Search This Blog

Showing posts with label saja saja. Show all posts
Showing posts with label saja saja. Show all posts

It's 2023, and this is my 1st post!

Well, alhamdulillah. Another year.

Pejam celik cepat betul masa berlalu.

This is us during Maryam merentas desa event kat sekolah. Ye, dah bujang dan remaja dah bebudak ni, si Dodi pun dah nak masuk 4 tahun.

Hopefully this will not be my last post for 2023, kalu tak see next year je lah ye. Hahahaa.





Why? Norwex? Young Living? Kucate?

Why you suddenly berniaga?

Heheheehe saja.

Why Norwex?

Mula mula dulu, when i scrolled my IG feed nampak ramai influencer pormote Norwex ni.

Terpikat jugak lah bila nmpak how easy they use the cloth and only water je lap lap everywhere in the house kan. Then one of my friends promote juga, so to support my friend's bussiness i order lah the basic set, which yg ada enviro, kitchen cloth and window cloth. I top up beli cleaning paste.

Masya allah, it work wonders. Cerah cermin slinding door rumah!

Then another friends berjaya pujuk i jadi consultant. Sebab kata dia, i ni memang dah in love with the product, and i kept on buying plak tu, baik lah jadi member, nanti boleh collect host gift bagai. So it started there. Collect order from office mate. Belikan utk ibu, ya, chu and mak.

I bought the chopping board. ye 10 tahun kawen baru ku tukar chopping board hahahaha.Then the mop. Then the towel. hahahha

Because i found it very benificial to me, I promote.

I got lah sikit commision.

This car set is my favourite. Terus jadi rajin cuci kereta!


Why YL?

My favourite

I have been using YL essential oils years before.

I use RC for my sinusitis problem.

I bought White Angelica to smell good and motivated.

Guna sikit sikit sebab rasa mahalnya minyak ni.

hahha

Then my friend cakap, jadilah member, you promote, you collect bulk order, you'll get commission or points that can use to buy you your minyak!

I sold.

I started to promote YL in my social media post.

Open order to officemate.

Enrolled ya as my 1st enrollment. hahahaha

Macam Norwex juga, i love Young Living products. It benefit me and my family, of course benda baik kena kongsi with others kan.

Now everymonth wajib top up stock oils,Ningxia red and bloom collagen.

I got 24% points from this monthly essential reward, then points to boleh lah claim minyak mahal!

Why Kucate?

Kucate ni new product mak Neelofa, semua org tau Neelofa ni jual apa pun laku, tudung, susu, bantal nunha dia pun org suka.

My cerita with kucate pulak begin with aku tertanya tanya apebenda lah kucate kucate ni.

So when one of my cousin in law promote kat social media dia, i pun pm lah tanya, amende kucate ni, rupanya kuca = kacau, te=teh. air teh rupanya. Cube sebiji ala2 supercube tu. Rendam dalam air, kacau kacau ready to minum.

Actually, months before tu i ada rasa nak beli supercube, mmg plan nak order yg ada osmanthus tu, tapi masa i put on sosmed, my in law btau dia kata tak sedap, dia minum few cubes je pastu ada banyak lebih and she offer to give me the whole box. Tapi pkp lah apa lah tak pegi pun rumah dia, tak ambik pun.

Seketul cube gula batu, honey with bunga/longan/halia in the cube. To serve, letak seketul kiub dalam air panas, kuca kuca kuca tadaaa hot and teh tersedap sedia utk diminum! Benda senang gini memang favourite.

My cousin in law yg jual kucate ni jual supercube juga, she gave me samples of supercube for me to rasa. and try compare ngn kucate ni.

The moment she ajak to become a member, of course lah setuju sbb kucate ni free je daftar jadi member.

And once dah jadi member automatic you can buy kucate with member price. Jimat!

and since it is sedap and beneficial for health that is why i keep on promoting it.

If you buy from me, Alhamdulillah i got my comission, if you buy it from others i still got pahala because sharing the good things kan. hehehe.

the flavour and price

Gitulah ceritanya how suddenly i rajin nak meniaga.

Hahahaha


Khatan Irfan Ahmad

Mama's big boy ni dah selamat dikhatankan on 8 Dec 2018 (Sabtu)

Since Irfan start sekolah rendah, bila dia terbiasa dengar orang sebut "sunat", kami pun dah start explain what sunat is.
Walaupun apa yg Irfan dengar pasal sunat semua cerita cerita scary, kita try counter dengan cerita yg lebih positif. Like kenapa perlu sunat. sunat tu dibuat oleh siapa dan bagaimana.
Yang paling works aku rasa ialah biar dia tanya dan discuss pasal sunat ni dengan kawan kawan dia.
Dekat transit dia, ramai abang abang yang dia agak rapat, jadinya kita gunalah cerita abang abang tu sunat and abang tu elok je sihat hah, so it is a real study case depan mata dia yang sunat tu tidaklah scary mana since the living subject happy je teruskan kehidupan selepas sunat kan. hahahahaha

Dalam pada kami carikan klinik dan tarikh yg sesuai untuk dia berkhatan, rupanya memang classmate dia pun ramai yang bakal sunat during cuti sekolah ni. Maka makin mudahlah proses nak yakinkan dia umtuk bersunat juga.

Alang alang mama cuti sebab nak belikan kek and celebrate birthday dia kat transit, mama terus singgah Pusrawi untuk daftar khatan dia. hahahahaha ironi sangat daftar sunat exactly on his 8th birthday.

Bila dah confirm tarikh tu, gigih lah kitorang menyediakan segala kelengkapan lain,
Belikan kain pelikat.
Babah pergi kedai hardware beli paip pvc utk jadikan frame untuk gantung kain pelikat nanti.
Pergi farmasi beli segala barang barang untuk dressing, kitorang beli kapas, cotton bud, and dermacyn solution. krim sapu tak beli sebab yakin pihak hospital akan bagi nanti.

Tibalah hari yang dinanti nanti. hehe

Dia orang terakhir. so kami chil chil je lah tunggu giliran.

Alhamdulillah. Selamat dah.

at home

Kebetulan sebab kami pergi lambat sikit, jadi irfan boy paling last untuk disunatkan haritu.
So memang lepas dia keluar dari daycare tu sekali dengan surgeon yg sunatkan dia,
Surgeon tu puji dia hebat, dia kata irfan sempat sembang sembang lagi dengan dia masa proses khatan tadi, Irfan siap cerita kat surgeon tu yg dalam kelas dia (darjah dua) dia sorang je belum sunat, kawan kawan lain dah sunat. hahahaha
This is why i told you, allowing the boys to discuss about this sunat thing will help them to gain the strength to undergo the process. hahaha

Alhamdulillah. since proses sunat irfan under bius, makanya lepas prosedur tu elok lah dia berjalan singgah kedai beli barang like nothing happen kan. Azab sakit tu datang bila ubat bius habis. hehehe.

Penjagaan luka sunat
Nasihat daripada nurse dekat daycare masa selesai proses sunat tu, nurse tu cakap, since ubat bius ni ada lagi, nanti sampai je rumah terus bukak balutan jahitan kat penis dia tu. cuci biasa biasa je dan keringkan. Keypoint nya disini kena sentiasa kering.

Masa nak turun elevator haritu, kan kitorang turun sekali dengan surgeon yg sunatkan irfan kan, dia punya suggestion "kalau nak dia selesa, biar je balutan tu sehari dua, esok buka pun takpe"
Hahhhh terus mak pak irfan jadi confiused.
But... we decided to take out the bandage as soon as irfan dah settle dekat rumah.
Sebab.. logiknya since irfan belum rasa sakit lagi, kan ada ubat bius lagi , so proses nak cabutkan bandage tu mudah, dah lah benda tu melekat lekat lagi dengan kulit yg baru jahit, kalau decide bukak time dia dah mula rasa sakit takke meraung nanti. hahaha
Alhamdulillah sebab rasa dah buat pilihan tepat.

Proses dressing lah yg paling azab.
Doctor prescribed iodin untuk guna bila cuci luka, tapi... iodin tu kan pedih. meraung lah pakcik ni.
Siap menjerit "Mama cederakan Irfan!!!!" hahahahahha
So since iodin tu untuk stopkan pendarahan kan, and by esoknya tu dah takde darah, makanya proses dressing kitorang just cuci dengan air suam, dermacyn then keringkan.
Bila dah nampak kulit tu dah jadi cam kulit nak kering tu kitorang sapukan dengan eye ointment yg doctor bagi. Tu antibacterial cream rupanya.

Alhamdulillah, a week later tu dia dah sembuh dah.
Tapi rasa ngilu ngilu tu ada.
Jemil kata normal lah tu.
Dulu duduk dalam kulit, lepas sunat kan duk kat luar.
Memang lah rasa tak selesa sikit.

Maka berakhirlah cerita Irfan sunat.
hehehe

Another milestone discovered.

2015 is coming so sooooonnnn.

Tajuk entri kalau tak over, tak sah. hahaha

Tapi betul lahhh. its already december!
Sekejapannnyyaaa.
Hehehe. kesalahan bahasa di situ.

Irfan Ahmad, 4yrs 2 wks and 2 days young

Dia dh boring tgk mickey mouse club house dia, dia offer mama remote tv, "nah mama, mama tgk la cerita lain"

mama buat2 tanya, "cerita lain tu cerita apa?"

"mama tgk la cerita orang, mama tgk cerita orang kan"

"ok, kalau mama tgk cerita orang, babah tgk cerita apa?"

"babah tgk cerita bola.. "

hah... nmpak tak relation di situ, mama suka layan drama, abah pulak takde cerita lain yg abah tgk, lepas bola, bola lagi, hahahaha

anak pun dah perasan.

Maryam Hannah, 1 yr 1 month 1 week 1 day young

Tengah suap 2 beradik ni makan yee mee, oh diorang ni mmg ikut selera mama abah, suka makan mee.

mama tnya abang, "best tak mama masak?"

"deliciousss" bangga mak, hihi

mama tnya lagi, "adik, best tak?"

"dap"

aahhhh speechless. alhamdulillah. ini la yg allah kata penyejuk mata dan jiwa kan...

Konsert akhir tahun Majlis Konvokesyen Tadika Bayu Mewah

Alhamdulillah.
I am a proud mama.
hihi.
Walaupun anak i cuma terlibat dengan persembahan, bukan convo pun, kihkihkih

Semalam baru je dia berumur genap 4 tahun.
And bila petang tadi tengok dia beraksi on stage, sebak okayyyy.
Hahaha

Bertempat di Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Lepas bacaan doa, ucapan daripada puan pengetua, yg kami panggil Ibu Ziah
Syahdu betul masa doa pembuka majlis tu, siap ada doa supaya anak2 ni terus membesar menjadi manusia yg berguna, soleh solehah, berjaya dunia akhirat,bertakung air mata i mengaminkan doa, huhu

Persembahan start dengan ucapan alu aluan daripada anak2 kelas 6 tahun, in 3 language okay. 3. Bahasa melayu, english and mandarin, kagum mak sekejap tau.


Nyanyi lagu Negaraku and lagu Jalur Gemilang.
Then kelas darjah 6. Perform Nasyid.
Nama kumpulan nasyid Al Juwairiyah, macam biasa dengar je kan, rupanya nama ustazah, hihi ustazah depa nama Juwairiyah, haha.

Kelas 6 zuhal

Gabungan 6 Zuhal and 5 Zuhrah nyanyi lagu lagu mandarin.

1st persembahan kelas 4 Marikh ngn 4 Earth, tp irfan takde dlm group ni.
Persembahan kelas 4 marikh ni kelakar, hihi.
Nak tulis ni pun aku dah geli hati dah bila teringat. Budak2 ni kan baru 4 tahun, so diorang idak la nyanyi lagu aii aii twist ni, yg girls cuma goyang2 bahu and satu2 lirik yg depa nyanyi ialah 'aiaiaiai' hahaha,and the boys pulak acting like they are performing as a bandboy, dengan sexaphone, gitar spect hitam siap, hahaha, memang comel tahap gaban cara diorang bersungguh sungguh perform.

Stress, takleh nak upload vidiyo, huhuhu

Hah, finally keluar pun anak teruna den. Lagu belon. hihi
Ni pulak lagu mata saya. hihi
Macam macam aksi tau. Geram je, haha
Semangat dia nyanyi lagu ni sampai buat action tu sungguh. Kat rumah tak pernah dengar pun dia nyanyi, suruh nyanyi pun takmau.

Sambil sambil tu ada jamuan makan, food sedap. Ke memang tgh lapar tah. semua pun sedap kan.

Adik? Maryam Hannah? Ada. hihi





Mula mula sampai dia jaga, tp mengantuk, jenuh jugak la nak pujuk tido.
Masuk dlm boba, goyang2 sikit, zikir kat telinga, terus lena.
Carier mama bli semua ada sleepy dust, hihi.

Elok tgh bergelak ketawa tgk performance, adik terjaga.
hihi.
Adik pun excited tgk abang kakak on stage.
Makan takyah cakap la, apa mama makan dia makan.
Bak kata lirik lagu abang nyanyi, "mulut saya satu, tidak henti makan" Hahahaha.


Last performance by 4 years old kids, baby elephant walk dance, serius comel.

Apa yg mengagumkan aku is, irfan ahmad sangat la enjoy perform on stage. Aku ngn jemil sebenarnya risau jugak takut takut if dia nampak kami kt bawah tu tgk dia, kot kot dia malu and taknk perform kannn. Tp ternyata apa yg kami fikir tu adalah sebaliknya. Meja kitorang dah la depan stage, irfan dengan kawan2 dia relax je lambai2 mak ayah, siap cakap "eh tu mama kita" lepas tu siap cakap "hi mama", hihi
And lebih ajaibnya, dia tak malu2 pun menyanyi menari on stage, he realy having fun performing in front of ramai orang, macam2 kelaku dia atas pentas tu. 
Besar besar ni buat aksi apa pun masih nampak comel :P

Dah habis semua persembahan, ada upacara penyampaian hadiah. Untuk yg dapat 3rd to 1st place special la sikit hadiahnya.

As usual kami ni jenis makayah yg takut nak letak harapan tinggi tinggi kat anak. I mean, kami taknk stresskan irfan, and most of all taknk stress2 kan diri kami sendiri compare keputusan exam dia ngan keputusan anak orang lain.
Ye la, irfan baru 4 tahun, semalam baru 4 tahun, hakikatnya dia terpaksa pegi sekolah at 3 years and 2 months of his age. Kecik lagi kan. Tapi kitorang tau, early education yg sekolah ni tawarkan pun bukan lah formal sgt, idak le ada homework bagai, cuma mungkin exam yg sekolah buat ni just untuk menilai anak anak ni. And bagi hadiah berdasarkan ranking ni sekadar penaik semangat, reward orang kata. Mak ayah and anak anak perlu positif and bina semangat bersaing yg sihat.
Aku tidak la kata cara aku bagus, cuma aku rasa lebih baik menilai dan membanding keputusan anak kita dengan keputusan mereka yg lepas. Ada improvement ke tidak, kalau tak, kenapa.

Teringat masa memula nak hantar Irfan kat tadika ni, sebenarnya tak plan pun. sbb aku asyik rasa dia terlalu baby untuk dihantar ke tadika. Memang memula tu aku agak confiused sama ada nak daftar ke tidak untuk sesi persekolahan 2014. Siap google habis tadika2 top cam CIC,Brainy Bunch, Genius Aulad, Pasti, Little Caliph, tgk and budget2kan harga yuran bagai. Tapi at the same time ragu2 whether irfan ni ready ke tidak, boleh ke dia nak sesuaikan diri kat nursery baru kannn. Dah la still pakai diaper lagi. Dah terbiasa manja manja ngn babysitter kt nursery lama tu.

Tapi tulah, Allah tu Maha Mengetahui kan. Dia takdirkan kitorang berpindah kat area sini, nak taknk memang terpaksa tukar nursery and ditakdirkan aku terjumpa taska and tadika bayu mewah ni masa duk google taska yg berdaftar yg dekat dengan area rumah baru.
Mula2 aku aim nursery baby je untuk maryam, sbb maryam baru 2 bulan kan, so bila tengok bilik baby, cara diorang handle baby yg masih bf and minum ebm, aku terus rasa okay. And bila pengetua tu kata kids of age 4 tahun on 2014 memang kena daftar to tadika, aku rasa macam allah dah tolong jawabkan keraguan aku.
Masa mula2 sekolah aritu, menangis pagi2 jgn cakap la. Dia memang tak biasakan, dh 3 tahun lebih duk nursery kat selayang tu, ibu and makteh dia memang jaga dia tiptop tetiba terpaksa pindah kan, memang haru jugak la awal2 tu.
Dengan dia yg vocab pun tak berapa byk lagi awal2 dulu, risaunya lahai kot kot dia tak reti nak ckp dia lapar ke dahaga ke, risau gila okay. Tp alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah dia kat tadika ni, alhamdulillah tak ada apa yg perlu aku risau.
Hakikatnya aku tau Allah yg jaga anak2 aku, and memang aku doa sangat2, biarlah allah lembut and santunkan hati ibu ibu and cikgu cikgu yg jaga anak2 kami ni. Yela kan, anak anak ni kecik lagi. Aku cuma boleh mengharap yg mereka ni amanah dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, Irfan punya guru kelas Ustazah Juwairiyah.
Nampak lembut tapi tegas.
Aku okay je if irfan takut ngn cikgu2 dia, disiplin sikit.
So far memang byk benda yg irfan dah pandai.
Pandai berkawan, bercakap pun dh fluent, few sentence in english pun tak nmpak kekok.
Dah tak pakai diaper.
Ada la lagi bnda bnda simple yg buat aku ngn jemil kagum, huhu.

Yang jaga maryam pun okay. Lagipun maryam ni mmg senang nak jaga, kenyang perut dia, diapers dia bersih, dia selesa, tak payah ditepuk tepuk pun boleh bawak diri and tidur sendiri.
Maryam pun dah pandai jalan.
Certain words cam "sedap", "habis", "mama","abah" mmg clear if dia sebut.
And kalau tanya mcm mana bunyi cat, kang dia buat la bunyi "miaawwww", hihihi geram je dengar.

Makanya, memang tiada kata selain segala puji bagi allah.
Segala perkara yg baik semua datangnya dari Dia.






Cerita kecil tapi significant

Sebenarnya, aku nak tulis pasal reunion jemil ngn ex schoolmate MRSM PDRM dia.
Banyak gak la gambar yg aku dh kumpul. Video yg aku rakam.
Selain gambar sekitar event tu, gambar irfan terbalikkan bouncer ngn geng2 dia, huhu.
Haritu dh tepek satu dua gambar kt ig and fb.Rasa macam cukup lah tu.
Malas la nk tulis.

Tapi, mlm ni rasa nak tulis tentang dia...

Aku tak kenal dia.
Cumanya dia ni ex schoolmate jemil.
Panggilan kawan kawan che mad. sebab aku dengar jemil pun panggil dia chemad.
And rasanya, jemil pun dah lama tak jumpa dia, sebab seingat aku, since bercinta and dah ada anak 2 ni, baru2 ni (masa reunion tu je) aku perasan dia ni.

Lepas turun dari kereta, berjalan nak ke lobby Bangi golf resort, ada 3 orang lelaki berjalan seiring agak jauh kedepan daripada kitorang.
Jemil melaung " Tuan Ismadi!"
Dia toleh, senyum. "Kodiang!"
Sambil jalan ke arah dia, aku tanya "kenapa abang panggil dia tuan?"
Jemil kata "sebab dia Inspector polis"
Dia tunggu, peluk erat jemil and jalan seiring dengan kitorang terus ke registration counter.

Sepanjang majlis tu, aku cuma tgkkan irfan dari jauh.
Dia dah jumpa geng main, and kebetulan mmg ada corner khas ada bouncer untuk budak2 ni main.
Jemil, aku bg chance dia borak puas2 dengan kawan2 dia yang ada yg lama dia tak jumpa.
Sambil2 tu aku borak2 dengan spouse exschoolmate jemil yg lain.
Bila time makan, aku makan sambil suapkan maryam.
And memang malam tu aku dengan maryam kerjanya mmg makan je.
Food sedap.

Sambil ada yg dah sudah makan, and sambil2 makan ada few games yg diorang buat atas stage.
M.C masa game tu chemad lah.
Ada part yg kelakar kitorang gelak. so macam terngiang2 dengar suara dia.
Selain aku agak susah hati sbb irfan and gengnya dah start naik pentas mangacau.
Maka memang mata aku tertumpu pada pentas.

Irfan and the geng dah start buat havoc. Che mad yg pegang mic tu.
Kita tgk gambar jela ye.

Bersungguhhh

chemad yg duk depan yang membelakangkan camera.

Chemad yg duk bahagian tgh, sebelah brader tshirt biru tu. ceria kan dia? gelak2. senyum2.

Gambar wajib. Ramai ramai.

Ni ex classmate jemil. form 1 sampai form 3. yg dia peluk tu zafrul. bff katanya.
Time sebelum balik tu, beria ia peluk kawan2 dia.
Dengan jiji jiran tingkat atas pun berpeluk sakan.
Macam lepas lepas ni tak akan jumpa dah kan.
Dengan chemad pun sama.
Berpeluk erat.
Jemil cakap "nanti chemad, nanti aku bawak hang p makan nasik ayam mahai"
Aku siap menyampuk, "nasi ayam mahai??"
Rupanya, nasi ayam rm7 yg kat depan petron tu.
Jemil plan kalau2 nanti bila bila dia nk ajak chemad makan and lepak lepak situ.
Che mad ni kan inspector polis, keja kat pulapol tu, mmg dekat jela if nk lepak situ.

Tapi....
itu cuma perancangn kita.
Ditakdirkan, malam 18 november, che mad terlibat dengan kemalangan maut yg meragut nyawanya.
Dia on the way nk balik rumah, dari Pulapol jalan semarak tu nk ke puchong.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inspektor-maut-motosikal-rempuh-lori-1.26611

Terkejut. Tak percaya. Semua jenis perasaan ada.
Jiji ketuk pintu rumah, smpaikan berita.
Jemil bersiap dalam gegas.
Aku macam terpinga.
Pasangkan butang baju melayu dia, salam, dia pergi dengan jiji.
Jemil pesan tidurkan anak anak and tidur dulu.
Tapi aku nak tunggu. Tak sedar terlena.
Tersedar ntah pukul berapa jemil dah balik.
Aku bukan apa, aku bagai boleh rasa macam mana perasaan isteri che mad menanti dia di rumah.
Tapi sebaliknya dapat berita yg suami dia dah tak ada.
Dan lebih menambah derita, esoknya ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua!
Jemil cerita, che mad dh book tmpat untuk candle light dinner berdua dengan isteri dia.
Ya allah, kuatkan la hati isteri chemad, gantikanlah pahala dan redhaMu atas kehilangan yg dia perlu terima ini.
Aku tahu, aku percaya, yg Engkau takkan uji hambaMu lebih dari apa yg kami mampu.
Aku hanya mampu doakan isteri chemad tabah menempuh ujian hebat ini.
Kau ampunkan dan kasihanilah keduanya. tempatkanlah chemad dikalangan hamba2 mu yg soleh. temukanlah mereka semula didalam syurgaMu.

Apa yg aku cuba cerita, ia... mati.
Tak akan pernah kita tahu dan jangka bila masanya.
Hari ni kita ceria, bahagia, suka, derita, tanpa tahu adakah esok masih ada.
Ntah. Macam2 perasaan aku rasa.
Takut.
Masa aku ntah bila.

Kalau lah boleh request dengan tuhan.
Agar ambil aku bila aku dah sedia.
Saat taubat aku tuhan dah terima.
Bila aku betul betul dah suci dari dosa.
Kalau lahh....

**Selaut doa untuk kau chemad, mohd ismadi bin mohd muhidin.
Semoga kubur kau luas bagai taman syurga.
Telah ditakdirkan yg hari itu, waktu itu kau perlu kembali kepadaNya, tak awal, tak lewat hatta sesaat.
Kami ni....ntah bila.

Setelah sekian lama...

Hahaha..
Tajuk takleh blah...
Hihi

Kalau la blog ni boleh berkulat macam mug air chocholate yg aku biar tak berbasuh ni, mesti dh lama berkulat.
Hikhikhik.
Kesian blog.

Nk buat lagu mana, tuan punya blog lebih prefer merapu kt fb dia.
Hihi.
Gambar pun tempek kt Ig pastu link ke fb jugak makanya sepi lah blog ini.
Huhu

Ok.
Bagi tidak membiarkan blog ni sepi begitu saja, mari menulis sesuatu yg signifikan untuk dikenang.

Today. Thursday/Khamis. 28 august 2014.
Bila sampai pada tarikh ni, mesti ingat 2 perkara ni.
1. Tarikh pulangnya arwah abah (bapak mertuaku) kepangkuan rabbnya.
2. Birthday abbas anak kak jessie :)
Satu cerita sedih, satu cerita gumbira.
So this year, on this specific date genaplah 4 tahun pemergian abah and 4 tahun jugalah umur si abbas.

Semoga roh arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Semoga kami anak2 cucu cit keturunan abah menjadi anak2 yg soleh solehah yg sentiasa mendoakan abah. Semoga kita bertemu semula di firdaus.

World Cup 2014

Seperti yg semua orang sedia maklum,
German juara piala dunia 2014.
Hihihi
Diulangi GERMAN.
hihi.

Seperti kebiasaan, jemil menyokong tegar pasukan Brazil and Belanda, alah...tuan rumah yg kalah teruk ngn German tu, hahaha.

Aku sebenarnya dh pencen dh layan2 bola ni.
Zaman zaman membahan orang bila team yg disokong kalah tu dah lama dah berakhir, mmg dh tak berapa ada feeling nak tgk bola.
Ntah la kenapa.
Dah tua kot, anak pun dah dua. Hihi

Tapi yg bestnya, world cup kali ni masa bulan ramadhan, macam lagi mudah je bangun mlm dengan adanya world cup ni.
Siap ckp kat jemil, mlm yg german menang besar tu sbb aku doa dlm sujud supaya german menang, hihihi.. bunyi cam riak la pulak, hahaha.

Just nk tepek semua print screen yg penyokong brazil spammed kt wall fb aku, sudahnya wall fb dia senyap sunyi sepi bila team team dia kalah. Hahahaha

Anyhow, see u next 4 years.

Awal awal lagi dia berangan dah sampai Brazil, hihi
Tengokkk... percubaan untuk tujuan provokasi

German kalah sikit pun dia kecoh2, see

Mengkonpom out kan german kononnnnnn, hahahhha
Oklah.
Sekian sesi membahan suami sendiri di blog sendiri tanpa pengetahuan dia.
Hahahah.. ini kira mengumpat ke? Hahahaha
Aku tau jemil dh lama tak bukak belek2 baca blog aku ni, hihihi

Masa dengan anak anak

Kalau nk cerita pasal masa dengan anak2 ni rasanya kena tulis panjang2 ni.

Tp kat sini just nk tulis simple2 je so that senang nk ingat and yg paling penting nk amal :)

Cuba buat ;

Daily
1. Mandikan anak2
2. Makan sama2 satu meja
3. Solat sama2
4. Take part sama2 bila anak2 main. Susun blocks buat roket sama2 ke, melukis and mewarna ke, hatta jadi monster utk lawan dengan ultraman dia pun bolehhhh...

Weekly
1. Bersukan sama or 'playground time'

Senang cerita, bawak anak2 kuar dari rumah for jalan2 ke, takde la terperuk je dlm rumah. During weekdays dh sah2 masa sgt limited kan, diorang g nursery kita g keja balik dh lewat....so try doing this on weekend. Biar diorang berlari, melompat sesuka hati.

Monthly
1. 'Grandma time'

Bawak balik kampung, hihi
Or cm kami ni mak mmg duk kt shah alam nun je, and ibu selalu je dtg k.l cikdya bawak,hihi

Or

2. Kumpulkan adik beradik sepupu sepapat, makan sama2, potluck2,solat jemaah. Biar  anak2 rasa bonding between sedara sedara mara ni.

Yearly
1. Pergi bercuti. Holiday.

Biarla pergi Bagan lalang je pun, hihi
Janji tido bukan dirumah sendiri, kihkihkih itu definasi holiday aku ke?? Hahaha

Ok lah kan...ada budak dlm macam macam aznil dulu, bila aznil tnya dia "selalu ke mak bawak pergi holiday?" Dia jawab "selalu" aznil tnya "kat mana?" Dia jawab...... "GIANT" kihkihkih... mungkin definasi holiday bagi budak ni adalah keluar dari rumah and naik kereta. Agaknya lahhhh....

Apa2 pun, semua org mesti ada cara tersendiri nk manfaatkan masa dengan anak2 ni. Tertakluk kepada masa dan budget juga :)

Ni bawak cik abg ni g Times Square. Main bowling and games kt archade situ.

Horse riding at Tasik Titiwangsa

Playground time :)

Aktiviti malam2

Gambar gegar

Hahaha... tajuk takleh blah.

Sempena nk ambik mood nk merapu balik kt blog ni,
Kita start dengan menempekkan gmbar terlatest keluarga tuan punya blog. Hahaha


Masih

* insert cricket sound here..

Hahaha.. budget cm cerita seram.
Masuk rumah lama berhantu, hahaha

Lamanya tak menulis (read:merapu :p) kt sini.
Takpe, nnti kita update balik cerita2 backdated kt sini ye.
Esok tua2 bila baca balik kt sini takde la rasa cm hilang byk sgt moment indah dlm hidup, hihi.

Tawakal itu penyelesaian spiritual

https://www.youtube.com/watch?v=_ocrcqMuInQ&feature=youtube_gdata_player

Ya Allah, sesungguhnya aku serahkan urusanku kepadaMu, dan aku sandarkan belakangku kepadaMu.

Wahai Yang Maha Hidup, Wahai Yang Maha Mengatur segala urusan..
dengan rahmatMu aku mohon pertolongan.
baikilah urusanku ini kesemuanya, dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun hanya sekelip mata.

Tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah....
posted from Bloggeroid

Ajari Aku



Ya Rabb.....

Ajari aku tuk bisa
Menjadi yang engkau cinta
Agar ku bisa memiliki rasa
Yang luar biasa untukku dan untukmu

Ku harap engkau mengerti
Akan semua yang ku pinta
Karna kau cahaya hidupku malamku
Tuk terangi jalan ku yang berliku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Mungkinkah semua akan terjadi pada diriku
Hanya engkau yang bisa mencintaiku

Hanya engkau yang bisa
Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Hanya engkau yang tahu
Hanya engkau yang mengerti
Semua inginku

Ajari aku tuk bisa mencintaimu
posted from Bloggeroid

Nak kahwin?

Hahaha, tajuk memancing sungguh.

Dh la dekat nk sebulan tak tulis apa2 kat sini.
Mujur ada draft yg dh simpan lama (bertarikh 17 Dec 2012) ni, ada jugak modal nk di share kat sini. huhu

Subject: Perkahwinan, hihi

If i'm not wrong, i got this info ni dari one of Prof. Muhaya punya sesi soal jawab dekat one of talk show. Entri Jameelah tak silap.

Ok, point2 penting;

1.Niat kena betul. Kahwin, kasih and sayang kerana allah. Sbb nk ikut sunnah rasulullah s.a.w.

2.Bila kita berkahwin, sebernarnya kita kahwin dengan 3 individu.

i. dia yg kita sangkakan dia (expectation kita)
ii. dia yg sebenar benarnya
iii. dia yg dia jadi selepas berkahwin dan hidup bersama dengan kita.

one of my brother in law pernah share satu ni, and i think it does make sense.

Lelaki yg kita bakal kahwin tu dh berpuluh tahun hidup ngn makpak dia. And tentu2nya lah didikan yg makpak dia bagi lain dengan cara makpak kita didik kita. Kita dan dia membesar dalam enviroment yg berbeza. Cara hidup yg berbeza. Mana mungkin 100% nk ubah bagi sama. Maka terimalah perbezaan cara hidup kalian as expected, haha. Betul la kan.

3. Kahwin ni bukannya sentiasa indah macam dalam fairy tales. Ye mmg ada manisnya, tp ada jugak jerih perih. Kalau kita ready kita taklah terkejut sgt. Ye la, tmbah2 kalau yg dh bercinta 5 6 tahun and sepanjang bercinta plak semua manis2 belaka.

Setan ni, dia dh bersumpah dengan allah nk sesatkan kita. Maka, mmg sebelum halal (nikah) disuntik2 je keinginan kita pada si dia tu. Nmpak semua pun menarik je. Bila nikah je 2 anak cucu adam ni, menangis lah si setan tadi. Dan kalau rumahtangga yg kita bina tu tak ada benteng islam dan iman, si setan ni akan goda kita supaya nmpak yg buruk2 je kat pasangan kita.

Pentingnya kita tgk point yg 1 tadi, sbb kalau niat kita berkahwin tu bukan kerana allah, bkn sbb nk ikut sunnah rasulullah s.a.w or bukan niat untuk dapat pahala ibadah, kita takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan.

4. Perkahwinan patutnya lebih membawa kebahagiaan. Kalau dh kahwin tapi rasa macam masa bercinta dulu lebih bahagia, something wrong lah tu, check back yourself (bak kata kadi yeob saidin masa khutbah nikah aku dulu.. hihi)

5.Jangan cari suami/isteri yg punya kecantikan/kehandsome'an saja, tp cari kecantikan/kehandsome'an dalam diri pasangan kita tu.

6. Lelaki yg baik untuk perempuan yg baik.

Katalah kita dh berkahwin, maka dia lah jodoh kita, jodoh yg terbaik allah beri pada kita.

And for sisters, bila ada lelaki yg sudi memperisterikan kita, tambah2 bila allah dh beri kita zuriat, itu satu keselesaan.. itu pun dh umpama syurga didunia. Ada ramai perempuan kat luar tu yg tak sampai lagi jodohnya. And ramai yg dh kahwin tp belum direzekikan dengan zuriat. Bersyukurlah.

7.Kebahagiaan dalam perkahwinan tak datang bergolek. Both suami isteri kena sentiasa berusaha mencari dan mengekalkan kebahagiaan dalam rumahtangga. Dua dua kena usaha cari redha tuhan. Dua dua kena sentiasa berusaha untuk sentiasa membahagiakan.

okay, 7 point.

Point tambahan dari akak yg baru 3 tahun kahwin ni, hikhikhik
Lebih kepada reminder kat diri sendiri jugak.

8. Kena banyak sabar. Terima each other's kekurangan seadanya. Raikan kelebihan dia.

9. Kalau diam itu lebih baik. Lebih baik diam, hahahha.

Biar la apa yg keluar dari mulut kita yg baik2 je. Kadang2 kita tak perasan, mmg kita tak pukul or lebih teruk lagi dera pasangan kita, tp kita lupa kadang2 kata2 or worst case cacian kita pada pasangan kita lebih melukakan. Sakitnya lebih teruk dari ditampar sampai pecah mulut!

Actually, i'm writing and sharing this purposely for my dearie sister and BIL yg sebenarnya tgh sibuk plan nk kahwin dengan pasangan masing2. I love you guys so much, i want both of you to be happy with your marriage life kelak, and i do make doa moga allah akan permudahkan urusan2 anda anda ni untuk menikah.. next year ke? hahhha.






Cerita sedih

Mari mula menulis semula.
Hiuhiuhiu...

Kita start dengan cerita sedih ye. hahahaha apadaaaa.
Arghhh..tak kira.

Kalau dh namanya jiwa sensitif, tak payah tggu baca novel jiwang bleh buat nangis, baca casenote patient pun mampu merobek hati ni tau.....

Case study. ehhh... okay. i will not going to mention the patients name or her other idenfication. so confidentiality will still remain.

Cerita tentang 48yr old lady.
Even dia beberapa kali dh terasa rasa macam sakit dada (sakit jantung), tp still pikir positif yang dia tak apa2.
Pernah ke HKL dptkan rawatan, and doctor advised utk ditahan di wad utk pemeriksaan lanjut. But she refused. Katanya, tiada siapa yg akan jaga anaknya. Bila ditanya tentang suami, jawabnya suaminya seorang alcoholic dan anaknya baru berusia 6 bulan. ohhhhmy kalau aku pun takkan tggalkan anak sekecil itu dengan insan yg tak boleh diharap.
Maka atas risiko sendiri dia abaikan kesihatan diri demi anak kecilnya.
Dan sekali lagi serangan jantung terjadi. Kali ini lebih teruk, maka dia mengalah. Dapat treatment. Tp.... even kt Malaysia ni ada unit kebajikan utk bantu mereka2 yg tak mampu ni, tp dia masih tak mampu. huhu. Paham ke?
Maksudnya dia masih tak mampu walaupun dah diberi bantuan subsidi.
And sepengetahuan aku yg cetek ni, ubat sakit jantung ni mmg mahal. Mungkin atas sbb tu dia tak ambil ubat yg sememangnya dia perlu.
And mungkin dh memang ajalnya... dia mengalami serangan jantung dan kali ini tidak dapat diselamatkan. Salah satu sebabnya adalah financial constraint.Dia telah kembali kepada Penciptanya.

End of story.
Sekarang, dalam kepala aku.......kesiannya baby dia yg baru 6 bulan tu.

Sedih

Demam Pilihanraya (entri terlupa tekan butang publish, haishhh)

Watching Menifesto BN on tv3.
With si abah(penyokong kuat UMNO &BN) and si anak.

Kan dlm tv tu, the MC will say 'satu' and the audience will followed with 'Malaysia'. Kan ulang2 byk kali kan... so si abah pun excited la ikut jugak dari luar kaca tv...

*insert excited mode here*
si abah: satu ( dengan penuh semangat)
(instead of jawab 'malaysia')
si anak : dua
*insert cricket sound here*
mama : hahahahahahahhahahaahahhahahaha

Published with Blogger-droid v2.0.10

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...