Search This Blog

Family Time

Kalau nk kira tambah tolak bahagi campur.. ada berapa jam je masa Irfan ngn mama and abah..

Weekdays mmg pagi2 dh keluar rumah.. Irfan pergi school and Mama Abah pergi work. Came back from office mmg selalunya dh malam..

Saturday morning pun abah kerja, so mmg kita cuma ada petang sabtu and hari ahad je.

Dulu masa Irfan still baby mama mcm tak kisah sgt duk kat rumah je.. lepak2 and guling ngn Irfan kat rumah..
Tapi semenjak Irfan dh pandai explore ni, rasa cam kesian pulak kalau kita asyik terperuk je kat rumah.

So mama and abah decided to plan our leisure time activities.
Kita try slow2 k...
If Irfan dh get used to it kita jadikan routine okay?



swim dengan abah

jogging

play football with abah.. mama? photographer..
Jalan2

We just want to make you happy Irfan Ahmad!
We love you sooooooooOOOO much..

Bye......



Love you!
Mama

Hasad.... Punca Sengketa Kita

Source: FB Ustazah Safiah Harun

Org hasad gagal melihat hikmah disebalik nikmat yg sedikit dan banyak. Oleh sbb itu, dia gagal BERSYUKUR dgn apa yg ada dan BERSABAR dgn apa yg tiada. SYUKUR dan SABAR itulah HARTA yg menyebabkan jiwa menjadia KAYA

Org hasad begitu obsesi dgn cinta dunia.

Rasulullah s.a.w bersabda, drpd Zaidbin Thabitr.a, beliau berkata," Kami mendengar Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesiapa yg (menjadikan) dunia tujuan utamanya, maka Allah akan mencerai beraikan urusannya dan menjadikan kemiskinan(segala ada) dihadapannya, padahal dia tidak akan mendapatkan (harta benda) duniawi melebihi apa ygAllah telah tetapkan utknya. Dan sesiapa yg (menjadikan) AKHIRAT NIATNYA(tujuan utama) maka Allah akn menghimpunkan urusannya,menjadikan kekayaan (ada) dlm hatinya, dan (harta benda) duniawi dtg kepadanya dlm keadaan rendah (tidak bernilai dihadapannya)"      - Riwayat Ibn Majah no.4105


*masa belajar dulu, i use to write what ever that i wish to remember.. nk bagi melekat kat otak terus..

Vain

Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak - Malique feat Jamal Abdillah


Kalau tengah marah katak ngn hanjing pun dah takbleh beza!

Lantak lah kau katak
nk melalak mcm mana punnn..
ada aku kesah aduhai nye punnnnn????


Ya Allah,
kalau percubaan aku untuk sabar dengan kerenah dan fitnah manusia ini boleh menjanjikan redhamu..aku cuba ya allah.
Aku akan cuba byk2 bersabar...
Bantulah aku ya allah..


Updated (16/03/2012): Entri ni cuma luahan rasa...huhuhu..

Where is Irfan Ahmad?


Dedicated entry for my one and only Irfan Ahmad..



just 2 days after we know that u r inside there


spot Irfan?

Attending Jasmin's parents wedding.. Jasmin pun tak wujud lagi hihihi

Cikdya's convocation.. Irfan belakang bunga!


At Mia's parents wedding.. mana mia? mia pun takde lagi..


caught on gossipping at office : double chin somemore!


Breastfeeding Support Group Meeting Perak


A few hours before you were born!



*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


There you are!

Demam vol#2

Rasanya cam dh lama jugak Irfan tak demam.
And kali ni demamnya macam tak kebah.

Last night lepas amik Irfan from school dh rasa badan dia panas.
Check his body temperature was 38 degree.
Memandangkan dia pun dh ragam2 ngntuk so decide bagi sub paracetamol je.
Tapi bila terjaga tgh malam and check temperature lagi still high.
Lap2 badan dia guna towel basah pun tak turun temp. nya,
Tapi dia okay masa tu, happily layan tv.. tepis2 takmau kene lap ngn towel basah..
Risau sbb dia still panas lagi, suap syr paracetamol pulak..
irfan nenen macam biasa, then when irfan dh tido and mama pun tido..


Woke up that morning,check temp dia still high.. 38++ degree.
Memandangkan Irfan okay je cam tak ada apa2 jadi so i decided ajak dia mandi.
Irfan kan mmg suka main air. So Mama dia biar je dia mandi lama2.. dgn harapan body temp. dia turun.. (note: Doctor tak advise buat macam ni, cara ni salah tau.. sbb kalau cuba turunkan body temp. dgn cara mandikan baby ni pun ada risikonya jugak)

Staying at home tgk anak demam ni sgt tak best kan....?
Sbb mmg sangat berbeza dengan kalau dia sihat.
Mama cakap kt Irfan, kalau Irfan Ahmad sihat ptg nnti kita pergi playground and tgk bird ngn dog okay... (takde minatang lain kerrr?)
Ptg td sementara tunggu abah balik work bawak dia jalan2.. memula tu okay je..
Jalan kejar dog bagai.. tapi towards nk maghrib tu panas balik..haihhh...

I'm confiused like my mama
 That night after maghrib, another trip to clinic.
Doctor bagi ubat demam (lupa apa nama ubat tu..and malas nk g belek hihi) and paracetamol. Doctor cakap immediately bagi ubat demam tu and kalau dlm sejam dua ni tak kurang jugak panasnya bagi paracetamol pulak.. Doctor tu ckp takper and tak overdose sbb ubat tu dari jenis yg lain2.
So kuar je bilik doctor tu, bg irfan makan ubat tu then balik umah.
Sepanjang malam tu duk lap badan irfan ngn towel basah.
Alhamdulillah body temp irfan dah tak tinggi dah.

Bangun pagi pun okay.
Alhamdulillah.

Tips from opahgee: bagi baby minum jus kurma. (cara: bubuh  sebiji kurma dalam air suam2 panas sampai kurma tu lembik. air tu bg baby minum)
Tapi tips ni tak sempat pun try kat irfan aritu. tapi boleh je kan nk bg bila2 masa, bukan masa tgh demam je...

Updated (16/03/2012): Tips dari mommy lina mengenai demam. Best! Interesting sgt dan yg plg penting ia ilmu...

Klik Mafia

Hihihi..
Ganas kan nama klik aku...hahahha
Alaa.. biasa la zaman2 muda dulu... muda remaja...

Tingkatan 1 Kenanga
I miss all of them sebenarnya,
tapi semenjak kerja and ada life masing2 ni mmg susah betul nk jumpa.
and bad enough, ain kahwin haritu pun aku tak dapat balik... adehhh
last jumpa diorg semua masa diorg dtg visit irfan ahmad baru lahir...
setahun lebih umur irfan..maknanya setahun lebih la tak jumpa diorang...

2 years ago...

*My Moment*

I have 4 pengapits! Thanks for be there Klik...huhu syahdu..

Sue, merangkap mak andam..hihihi

A.d, my 2nd penagapit... wahhh ada 1st second pulak kan...
 End of my 'me moment'...
Last week,
Syikin wrote on our FB group pasal plan majlis dia,
Lagi sorg nak kawin..hiuhiuhiu..
Cepatnya masa berlalu..kan?
Rasa macam baru je kenal ngn diorg..
Semua pasal kongsi minat kat BSB (Backstreet Boys)..hihihi
Indahnya kenangan...

* The Kipas-susah-mati-BSB*

Ain, eldest among us. Nickname : AinKevin
yg paling dulu kahwin..hikhikhik
now dh ada anak sorang.. dh nk masuk 5 tahun dh umur anak dia.
Syikin cakap now ain dah tak kerja..now dh jadi housewife..

Syikin= Brian
Syikin pulak, single but not available.
Selain BSB, kitorg kongsi minat yg adventure..kitorg semua kadet polis..
and..end up now syikin sorg je yg berjaya jadi polis... hahahha

A.d= A.J..hihi
Dalam 4 org ni aku rasa a.d yg paling rapat dgn aku.. bukan la tak rapat ngn yg lain .. tapi tah la.. kira cam yg lain2 tu BFF A.d ni ibarat cam Secial BFF..hahaha..  apekekekdahnya ntah...
As of today..rasanya kawan aku yg sorang ni masih single and available.
Dia tinjau jodoh dari temapat tinggi.. ATC la katakan...

Sue= Howie D
Sue jauh nun di labuan..
last jumpa dia masa irfan baru lahir.. dia dtg rumah..
selebihnya contact tru FB je...

last but not least..
Me.. Nick.. hahahhahahahahaha
 i cant just stop laughing at myself.....
only one word can describe me..POYO!

I have lots of bestfriend sebenarnya - bestfriend disini ialah kawan yg boleh kongsi saat suka duka. And tak segan tegur kesalahan kita..and tak malu jalan ngn kita even alasannya "kalau aku jalan ngn ko nnti takde org ngorat aku sbb ko garang..." hihihi... memori
Kawan baik yg buat kita selesa sentiasa. Yg bila mana kita bersama diorg kita menjadi diri kita sendiri...

Tapi klik mafia ni ada satu impact besar dalam kehidupan aku.. and i thank allah kerana mengaturkan pertemuan kami 14 tahun lalu...



A.d, Ain, Sue, Syikin, Me

Our Sg. Congkak moment! Rindu....


ohohohoho... i miss them so much!





XOXO,
intaNick..hihi

Ya allah, lindungilah sahabat2 aku...

Curang : unsecured feeling

Drama swasta.

Suami : Abg dh kat ofis. love u.

Isteri: Love u 2. Jgn curang tau.

Suami: Ha3.. u r the only one i want to see in syurga.termasuk family kta yg lain la.he3...

Isteri: Ok. i'll take that as a promise. Org yg mungkir janji tu org munafik.

Suami: Islam is my agama k.... :)


Tamat.

* watak tiada kena mengena dengan yang telah mati tetapi kena mengena dengan yg sedang hidup. Peace.

Irfan dengan........

Irfan dengan Abah

Irfan dengan Mama

Irfan dengan Ustaz Don

Irfan dengan Doraemon..hihi

Irfan dengan kawan2 Irfan

Irfan dengan Shiela Rusly

Irfan dengan Zamir Masterchef

Irfan dengan Arwah Nyang.....



** rasanya entry ni pun akan ada updated version..hihi

Second year


Memori : 30 01 2010

Soalan: Dah lama ke kahwin?

Jawapan 1 : Baru je 2 tahun.
                   OR
Jawapan 2 : Dah 2 tahun dah...

Baca dengan 2 intonasi yg berlainan.
Huehueheeuuueeee..

Ohohoho..sudah masuk tahun kedua ye. Tahniah Puan Intan and En. Azmil.

Masa tahun yg pertama aritu ada cake suprise yg tak jadi.
Tahun ni, dh cakap awal2 tak yah bli cake suprise2.

tahun pertama

Kurangkan manis dalam makanan. Tambahkan manis dalam senyuman.
Eh... azam anniversary tahun kedua ke?
hihihi..


I feeling2 kreatif masuk tahun kedua ni.
Jimat duit 30 ringgit bli kad hallmark....hahahha


see...kreatif kan? ada bee lagi...
apa kaitan bee dengan tahun kedua tah...



ni kad tak kreatif sang arjuna...dia btau dia bli je kad ni..
chocolate...dia sendiri habeskan...hihihi

 
anyway..
buat arjuna hati,
bukan cake,kad or chocolate yg dinda harapkan.
cukuplah kita sentiasa bahagia tanpa sengketa.
bahagia bukan setakat tahun ketiga atau kelima.
bahagia bukan beerti banyak harta.
kita dah cukup dengan apa yg ada.
biar bahagia didunia hingga ke syurga.
terima kasih kerana menerima saya seadanya.
love you.

* saya cinta awak kerana allah.

Nasihat Luqman


" Wahai anakku, Sungguh, jika ada sesuatu perbuatan seberat biji sawi, dan berada dalam batu atau di langit atau di bumi, nescaya Allah akan memberinya balasan. Sesungguhnya Allah mahahalus, mahateliti."      (31:16)



Amin Ya Rabbalalamin...


Breastfeeding : 3 Gold steps before baby is born

1. Learn as much as you can about breastfeeding - from books,internet, friends who support/experienced breastfeeding, lactation counselor.

2. Choose hospitals & health care providers who encourage breastfeeding. - 'Rakan Bayi' Hospitals. Please ask whether they have lactation nurse/counselor that can help you.

3. Find a good source of support for before and after birth - educate yourself, husband and family (e.g your own mum or MIL), try to get confinement lady (mak bidan) who have experience with breastfeeding mothers, join forum/mother support groups.

Hidup dengan Sihat

Disclaimer: Tak semua tips yg aku tulis ni aku dh buat. Insyaallah akan cuba praktiskan..hihi

1st point. You are what you eat.

You'll know, bila badan akan react semacam kalau tak sihat. It is like somebody yang kalau makan makanan yg pedas dia akan sakit perut. So dia akan bjaga2 dilain kali utk makan makanan pedas.

Katalah kalau kita makan benda yg tak menyihatkan ni then badan kita terus rasa sakit. Rasanya mesti kita akan lebih berjaga2. Contoh: Makan terlebih fats and bila gemuk tu terus sakit..huhu ngeri. Tapi malangnya, kesan terlebih lemak jahat ni amik masa lama. So intan pun teralit....

Contoh lagi : Org yg ada diabetic used to ignore and still not controlling their sugar level sbb diorg tak rasa diabetic tu sakit. kan? betul tak? Kalau dh sampai tahap diabetic tu meyebabkan kaki pun kene potong and renal pun dah rosak..at this point nk control gula pun dh tak guna. Sakit tu datang lambat..

Generally, aku tau apa itu healthy life and what are healthy food. Tapi kenapa eh susah sgt nak ikut?

Contoh makanan/pemakanan yg tak sihat yg selalu goda2 kita are:
  1. processed food like daging burger, sausage, nuggets
  2. junkfood - jajan yg ada perasa2 tambahan, pewarna tambahan
  3. makan dengan amaun yg banyak...2 org makan 3 pot nasi abes licin... hihi
  4. suka minum air sejuk manis2
  5. desert yg manis2
Tahukah kamu:
  1. Take your carbo - fistful sahaja. e.g Nasi sebesar penumbuk sahaja
  2. Protein - amik dlm amount sebesar tapak-tangan (tak-termasuk jari2 ye)
  3. Vegitables/Fruits - sebesar tapak tangan
  4. Breastmilk is the best milk - Please choose to breastfeed your baby
  5. Stats from UMMC+HKL : 1 in 19 woman have breast cancer, 70% without family history of cancer, 50% are less than 50 yrs old, only 10% due to genes.
  6. Rasulullah s.a.w takes 90% Natural & Beans/lentils, 30% fruits, only 10% daging or animal based food.
We can modify our risk factor by choosing right nutrition, like
  1. reduce intake of protien
  2. reduce intakes of sugar
  3. reduce intakes of deep fried food.. (ohoho..yg ni sedap oh..)
  4. takes fruits and vegetables.
Jgn lupa excercise.10 000 steps. Use staircase instead of elevator. (hari2 turun naik jejantas ni tak kurus2 pun peha drumstik ni..)

Intan, you have to change. Do you belive in barakah and fitrah of food.
Tak semestinya makan sepinggan penuh baru rasa kenyang. Pls, work hard on this.

DH sayang.... please stop smoking.

These notes are compilation from what Dr. Nor Azizah shared during Food For Thought Workshop and some other info.

Early Childhood Education (ECE)


My baby just turn 1 yr and 2 months old.. do i really need to teach him?
He is still a baby... kecik lagi lah.
Dia paham ke??

Dari hasil pembacaan.. (wahhhh) i know and i agree that ECE memainkan peranan yg sgt penting dalam perkembangan anak2 kita.

I adore ibu ibu and bapak bapak yg mampu to do that for their babies.
Ada yg as early as 3 months dh tunjuk flashcards kat baby.
6 months young (young okay..) dh pegi gymboree classes.

Me?? Nothing....
Eh yeke nothing?
Cuba fikir2 balik....

I'm not saying that i'm expert enough to write about ECE ni, writing this entry pun sbb more to kaji diri sendiri balik..patutnya tukar tajuk tu jadi 'what i have done for my son ECE,since umurnya dh pun menjangkau 1yr 2mo...' panjangnyaaaaa.....

Actually i'm a bit afraid that i didnt do anything....
mak mak lain dh ajar macam2 kat anak diorg,
anak org tu dh pandai baca at young age...

But trust me...ECE ni sgt luas...luas..
It is not just about flash cards, and gym okay.
Di rumah and i think sejak anak kita lahir lagi kita tanpa sedar dh buat byk benda utk mendidik dia.
Dun worry mommy!

Saya budak baru belajar, anak baru sorg. Anxious bila bercakap soal anak.
I need to read more. Learn more. So that i'll ready to educate my child..(ecewah...cam ada tanda2 nk menambah je..)
I'm googling around for ECE ni, ada few website utk dptkan tips on parenting and ECE. Mengumpul sbyk yg boleh.

Kata Lina Karim,  carilah ilmu untuk diri sendiri  dahulu ubarulah kita boleh mengajar ilmu itu kepada anak kita nanti.

I agree with kak watie when she says, terlalu ramai ibu bapa yang inginkan anak mereka menjadi pandai, bijak, cerdik, smart, genius dan pelbagai istilah lagi sehingga mereka terlupa bahawa ANAK ITU SEMEMANGNYA DILAHIRKAN GENIUS!!! Mereka terlupa bahawa MEREKALAH YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENJADIKAN ANAK MEREKA TIDAK GENIUS LAGI!

hahahha...

I have plan...
First i have educate myself and of course seret sekali DH (jemil)...huhu
will search more regarding ECE and whatsoever berkaitan tu and paling penting AMALkan.. BUAT.. Bukan setakat belajar..take note and simpan je tak apply pun.
(ni rahsia tau.. jgn btau org... i have tons (tons ke) of powerpoint slides ala2 flash cards gitu..template flashcards pun ada..tp boleh kira ngn batang jari je berapa kali buat ngn irfan...alasan cliche.. Tak ada masa.. Irfan cepat boring...)

Pinjam kata2 kak watie lagi, Pendidikan awal kanak-kanak adalah satu HAK, HAK dan HAK anak-anak kita yang TIDAK BOLEH KITA ABAIKAN SAMA SEKALI walau sesibuk mana pun kita, walau sebesar @ sekecil mana pun pangkat kita, walau sebesar @ sekecil mana pun gaji yg kita terima setiap bulan! Ini adalah HAK yang WAJIB kita tunaikan pada setiap anak-anak kita, tidak kira apa saja kelebihan dan kekurangan yang ada pada anak kita.

hihihihihi...takut tak? takut tak?
So there is no too early or too late kan nk ajar anak ni kan? Correct me if i'm wrong or am i too poyo bila membicarakan ECE ni...

tiba2 rasa macam nk pergi seminar ECE by GBOB..hahha
eraly birds discount sampai Ahad ni je..adeh...

I use to read blog kak farah farhan, so basicly i know about Tateh playgroup ni dh lama dh.. fikir jugak kalau ada anak nnti nk enroll to this kind of class... menarik.

Dari buku (ala lupa tajuk buku apaaa...). Pasal didik anak - Khalifah method rasanya. Dh dapat gambaran sikit. But still byk benda kena belajar lagi..

Ada tak yg sudi share ilmu on this ECE..tanpa perlu byr RM199 hahahha..

Naperlah dulu aku tak amik course Pendidikan Pra Sekolah je cam mek Biey and mek Na.. Kenapa aku amik Chem Sc eh?...ehhh lari dari tajuk entry..

Jemil cakap jgn pakai sexy2 depan Irfan.. - ECE jugak ni kan?

Jemil kata kalau aku asyik letak Irfan dalam playpen nnti dia tak bleh explore and belajar pasal things around him - ECE jugak ni kan?

Biarkan Irfan punggah bakul mainan dia sampai bersepah satu living hall and last2 main dengan segala mak nenek tutup tupperware,botol2,kotak2, plastik rukrak mama dia punya - ECE jugak ke?

Irfan pandai punggah buku2 mama sampai licin shelf buku tu and selak satu2 page buku (ada 2 3 muka surat dah jadi arwah..) - ECE gak kan sebab selak2 buku guna jari tu develop motor skill kan?

Ohohoho..
Sila bantu ibu muda yg buntu ini!

Love,
Mama Irfan,Bini Jemil.

Irfan's Milestone - a walk to remember

He sometimes sounds like red indian (red indian jgn sentap k...)
dia duk uk ak uk ak..dgn face expression yg cam ye ye je berborak...

Kadang2 bunyi cam cakap cina (cina jangan sentap tau..)
cuma dengar siau  si siau si siau siau..hahhaha

Masa kena quarantine duk rumah seminggu ngn dia aritu dia menapak dah sikit2... now dari meja makan sampai kat ruang tamu tu kira dah pass dah.. (actually umah den pun bukan bosau bonarr...)

Kalau ikut kata opah, Irfan cam mama, jalan at age 1 year 1 month. Tok kata, abah lagi lambat berjalan...hiuhiuhiu... (Ampun banggg..gurau je)
Its okay, bak kata abah, lambat jalan tapi pandai main bola takpe..hahahha

For me, risau tu mula2 risau gak..ditambah lagi dgn provokan (ada ke ayat ni?) org sekeliling,bukan takat risau je...rimas pun ada. Tapi dengan hasil bacaan, i know it is normal kalau baby lambat sikit berjalan. And for 1 year 1 month tak la lambat benor kan??

At least luaran (physically) dia okay je takde tulang kaki yg nmpak bengkok and dia pun boleh berdiri dengan stabil je, no need to worry lah mother... chill
Anggap je tohmahan org tu bagai nyanyian di angin lalu... (wahh..tohmahan tu..)

Moyang's number 8 cicit!

Last Entry

I think this entry would be my last entry for this year (2011).

New year resolution?
Ada...banyak.....
hahaha

Jom plan and schedule betul2 hidup kita for next year.
Contohnya:
Bila patut amik long leave for family vacation ke? (Kena discuss dgn para suami ni)
Plan for second baby ke,so that bakal baby tu lahir on 2013.... ( ini pun kena discuss dgn para suami ni)
Raya tahun depan ni nak raya kampung siapa dulu ke....( ini pun kena discuss dgn para suami)

Itu baru 3 je contoh... ye diulangi sekali lagi ye.. CONTOHHHHH... hahaha

Well apa apa pun kita cuma merancang, dan sesungguhnya perancangan Allah adalah yg terbaik utk kita.

Pray hard for better life next year (ni one from my resolution list jugak ni).




Strugling to be a better Mukminah

Ye..kita dilahirkan sebagai muslim...tetapi (saya lah kan) belum lagi 100% mukmin... yes..i absolutely know what is the meaning of my shahadah, i wear tudung and cover my other aurat (kadang2 pakai jugak baju lengan pendek or ketat2 di khalayak), and i did my puasa every year during ramadhan, solat fardhu (sometimes ada lubang2), zakat fitrah.. that's why lah have to really struggle to be better...sbb yg wajib pun ada lubang2..inikan yg extra.

Bila dibandingkan dengan saudara baru yg kadang2 memeluk islam pada umur 19 tahun,ada yg pada umur yg lebih tua.. i mean yg bukan dilahirkan sebagai muslim tetapi akhirnya memilih islam sebagai agamanya mmg jauh sungguh bezanya..Diorg seolah2 lebih kenal allah dan rasul lebih dalam dari aku yg lahir2 mmg muslim ni.
Kenapa ye?

And for me..kalau dh tahu tahap diri ni at which level.. mmg wajib i do something.

Muslim -------------------------------------------> Mukmin

Masih dalam usaha.. masih berusaha. Mencari. Dan takkan berhenti mencari.

Wardina sebesar 'biji sawi'..nampak tak?
Kata wardina hari tu,

Main point : Jadikan Allah satu2nya tempat mengadu dan quran,hadis & sunnah rujukan utama.

Find Allah to find calmness.
Fahami Al quran : it is your guidance and penawar.
Kita kene selalu sucikan hati kita.
Kene maafkan org so that kita tak terbeban dengan rasa dendam or marah pada org lain.
Kena banyak berfikir. Membaca and lantas berfikir.
Islam is by knowledge.. kena sentiasa cari ilmu. Bukan dengan terima bulat2 apa yg org kata.

Surah Al Zalzalah ayat 7-8:
Maka barang siapa mengerjakan kebaikkan seberat zarah nescaya Dia akan melihat (balasan)nya.
Maka barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarah nescaya Dia akan melihat (balasan)nya.

I'm sure 'biji sawi' lagi besar dari zarah...(zarah kene tgh bawah microskop cahaya kan?? hihi). So, moral of the story.. jangan takut utk buat kebaikkan even sekecil2 'biji sawi'..allah maha melihat. Dan allah janjikan pahala jika kita ikhlas.

Dan even kesilapan kita yg sekecil2 'biji sawi' pun Allah nampak dan bakal dihisab.

Tetapi, Allah Maha Pengasih dan Maha Pengampun... jika kita bertaubat Allah sentiasa menerima taubat kita. Yakinlah... Percayalah.

Surah Al Ma'idah ayat 39:
Tetapi barang siapa bertaubat setelah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sungguh Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang.
(ayat ni start dengan 'tetapi' sebab ayat sebelumnya tgh cerita pasal hukum hudud which is potong tangan bagi org2 yg mencuri)

Dan akhir sekali this is quote by Wardina,

" Now, dear sisters... look at that small black seed you have... (its called BIJI SAWI by the way, i know some of you dont cook). A deed as small as that, will be taken into consideration.

Never underestimate a good deed...

Remind yourself next time, think of this small black seed..."

Ini biji sawi saya



WhatsLeftIn MyMind: Sejak bila aku minat ngn Wardina ni??

Finally....Twins of Faith

Akhirnya...allah izin kan jugak mama and Irfan join conference ni.
I love the enviroment...sgt baby and mama friendly.
Ada mothers room yg sgt2 selesa, baby selesa mama lagilah selesa.It gives a chance for mother like me to be part of the event.
Ramai mak mak kat sana with kid/s yg attend..so mama-beranak-satu ni tak la cuak sangat.Biasa je sebenarnya.

The workshops semua pun best. I learn so much from there.
definately will share it. Will compile it and will share it by topic.
Soon... insyaallah.

And thanks to Irfan.. walaupun ada masa2 dia melasak tak ingat, but masih good boy! Thanks to abah for the izin to attend this and senang hati menjaga buah hati pengarang jantung setelah tangan mama lenguh2 dukung dia...hahahha
anak anak......


Belajar bertatih celah2 kerusi

1 of his fav toy : botol plastik!

Okay,listen to the speech

Ada byk toy. They share their toys with Irfan

Ada 2 buku yg mama beli masa kt sana, satu dah baca. Satu lagi belum start pun lagi. And for myself : Pls ingat..kene amal dgn ilmu yg kita ada..kalau tak,tak guna!

Chicken pox or HFMD?

On 19 Dec 2011 (isnin) night, masa Jemil tgh tukar diaper Irfan around lepas maghrib camtu terperasan yang dekat area bird dia ada bintik2 merah. Then baru perasan ada bintik2 yg cam ada air ada kt pergelangan tangan dia. Kat lutut ada sebijik. Tgk kat kaki kiri and kanan pun ada jugak. Terus both of us siap2 g klinik.

Doctor kat klinik cakap tu chicken pox, i told the doctor that Irfan ada demam sikit pagi semalam (ahad) tapi lepas bagi ubat demam tu okay dah. Tapi time kat klinik tu Irfan punya body temp okay..tak demam. Then doctor cakap ada kemungkinan chicken pox tu baru nk kuar or pengeluaran dia terbantut sebab Irfan baru lepas jab masa 1 year hari tu. So doctor just bagi calamine cream utk sapu kat tempat2 yg ada bintik2. No need to apply calamine lotion to all over the body. So the next day mama cuti jaga irfan kat rumah. Yela, takkan nk hantar nursery pulak kan...kang jangkit pulak ngn budak2 lain. yang peliknya..makteh nursery Irfan tu cakap..masa Irfan kt nursery bintik2 tu takde. Pelik.....


Bukti #1

Bukti #2

I'm a bit worried that time, bkn risau Irfan je tapi risau kat diri sendiri juga sbb aku TAK PERNAH lagi kena chicken pox! ahahha.. Kalau la berjangkit..abes la..sape nk jaga Irfan... Mama ni kan kalu demam lembik.. Dah la org cakap kene chicken pox ni sgt sakit. Org duk suh cari daum mambu bagai. Tapi tah.. tak cari pun..hhuhu.

Esoknya,(rabu) kebetulan temankn ayah ada apptment kat IJN terus mama decide nk pegi Al-Islam Hospital kat Kg Baru. Jumpa Paed specialist kat sana then dia cakap, tu bukan chicken pox since kat badan Irfan takde pun bintik2 tu. yang ada cuma dalam 5 bijik besar kat kaki and tangan and bintik2 merah kat tapak tangan and kaki. Setelah bertungkus lumus doctor tu membuka mulut Irfan, doctor cakap dalam mulut pun ada. Doctor tanya Irfan menyusu and makan ok ke tak. So far dari malam isnin sampai la pagi tu Irfan nenen ok je..makan pun macam2..tak la dia nanges ke masa makan or minum. (which is common to happen kalau baby yg ada ulcer dalam mulut kan...) So doctor prescribed antibiotik to complete in 7 days, calamine cream and oral aid.

So itu je la treatment sepanjang 7 hari. Mama buh calamine cream tu setiap kali lepas mandi and bila Irfan tengah lena tidur mama bubuh lagi. Lagi senang sbb tak yah nk bersilat dengan keaktifan Irfan..nk buh cream pun susah.. belum kira lagi yg dia jilat cream kat tangan dia..adehhhh

I was on unpaid leave for 5 days, tolak weekend and PH for christmas. Kerja? Malas nk fikir. Irfan lagi penting (Tapi sape yg gelabah ayam yg singgah ofis settle apa yg patut on wednesday tu??..hahahah..itu tanggungjawab.. sendiri tanya sendiri jawab)

For me kerja and family sama penting... kalau tak kerja macam mana nk jaga family ye tak... we have the power to balance it. Dont use anak as your reason for not to be productive and proactive. Kata superwoman!

On friday tu tgk Irfan ok je..memang tak demam and bintik2 tu kekal byk tu je and makin kecut and kering dh blister tu. Yg bintik2 merah tu faded away sudahhh... lega.

Sabtu and ahad Irfan will accompany mama to Twins of Faith Conference at PICC....will write about it soon..hihi

These are few notes about Chicken Pox and HMFD that i gugel2.

Chicken pox
Chickenpox is a viral infection in which a person develops extremely itchy blisters all over the body. (which is Irfan takde pun tumbuh kat badan..certain2 tempat je...)

Chickenpox is caused by the varicella-zoster virus, a member of the herpesvirus family.

Chickenpox can be spread very easily to others. You may get chickenpox from touching the fluids from a chickenpox blister, or if someone with the disease coughs or sneezes near you. Even those with mild illness may be contagious.

A person with chickenpox become contagious 1 to 2 days before their blisters appear. They remain contagious until all the blisters have crusted over.
Most cases of chickenpox occur in children younger than 10. The disease is usually mild, although serious complications sometimes occur. Adults and older children usually get sicker than younger children.

Children whose mothers have had chickenpox or have received the chickenpox vaccine are not very likely to catch it before they are 1 year old. If they do catch chickenpox, they often have mild cases. This is because antibodies from their mothers' blood help protect them. Children under 1 year old whose mothers have not had chickenpox or the vaccine can get severe chickenpox.

Severe chickenpox symptoms are more common in children whose immune system does not work well because of an illness or medicines such as chemotherapy and steroids.

To prevent :
Because chickenpox is airborne and very contagious before the rash even appears, it is difficult to avoid.

source

HFMD
Hand, foot, and mouth disease is a common viral illness that usually affects infants and children younger than 5 years old. However, it can sometimes occur in adults. Symptoms of hand, foot, and mouth disease include fever, blister-like sores in the mouth (herpangina), and a skin rash. (probability high)

Hand, foot, and mouth disease is caused by viruses that belong to the Enterovirus genus (group). This group of viruses includes polioviruses, coxsackieviruses, echoviruses, and enteroviruses.

Hand, foot, and mouth disease usually starts with a fever, poor appetite, a vague feeling of being unwell (malaise), and sore throat. One or 2 days after fever starts, painful sores usually develop in the mouth (herpangina). They begin as small red spots that blister and that often become ulcers. The sores are often in the back of the mouth. A skin rash develops over 1 to 2 days. The rash has flat or raised red spots, sometimes with blisters. The rash is usually on the palms of the hands and soles of the feet; it may also appear on the knees, elbows, buttocks or genital area.

Some people, especially young children, may get dehydrated if they are not able to swallow enough liquids because of painful mouth sores.
If a person has mouth sores, it might be painful to swallow. However, drinking liquids is important to stay hydrated. If a person cannot swallow enough liquids, these may need to be given through an IV in their vein.(alhamdulillah it was not this bad.. kalau tak kesian Irfan)

There is no vaccine to protect against the viruses that cause hand, foot, and mouth disease.

A person can lower their risk of being infected by:

  • Washing hands often with soap and water, especially after changing diapers and using the toilet.
  • Disinfecting dirty surfaces and soiled items, including toys. First wash the items with soap and water; then disinfect them with a solution of chlorine bleach (made by mixing 1 tablespoon of bleach and 4 cups of water).
  • Avoiding close contact such as kissing, hugging, or sharing eating utensils or cups with people with hand, foot, and mouth disease.
There is no specific treatment for hand, foot and mouth disease. However, some things can be done to relieve symptoms, such as
  • Taking over-the-counter medications to relieve pain and fever (Caution: Aspirin should not be given to children.)
  • Using mouthwashes or sprays that numb mouth pain
Persons who are concerned about their symptoms should contact their health care provider.

source

Hope these notes will help who ever came across this similar problem. For more info pls vist the source.

My story

“C” Doesn’t Stand for Cure
Fact or fiction: Vitamin C keeps colds away?

FICTION
Most of us feel a cold coming on and immediately start stocking up on vitamin C. But it turns out that vitamin C has no proven effect on preventing a cold. And, it won't make you feel better or recover too much faster once you've caught the virus.

But that's no excuse to stop drinking your daily glass of orange juice — vitamin C still helps prevent immune system deficiencies and heart disease, and helps your skin look smooth.
source



Cerita pasal vitamin C ni teringat masa awal2 pregnant dulu. Memang simptom2 preggy morning sickness suma tu ada cuma demam and selsema plus batuk tu cam my middle name dh masa tu.

Masa pegi klinik yg confirm pregnant tu pun sebenarnya ingat kene demam denggi...sebab asyik demam malam and it continue to be on off on off selama beberapa hari.

Bila dh tau pregnant, ntah mana dtgnya kata2, baru2 pregnant tak elok makan2 ubat ni..so even demam ke batuk or selsema ke mak ni tahan je lahhhh... hahahha

Ada satu hari tu, mmg dari pagi duk dlm bilik ber'aircond' je, so mmg mula la rasa cm nk kene flu and badan rasa dedar2. Tau apa bakal mak budak (at that time lahhh)  ni buat? dia g makan orange. banyak giler i tell you.... kononnye kalau flu or demam ni boleh cure dengan mengambil vitamin C yg byk.

As stated above,vitamin c has no proven effect on preventing a cold apatah lagi nk curekan flu and demam kan....

And you know what happen to the bakal mak budak tu? balik rumah je dia bertambah demam. Selsema yg tahap dewa punya. Takleh nk bangun langsung. Lembik. Then the next day, bakal bapak budak telah berjaya menginsafkan bakal mak budak dan bawa pegi klinik.

Siap kene gelak ngn doctor tu... ater bakal mak budak ni kan suka wat pandai mengalahkan doctor..dapat kau.. demam teruk kot.

At last doctor prescribed jugak ubat demam and selsema. Ubat batuk pun, tapi doctor cakap ubat batuk yg dia bagi tu mild2 je. Boleh di makan oleh bakal mak budak.

And doctor advised..kalau dh tak sihat tu pergi je lah klinik. Amik je lah ubat. Nanti pandai2 lah doctor tu bagi ubat yg sesuai utk pregnant woman. Yg takde effect kat baby dalam perut tu. Sbb kalau si mak budak kene demam yg lebih teruk sebenarnya akan lebih memudaratkan kandungan. Lebih besar ye effectnya.

Same goes to breastfeed momma, jgn la sanggup tak makan ubat atas alasan menyusukan anak.(kalau atas alasan takut nk telan ubat takpe...hahaha)
Kalau sakit kene rujuk doctor, sbb kalau mak sakit cmner nak jaga family anda dengan baik..betul tak?

Akhir kata.... take good care of yourself mommy! and jgn suka wat assumption sndiri and jagn takut telan ubat biji!

Mobile Internet Data Plan

Mind, this is my personal notes.
A reminder. And kebanggaan jgk sbb terasa seperti telah bertindak dengan bijak..hihi
Yeah..walaupun baru sedar but anyway..better late than never kan..

Before this, i'm suffering with my own maxis bill.. everymonth spend atleast RM200 on hp bill je. Giler..

Bill tu tinggi2 tu bukan sebab call or sms byk..tapi sebab internet sahaja.

Dulu budget takkan guna internet selalu sgt, guna sikit je so i was on 5MB data plan je. For the 1st 5MB i used dia kira 0.005sen/1kB more than that akan jadi 0.01sen/1kb. Maka patutlah bil bulan2 jadi macam ni....

Ni cuma spent for internet usage je tau..

Jul'11 RM166.92
Aug'11 RM150.26
Sept'11 RM226.25

itu baru internet je..tambah dengan call and sms and plus segala mak nenek tax tak ke byk aku bayar bulan2..adeh.. intan intan... membazir tahu takkk???

For Month of Sept'11
i only spent RM1.92 to call jemil
RM2.24 to call my family
RM7.10 to call other than mentioned above.

SMS only cost me around RM12.00

It is basicly the internet la yg buat bil mahal everymonth.

Then start around mid of Oct'11, decide utk tukar data plan.

For maxis data plan ,
100MB=RM18 per month
500MB=RM58 per month
1.5GB=RM78 per month   
3G=RM88 per month

so, bermula la sesi kelebet bil2 lama tgk berapa sebenarnya yg aku biasa guna. It helps a lot. Trust me.(berbaloi bergelumang dengan bil)

Jul'11 14.93MB
Aug'11 10.24MB
Sept'11 27.04MB

           *amik contoh 3 bulan je sbb malas nk tulis byk2..hihi
from the analysis that i've made.. poyo! sebenarnya taklah guna byk sgt pun.. tak sampai pun 100MB, so call customer service maxis tukar that data plan and tgk outcome on Oct'11 bill.

Tadaaaa... for internet usage for month Oct'11, i used about 18.86MB and i only paid RM21.40 SAHAJA (itupun selepas tolak prorate amount) bayangkan if tak tukar data plan.. it will cost me RM106.80. See...byk sungguh beza.

And last month (Nov'11) i used 17.87MB and it is still not above the 100MB package...so instead of kene byr RM178.70 i only pay RM18 je...hihihihi
SUKA!

Maka, dengan ini ingatlah wahai cik puan intan..sila berbelanja dengan bijak.
Semua benda kene guna otak..hahahhaha

I learn new things today.

1st..i think mmg wajib share yg ni.
New 'anak muda words' for me yg tua-tak-berapa-nk-tua ni. I'm just turning 26 last April...muda lagi apa... hihi
 
Ada Aq kesha?? hahahhaha
Sangat kreatif tahu.....
menurut segelintir kanak2 ribena zaman ini,
taa itu adalah tak
suka diorg tulis as shunka
tau as taou
yunk tu yang ok..hihi
engkau = koe, aku=aq, dia=dya, awak=awx
they spell sorry as sowwy
hati as atty
boleh as boley
kesha sebenarnya kisah
..argh..byk sungguh. Tak larat nk type byk2. But yeah i learn so much of new words today. Not even a day..tak sampai sejam pun. hihi

Bukan nk cerita pasal kekretifan(ada ke ayat ni..dowh?) budak2 zaman la ni.
Aku dulu apa kurangnya, tapi Nauzubillah.. tak dapat aku bygkan kalau apa yg terjadi ni terjadi pada darah daging aku. To be correct..anak aku!

situasi 1 : kalau Amirah Afiqah yg dianiya tu anak aku...hancur luluh kot hati seorg mak bila anak yg tak bersalah digunakan identitinya utk sesuatu yg tak tau objektif sebenarnya. Dan pasti mengalir kot air mata ibu ni bila terbaca komen2 berbaur ugutan semata2 kerana idola pujaan hatinya dikutuk. Idola je pun dikkkk.. Adoi... (aku pun terikut3 kot kot ni...)

situasi 2: kalau la anak2 aku yg 'lepas mulut' sampai macamni sekali, huhhh...nauzubillah.

Aku terpaksa terima hakikat yg membesarkan anak pada zaman serba moden ni mmg banyak cabaran. Internet menjadikan semua pun dihujung jari je.
Anak2 akan jadi jauh lagi advance. Terletak bebanan besar di bahu mak ayah bagi memastikan anak2 kita sentiasa dilandasan yg betul. Bukan salah internet atau kemodenan sebenarnya..tak salah. Cuma masing2 kena lebih rasional sahaja.

Mengingatkan zaman2 'membesar' aku dulu...hhuhhh..taknk ingat lah.
I can just pray hard and akan sedaya upaya menjaga amanah yg telah tuhan pinjamkn pada aku.
Ya allah..bantu lah aku.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...