Search This Blog

BPless and Coolerbagless

Harini pegi office tanpa 2 benda penting itu.
Alkisahnya, sbb dh tertinggal pam kesayangan kat ipoh. Even ada pam letrik tu rasa mcm malas giler kot nk angkut g office. Hihi
Production pun dah tak byk, jadi subuh2 sepie tadi terus decide nk stop pam kat office.
Rasa lain mcm jugak la, sbb selalu aku ni mmg bawak paling kurang pun 2 bag.
Harini cuma bawak handbag semata, hiuhiu.

Weaning process.
Aku and Jemil mmg nk slowly weaning Irfan dari BF.
Maybe ada org berpendapat tentang bagusnya extended BF ni, for bonding tu.
Aku rasa aku pilih utk wean off pelan2.
Harapnya menjelang umur Irfan 2 setengah tahun or 3 tahun dh tak BF dah.

Insyaallah Allah permudahkan urusan kami seperti Dia permudahkan perjalanan penyusuan sebelum ni.

My Bestfriend's Wedding

Weeehooo.
Harini bersiaran langsung dari ipoh jaya.
Sampai dari k.l pukul 1030mlm td.
Plan awal kononnya nk gerak dari ofis terus ke ipoh kul 6ptg
Nak ada ngn syikin masa dia nikah, tp malangnya disbbkan jammed, kitorg sampai lmbat. Terpaksa la aku ngn ad broadcast tru phone je, huhu.




Ad whatsapp gmbar syikin selepas di make up. Cantik member aku pakai eye shadow, hihi



Ain and Ad yg comei..hihi lamanya tak jumpa ain. Last jumpa masa confinement 2 tahun yg lepas.
Kitorg plan semua nk pakai jubah hitam,aku pun dh siap tukar jubah masa kat office semalam, tp apakan daya. Tak smpat sampai.

Syikin ahli klik mafia aku,hihi poyo sungguh kan, hahaha seb baik takde no keahlian, haha
Syikin ahli keempat yg kahwin selepas ain, su and aku, tinggal a.d je yg masih bujang, hihi



Itu kami with addition of irfan ahmad and zianita.
Nita pun dh nk kahwin next year




To my dear bestfriend Syikin,
Aku doakan ko and Mizi bahagia, selamat menempuh alam perkahwinan and rumahtangga yg penuh pahit manis ni.
Aku doakan korang berdua saling cinta hingga ke syurga,
Aku harap persahabatan kita kekal selamanya.




Agak mencabar jugak ye utk dapatkan shot terbaik utk family potrait ini, hihi



Last but not least, our 14 yrs and counting friendship... insyaallah.
Klik mafia forever, wahhhhhhh... hihi

Mengapa saya cintakan kerja & pekerjaan saya.


1. Saya jatuh cinta dengan data management. Tambah2 data management on heart disease. Sbb pada saya, ia penyakit yg common. Ia berlaku dikalangan ahli keluarga dan saudara mara yg paling dekat. Jadi saya enjoy utk collect data berkenaannya.

2. Dengan bekerja di sini, saya dapat peluang utk bg keselesaan pada ibu and ayah saya if they are treated here. Company cover segala bayaran utk ibu and ayah saya. Which is bukan senang company swasta lain nk bg pada staff kan...

3. Walaupun tak byk, tp company cover maternity bill saya, and masa lahirkan Irfan, cukup selesa dengan harga itu. Dan cover all outpatient bill for 3 of us. Itu pun dh cukup besar nikmat yg saya patut syukuri.

4. Kerja saya agak flexible. Tinggal diri sendiri je yg perlu arrange ikut tahap mana lebih penting atau perlu disiapkan segera. Setakat ni rasanya tak pernah lagi tak achive apa yg patut buat. Alhamdulillah. Masa kerja pun ok. Mungkin ada la 2 3 kali kena balik lmbt utk siapkan data and presentation slide. Tp tak la balik lewat sampat 2 3 pagi mcm dulu2.

5. Kt sini kalau keje siap awal boleh pegi gym exercise, ada sauna.. best kan. Lama dh tak pergi.

6. Setiap hari sebelum solat zohor berjemaah ada kuliah agama. Hari khamis petang pun ada kuliah fiqh solat selang seli dgn kuliah riyadhus solihin and kelas harfiah. Pendek kata, management sanggup peruntukkan sebahagian duit untuk bagi staff belajar and mendalami agama. Rasanya tak semua tempat boleh bagi macam ni..

7. Increment setiap tahun pun ok. Bonus pun Alhamdulillah, setakat dh nk masuk 5 tahun kerja ni tak pernah lagi la tak dapat. Akaun bank merasalah 5 angka. Tempat lain tak pasti. Pasal kestabilan gaji sekarang pun antara faktor saya suka kerja disini.. :)

Haissssshhhh... ni entry pujuk diri sendiri supaya lupakan hasrat utk cari kerja tempat lain.
Harap maklum.

1.2.34

Sebenarnya, aku pun baru perasan sebenarnya.

Org kan semua sibuk 12.12.12, tp tak perasan tarikh cantik ni.
Hari ni, 1 safar 1434 hijrah. 1.2.34.

Hari ni takde benda sgt pun yg aku buat.
Kerja kat ofis biasa2 je. Nak perabih keje yg mmg aku target nk bagi siap this week.
Lunch time aku bli makan kat gerai tepi jalan ni je. Dah berbulan rasanya aku tak bli kat luar ni, selepas insiden makanan ofismet ku ada kaki lipas, hihi
Lepas mkn terus tido sampai la beberapa minit sebelum pukul 2.30 ptg.
Tidur lena sungguh. Letih sangat rasanya.

Kesimpulannya, harini aku rasa extra letih. Itu sahaja.

Entri tak berfaedah sungguh!

Raising Tomorrows Leader Today

Ini adalah nota yg saya catat masa dgr ceramah mufti Menk regards to tajuk di atas.
Mungkin ada yg tertinggal. But we can always cari balik video ni kat youtube. Just type the tajuk above.
Dalam membina sahsiah anak2 kita utk menjadi ketua, and generally sebagai khalifah, mufti menk sediakan few tips.

1. Praise your child. Say good words in positive way.
Kalau dia buat benda elok and baik, kita puji.
Cuba elak dari admonish dia buat depan org ramai. Dlm erti kata lain, jgn jatuhkan air muka dia.
Kalau perlu pun, cakap elok2 and man to man talk.

2. Never ever make the child feel like they are useless. Ibu and ayah kena buang jauh2 rasa terbeban dgn kerenah anak2. Yes, its happen everyday tapi cuba sabar okay. Jangan pernah keluarkan kata2 macam anak tu bawak sial ke apa. A big NO. Please, anak itu tortured secara mentally. Silap2 berdendam sampai dia dewasa.

And, tolong la jgn buat anak tu rasa dia useless by favouring siblings dia yg lain. Rasullulllah s.a.w pesan, kalau nk bagi hadiah, bagi dekat semua anak, kalau tak jgn bg kt sorang pun. Kalau ikut cakap nabi takkan ada la kot anak yg rasa kecik hati.

3. Speak and teach them to be polite. And mak ayah kena la cakap beradab dgn anak2. What do you expect from your child kalau kita sendiri tak buat kan.

4. Treat them within their age group.
1 to 7 years kita sayang dia, tp dh start introduce good deeds depan diorang,kita kena tunjuk contoh yg baik and kita sendiri perlu ada disiplin. Umur macam ni diorg memang mirroring kita.
7 to 14 kita dh kena betul2 ajar anak2 kita, contoh bab solat, 7 tahun ajar solat and continue ingatkan tanggungjawab diorg utk solat and 10 tahun kalau tak solat kita dah boleh debik sikit sekadar pengajaran if dioarng tak solat.
above that bila diorg dah baligh kita kena treat dia sesuai dengan kematangan diorang.

5. Assist our children to make decission. Decide. Kita guide, but biar diorg yg buat final say. Ini akan bina keyakinan diorang.

6. Ask their opinion. Mereka akan rasa mereka penting dalam kehidupan kita. Teach them how to put forward their opinion/words/disagreement.

7. Make one corner as their territory. Bilik sendiri misalnya, or satu sudut yg kita boleh letak barang2 dorang, toys or tampal artwork diorang.

8. Lead by example. Kita solat berjemaah and di awal waktu. Kita baca doa naik kenderaan. Kita baca doa makan. Insyaallah anak2 akan ikut.

Penting jugak kita selalu ingatkan anak2 kita tentang kasih sayang allah, bukan tak boleh ckp pasal dosa and punnishment, tp jgn sampai bagi impression buruk tentang islam. Sbb byk terjadi orgfikir islam ni susah sbb semuanya dosa. Kita jgn silap bg penerangan pulak.

9. Encourage anak2 untuk bertanya. And kita as ibu ayah kena la pandai jawab. Anak2 generasi y, z, alpha ni mmg advance. Kita kena influence them positively.

10. Dont ever display our bad habit or weakness. Hilang respect anak2. Bapak yg suka cakap and berkasar dgn mak dia,ingat2 anak2 tu akan jd mcm mana?

11. Always fullfil our promise to them. Dont teach them false promises.

12. Teach them about teamwork, teamspirit, and work in a group.

13. Teach them to admit fault. Say i'm sorry ikhlas.

14. Ni mak ayah pun kena buat. Read a portion of al quran daily. Sikit2 takpe, janji istiqamah buat hari2.
Same goes to buku2 yg berfaedah.

15. Tell our children repeatedly, how much we love them and how important they are.
Irfan, mama loves you!

Sebenarnya banyak sgt tips lain. And bila dah tau ni, kita kena cuba amalkan.

I want Irfan Ahmad to be better than me.
I will try my best to be a good mother to him.
And i know above all, Allah sentiasa mendengar my doa for my son. I'll keep on praying and never loose hope in Allah mercy.
posted from Bloggeroid

Pelupa

Sakit pelupa tiba2 je dtg menyerang.
Bermula dengan episod bli barang tapi terlupa nak ambil.
Episod hantar Irfan kat nursery tapi terlupa bwk beg baju dia.
Tertinggal tab and terpaksa patah balik ambik..
And minggu ni je dah 2 kali terlupa nk pakai punchcard ke office.
Adehhhhh... apa masalah aku ni??
Berangan apa? Smpai terlupa dan menjadi pelupa ni.......

posted from Bloggeroid

Irfan Versi Uncle Gedek

 
Kita perlu lebih serius memikirkan hala tuju pencapaian pasukan bola sepak negara kita.

Buruk buruk pun, pasukan negara kita jugak.. ye dak?

The real Uncle Gedek's Blog.

2012 Bowling Tournament

Sebelum cerita, kita tepek gambar tournament bowling yg lama2.


ni gambar 2008


yg ni 2009
2010 tak main sbb tgh pregnant, 2011... ada bowling tournament ke? Tak ingat.
This year punya tournament agak lain mcm sikit, sbb staff dh dipecahkan ikut rumah sukan, so team bowling pun kena ikut rumah sukan jugak la.
Aku rumah ungu, actually ramai je dept aku yg sama rumah, tp biasala, bukan semua org nk join kan.
Aku ni kan mmg suka join2 bnda gini.
Tahun 2009 kot, aku main badminton, main bola tampar, bola jaring, hihi.
Jgn tak caya tau, team i ni juara bola tampar tau, dapat gakla rm50 sorang, i ni naib juara badminton single tau tp please jgn tnya naib johan dari berapa contestant yg join badminton single tu, taknk jawab, hahaha
Astagfirullah, jgn riak intan oooiii..
ahaha
Tp kebelakangan ni mmg mls nk join sbb takde geng.
Masa nk daftar main bowling ni pun aku ckp kat ketua rumah sukan, aku nk main tp takde geng, so aku redha je diletakkn dlm team mana pun, hua2


Saya bawak penyokong kuat saya 2 org ni.


Tp yg sorang tu lebih busy main, lari and menari sbb musik dlm tmpat tu kan kuat. And end up, diorng berdua tidur keletihan, ye.. 2 2 tidur.
Sbb tu la point second game and third game teruk, sbb takde supporters. Hihi alasan.


Aku kan satu satunya bunga dikalangan kumbang2 yg 4 ekor tu, so mereka lah cheerleader merangkap coach aku, tp chief coach mstilah my DH kannn.
Penat deme ajor suh straight kan tangan masa baling bola tu, tp asyik la senget...
Aku paham perasaan diorang, hahaha.
Mereka tidak patut dipecat atas prestasi aku yg kurang menyerlah hari itu, ehhh tetiba. Haha
Thanks to Helmy, Ilyas, Abg Amin, and Abg Rahman sbb sudi menyunting saya menjadi teammate kalian.
Dan kalian tak marah even saya asyik baling bola masuk parit. Hehe
Tapi parit2 pun, team kitorg no 10 tau dari 45 team okehhhh..
I no 95 tau dari 109 ppuan yg main, hahahaha
Sekali lagi, jgn takbur intan.......
Tp mmg event2 camni mmg best and enjoy.
Yelah, bayar rm20 je, dpt t-shirt yg qualitynya boleh tahan. Main 3 set game. Dapat hadiah lagi. Sape nak bagi. Syukur alhamdulillah.
Cuma, kalau alang,anor and kawan2 lain ada macam dulu2 mesti lagi best..... huuuuuu... rindu.
T.T

Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.