Search This Blog

Khatan Irfan Ahmad

Mama's big boy ni dah selamat dikhatankan on 8 Dec 2018 (Sabtu)

Since Irfan start sekolah rendah, bila dia terbiasa dengar orang sebut "sunat", kami pun dah start explain what sunat is.
Walaupun apa yg Irfan dengar pasal sunat semua cerita cerita scary, kita try counter dengan cerita yg lebih positif. Like kenapa perlu sunat. sunat tu dibuat oleh siapa dan bagaimana.
Yang paling works aku rasa ialah biar dia tanya dan discuss pasal sunat ni dengan kawan kawan dia.
Dekat transit dia, ramai abang abang yang dia agak rapat, jadinya kita gunalah cerita abang abang tu sunat and abang tu elok je sihat hah, so it is a real study case depan mata dia yang sunat tu tidaklah scary mana since the living subject happy je teruskan kehidupan selepas sunat kan. hahahahaha

Dalam pada kami carikan klinik dan tarikh yg sesuai untuk dia berkhatan, rupanya memang classmate dia pun ramai yang bakal sunat during cuti sekolah ni. Maka makin mudahlah proses nak yakinkan dia umtuk bersunat juga.

Alang alang mama cuti sebab nak belikan kek and celebrate birthday dia kat transit, mama terus singgah Pusrawi untuk daftar khatan dia. hahahahaha ironi sangat daftar sunat exactly on his 8th birthday.

Bila dah confirm tarikh tu, gigih lah kitorang menyediakan segala kelengkapan lain,
Belikan kain pelikat.
Babah pergi kedai hardware beli paip pvc utk jadikan frame untuk gantung kain pelikat nanti.
Pergi farmasi beli segala barang barang untuk dressing, kitorang beli kapas, cotton bud, and dermacyn solution. krim sapu tak beli sebab yakin pihak hospital akan bagi nanti.

Tibalah hari yang dinanti nanti. hehe

Dia orang terakhir. so kami chil chil je lah tunggu giliran.

Alhamdulillah. Selamat dah.

at home

Kebetulan sebab kami pergi lambat sikit, jadi irfan boy paling last untuk disunatkan haritu.
So memang lepas dia keluar dari daycare tu sekali dengan surgeon yg sunatkan dia,
Surgeon tu puji dia hebat, dia kata irfan sempat sembang sembang lagi dengan dia masa proses khatan tadi, Irfan siap cerita kat surgeon tu yg dalam kelas dia (darjah dua) dia sorang je belum sunat, kawan kawan lain dah sunat. hahahaha
This is why i told you, allowing the boys to discuss about this sunat thing will help them to gain the strength to undergo the process. hahaha

Alhamdulillah. since proses sunat irfan under bius, makanya lepas prosedur tu elok lah dia berjalan singgah kedai beli barang like nothing happen kan. Azab sakit tu datang bila ubat bius habis. hehehe.

Penjagaan luka sunat
Nasihat daripada nurse dekat daycare masa selesai proses sunat tu, nurse tu cakap, since ubat bius ni ada lagi, nanti sampai je rumah terus bukak balutan jahitan kat penis dia tu. cuci biasa biasa je dan keringkan. Keypoint nya disini kena sentiasa kering.

Masa nak turun elevator haritu, kan kitorang turun sekali dengan surgeon yg sunatkan irfan kan, dia punya suggestion "kalau nak dia selesa, biar je balutan tu sehari dua, esok buka pun takpe"
Hahhhh terus mak pak irfan jadi confiused.
But... we decided to take out the bandage as soon as irfan dah settle dekat rumah.
Sebab.. logiknya since irfan belum rasa sakit lagi, kan ada ubat bius lagi , so proses nak cabutkan bandage tu mudah, dah lah benda tu melekat lekat lagi dengan kulit yg baru jahit, kalau decide bukak time dia dah mula rasa sakit takke meraung nanti. hahaha
Alhamdulillah sebab rasa dah buat pilihan tepat.

Proses dressing lah yg paling azab.
Doctor prescribed iodin untuk guna bila cuci luka, tapi... iodin tu kan pedih. meraung lah pakcik ni.
Siap menjerit "Mama cederakan Irfan!!!!" hahahahahha
So since iodin tu untuk stopkan pendarahan kan, and by esoknya tu dah takde darah, makanya proses dressing kitorang just cuci dengan air suam, dermacyn then keringkan.
Bila dah nampak kulit tu dah jadi cam kulit nak kering tu kitorang sapukan dengan eye ointment yg doctor bagi. Tu antibacterial cream rupanya.

Alhamdulillah, a week later tu dia dah sembuh dah.
Tapi rasa ngilu ngilu tu ada.
Jemil kata normal lah tu.
Dulu duduk dalam kulit, lepas sunat kan duk kat luar.
Memang lah rasa tak selesa sikit.

Maka berakhirlah cerita Irfan sunat.
hehehe

Another milestone discovered.

Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.