Search This Blog

30.01.2013

Ulangtahun ke 3.
Dalam erti kata lain, we survived menempuh segala onak duri ranjau kehidupan and harungi pahit manis masam masin the 3rd year of marriage life. Alhamdulillah.




More years to come.

Abg,
Cuk nk jadi ketua bidadari abg kat syurga nanti.


Sama?



Aku tak rasa islam mengajar kita react and handle situasi provokasi dengan mengeluarkan kata2 begitu. ( seperti di atas)

And... terjentik jugak hati aku bila terbaca tulisan sebegini. (Seperti di bawah)




Tp, kalau dh kita sebagai muslim sendiri tidak menunjukkan apa itu islam yg sebenar, kita pun tak berakhlak macam nabi. Kita sendiri yg tunjuk islam ni tak ada identiti. Takkan nak salahkan diorang yg menilai guna mata kasar ni.
Sabar.
Dia mungkin tak tahu. ( ok, org kata ini jawapan klise, tp ini yg nabi kita ajar. : Instead of nabi boleh doa and mintak pada allah utk bagi balasan on the spot pd mereka yg menghina baginda, baginda menadah tangan and berdoa agar allah ampun kn dosa mereka2 itu kerana mereka tak tahu.. )
If your answer is youre not a nabi, then try to be like him. Its sunnah. Dapat pahala. Whats wrong to be baik like nabi?

For me yg imperfect ni, sabar mmg suatu perkara yg susah nk buat.
Tp kena ingat, sbb tulah allah janji ganjaran yg besar jika kita berjaya sabar.
Sabar doesnt mean duduk diam and terima je org luku and pijak kepala kita.
Tapi biarlah tindakan kita mencerminkan akhlak kita. Akhlak org islam.

Kalau bukan kita yg jaga nama baik agama kita.
Kalau bukan kita yg mencerminkan yg baik2 pada mereka, siapa lagi.
Makin ramai lagi lah yg akan lebih berani mempersendakan agama kita. Macam Patrick Teoh tu. Mungkin lagi teruk.

Kita semua ( muslim and melayu) adalah duta kepada agama dan bangsa kita.
Jaga akhlak kita.
Mereka yg kurang ilmu berkaitan dengannya akan menilai kita.
Yes, you would say.. dont judge a book by its cover.
Tapi fikir dulu, tepuk dada tanya jiwa.

Janganlah sebab kebiadapan kita menyebabkan ibubapa kita dilabel sebagai tak pandai jaga anak.
Janganlah sbb kebodohan yg pada kita ni menyebabkan org kutuk guru2 yg mengajar kita.
Janganlah sebab kejahilan kita ni org kata ustaz or imam or ketua agama kita yg tak betul.
Janganlah sebab ucapan balas SZJ (presiden suara wanita 1Malaysia) tu org kata wanita malaysia semuanya pendek akal.
Janganlah sebab ada 2 3 mahasiswa yg nmpak ekstrim dlm menuntut haknya, mahasiswa lain dilabel rebelist.
Janganlah disebabkan kata2 siti nurulhazwani diatas menyebabkan bangsa melayu dikutuk teruk.
Dan jangan disebabkan segelintir umat islam yg tak berakhlak baik, agama islam dipersendakan sesuka hati.

Jaga diri kita, anak2 kita, keluarga kita, sahabat2 kita.
posted from Bloggeroid

Presiden Suara Wanita 1Malaysia memperbodohkan Mahasiswa

http://www.youtube.com/watch?v=MJs6_j0rfi8&feature=youtube_gdata_player

Hahahhaha...
Aku siap bagi link youtube lagi.

Pada aku la kan, 2 2 pun sama je. Sentimen.
Yg sorang tak berapa nk ada ilmu yg cukup luas.
Yg sorang cakap tak serupa bikin. Pastu melalut yg bukan2.

Aku rasa apa yg Perempuan tu cuba sampaikan pada mahasiswa UUM tu, adalah dia suruh besyukur dengan apa yg kerajaan bagi sekarang ni, pasal isu pendidikan percuma dari pre school smpai la ke menara gading tu.
(Nak benda free semua mana mampu dikkkkk.... boleh muflis negara kita ni. ko bagi figure main billion2, akak plak tak pandai ekonomi, susah sikit la komen bab ni. Somemore masa ko tgh naik sheikh bentangkan notes2 yg ko ada dh disuruh stop and listen listen listen listen listen listen... hahhahahah. dh tak berapa nk focus dh masa tu)

Kita ni manusia, mmg sukar utk dipuaskan.
Elok tang ni, kang nmpak buruk plak tang lain.
My humble opinion, kita perlu besyukur dengan apa yg ada. Yg tak ada kita usaha pelan2... takleh la mintak hari ni dapat harini, now malaysia sebuah negara yg membangun.. let say nnti bila anda2 yg kat university ni dh grad, dh kerja, and dapat menyumbangkan tenaga kerja anda (and duit tax dari gaji anda, hahhahha) kepada negara, malaysia akan jadi sebuah negara yg maju, tak mustahil at that time pendidikan percuma boleh diberi.
Disclaimer: Jangan pulak lebel aku ' taksub kerajaan' pulak if aku cakap macam ni.

And pasal perempuan yg dikatakan Presiden suara wanita 1Malaysia tu, nk bercakap pasal respect konon, kau pun tak reti respect org! Bukannya org muda je kena respect yg lebih tua. Org tua kena la tunjuk contoh yg baik. Supaya dari kecik, remaja and sampai ke tua tau hormat org.

Pada aku la kan, mahasiswa ni memang perlu diberi ruang yg macam ni.. bukan apa, kalau sekat pun kang dia cari jugak jalan lain. Patutnya Perempuan tu bagi la peluang budak tu cakap sampai habis. And jawab la soalan dia dengan berhikmah. Kalau budak tu tanya soalan more to malaysia punya financial bagai, and kau plak bukan dari bidang tu ( kau dari bidang kaji masalah2 binatang2... hahahahahaha) biarla org yg arif bab tu yg jawab. Make it as perbincangan yg lebih berilmiah lah. Aku rasa budak2 ni perlukan penjelasan je. Ini tidak... kata forum suara mahasiswa, but u insist people to stop discusing but only listen.... apa daaaa.

Disclaimer: jangan plak kata aku pro pembangkang pulak.

Aku pun benci budaya songsang yg merosakkan bangsa,
Aku pun tak suka demonstrasi jalanan yg menghancurkan keamanan. ( selagi ianya aman dan tidak menysusahkan org lain boleh lagi consider)
And i'll definately tentang segala anasir (tak kira la luar ke dalam ke) yg boleh boleh merosakkan akidah dan sahsiah anak bangsa.
Aku akan sentiasa menyokong segala usaha kearah memperbaiki dan mengekalkan keamanan, kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia ini.
Ini ikrar aku.

posted from Bloggeroid

The Last Tycoon


Dengan ini aku melantik diri sendiri sebagai pengulas filem yg tidak bertauliah.
Aku bagi 4.5 out of 5 stars.
Sebab lagi 0.5 tu aku mencurigai kisah macam mana si Moa ( Francis Ng) tu tau kes yg menyebabkan si Daqi tu dipenjarakan. And apa yg si Moa tu buat dlm tu.... arghh malas pikir, pening kepala aku.

Dipendekkan cerita. Sinopsis dalam erti kata lainnya.

Cerita ni pasal seorg lelaki yg agak hensem rupa parasnya, Huang Xiaoming (nama betulnya) yg mana bila dah tua mukanya sehensem Chow Yun-Fat, nama wataknya Cheng Daqi. Kisah hidup lelaki kampung yg biasa2 yg akhirnya menjadi tycoon terakhir di Shanghai. Cerita tentang cinta yg sangat sweet tahap diabetes.

Antara sebab aku sgt suka cerita ni  :

1. Sbb aku yg pilih, haha. Memula kitorg cm blur tak tau nk tgk cerita apa.
Lebih 2 tahun tak menjejakkan kaki kat cinema. Dah lupa pukul berapa cinema bukak. Harga tiket pun kitorang tak tau semahal RM13. Haha.
Jemil mmg suka cerita gangster2 ni. Aku layan je cerita apa pun, tp aku rasa dh buat keputusan yg bijak memilih cerita ni instead of minyak dagu, hahahaa.

2. Cerita ni asyik switching back and forth into time, memula start dia tunjuk current situation, pastu balik ke tahun 1914.. so mmg kena focus la. And.. plot cerita tak terlalu slow, so tak bosan. And semua part pun rasa best. Nk kuar g toilet pun sanggup tahan.
* stress bila tetiba terpaksa keluar and angkat phone call dari bos*
This is not referring to myself, haha.
So dipendekkan cerita, mmg rasa rugi kalau tak tengok certain part.

3. Jalan cerita yg takleh nk predict. Pandai diorg ni mainkan perasaan aku. Klise selalu mesti hero yg nmpak cm still sayang kat awek lama last2 akan bersatu ngn awek lama kan, but bukan dlm filem ni. Silalah tgk berulang kali. Terasa kesweetan disitu.

4. Aku suka watak Boa yg sangat cintakan tok lakinya Cheng Daqi.
Dia mati dipangkuan suaminya kerana cuba menyelamatkan suaminya...huhuhuhu. Tgk cerita gangster pun bisa buat saya menangis......

5. Cerita ni terlalu kuat dengan elemen kasih sayang.. sayangkan kekasih, sahabat and bangsa/negara!

6. Walaupun banyak expert filem2 comment pasal teknik CGI dlm movie ni, tp bg aku yg tak berapa expert ni, ok je. Masa scene Songhu war tu mmg menyentuh perasaan. Terbayang macam mana la saudara islam kita di Gaza hadapi situasi ni. Aku yg cuma tgk dlm filem, macam mana keadaan budak2 masa perang pun dh luluh hati. Scene gaduh tembak2, lawan2 guna parang pedang bagai sampai tersembur darah... eeewwwww..sesak nafas sekejap.
Saya tak suka keganasan. Peace.

7. Yg ni macam love hate relationship. Aku suka semua watak dlm cerita ni, semua pun wataknya menjadi. Tapi bila ramai sgt sudah2nya aku confiused.Too many side character... tp ok lah, kang berlakon 3 org je mcm cerita indon tu kang kena maki jugakkkkkk...
Hahaha

8. Masa Daqi dilantik tu diorang ada baca something like ikrar la, yg menariknya, dalam 10 elemen tu antaranya, dia as tycoon kena pastikan town diorng tu bebas dari jenayah judi, pelacuran, gaduh2 geng ni...so baguslah kan.

9. Ada satu part tu tetiba music background dia lagu ' chiro chick chick chick' tu, terus teringat kat irfan. Tu lagu fav dia. Tapi bukan ke cerita kartun chiro tu dari korea? Emmmm....

10. As a wrap up cerita ni adalah action movie yang berkisar tentang cinta, brotherhood, loyalty, love to the country. Interesting charcters yg boleh buat anda teringat2 sehingga 2 3 hari. Hihi.

Last but not least, terimalah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
 My last Tycoon

Dan......

Boa versi solehah, haha



Gambar basi : taken masa ke Avenue of Stars HK aritu.

Watch. Pray. Eat. Pray. Love.

We watched movie.
Solat zuhur.
Had buffet lunch sepuas puasnya, kenyang sampai ke malam.
Solat asar.
Balik.

We had fun.
Just 2 of us.
Irfan g school. Haha
Tp asyik cerita pasal irfan.
Semua pun irfan.
Buat apa pun ingat dia.
Memang dialah ratu hati pengarang jiwa.

Thank you abg.
You are my Cheng Daqi forever.
I know you love me too, haha

Criticizes without alienating others

Macam mana ye nak mula..?
Actually dalam dada ni sesak.
Sakit hati yg teramat.
Geram.
Tapi tak tau kenapa, aku pilih utk senyap dan pendam.
Padahal ayat dh siap karang..skrip dah cukup lengkap, tp ia kekal di tempat asalnya.
Kalau pasal kerja tu memang DH la tempat mengadu.
Tp mcm tak sesuai jugak, sbb nnti dia tumpang sakit hati sama.
Ye la dia kan former staff kat sini, bila cerita kat dia cerita2 kurang enak ni akan menyebabkan 'luka lamanya berdarah kembali'.
Silap2 kang aku jugak yg kena marah sbb 'oh pandai pulak kawal marah kt org2 kat ofis...yg patut kena sound pandai pulak senyap.. bla bla bla bla'
Arghhh tertekan.
Aku tau skill leadership aku 0.
Aku tak pandai nk tegur kesalahan org.
Kalau aku tegur kang sentap.
Aku btau supervisor, sentap jugak. Tarik muka. Tuduh aku mengadu domba pulak.
Tapi ko buat keje macam takde tangan.
Takkan aku nk telan je. Sampai masa aku jugak nk kena menjawab semua mistakes ni.
Aku cenderung nmpak salah org. Org wat silap sikit je cepat je setan2 ni bisik, 'tgk tu tgk tu'

Jenuh aku istigfar.
Jenuh aku alihkan pandangan.
Jenuh aku pujuk diri.. argh biarlah diorang nk buat apa pun, jaga periuk nasi sendiri sudah. Biarlah.. kat dunia ni mmg kdg2 tak nmpak keadilan, tapi allah tu maha adil. Tak dibalas di dunia di akhirat lagi perit.
Jenuh aku cuba diam daripada terkeluar kata yg mungkin sakitkan hati org or worsen lagi keadaan. Tp kadang2 lancang jugak kata2 yg keluar. Kalau aku tersedar mesti rasa menyesal, msti berkata2 dlm hati 'kenapa la aku tak diam je'.
Tp memang hebat peribahasa ' terlajak perahu boleh diundur....' tu, mmg significant penciptaannya. Haha.

What's in my mind now.....
Betapa tajamnya lidah, even kadang2 ianya dikatakan utk kebaikan sejagat, tp kalau tak kena tempat dan cara (approach) nya, memang sukar dihadam. Akan kekal sebagai sesuatu yg memerit lagi memedihkan.


What to do?



Aku mohon pertolongan dan keampunanmu Ya Rabb.



Malam 7 Jan 2013

Disebabkan 'kecekapan' Irfan Ahmad ditambah dengan maknye yg tak berapa nk cekap, tangan kanan budak bertuah ini telah melecur gara gara cubaan untuk membuka penutup rice cooker.
Akibatnya... dah tak cantik dah kulit tangan anak den.
Pagi tadi bangun tido mengadu sakit.
Lepas ni kita dua dua kena extra careful ye.
Cant blame other than ourself. (Oh, mksudnya mama and irfan)
_._

Ayai

Abah used to talk to Irfan and mama kat umah guna loghat kedah.
So, Irfan mmg biasa dengar and tahu apa maksud ayaq.
And me, memang cakap guna bahasa yg betul. :p
Hihi. Dipendekkan cerita, Irfan tiap kali nk minum dia akan sebut, 'nak ayai'..
Mama rasa, ayai means air. Maybe terhasil dari ayaq+air.
Anyway, mama faham Irfan.

Kasih Suami

Rentetan, wahhh rentetan gitu... hihi dari cerita masalah penghadaman pagi cuti umum semalam, malamnya ditimpa demam kuat pulak...
Memang terbaring je kat rumah.
Mujur Irfan sangat behave.
Makan elok2 ngn abah dia.
And sepanjang malam si suami berjaga menjaga isteri yg sakit. Eh ke dia berjaga tgk bola? Hahahaha

Tq abg, cuk sedar abg bangun byk kali basahkan towel and lap2 badan cuk.
Tapi sbb tak larat sgt, cuk tido je..
Terima kasih tau.
Love you.

Racun

Menghabiskan sepagi di klinik di hari cuti umum. Sangat tak best.
Drowsy and muntah2, sangat sangat tak best.
Menunggu berjam jam utk jumpa doctor, 3 kali sangat tak best.
Saya tau punca utama jd mcm ni, tak sure nk btau doctor atau tak.

Kawan2, please dont try this, you'll suffer like me.
Bersahur cuma minum vico secawan, puasa and berbuka dengan fries dan coke.
Saya telah menzalimi diri sendiri.
Adehh..

posted from Bloggeroid

Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.