkan irfan dgn 1 or 2 botol 3oz susu to nursery. Selebihnya dia makan la biskut ke, cereal dgn dutch lady chocolate, vitagen ke calciyum ke. Aku tak risau pasal pemakanan irfan, dia kat nursery ok je makan apa pun. Dgn aku je dia ada susah sikit, ye anak aku telah berjaya memonopoli maknye. Huhuhu

stok susu frozen pun tinggal byk tu je. Hahahaha. Nampak sgt pemalasnya mak si Irfan ni. Hari hari bekalkan fresh milk je. Frozen tu simpan la kot emergency ke.

2 botol susu penuh dengan kasih sayang, hehehe

Haritu, kat facebook the milk story, aku ada share something pasal penyusuan susu ibu. Nak tepek kat sini jugaklah.
Hehehehhe

"Alhamdulillah. Syukur. Khalifah kecil saya akan menginjak ke usia 2 tahun 21 November ini . Bermakna allah telah merezekikan saya utk menyusukannya selama ini. Saya berharap perkongsian saya ini dapat dimanfaatkan oleh ibu2 lain yg berazam utk memberikan yg terbaik utk zuriat masing2. Saya harus panjangkan rasa syukur saya kerana dikurniakan teman2 yg sudi berkongsi ilmu penyusuan yg mereka ada dengan saya. Ilmu penyusuan yg saya perolehi tidak pernah terbatas. Setiap pengalaman kejayaan mahupun kegagalan mereka telah menjadi ilmu yg sangat berguna kepada saya seorg ibu muda. Perkongsian mereka samaada secara fizikal ataupun maya memberi suntikan semangat utk saya meneruskan perjalanan penyusuan ini. Setiap ibu atau bakal ibu perlu tanamkan niat utk memberikan yg terbaik kepada zuriatnya. Dan yakinlah ciptaan Allah azzawajala lah yg terbaik. Tak akan dan tak akan mungkin ada tolok bandingnya. Gali dan carilah ilmu berkaitan penyusuan ini. Menyusukan anak bukanlah sesuatu yg kompleks utk difahami. Tetapi ia memerlukan kita utk sentiasa memahami. Ia bukan perjalanan yg sentiasa mudah. Namun percaya,usaha,berdoa dan bersabarlah, allah pasti akan sentiasa hiasi perjalanan penyusuan ini dengan barakah."

Saja je join, mana tau bermanfaat kat org lain.
Aku dh bagi keizinan kat team the milk story utk share ni kat mana2 pun.

Rasanya ini jela kot update pasal my breastfeeding journey.
Happy breastfeeding ibu ibu hebat!

Published with Blogger-droid v2.0.9

Perempuan

Dalam surah At Tahrim, di ayat ayat hujung Allah cerita tentang isteri Nabi Nuh dan Nabi Lut a.s, yg sememangnya kita tahu, mereka dicampakkan ke neraka kerana kufurnya mereka tu dengan agama allah.
Itu kisah perempuan yg jahat, tentang perempuan yg baik, Allah selitkan doa isteri firaun kepada Allah agar diselamatkan dari kaum yg zalim.
Allah cerita betapa taatnya Maryam kepada penciptanya.

Memang lumrah ada 2 jenis perempuan yg baik dan ada yg jahat.
Pilih utk jadi yg baik.
Even sejahat mana pun sebelum ini, pilihlah utk menjadi lebih baik bermula saat ini.
Dalam surah yg sama, allah suruh kita bertaubat sebenar benar taubat, mudah mudahan allah akan menghapuskan kesalahan kesalahan yg lepas dan tempatkan kita di syurga.

" Ya tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunkanlah kami; sungguh, engkau mahakuasa atas segala sesuatu"

Published with Blogger-droid v2.0.9

S.M.I.L.E

Budak bertuah ni mmg kaya dengan senyuman.
Dari dia baby lagi, pantang diagah or geletek mmg akan tersengeh and terkekeh2 suka.
Bila dh jadi todler ni aku perasan,dia suka sengeh gini.
Bila halakan camera and suruh dia smile mmg begini lah jadinya.
HAHAHAHAHHAHAHAHAHHAHA

Irfan Irfan.

All pic taken by cikdya yg rajin sgt nk g amik phone and snapped all those pictures. Thanks cikdya.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Excellent at workplace & Cemerlang di rumah

YouTube

I know jemil will read my post in here.
That is why i'm writing this. Hihihi
Taklah. Niat nk share video mufti menk cakap pasal husband and wife.
Sudi sudikanlah klik link tu.
Semoga bermanfaat.

Mufti menk cerita pasal suami kena puji masakan isteri.
Dalam contoh2 yg mufti menk cakap tu.
Ppuan mmg macam2 jenis.
Kalau jenis yg positif tu, kalau kena komen tak best or laki complain, maybe  dengan positifnya menjawab "oyeke bang, takpe next time saya akan improve masakan saya"
Tapi. Kalau jenis yg satu lagi. "Lepas ni saya taknk masak utk abg dah, kalau lapar masak la sendiri". Parah.

Aku rasa aku mcm golongan yg lagi satu yg mufti menk did mention dlm video tu. Hihihi
Abg, abg cakap cuk masak semalam terlebih minyak kan? Next time bila cuk nk tumis apa2 nnti cuk panggil abg eh suh sukat byk mana minyak nak letak. Hahaha
Taklah. I wouldn't do that.
Saya kan jenis org yg boleh terima kritikan :p
I dun need you to puji2 me baru i akan masak.
Cuk tak suka la kena puji... nnti jadi riak :p
Hehehehe

I know i'm away far to be so called perfect wife.
Byk kekurangan sana sini.
Hari hari pun fikir macam mana nk ubah and perbaiki diri.
Tapi, tulah.. bila dh penat balik dari office, i failed to be excellent at home.
Sorry ye abg.

But in anyway, i'm grateful to have you.
I know you love me.
Makan je apa pun yg bini abg ni masak, even terlebih minyak.Hahahhahaha

Love,
Cuk
Published with Blogger-droid v2.0.9

Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.