Search This Blog

1st day of Syawal 1433







Tahun ni dapat solat sunat hari raya kat masjid :-)
Budak kecik tu tinggai dgn cikdya dia kat umah,hohoho
Duk rumah,melayan tetamu sahaja.
Petang dh nk maghrib baru sempat beraya dgn klik mafia (x cukup 2 org).

Published with Blogger-droid v2.0.9

Safe journey, insyaallah.

Alhamdulillah, and insyaallah esok satu syawal.
We're now heading back to ipoh. Insyaallah raya kedua blk kodiang pulak.
Will spend beberapa hari kt kodiang and insyaallah singgah ipoh sebelum blk k.l sabtu depan.

Untuk sesiapa yg terbaca entry2 saya kt blog ni, saya dengan rendah hati mohon ampun sekiranya ada penulisan saya yg kasar atau mengguris perasaan ada. Maafkan saya.

Kita ada beberapa jam je lagi dalam bulan ramadhan. Speed up ibadat kita hingga ke garisan penamat,mcm usain bolt,hihi

Selamat hari raya 'idulfitri. Semoga Allah menerima setiap amal ibadat yg telah kita lakukan sepanjang ramadhan,semoga istiqamah terus selama lamanya.

Maaf zahir & batin.


Nikmat

Kadang kadang tak perasan dgn nikmat nikmat yg Allah dah bagi.
Asyik cari and mintak nikmat nikmat yg lain (which  yg selalunya Allah belum beri )

Nikmat lahir sebagai seorang Islam. Nikmat iman. Nikmat punya perasan takut buat dosa. Nikmat punya perasan mahu bertaubat. Ya Allah, Terima  kasih  atas  nikmat nikmat ini .

Kufr al 'asheer

Dugaan 'kufr al'asheer'.

Quotes below taken from a book i'm reading now, dari buku tu, katanya

Tatkala suami berasa bahawa dirinya sudah melakukan yg terbaik, jgn sesekali usahanya dihentikan setakat ini. Usaha itu harus berterusan, bukan sahaja untuk melangsaikan tanggungjawab yg terpikul di bahu sendiri, malah utk berdepan dengan dugaan kufr al'asheer, yang disyariatkan oleh Nabi s.a.w di dalam sahih al bukhari, hadis ke 29:

"Diperlihatkan kepadaku neraka, sesungguhnya kebanyakkn penghuninya adalah wanita, mereka itu mengkufuri". Lalu baginda s.a.w ditanya: "apakah mereka itu mengkufuri allah?" Rasulullah s.a.w menjawab."Mereka itu mengkufuri suami (atau nikmat2 berumahtangga), dan mereka mengkufuri ihsan. Tatkala kamu melakukan yang terbaik kepada seseorg daripada mereka sepanjang tahun, tetapi kemudiannya dia melihat sesuatu yang tidak kena padamu, nescaya dia akan berkata (kepada suaminya): 'aku tidak nampak satu pun kebaikan padamu!'"

Biar sebaik mana pun usaha suami, ada pula kecenderungan isteri utk menafikannya. Ia disebut sebagai Kufr al 'asheer!

T__T

Protect us from it Ya allah..

Berasa cukup.
Kena.Wajib.Mesti ajar diri berasa cukup.
Bersyukur sekurang2nya punya suami tempat bergantung and menumpang kasih.
Bersyukur punya suami yg sanggup tolong basuh baju and sidai baju =)
Basuhkan pinggan mangkuk kotor dalam sinki tu..=)
Berterima kasih lah pada dia.
Taatlah pada dia.

Tadi, masa borak dengan one of my senior friends kat ofis, dia pesan.. kita ni org ppuan jgn suka nagging sgt! hahahaha
Kalau bertekak ngn suami tu, bila tgk dia dh naik suara or dh tukar hijau nk jadi hulk jgn la nk melawan sgt, kena ingat kudrat lelaki jauh lagi kuat dari kita.Or kalau suami stress balik keje penat2, mata dia dh bersinar2 sebab dgr anak2 bising. Lebih baik pegi tempat lain daripada sibuk2 berleter benda2 remeh, bawak anak2 ke bilik lain (contohla..) suh anak2 jgn bising2. hahaha..comelkan nasihat ni..

Yes, kita ni manusia yg byk kelemahan, iman kita kdg2 level yg paling bawah.
Suami pun macam tu jugak. Dia juga manusia yg punya nafsu marah.
Jadi kita sama2 beringat ingat, sama sama bertolak ansur.


May allah make it easy for us all and grant us all happy and blessed marriages full of tranquillity, love, mercy and understanding. Aamiin Ya Allah.



Strong Lady

Draft ni terlalu lama......
Saat entry ni terpublish, ianya dh berusia 36 hari.
huhu.. today 28/8/2012

The strong lady yg aku maksudkn ialah opah. ibu kepada ibu.
I called her opah tua, ntah..aku pun tak pasti kenapa aku panggil opah tua.

Dia dijemput ilahi pagi 23/7/2012, disisi anak cucu.
3 Ramadhan 1433, 12+ pagi.
Hari isnin, seperti yg dia impikan.
Kalimah allah mengiringi pemergian dia.

Aku kira, aku tak punya byk memori dgn opah.
Cuma, aku tau opah sayangkan aku macam dia sayangkan cucu2nya yg lain.
Aku je yg selalu anggap rindu dan sayang opah pada aku biasa2 aje..
Aku je yg selalu bersangka ' ye ke opah rindu aku, nk jumpa aku?'
emmmmm....

Selama ni aku tertanya tanya, mana dtgnya 'kekuatan' yg ada pada ibu.
'kesabaran' yg ada pada ibu.. 'ketabahan' yg ada pada ibu...
Rupanya dia mewarisi 'kekuatan', 'kesabaran' dan 'ketabahan' opah.

Sekarang opah dah tak ada.
Tak terbayang aku perasaan rindu ibu pada opah.
Perasaan makkenik, yg menjaga opah selama bpuluh tahun.
Perasaan anak2 opah yg lain.

Aku rasa opah dpt rasa kebahagiaan yg anak2 cucu dia berikan hingga ke saat2 akhir hayat dia.
Yang punya wang ringgit, opah dibahagiakan dengan material. Apa juga yg opah teringin, boleh kata semua dapat. Opah dh tak susah macam dulu2.
Yang tak punya wang ringgit, bahagiakan opah dengan kasih sayang, masa dan perhatian. Opah takkan rasa sedih macam dulu2.

Allah gantikan derita jd bahagia. Janji Allah utk org yg sabar dengan ujianNya. Ya Allah, kurniakan aku dgn kekuatan, kesabaran Dan ketabahan seperti mereka. Tempatkan opah bersama mereka yg engkau redhai.

Irfan Ahmad

Lama tak update pasal anak bujang mama ni.

Masih handsome and comel di mata mama! hahahha
Ligat and lasak (its okay.. boy lah katakan)
Masih belum bercakap, but progressing well.

Dah pandai pilih apa yg dia nk and taknk.
sua benda yg dia tak berkenan je kang dia cakap 'takmo'
siap geleng kepala and tepis2 dgn tangan okehhhh...
boleh pilih kasut/sliper mana dia nk pakai,or mmg taknk pakai langsung sbb nk suh dukung dia.
dh pandai pilih snack apa dia nk, biskut mana dia nk.. kena ikut cakap dia je..
Makan nasi kalau share ngn dia mesti tak cukup, boleh tahan byk jugak dia makan nasi, so sekarang kalau beli nasi bungkus kena beli 3 bungkus ye.
hahahahaha

Mengira pandai... one two.. five six... itu je..hahahha
basicly dia faham apa yg kitorg cakap, dh boleh disuruh.
dah pandai kick ball dgn kuat, and plus ada gaya okaehhh..
nnti bebila dapat capture gaya seorg pemain bolasepak tu akan ditepek disini.
dia suka berkawan, tambah2 dgn budak2 yg lagi besar dgn dia.
pantang org sua tangan nk dukung dia kemain dia..
kalau org nk bwk lari mmg cukup senang!

Dah lama tak bawak dia pegi swimming, so abah kene upah dia mandi dalam bilik air lama2 sikit..baru puas and tak mengamuk kalau bawak keluar bilik air.
Mama suka bwk dia main kat luar.
Tak kisah la kat playground ke, mall ke..suka tgk dia lepas bebas berjalan suka hati dia.
Sekarang dh pandai panjat kerusi kat meja makan and panjat masuk highchair dia dgn sendiri. Mama and abah mmg kena extra carefull.

Tiap kali balik dari school mesti nk singgah kedai runcit kat bawah rumah tu,
uncle mamak tu pulak mmg akan bagi gula2 la bagai..
suka suki je masuk kedai tu, amik apa dia nk amik... letak kat kaunter..
sabor je laaa..

Dia suka ajuk apa yg kitorg buat,
aku batuk dia akan buat2 batuk..
aku nk selesakan tekak buat 'ehem2' dia buat jugak..
aku selalu cakap 'sakit dowh' dia repeat apa aku cakap..
tapi dia buat dgn comel sekali...hahahhaha
and..he knows how to impress us, what can makes us laugh. so..dia akan repeat benda yg sama hanya utk tgk makpaknye ketawa terbahak2.






Irfan irfan....
rindunya!

Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu


I'm proud to be there.
Bangga.
Alhamdulillah.
Ada usaha yg gigih utk memartabatkan Penyusuan Susu Ibu.


Pelancaran Titisan Emas
Terdetik jugak kat hati, (masa tgk ada ibu yg dapat anugerah sbb berjaya menyusukan anaknya) punyala kita ni nk galakkan ibu2 ni menyusukan zuriat sendiri, siap bagi anugerah lagi!

I'm not going to talk about hak2 anak,ayat2 allah yg menyeru ibu2 supaya menyusukan anak2,benefits and all.. itu semua org tau (or kalau tak tau pun boleh google and boleh dapat info2 ni)
cuma..nk share rasa seronok dikelilingi ibu2 hebat ini.
I'm sure, diorg pun bekerja macam aku.
Ada rumah yg perlu dikemas (takleh tgk rumah bersepah)
Ada suami yg perlu ditaati.
It makes me feel..okay..
ye..i feel okay.
Rasa macam, bukan aku sorg je yg perlu hadapi kehidupan sebagai ibu (yg havoc) and perlu berkerja, but still mahu bagi yg paling baik utk anak tersayang.
Ramai. Harap Ilmu yg dikongsi dimanfaat sebaiknya.
Abah dia kerja, so dia teman mama dia. (Gambar kabur sebab dia yg snap sendiri..so quality masih boleh diterima)
one of the forum's panel, Serina Chef Wan
Kakak2 Nurse yg rajin melayan Irfan, umpan dgn jam je!

dan...akhirnya...tidur lena dlm auditorium yg sejuk tu.

To BF and menjayakan BF sehingga anak umur 2 thn ke 2thn setengah ni bukan mudah sebenarnya, tapi tak la susah sgt sampai kita tak mampu buat.
Semua ibu mampu menyusukan anak2 sendiri. Kecil sgt percentage yg betul2 mempunyai masalah dengan penyusuan yg menyebabkan kegagalan.
But at least galilah ilmu,cuba, doa, tawakal lah..

Dalam dunia hari ni, all BF mom are promoter to BF.
Macam kempen suh bli shaklee ke, SD II ke, bio Ever ke.. macam tu la kempennya.
Tahniah and thousand thanks to those yg byk berjasa memperjuangkan BF ni.
Rasanya, BF dh tak asing sgt macam few years back.
Ramai ibu2 muda yg semangat utk BF zuriat masing2 bila usaha2 mempromosi kebaikan2 susu ibu ni tersebar luas.

Even i'm not a PC apatah lagi LC,
Tapi sbg seorg ibu yg dah melalui moment2 manis ni,aku cuba utk smpaikan sebnyk mungkin ilmu yg aku ada. (tinggal pilihan je..nk buat ke tak nk)

Eh....baru perasan aku tak amik gambar pun ngn Hana masa kat karnival tadi!
Yelaaa..aku kan sibuk mengejar anak teruna aku yg excited tgk ramai kawan...hihihi
Hana ni one of my friend masa kat matrik dulu, bestfriend okay..(aku pernah ikut dia balik kampung taiping dia... bwk moto bapak dia sampai accident langgar tiang letrik!)
Now Hana tgh sarat pregnant her 1st baby, so aku saja ajak dia join karnival ni. So that dia dapat kutip ilmu penyusuan kat sini.

Kenapa tah, rasa beremosi pulak menulis pasal ni.. ermmm
Hormon kot...hahahhahaha

Say no to B.Milk?

I'm not sure what i'm supposed to feel right now, happy ke sedih ke...
Jemil already confiused with me..
Bini dia senget sikit.

Rasa baru last week kot, i'm writing here.. asking LC kat fb pasal susu sikit la bagai,
sekali.. last week, on monday evening masa nk amik Irfan from school, makteh cakap Irfan minum sikit/tak mau minum susu mama dah... hah?????
Should i sedih or what??
But.. i told makteh 'oyeke..then lega sikit tak yah pikir nk kene pam susu byk2'

But... but lagi..masuk je kereta my brain start processing balik kata2 makteh..
and..i'm start asking Jemil silly questions.. 'Nape eh Irfan taknk minum susu mama?' ( i already know the answer actually .. Irfan dah nk dekat 2 tahun, dia byk makan macam2..susu bukan makanan utama dia..)
and summore queastion like.. 'abg, pelik tak irfan takmau/minum sikit susu mama?' (i think.. the answer is the same like the first one)
And selang seminit.. 'ala sedih la irfan dh taknk susu mama' ayat keluar lagi.
Kat rumah masa tgh DF Irfan..' ni elok je Irfan minum susu, tapi nape kat school dia tak mau minum eh?'

Agak2 if you are in Jemil's shoes.. rasa geram tak?
HAhaahha.. sbb my darling husband tu dh tahap tak tahan nk dgr my mengomel about susu anymore...hihihihi

Apa yg aku nk sebenarnya ni?
Susu sikit bising..
Irfan tak byk minum susu..susu ada lebih.. bising jugak...
Hahahahha.. pening la..

Apa apa pun, aku tau apa yg allah rancangkan ni lebih baik dari perancangan aku.
Irfan sedang membesar, aku kena belajar utk terima proses2 pembesaran dia.
huhuhu

Should i say that allah aswered my prayer?
Yelah.. sebelum ni aku kan asyik susah hati susu sikit.
Nak puasa ganti pun susah sbb takut production makin low and tak dapat nk bekalkan Irfan susu hari2.
Allah sayang aku la tu.
Allah nk mudahkan proses penyusuan ni tanpa membebankan aku.(kan hari2 doa supaya allah permudahkan urusan harian??)

Okay, take it positive and move on Intan!
See.. everything went smooth je kan??
Irfan still DF kat rumah, you can still enjoy cudling him...
Masih direzekikan dgn susu utk bekalkan kat Irfan at school.
If dia makan and minum dgn sihat, thats already seribu nikmat dah...

My heart and soul!

Irfan's school

Maknye Irfan excited cari sekolah utk Irfan,
Tapi semua reject sbb if masuk January 2013 ni punya intake Irfan baru 2 yrs and 2 months hahahha not even 2.5 years pun.. Tadika start at 3 yrs old da...

Apa punya excited la mak si Irfan ni.
Ni abah Irfan tak tau lagi ni..
kalu tau mesti di'poyo'kan mak si Irfan ni...
hahahhaha..

Sape taknk anak pandai babe??
huhu

BF.I.P

Breastfeeding in progress.
Haha

This coming 21st July Irfan genap 20bulan = 1 tahun 8 bulan.

Since Irfan dh setahun lebih and dh makan macam2, dh kurang sikit la stress kalau production tak byk (iyeke????)
Cuba la, positifkan diri. Cakap dgn diri sendiri yang semua benda ni normal.
Its normal susu dh kurang, it is weaning process org kata.
Susu bukan segala galanya dh.
Have to move on.
Irfan kan makan macam2 dh, dia akan dapat macam2 khasiat dari makanan dia seharian. Not to worry mommy!

Jenuhku mengumpul semangat. Yes, i need semangat.





Kalau nk cari semangat jugak, boleh baca kisah2 penyusuan zah.

BF mom should seek assistance from a Lactation Counselor or at least other BF mom. Kalau tak anda takkan dapat semangat yg betul. hihi

Macam hari ni, bila semangat hilang sekejap cari semangat balik..

Soalan aku sama je macam aku tanya kat zah tu,
a simple kata2 semangat macam ni pun dh buat aku lega:

"syabas intan atas usaha utk memberi yg terbaik pada si manja, pada hemat saya, cara intan tu dah cantik dah. anak pun dah hampir 2 tahun."

Pasal grown up milk or fresh milk: kata hanidah.

"kalau tanyakan saya, saya lebih suka suggest anak2 yg lebih dari 6 bulan - perkenalkan dgn makanan pelengkap. keperluan dia adalah sama seperti org dewasa. bermakna dia perlu mkn ikut piramid makanan. jadi, dlm piramid tu mengatakan susu hanya perlu 2 gelas sehari - jadi follow tu je la"

"tentang susu apa yg patut diberi - cuba la beri fresh milk. sbb pemprosessannya tak seteruk susu tepung. apa apa pun berbalik pada anak itu sendiri. adakah dia boleh terima freshmilk tu :D"


Ini opinion mereka, ye mereka mmg hebat dalam bidang ni.

Yg membuat keputusan adalah diri sendiri.

Anyway, thanks a lot.. it helps me a lot..

Yg penting aku tak stress, tak putus asa.
And yg paling penting kene doa byk2 Intan.
Above all kene mintak 'semangat' dari Allah.
Dialah sebaik2 tempat utk mengadu.

Sebelum ni, hari2 gigih siapkan food for Irfan. But start last week, secara rasminya telah menyerahkan tugas tu 100% pada babysitter Irfan. Dia pun dh janji akan bg yg terbaik sama mcm what i've given before. Maybe dia ingat sebelum ni aku tak percaya kat diorg kot..hahaha

Since Irfan takde allergy and tak memilih sgt makan, agaknya lebih senang kot diorg bagi makan benda yg sama utk semua kids kat situ.
Emm tahla. Saya tawakal pada allah, lindungi lah sikecik saya tu dari benda2 tak elok.

Menjadi seorang mama kepada Irfan buat saya jadi ibu..hahaha paham ke?
Mak mak yg lain macam ni ke?

TakDePerasaan

Kenapa agaknya aku xde perasaan? Ooo.. Sebab perasaan tu dh hilang sejak lama dulu.

Our Euro 2012

Compared to masa WC dulu, aku rasa semangat nk tgk bola tu dh mula pudar..

I'm so mak mak already, instead of berjaga tgh2 pagi buta semata2 nk tgk bola lebih baik la aku tido..
Germany ke mana.. klose ke mana..hahaha

Dari mula game lagi, satu game german pun aku tak tgk, yg pasti aku tau diorg menang semua game.
Mmg satu game pun tak tgk kali ni, hihi
Jemil kejutkan, aku bukak mata, tak sampai seminit kemudian aku dh kelauttt..

Masa german vs holland aritu, aku tak tgk pun, sedar dh pukul 5 lebih..sang suami penyokong holland masuk bilik, aku tersedar, tanya sape menang..dia jawab 'abg ngantuk..abg nk tidur' membawa maksud german menang dengan holland 2-1 hihi..

Fan Holland yg kalah...haha
Bila holland terkeluar sudah..dia sokong england pulakkk...
sekali lagi dia kecewa.. england kalah ngn italy..
and biasalah pakcik tu, dia akan sokong any team but not germany..so masa german lawan portugal dia sokong portugal..tapi semua team yg dia sokong semua kalah..hahahaha

except for italy pagi subuh tadi..sedih..
aku beria2 kejutkan dia suh bukak tv.. ye la german lawan italy for semi kot...dh la satu game german pun aku tak tgk, takkan semi pun tak tgk kan..
sekali, elok bukak je tv tgh lineups, so aku pejam la kejap mata..sekali amik ko..terus kelaut lagi... sedar2 jemil kejut aku kata abih la german dh kene 2 biji. Aku bangun terus g toilet, amik wudhu', solat. Kuar dari bilik tgk german dh score satu.. kalau masa wc tahun 2006 dulu italy menang last minit,kot2 la kali ni german boleh menang last minit kan..tapi harapan berkecai sebab sampai minit ke 94 terakhir scorenya masih sama.
Maka sayonara lah germany dari euro 2012.

Dan lakiku yg bernama jemil itu telah menari2 kesukaan sbb katanya aku dh senasib dgn dia...

Dibahan macam2, tak cukup menari and bersorak depan2, wall fb aku pun jadi mangsa. Dalam kereta nk g opis pagi tadi pun kene lagi. Tak cukup dgn tu dia sms lagi. Kejam sungguh. Takpe. Saya redha. hihi

Despite kekejaman yg telah dilakukan, aku rasa happy. Sebab bergaduh benda2 bodoh camtu kadang2 manis utk dikenang.
He is my best buddy.
Dia kawan tgk bola aku, aku tak perlukan kawan2 lelaki lain utk sembang pasal bola.

Tapi aku dh tak berminat tgk bola, hahhaahaha

Abg, i know you'll read this.
ich liebe dich!
hahaha

Esok pagi, i'll make nasi goreng kampung german guna bawang holland k..
hahahha


Karnival Minggu Penyusuan Susu Ibu


Hamik...2 entry terus. hihi

Hebahan hebahan
info seperti tertera di poster atas ye.

Lambat inform sbb baru dapat invitation pagi tadi..hihi.

Marilah join beramai ramai.

Tajuk forum menarik sungguh.. "Tidakkah Glamor Menyusu Susu Ibu?"
Wahhhh...

Khatam Al quran dalam masa sebulan

Lapanploh kali click new post tapi tak tahu nk tulis pasal apa..huhu

Okay, i'm going to share this.
I read it somewhere kat facebook pagi tadi. Tapi dh lupa page mana satu..
Tak sure dari I luv Islam ke or page2 islamic yg lain.


cinta quran : pic by google
Cara utk khatam dlm masa sebulan.

Estimated sebuah Al quran ada 600 pages kan,
so kalau sebulan ada 30 hari so kita kena baga atleast 20 pages sehari.
Nampak mcam misi mustahil kan?
Tapi cuba kalau setiap waktu solat kita baca 4 pages.
so kalau 5 waktu kita solat and baca quran boleh la dapat 20 pages ye tak?
contoh: sementara tunggu azan masuk waktu solat subuh, kita baca 2 pages and lepas solat kita baca 2 pages lagi.
Nampaknya bukan lah misi mustahil dh untuk khatam sebulan sekali.

Tapi rasanya, utk org ppuan yg ada public holiday ni, kene adjust sikit lah kan. time tak cuti kena qadha lebih pages sikit lah kan.
Insyaallah boleh.

Niat dah ada. Kena usaha sungguh2. And kena doa byk2 so that allah tolong kita. Kita ni kan manusia yg imannya macam kulit bawang (ke lagi nipis?) ada turun naik nya. Istiqamah buat baik ni mmg kadang2 susah. Tapi kita wajib mencuba.

Okay, sekian saja perkongsian saya.
Wa billahi taufik walhidayah, wasalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh.

Rule of thumb

Prinsip penting dalam beribadah.

Sekiranya kita balik pada kaedah usul fiqh
 Asal perbuatan dalam ibadah adalah dilarang sehinggalah ada dalil yang membenarkan dilakukan sebegitu.

contoh, solat subuh ada 2 rakaat sahaja. menambah jadi 3 itu dilarang. sbb mmg tak ada dalil yg membenarkan dan nabi(pbuh) juga tak buat (even tanpa ada halangan). Jangan la gataei nk buat. sia sia.

“Mereka itulah orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini sedang mereka menyangka mereka senantiasa betul dan baik apa sahaja yang mereka lakukan. “ Surah al kahfi ayat 104.

Adapun dalam urusan dunia ,
Asal perbuatan dalam sesuatu perkara adalah harus sehinggalah ada dalil yang melarang perbuatan tersebut.

Tak pernah ada dalil yg melarang kita belajar, bina bangunan, cipta kereta (walaupun zaman nabi (pbuh) tak buat, maka hukumnya harus lah kan?

simple je. tak payah nk pening2kan kepala.

Pendidikan Seks

Do you think this is important?
For me, yes.

Seks ni ada macam semacam sikit tau.
Haihss mcm mana ye nk explain... erm.. bila sebut seks je, mesti jadi lain macam..hahaha apa aku cakap ni.
Ye la.. bila cakap seks je mesti ada pandangan pelik, atau kata2 pelik.
Sebab apa ye?

Kalau kita kaji betul2, islam adalah agama yg meraikan seks dengan cara yg paling benar. Tapi kita yg selalu melucahkan seks atau men'taboo'kan seks tu sampai seks tu sendiri jadi pelik.

Islam tak mengharamkan seks (jalan yg betul) atau melebih2kan/menyalahgunakan seks (sampai seks songsang pun sokong).

Cuma, sebelum ada ikatan sah, bagi perempuan.. nafsu lelaki perlu dijauhi/dihindari. Tapi bila dh kahwin (nikah cara yg betul) nafsu lelaki itu untuk dinikmati.

Macam mana nk mendidik tentang seks ye?
Bak kata Ustaz Rohidzir, biar bertepatan dengan umur anak2 kita.
-if anak umur 2-3 tahun tanya baby keluar ikut mana, takkan kita nk terangkan macam ajar biology form 4 kot...hihi
Pandai2 la kan...


nk gelak ke taknk?

Start with ajar anak cara berpakaian dengan baik.
Ajar apa perlakuan yg baik/tak baik and boleh/tak boleh buat.
Asingkan tempat tidur anak lelaki and perempuan.
-kalau rumah ada 2 bilik je, anak ada lelaki dan perempuan. 1 bilik utk mak ayah,satu bilik bagi anak perempuan. Anak lelaki tidur luar takpe. Tapi kene utamakan anak perempuan.

MESTI kena ajar tentang batasan dalam keluarga. Hormat waktu mak ayah (sebelum subuh and selepas isya') ketuk pintu (mintak izin) sebelum masuk bilik mak ayah.
Batasan2 aurat kita.

Byk lagi sebenarnya kalau nk kupas cerita pendidikan seks ni.
Ustaz Rohidzir pun ada tulis buku pasal ni.

Sekarang dh ada macam2 issue sebenarnya.
LGBT lah bagai...
Takut kalau dengar.. Nauzubillah.
Moga Allah jauh2kanlah benda2 pelik ni jadi kat kita or org2 keliling kita.

Mak ayah, sila ambil tahu apa yg anak2 anda buat kat luar sana.
Kalau anda sudah bekalkan mereka dengan iman penuh di dada takpe, tapi kalau tak..takut anak anda tenggelam entah kemana.

Ya allah ampunkan segala kelemahan2 dan dosa2 kami. Lindungi zuriat kami dari fitnah dunia dan cabaran2 penuh liku2 ini ya allah.

Aku dulu scorer tau Sains tingkatan 3 - sbb ada bab sistem reproduktif. tah apa yg syok sgt tah... sekarang aku pun pelik memikirkannya.





Irfan at SUPERPARENTS Convention

This is his second time ikut mama pergi conference.
Masa Twins of Faith dulu dia baru masuk setahun. Tak pandai jalan lagi.
And, at that time tak ada nursery so irfan akan ikut semua lecture yg mama dgr or kita dgr lecture thru live transmission kat mothers room je.

This time pulak ada nursery.
Bersyukur sgt dgn kemudahan ni.
Irfan tinggal dgn abg2 and kakak2 volunteer yg baik2 kat nursery and mama and abah dgr lecture kat conference room.
Each and everytime free je, mama and abah akan pegi kat irfan.
Lunch sama or kadang just to bf and main2 kejap.
Alhamdulillah semua ok.

Ramai kawan Irfan kat situ.
Ada Bunyamin, ada Fudhail... seronok tgk cara budak2 ni main sama2.
Mujur Irfan ni jenis berdikari.
Bak kata kak zura 'Irfan ni dh macam Macaulay Culkin dlm home alone tu'
Dia buat hal dia je, dia nk main dia main je, non stop.
Dah letih dia tido.
Mana la tak letih, satu dewan besar tu ditawafnya.
Bila semua org duduk diam2 tgk cerita kat screen besar tu dia pelik, hihi

Irfan berdiri depaaannn sekali
Alhamdulillah 2 hari tu berlalu dgn baik.
Mama and abah dapat ilmu and happy sbb tau Irfan dijaga dgn baik.

Tiap kali nk join apa2 program mesti kepala ni asyik fikir, ada sape2 boleh tlg tgkkn anak tak, or ada mothers room tak.
Kalaulah semua program sediakan kemudahan macam ni rasanya mmg sgt2 membantu org2 macam mama irfan ni...hihi
For me RM45 for two days mmg sgt2 berbaloi.



SUPER PARENTS: Notes from lecture Ustazah Fatimah Syarha

1.Kita selalu kiaskan membina rumahtangga ni dengan bina masjid kan.
And kalau pun kita nk bina masjid, apa asas kita?

Dari Alquran dalam surah At Taubah ayat 109:

Maka apakah org2 yg mendirikan bangunan (masjid) atas dasar taqwa kepada allah dan keredhaanNya itu lebih baik, ataukah org2 yg mendirikan bangunannya di tepi jurang yg runtuh, lalu (bangunan) roboh bersama sama dengan dia ke dalam neraka Jahanam? Allah tidak memberi petunjuk kepada org2 yg zalim.

Dalam nk membina rumah tangga juga kita perlu asas yg kukuh.
Dalam konteks kita org perempuan, dh semestinya kita perlu cari lelaki yg 'asas'nya kukuh.
Handsome cantik tu tolak tepi la..sbb cantik tu kan nisbi.
'asas'2 lain..macam agamanya, keturunannya... hartanya. Mesti kita pilih yg kukuh kan?

And dalam konteks pasangan yg nk membina keluarga, 'asas' pun kene kukuhkan dulu.

Cegah pilih pasangan yg tak beragama. Sakit nanti kemudian hari

Untuk dapat pasangan/mahu anak2 yg baik, kita perlu betulkan 'asas' kita dulu agar baik juga.

Umpamakan kita hendak belayar jauh, dh pasti kita sediakan 'asas' yg mantap. yg mampu support kita bila keadaan yg mungkin bergelora (ombak rindu) di tgh perjalanan kan? Perjalanan kita panjang dan jauhhhhh....


kita boleh agak apa akan jadi kalau kita pilih sampan buruk ini..

atau kita pilih kapal yg canggih yg mampu bertukar jadi kapal selam atau helicopter bila keadaan memerlukan.
Satu analogi bila kita cuba menangani masalah tikus dirumah. Kita perlu tgk pada asas masaalah. Takkan selesai masalah tikus ini hanya dengan letak racun atau perangkap tikus andai rumah kita tak dibersihkan secara betul.
Gunalah racun paling hebat or perangkap paling canggih, kalau rumah macam sarang tikus takkannya tikus tu nk lari (kan sarang tikus! hahahha)

Cegah keruntuhan rumahtangga sejak mula - kenal masaalah.

2. Kebijaksanaan mencegah sebelum merawat. Cegah berpacaran sebelum nikah. Mujahadahnya memang perit tapi natijahnya manis.

Trust me. Nikmat berbuka/makan bila seharian berpuasa sgt hebat.
If not, semuanya biasa2 saja. Tak ada yg istimewa.

3.Kaedah cinta Ibn Qayyim - Kepada Allah, Kerana Allah

Semoga allah kurniakan kita semua keluarga yg bahagia di duniaNya hingga ke jannahNya
 4.Cegah nafsu daripada berkahwin sebelum diri bersedia. Bak kata Ustaz Hasrizal 'kalau alasan kita perlu berkahwin awal kerana tak mampu nk kawal nafsu - kita silap sebenarnya - cabaran yg bakal kita hadapi dalam tempoh perkahwinan jauh lebih hebat dari cabaran mengawal nafsu'

5. Sentiasa letak Allah nombor satu - Halawaatul Iman. Cinta High Class. Bukan cinta picisan.

6. Fitrah jadi jernih dgn Fikrah. Fitrah jadi kotor dgn Fitnah.

7. Perkahwinan hanya alat utk ke matlamat utama kita iaitu Allah/agama. (politik pun macam tu jugak..ehhh tetiba pasal politik pulak! hihi)

notes ni ringkas sbb memory otak terlalu kecik megabytenya...hihi
and semua ayat adalah olahan tuan punya blog, bukan ayat Ustazah, hihihi
source gambar semua google.
Kalau ada salah silap, sila rujuk mereka2 yg lebih pengalaman ye.



Happy Birthday Partner!

Ini entry lambat publish namanya.
Haha.

Happy birthday Abg,
Nk wish tepat kul 12 malam abg takde pulak.
Nk call malas.
Wish kat sini jer la eh.

Abg balik satgi cuk nk buat2 tido.
Mesti abg sakit hati sbb cuk tak wish birthday, hihi
Hadiah dh dapat kan tadi..
you're the best partner ever.

Irfan's at 18 Months

kalau dia tido, mcm goodboy sangatttt..
Happy 18 Months birthday IRfan!
hehehehehe..
And mama certified to Master in BF ye tak?
hihihi..alhamdulillah..
Will continue insyaallah until 2 yrs old.

Budak kicik 18 bulan ni dh byk akai.
Macam2 aksi dia.
Paling menusuk kalbu bila suruh smile or senyum..melebarkan senyuman sampai nampak gigi 8 batang..aduhai...cairrrr!
Kdg2 rasa macam nk telan balik bagi masuk balik dlm perut...hahaha

Aktiviti kat rumah ialah memunggah.
Panjat armrest sofa dan terjun aksi bebas..yg boleh buat jantung mama rasa nk pecah..(but actually bila dh biasa sgt tgk aksi2 ni..mama and abah je sediakan alas je incase terjatuh. Nk panjat... panjatla nak oiiii..)

Panjat kerusi meja makan utk capai benda2 atas meja..adeh... ini bukan pencapaian yg membanggakan tau tak Irfan oii.. bahaya!

Favourite snack dia adalah biskut masin. Alaa..biskut masin yg kita cicah kopi tu. Suka sangat.

jari jemari yg dh tak montok

Mula2 kita ratah cornflakes
pastu kita minum fresh milk.. do not worry, the cornflakes and the susu will campur in his tummy! hahahha
Ini budak agak pelik sikit sbb dia macam tak berapa suka makan benda manis.
Kalau makan biskut masin munchys tu boleh 2 paket (8 keping) tapi kalau bagi biskut tiger tu sekeping dua je kot yg dia makan.
Suap chocolate pun sikit je dia makan.. cam rasa je.
Takpe, mama boleh tolong abeskan...

Mari tolong kacau mama.
Bak kata cikdya, mama malas kemas rumah.
Mmg pun sbb nnti sepah balik!
Hehehe.. rak buku tu kemasnya adalah seminit 2..pastu satu2 buku di tarik keluar and dibuat tempat pijak..tak ke hangin mak si Irfan ni.
Takpe takpe..anak aku. So masih ada kesabaran utk mendidik. Hahahha

Together

Monday to Friday mama and abah kerja.
Saturday abah kerja half day. (sometimes sbb jammed, jadi sampai ke petang jugak!)

So dengan masa yg ada tu kita together2 la kemana2.
Call me 'tak berdikari', call me 'semua pun nk tunggu husband' (eh bukan sama ke maksudnya ngn 'tak berdikari'??), call me 'anti social' call me anything you want... i dun care! doesnt cost me any cents!

I choose to live like this, i'll spend my time with my loved ones. So sape je yg aku jumpa means aku sayang lah... kalau aku avoid2 nk jumpa ( dengan sengaja avoid.. that actually only me knows lah kan..hahahha) tu means aku kurang sayang lah...hahhahaha...
Sayang memang kene sayang..tapi kurang la kot...hahahaha
I miss my friend, tapi family always come first.
Org lain aku tak tau, tapi aku mmg macam tu.

I'm so attached to my jemil and irfan.
Call me 'paranoid' ke apa ke.
For me, everything atas dunia ni semua Allah loan je kat aku.
So selagi aku termampu, i'll do what i mampu.
Katalah 'laki g main badminton ngn kawan2 dia pun nk ikut.. mesti queen control! ni'.. i tak kisah..
For me, kalau dah tak diberi kesihatan nnti tak mungkin dh dapat ikut.
Or..kalau ditakdirkan pendek umur, takdela aku ikut encik suami kesana sini dah..

Ya allah, panjangkan umur aku.
Umur Jemil and Irfan.

Abah's personal coach

Mama and Abah's Heart and Soul

Solat


Besar pahala Muhammad Nazir ni kan?
I bought this book masa karnival Karang Kraf bulan bila ke..(dh lupa!)
I find that 'inti' buku ni sangat2 useful.
Dari bab wudhu' samapi la doa lepas solat. Complete!

Solat adalah benda pertama allah akan nilai bila kita berdepan dgn-Nya nanti.

And semua org pun tahu, solat dpt mencegah kita dari terus terusan buat jahat. Dari situ kita boleh nilai, solat yg kita buat 5 kali sehari semalam tu berada di tahap yg mana. If kehidupan kita still huru hara, maknanya mungkin solat kita kurang sempurna.

Kurang sempurna ni tak termasuklah yg solat tak cukup 5.
Sbb meninggalkan solat fardhu pun dh cukup buat hidup kita huru hara.
Orang yg solat,tapi selalu tinggal solat mesti faham macam mana rasa huru hara tu. Trust me, memang huru hara!
Kurang sempurna yg dimaksudkn ni, which kita solat 5 waktu cukup.
Tapi solat kita belum sampai tahap boleh menjauhkn kita kepada benda2 mungkar.

Antara yg selalu Ustaz2 cerita untuk dapatkan kesempurnaan solat adalah dengan menyempurnakan wudhu'. Ikut sunnah. Cara Nabi Muhammad wudhu' adalah yg paling sempurna.Antaranya : Tertib, air diratakan,basuh dengan sempurna.

Kusyuk dalam solat is one of cara utk mndapat solat yg sempurna. And one of cara utk kusyuk dalam solat is kita faham apa yg kita baca dalam solat.

Solat ni penuh dengan doa doa (kita minta and rayu pada allah)
Penuh dengan puji pujian kepada-Nya. (tanda kita bersyukur dengan nikmat yg allah bagi)

Kusyuk tak bermakna kita tak sedar langsung dengan keadaan sekeliling kita. Yes, kita hadirkan seluruh diri kita kepada allah, tapi kusyuk dalam solat is kita sedar apa yg kita buat. Kita faham setiap perbuatan dalam solat.

Bila boleh dapat solat yg macam tu mesti dapat rasa manisnya 'berinteraksi' dengan allah. Sama macam kalau tiap kali kita baca ayat al quran and at the same time kita faham maksud ayat2 tu, kan ke kita akan rasa macam allah janjikan yg baik2 je kalau kita berbuat baik,and kalau ayat tu berbentuk larangan berbuat sesuatu keburukan, kita akan rasa macam Allah bagi warning kat kita.

Okay, back to the topic pasal buku solat bestari tu,
buku tu ada terjemahan setiap bacaan dalam solat. Terjemahan doa2 harian pun ada. Bab terjemahan pun senang nk faham. Tak lari jauh sangat dengan kaedah Harfiyah,so mmg senang nk ingat maksud2 perkataan arab tu.Tajwid pun dia selitkan sekali. Ada selitkan Hadis2 Nabi jugak. It makes learning fun!

Pic shows : cara ruku', bacaan ketika sdg ruku', maksud bacaan tu. Hadis Nabi.

I'm not promoting this book for any royalty ke, komisyen ke... nothing. Just nak share pahala je... lillahita'ala.



Irfan Ahmad Mama

Sekejapan je dh setahun 5 bulan budak kicik ni.
Byk akal.
Suka makan.
Suara boleh tahan kuat..tambah bila jerit 'gol'..
Pandai suruh org 'sit'.
Sampai sepet2 mata dia pejam2kn bila tanya 'where is your eyes'
Dulu masak kecik2 kalau kita ckp 'siapa nama Irfan Ahmad angkat tangan' dia akan angkat tangan, nowdays ikut suka dia..tgh mood baik dia angkat..kdg2 dia wat donno je..abah kata.. 'dh bosan la ma..tu ayat utk budak kecik je..'
To brush his teeth mmg susah sungguh.. macam ada emas dlm mulut dia ssh sgt nk bukak. Kalau bagi kat dia suh gosok gigi sendiri boleh dia basuh berus gigi tu. Geram tak?

Pandai berlakon plak tu... baru ku 'ammmbooii' kan sikit je dia buat2 nangis..and for sure la maknye tergelak kan..then dia pun gelak sama...
geram sungguh!

Actually, cara aku salah ye kawan2.
Aku pernah terbaca, if nk ajar do's and dont's kt anak2 baya2 si Irfan ni,
kita kene tegaskan expression kita.
Bukan la kene menengking or tinggikan suara.
Contoh, if anak buat salah, (like example, berdiri atas armrest sofa and terjun..itu anak aku,hihi) kita buat muka marah. kena la consistent. jgn la gelak2.. ada ke org marah sambil tersengih2...hihi
And kalau anak buat perkara yg membanggakan mak pak...tepuk la tangan..
Secara directnya kita dh bagi signal pada anak, apa yg patut and yg tak patut dia buat.

and lagi satu nk share, anak2 kita maybe takkan or susah nk ikut apa yg kita suruh or larang..but they never fail to copycat perbuatan and tingkah laku kita.. (cm mak suka tutup suis guna kaki, kang si anak,bila kita suruh dia tutup suis kang dia pun guna kaki jugak...yg ni bukan anak aku...pe'el anak org - bkn nama sebenar..haha)

ye..anak adalah cerminan kita...huhu




Birthday

2012 - 1985 = 27 ...kan?

eh..dh 27
setahun tua
setahun bertambah matang (harap2nya..hihi)
setahun umur kurang..mendekati mati..huhu

Alhamdulillah.
Nikmat rezeki umur.
Allah bg setahun lagi..

Birthday wish pertama dari encik suami.
(mlm tadi hp mati sampai ke pagi..so dh tentu yg depan mata jd yg pertama.)
hadiah hari jadi pertama juga dari dia.. (ada ke kedua ketiga? perasaan sungguh..)
suprise encik suami kali ini menjadi.
first time dlm sejarah hidup ni dengar org buat suprise birthday letak hadiah dalam fridge...hahaha
thanks encik suami!


tghari ada birthday lunch.
tq makkenik.


Saya doakan doa kwan2,family and adik beradik sempena birthday tahun ni dimakbulkan. semoga anda anda semua juga panjang umur and dimurahkan rezeki.

SUPER PARENTS 2012

More info here
26 & 27 MEI 2012PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)
Daftar Hari Ini Dengan Harga 'EARLY BIRDS' RM 200.00
RM 120.00 Seorang
atau
RM 350.00
RM 200.00 (Berpasangan)*Pasangan suami isteri atau bakal suami isteri sahaja




Sangat2 teringin nak pergi...
Ya allah tolong lah kabulkan permintaan saya yg satu ni...


Harga 'Early Bird' ini hanya sah sehingga 5 MEI 2012 sahaja, pada selepas tarikh tersebut harga akan kembali kepada harga asal.
Dan pendaftaran yang berjaya dibuat sebelum atau pada 30 April 2012, para peserta LAYAK untuk mendapat hadiah PERCUMA yang berupa Video 3 minit Tips Super Parents dari setiap penceramah jemputan. Jadi jangan lepaskan peluang untuk dapatkan harga diskaun dan hadiah PERCUMA untuk pendaftaran awal.

 

Kami juga menyediakan nursery untuk penjagaan anak-anak disediakan di dalam hotel dengan bayaran RM45.00 seorang (dua hari)

4 Sedap

Harini lepas ofis tadi ada kelas Harfiyah, tp sbb tak ramai yg dtg, ustaz amik masa bercerita.

Ustaz cerita pasal 4 sedap.

Yg pertama, kerja sedap.
It doesnt mean kerja sedap ni kerja yg bagus2.. earning nya byk...
Tidak sebenarnya,
kerja bagus pakai bow tie gaji byk pun tapi tiap2 pagi stress nk pilih bow tie colour apa pun tak 'sedap' juga kan?

Ustaz bg contoh,
 tukang kebun yg kerjanya 'sedap', gaji takde la byk pun..tp pastinya mampu menyara kehidupan dia.
But he loves his job.. dia buat kerja ikhlas kerana allah. happy hari2 buat kerja yg dia suka. maknanya dia merasai 'kesedapan' bekerja..

me? belum rasa 'kesedapan' bekerja... maknanya?
kene lebih ikhlas bekerja.

Its not just about how much you earn everymonth...its all about keberkatan dlm setiap apa yg kita dapat tu.

Kalau asyik rasa tak cukup je even dh naik gaji (siap dpt tunggakkn bagaii...) Maknanya apa?
Kita belum cukup bersyukur!

Sedap yg kedua, makan sedap.

halal and baik (halalan thoiyiba) sudah pasti.

baca bismillah dan akhir kan dengan alhamdulillah. wajib.

ustaz bagi contoh.

seorang A.
mkn kat hotel
foodnya sedap2.
food presentation pun dh cukup hebat.
baca bismillah dan alhamdulillah.
sedap tak?

seorang B
seorg yg tak cukup duit.
yg makannya bila betul2 lapar sahaja (tak cukup duit la katakan)
tiba2 ada org offer makan bersama.
walaupun makananya ala kadar.
biasa2 je..
tapi sedap kan?
rasa sedap tu kadang2 mmg takkan lupa sampai bila2!

no.3, tidur sedap.
sebab ada org tak boleh tidur.
nk tidur, terpaksa makan ubat tidur.baru boleh tidur.
sedap tak?

tapi, lebih sedap rasa tidur tu kalau selepas dah penat and bersungguh2 sebelum tu.
tak kisah la.. penat belajar ke, mengajar ke..and etc.
quality tidur lebih baik.

sebab tu la agaknya, kadang2 tgk org yg hebat2 ni tidurnya sikit.
tapi dia okay je. (yg aku ni selalu rasa tidur tak pernah cukup..hihi)

ustaz cerita pasal mati. matinya org beriman adalah masa rehat utknya.
sbb org yg beriman ini byk memberi manfaat kepada org lain ketika hayatnya.
maka, bila dia mati. dia direhatkan.

intan, kurangkn tidur sebelum anda ditidurkan (tidur yang panjang)

lastly.
berak sedap. hihihi

bygkn org kene buasir. contoh ye.
makan pun tak lalu. (memikirkan karang nk membuang susah) - makan TAK SEDAP
nk buat kerja? lagi la tak boleh fokus kalau tgh sakit - kerja TAK SEDAP
tidur? takyah cerita lah.. confirm tidur tak lena. - tidur TAK SEDAP

kita semua ada keempat2 tu.
cuma jarang perasan.

lets start with ALHAMDULILLAH.

Me + Jemil + Irfan at Bagan Lalang

This is our first trip to Bagan Lalang..
org lain dh berjuta kali pergi..
Pergi sana mcm pergi pasar je..

Decided nk pergi pun sebenarnya sbb kesian kat sang suami yg dh byk kali duk ulang2 ayat.." bestnya kalau dpt makan seafood".. "ingat tak kita mkn seafood kat kuala perlis dulu..best kan?" "ingat tak kita makan sotong goreng tepung kat Langkawi dulu" ada la lagi ayat2 lain yg menyebut tentang seafood..hihi
Nk balik kedah semata2 nk g kuala perlis tu macam jauh sgt je.. so ke Bagan Lalang saja lah kita ye..dekat!

Seafood kat sana?
Okay..best.. sedap2 sbb mmg fresh.. Tapiiiii....
Hahahha.. nightmare kot...
Mmg itulah meal paling lambt pernah aku dpt seumur hidup!
3 jam lebih kot...

Sampai sana petang..mandi2 kat pool..bwk Irfan berkenalan dengan pantai dan laut... jalan2 tepi pantai..mmg heaven la..
Air laut mmg surut petang tu so mmg sesuai la utk budak kecik tu nk berjalan2 sesuka hati dia.

Masa petang tu dh aim dh restoran mana nk g terjah utk dinner seafood kita, tp tah apa tah tak terpikir nk g booking tempat tu ke apa.
Laju je balik hotel. Mmg plan lepas solat maghrib nnti kita terus pergi.
Dalam 7.40-8 cmtu kitorg sampai Restoran Senandung Semalam kot nama eh.. Jalan kaki je sbb dekat sgt ngn Seri Malaysia tu.
Sekaliiiiiii.. uuuiiii mak aiiii
Ramainya org..
yg beratur pilih seafood tu satu hal la..
yg berdiri takde meja pun ramai gila!

Dipendekkan cerita, Irfan mengamuk sbb ngntuk and letih terus tertidur.
Jemil beratur nk pilih2 pun lama gila.
Dh pilih..nk tunggu diorg masak pun lama..ditambah ngn takde meja. Last2 kitorg bungkus je makan kat hotel...hahahahha

Mmg memula tu mcm dh nk angin dh satu badan.
Dengan pakhaji kecik yg tgh mengamuk tak selesa lagi..
Tapi bila pikir2 balik..nk buat cmno kan..sapo suruh tak booking dulu...
Maka sabar saja lah labu...
Sementara nk tunggu tu, Irfan pun dh lena gila tidur.
Demi menyejukkan hati, order ABC..serius sedap.. RM3.
Tapi mmg sedap.. (ke aku yg tgh kebuluran?)
1st time kot aku makan ABC sampai licin mangkuk. yes..mmg 1st time.

Dinner tu mmg terbaik la.
Sedap.
Makan pulak smbil bersila (selinsing lengan) mmg best lah..
kalau makan kat restoran takleh mkn mcm ni..hihi

2 ekor sotong besar goreng tepung
1 ekor sotong besar bakar
10 ekor udang besar2 masak pedas
tomyam ayam 2 org makan
kangkung belacan
2 carrot susu
RM85

Berbaloi tak? Mahal ke?
Yg penting, puas la sbb dpt mengembirakan si suami!
dan dia mesti cakap puas sbb dpt penuhi hajat isteri..hihi
yes. saya puas hati dgn makanan malam tu.
cuma...huhuhu... lama tauuuuuu...

Cerita pasal Irfan 1st time ke pantai and turun ke laut..
Seronok sgt pakhaji kecik tu. Petang tu ingat saja nk bwk dia jalan2 je. Tak tukar pun swimming suit. Dibantainya dia duduk bersila main pasir... masuk berjalan dlm air smpai habis basah baju!
Last2 angkut dia balik hotel,tukarkan baju mandi.
Turun balik ke laut.
Puas hati tgk dia happy.
Explore bumi Allah ni.
Masalahnya pak haji kecik ni suka sgt explore guna mulut! Semua nk dirasanya.
Adegan jerit menjerit sbb dia minum air laut lah... suap pasir ke mulut macam suap nasi lah... kutip2 kayu and rasa "boleh dikunyah ke tak kayu ni"...huhu
Tapi kami happy.
Dia seronok berjalan2 dlm air (air cetek je). Tak heran pun kat mak ayah.
Yg paling kelakar bila dia duk perati mak ayahnya siap meniarap2 dalam air, dia dtg menyelit kat tgh meniarap sama...hihihi oh anak!

Excited tgk pasir!
ni je gambar yg sempat amik, selepas tu simpan handphone. takut kene air masin kang karat pulak...

Asyik gelak je tgk keletah budak kecik tu..
Ada je benda dia buat kitorg gelak...
yg paling kelakar, boleh dia panjat keluar swimming pool. Nk ajak g mandi laut. hihi
Betul lah...bersama org yg kita sayang ni membahagiakan.

Lunch pun seafood lagi. Sotong goreng tepung lagi..hihi
Balik Selayang terbungkang!
ahhaha..

Teringat masa honeymoon kat langkawi dulu, 2kg sotong goreng tepung makan berdua!
hahahha...

Alhamdulillah.
Safe trip. pergi dan balik.
Happy. Thanks abg.


Rambling

I want to write some of what i've read.
Satu buku ni dh nk abes baca.. and pengajaran dari buku tu sgt logic and mmg relevan dgn kehidupan seharian.
Will find some time for this later...huhu

i googled!
My working life, sometimes i feel much more better than before.
Dh nmpak matang sikit lah...
Masih perlu byk belajar
Not only just because of salary reviewed, i mean yes..its motivated me.
But bila gaji naik, tanggungjawab pun lebih..
Kenalah bersyukur for that and terus berkerja dengan lebih baik ye dak?
Well.. i dont mind.. atleast i can see the progress..takdelah duk di takuk and lekuk yg sama.

But... a big but there..
Susahnya nk istiqamah.
Susahnya nk jadi lebih baik.


googled

Tapi.. bak kata Prof. Kamil..
cuba tanya pada diri sendiri.. apa yg allah tak mampu buat?
Jadi.... berdoalah intan...
Minta pada DIA.

Summary daripada yg dibebel di atas
ialah...dont give up!

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...