Search This Blog

Hukum Azan dan Iqamah ditelinga bayi yg baru lahir.

Sebenarnya aku yg confiused memula.

Masa Irfan dulu, apa yg Azmil buat is azan kat telinga kanan and iqamah kat telinga kiri. Itupun rasanya kitorg terbaca somewhere or dengar masa antenatal class kat al islam medical centre, sbb ada notes kata macamtu.

Tetiba baru2 ni aku tak ingat dengar kat mana tah, katanya untuk bayi lelaki yg baru lahir azankan sahaja, untuk bayi perempuan iqamah kan saja.

So bila ada 2 pendapat yg berlainan macam ni, aku tanya la ustaz.

Below are explanations by Ustaz Zuhar (Imam kat IJN ni),

Assalamualaikum,

Berhubung dengan soalan puan mengenai azan dan iqaamah ditelinga bayi, hadits mengenainya amat dhoif malah jika dihimpunkan hadits berkaitan dengan bab ini masih belum dapat menguatkan hadits tersebut menjadi hassan,malah tiada hadits yg sahih mahupun hasan  yg menyatakan baginda melakukannya pada anak baginda ibrahim begitu juga dgn cucu2 baginda iaitu hassan hussein.

Hadits mengenai azan ini disebut oleh imam ibnul qayyim dalam kitabnya yg berjudul "tuhfatul wadud bi ahkamil maulud" dan beliau menyatakan bahawa hadits tersebut adalah dhoif. Imam al-albani juga mendhaifkan hadits tersebut dlm kitabnya " as-silsilah adh-dhoifah"Oleh itu, tidak boleh beramal dgn hadits yg dhoif. Ini adalah pendapat imam malik dan ulama terkini adalah imam al-albani.

Manakala imam ibn baaz pula berkata: "Hadits2 yg menyebut tentangnya ada kedhaifan namun azan ditelinga kanan dan iqamah dtelinga kiri tidak mengapa, jika ditinggalkan juga tidak menjadi kesalahan."

Imam al-'otsaimeen pula berkata:"Hadits iqamah ditelinga kiri adalah sangat lemah manakala hadits azan ditelinga kanan pula terdapat kelemahan akan tetapi perbuatan ini dilakukan serta merta selepas kelahiran,ulama' dan hikmah menyatakan agar perkataan pertama yg didengari oleh bayi adalah kalimah suci yg menyeru untu menunaikan solat dan kalimah tauhid.

Adapun hadits mengenainya adalah seperti berikutورد هذا في بعض الاحاديث لكنها ضعيفة الاسناد ، منها حديث أبي رافع قال : ( رأيت رسول الله صل الله عليه وسلم أذن في أذن الحسن بن علي حين ولدته فاطمة ) (1)وهو حديث ضعيف فلا ينبغي العمل به حتى يأتي ما يعضده ، وقد أورده ابن القيم ومعه حديثان آخران في تحفة المولود وهما ضعيفان كذلك(1): أبو داود (5105) ،والترميذي (1514) ،والحاكم (3/179) وقد حسنه لغيره الألباني في الإرواء (1173) ثم رجع نه فضعفه في * الضعيفية * (321)Hadits Abi
Raafi' katanya: "Aku melihat rasulullah  s.a.w telah mengazankan alhasan bin 'ali ketika beliau dilahirkan oleh Fatimah"( abu dawood:5105, at-tirmizi:1514, al-hakim 3/179, al-albani pada mulanya menghasankan hadits ini dalam kitab al-irwa' 1173 kemudian beliau menarik balik hukumnya kepada dhoif dalam kitabnya silsilah ad-dhoifah 321)

Hadits ini adalah dhoif n tidak patut untuk beramal dgnnya ibnul qayyim telah menyatakan hadits ini bersama dua hadits yg lain dlm kitabnya tuhfatul maulud dan malangnya kedua hadits tersebut juga dhoif.

Pendapat yg paling hampir pada kebenaran adalah pendapat yg pertama, iaitu tidak dsyariatkan azan dan iqamah ditelinga bayi saat dilahirkan.

Wallahu ta'ala a'lam.

Kesimpulannya, 'tidak disyariat azan dan iqamah ditelinga bayi saat dilahirkan' mean ia bukanlah suatu amalan yg wajib dilakukan kepada setiap bayi yg baru lahir. Dan untuk kita sandarkan perbuatan/amalan ini sebagai sunnah dari rasulullah s.a.w pun daripada penjelasan ustaz zuhar diatas hadis2nya dhoif/lemah.

*lemahnya satu2 hadis ni ada byk sebab,mungkin masalah dengan perawinya ke apa ke, yg ni kena belajar lagi. huhu
posted from Bloggeroid

Marah

Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,

"Org yg kuat itu bukanlah org yg pandai berkelahi. Org yg kuat adalah org yg dapat menguasai dirinya ketika sedang marah." (Muttafaqun 'alaihi. Hadis riwayat Al bukhari 6114, dan Muslim 107/2609)

Nak masuk syurga dan boleh pilih bidadari?

La Tagdob

Jangan Marah.

Kalau marah;

Ta awudz. (a'udzu billahi minasy syaitanir rajim)

Diam. Senyap.

Duduk. kalau duduk tak jalan, baring.

Tak boleh marah langsung?

Marah biar bertempat. Marah semata2 kerana Allah.
Marah demi mempertahankan syariat agama.

Benda/sesuatu perkara yg Allah murka, kita juga patut marah.


Tantrum

"Pakar sebuah pusat perubatan Amerika Syarikat, Dr Jay Hoecker menyifatkan tantrum adalah satu proses tumbesaran yang normal. Ia juga bukan penyakit dan mulai hilang apabila usia kanak-kanak semakin meningkat." sumber : http://almizan.wordpress.com/2009/08/02/sindrom-anak-mengamuk/

Pendek kata, tantrum ni terjadi dikalangan anak2 yg belum mampu berkomunikasi dengan baik. Bila seseorg anak tu dah pandai comunicate secara berkesan mungkin slowly dah kurang tantrumnya.

Sbb at this age (2-3 tahun) ni dengan menantrumkan (hahahha, rosak bahasa) diri dia, dia ingat mak pak dia paham apa yg dia cuba sampaikan. Dia sedih ke, kecewa ke, geram ke, lapar ke semua diterjemahkan dalam bentuk tantrum. Aku pernah dengar org kata budak2 ni memang perlukan perhatian,untuk menarik perhatian org maka dia akan buat anything regardless in positive or negative way. Kalau dengan mengamuk akan mudahkan dia dapat perhatian org sekeliling, maka mengamuklah cara dia. huhu

Irfan Ahmad ni, aku perasan, dia buat apa pun dia nk mak pak dia (aku ngn jemil la kan) bagi perhatian.
Kalau dia taknk tidur, dia nk main, dia nk kami pun tak tidur and main dengan dia.
Which is agak susah la nak tunaikan..... tambah2 on workingdays.
Maka dia akan cari pasal.
Its either bangun pagi2 cari pasal taknk tukar diaper lah, taknk pakai baju lah, taknk g skolah la... ada je lah sbb yg dia boleh buat dia melalak satu flat dengar.
Tapi, kalau kata lah salah sorang dari kami (aku ngn jemil) sanggup menahan mata,mengorbankan masa tidur and layan dia,alhamdulillah mesti esok paginya ok, smooth je segala benda.

Lagi satu, agaknya dia dh boleh nampak satu trend tau,

contoh : bila dia kejutkan mak dia 'mama bangun la main ngn irfan' sah2 mak dia akan buat dono and sambung tidur or mamai ckp 'takyah la main, tidurla'.

Maka untuk tarik perhatian kami dia mmg takkan kejutkan kami dengan ayat memula tu, dia akan cakap 'mama nk nyamnyam(makan)' dengan nada yg sungguhhhhh sayu
Sbb apa? sbb dia tahu if dia ckp dia nk makan, kitorang akan bangun jugak layan dia sbb takut dia mmg lapar.
Tp bila kita dh bangun, kita sua nasi takmau, biskut takmau, susu takmau... sajaaaa kannnnn. Dia cuma nak kami BANGUN. Thats all.

"Ada banyak sebab temper tantrum. Beberapa penyebab adalah indikator masalah keluarga: disiplin yang tidak konsisten, mengkritik terlalu banyak, orang tua yang terlalu protektif atau lalai, anak-anak tidak memiliki cukup cinta dan perhatian dari orangtua mereka, masalah dengan pernikahan, gangguan bermain, baik untuk masalah emosional orang tua, pertemuan orang asing, persaingan dengan saudara atau saudari, memiliki masalah dengan bicara, dan penyakit atau sakit. Penyebab umum lainnya termasuk karena rasa lapar atau lelah." sumber : http://www.psikologizone.com/pengertian-sebab-dan-cara-mengatasi-temper-tantrum/065113939

Pasal disiplin, mmg susah gila kot nk buat.
Tp kalau dia tantrum tahap pukul2 and tendang2 ni mmg aku tak kompromi,
Sebelum ni mmg aku mmg taknk cubit or pukul dia.
Tapi masalahnya, bila dia tantrum or nk mengekspresikan yg dia tu marah, dia guna tangan and kaki utk pukul kita balik, so takkan aku nk biarkan je kannn...
Untuk bagi dia insaf, aku akan letakkn dia dlm bilik gelap sorang2 (pintu tak lockkan pun). Bila dia dh tak meroyan baru aku pujuk and bawak dia keluar.

Tp tu dulu la, sekrang dia kan dh tinggi and pandai bukak pintu sendiri...dia pulak yg praktikkan benda tu (tolak makayah dia masuk bilik gelap whenever dia tgh tantrum tu) yg ni, aku pun taktau nk nanges ke nk gelak. Dia ji copycat lah...apa aku buat kat dia, dia akan tiru... ate cam mana?
So sekarang mmg aku akan cubit or pukul sikit (pukul lite2 je, bukan guna rotan punnn). Tp aku akan ckp kenapa aku pukul or cubit tu. Irfan ni faham apa kita cakap. And kalau cakap elok2, kena dengan nada, dia akan cepat cool. Cuma kena bg betul dengan cara.

Bab disiplin ni mmg kena konsisten. Itu je.
Jangan hari ni kita harsh sangat2, esok2 kita pejam sebelah mata pulak.
Aku yakin, if kita keep on tunjukkan which yg baik(kita puji), yg teruk (kita marah) lelama dia faham la mana satu baik mana satu tak elok.

Kadang2 aku kena admit, Irfan jadi macam tu sbb kurang kasih sayang, kurang perhatian dari kami...
Ye la seawal pukul 7 pagi dh ke nursery, pukul 7 ptg belum tentu dapat tgk muka makayah dia lagi, so malam je la yg tinggal.
Itupun terkocoh nk siap makan lagi, letih nk rehat lagi....nk buat macam mana.....

Apa yg kami boleh buat pun cuma cuba jugak habiskan semampu mana masa yg ada dengan dia.
Mandi sama2
Makan sama2
Main dengan dia (yg ni abah dia mmg champion, sbb mama dia letak kepala atas bantal je terus lost, hahahaha)

Sebelum pregnant kali kedua ni, mmg byk bnda aku plan nk buat dengan Irfan, nk gunakan masa yg sikit everytime ada kat rumah tu berkualiti dengan dia. Malangnya, bila asyik tak sihat semua yg aku plan tak boleh nk realisasikan pun..
Frust.

Tapi takpelah, kita usaha buat mana yg mampu dulu.

Irfan Ahmad, mama and abah akan cuba buat yg terbaik untuk Irfan. ♥♡♥♡♥♡



posted from Bloggeroid

Drama Mama

Aku bukan putus asa, tapi aku rasa down sikit.

Pergi lah berjuta seminar or parenting class, tp kalau macam ginilah gayanya, aku rasa membazir je duit.

Parenting ni memerlukan penglibatan 2 pihak. Yes, 2. Ibu dan Ayah. Bukan ibu sorang. or ayah sorang2. Dua dua.
Kalau satu pihak je yg susah payah, macam mana nk jadi.

Entah la, aku nk komen lebih2 pun takbleh. Anak pun baru satu.
Cuma boleh terus usaha je lah.

Mak2 yg lain macam aku jugak ke?
Ke korang type yang 'just go with the flow'?

Aku bukan apa, kalau boleh aku taknk la anak aku perangai macam aku, biarlah jadi lebih baik.
Am i too ambitious?
Poyo ke?
High expectation sangat ke?

Aku cam allergic sikit dengan ayat ;
"ala, budak tu kecik lagi, biarla dia nk buat cam mana pun, jangan la marah dia, dia kecik lagi....."

Arghhh..., maka tak releven la pepatah 'melentur buluh dari rebungnya ' tu???

Dh jadi buluh baru nk lentur? Kalau boleh lentur, alhamdulillah.
kalau patah?

Malas nk fikir, tapi kena fikir...
Sbb aku taknk lacurkan masa depan anak aku.
Tp aku tak jumpa cara.
Putus asa? Belum lagi.

Khusyuk Solat


Terlupa sungguh nk share pasal konvensyen bidadari kat blog haritu.
Dahtu, update blog pun malas, kuikuikui.

Back to the story, first slot masa konvensyen haritu ialah, slot by Ustazah Nurhafizah Musa, tajuknya solat khusyuk penyejuk hati. sama mcm link yg tertera di atas tp isi ada beza sikit. Insyaallah kalau ada yg tolong upload kt youtube nnti kita bleh rujuk video tu utk full info. Almaklumla, info yg mampu dikutip masa dgr talk haritu agak limited, mungkin tuan punya blog ada tertinggal few things. hihu

1. Persediaan untuk khusyuk dalam solat
Sebelum solat, sedang solat, selepas solat.

2. Sifat2 yg menumbuhkan rasa khusyuk.

-rasa ingin dekat dgn Allah.


Capaikan tahap cuma Allah sahaja untuk kita.
Lantak pi la how stress or miserable kehidupan harian, tp bila tiba waktu solat, kita dengan Allah, mengadulah dengan Allah. Luahkan pada Allah. Rasakan yg Allah dekaaaattt sangat dengan kita.

e.g. Salah satu doa iftitah yg Rasulullah s.a.w selalu baca untuk solat fardu, lebih kurang macam ni ayat dia, ya allah, jauhkan lah aku dari sifat2 burukku, seperti kau jauhkan timur dan barat... (panjang lagi... insyaallah ada masa aku update hadis riwayat siapa and sambungan doa ni kat sini), so bila baca ni sungguh2, akan rasa kita betul2 mintak pada allah, bila sujud tu betul2 rasakan yg kita sujud depan allah. Agak2 khusyuk tak solat kita? Mestilah kan.....

lagi satu, ni bukan ustazah ckp, ni aku punya experience sendiri.
Biasanya time sedih la kan.. bila dh lepas solat tu, aku akan terbaring meringkuk atas sejadah, kalau nk nangis ke, nk merintih segala keresahan yg ada ke, nk doa dalam hati ke, time ni lah. Rasa sangat kecik, rasa sangat hamba. Sbb aku yakin Allah dengar rintihan aku... Allah nampak segala kerungsingan dan kehampaan aku. Allah la sumber ketenangan yg sebenar.

-tinggi perasaan takut & berharap kepada Allah.

Bila solat, solat betul2, bukan setakat solat, tp nk cepat. Kita bukan solat dengan tau ikut setiap rukun je, tp kena tertibnya, kena fikir jugwk, bukan setakat 'sah ke solat aku' tp kena tanya jugak 'solat aku ni allah terima ke tidak'

A reminder to myself too, solat bukan setakat nk cukupkan 5 kali sehari. Tapi kena buat sepenuh hati.



-kemampuan melihat keagungngan & kesempurnaan Allah.

Letak solat sebagai keutamaan, allah lah yg paling terbaik dlm mengatur hidup kita, harapkan barkah dari allah. Kita ni amat lemah.Allah itu maha agung.

Rasa diri lebih hebat dari Allah,
e.g kononnya kita bijak atur hidup kita. Biasanya kalau dalam perjalanan, kita suka ( kita ke aku? huhu) tangguhkan solat kononnya sempat solat bila sampai tempat yg kita tuju, konon je la, tp kalau tak sempat, dah ke terlepas satu waktu? Rugi kan, sbb apa? Sbb kita perasan kita lagi hebat kan....

Selalu lewatkan solat isyak, kononya akan terbangun nanti utk solat, tp kalaulah tertulis ajal kita mati dalam tido, tak ke naya? Nauzubillah....


3. Hati adalah tempat pelabuhan rasa khusyuk. Bersihkan hati & jiwa.

Kalau hati bersih, bersih la seluruh diri kita. Kalau rosak hati penuh titik hitam macam mana nk capai ketenangan hidup dan apatah lagi khusyuk dalam solat?


4.Rukun khusyuk
- muraqabah : merasakan allah memerhatikan solat kita
- al mahabbah
- takzim : mengagungkan allah
-al tadharru' : rasa kecil dihadapan allah. 

5. Tanda khusyuk.
-tenang pada hati & fikiran. tenang, tawakal, yakin semata mata kepada allah.
-merendah diri dlm kehidupan
-selalu memuji allah. apa2 jadi ingat allah dulu.
-gementar apabila diperlihatkan kebesaran allah.
-lembut hati.

6. Golongan jauh dari khusyuk
-sombong
-keras hati
-putus asa
-lalai
-tergesa gesa

Daripada 5 tanda kat atas ni, mmg byk yg masih ada pada aku, banyak sungguh yg perlu aku baiki...huhu
kalau tak masakan masa talk ustazah ni aku teresak2 menangis, huhuhu maluuuuu... mujur tak keluar muka kat screen besar.
Sebenarnya, apa yg ustazah share hari tu memang benda yg biasa kita dengar, tp memang perlu diulang2 supaya kita ingat.



Published with Blogger-droid v2.0.10

Welcoming 2024

Lets pray for a better year than 2023. aamiin ya rabb.