Search This Blog

Positif

Tetiba rasa cam aku ni cakap tak serupa bikin.
Selalu je ckp kene positif. kene positif.
Tapi hakikatnya tak pun.

Kuatlah wahai hati.

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan

Ramadhan datang lagi.

Harapnya ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelum ni.
Last year berpuasa pertama kali sebagai isteri yg sedang mengandung. hihi.
This year cabaran cuma (cuba positif okay..) bertambah sikit sahaja(cuba utk positif lagi..hihi), berpuasa sebagai isteri dan ibu beranak kecik.

Ya allah jadikan ramadhan kali ini lebih baik dari yg lepas2, lindungilah seluruh kaum keluarga kami, saudara mara dan sahabat2 kami dari perkara2 buruk. Aku serahkan segalanya kepada-Mu ya allah. Hanya padaMu aku sembah dan tempat aku memohon pertolongan. Amin

Al-Fatihah utk arwah abah.

Contest: Dunia Susu Ibu

Mari sebarkan tentang kewujudan contest ini!

Dari awal lagi sudah ada rasa cm nk join contest ni, tgh fikir.....cmne ye nk jadi seorg yg kreatif dlm penulisan.


Okay. Idea dh datang.

6.1. Kategori: Bersalin secara normal.
6.2. Tarikh Lahir Anak  : 21 Nov 2011

Breastfeeding & Me.


Sebelum deliver, semua pun rasa senang.. rasa semua dari pembacaan dh cukup lengkap. Saya tahu benar tentang kebaikan susu ibu. Saya yakin saya boleh menyusukan anak saya. Saya mmg yakin.
Tapi hakikatnya, when a baby is born..a mother was born too.
Both pun kene belajar from zero.Ya.. Zero = 0
Saya juga blur pada hari pertama.
Saya terpaksa sms and call kawan2 sbb banyak yg saya tak tahu. Rupanya. Hihihi

Melahirkan secara normal


Alhamdulillah, proses bersalin 8 bulan yg lepas dipermudahkan. Kisah melahirkan anak kesayangan yg sulung ni mmg akan jadi kenangan sampai akhir nyawa. Sbb..ianya adalah kali pertama. (cerita kali kedua bakal menyusul..hihi)

Merasa sakit bersalin pada saya satu anugerah. Ada kawan2 saya yg masih belum merasai nikmat mengandung dan melahirkan zuriat. Alhamdulillah, allah makbulkan doa saya. Menjadi emak ni buat hidup saya lengkap.

Sakit bersalin yg saya alami seawal pukul 3 pagi setelah V.E yg pertama (mmg pertama kali dlm hidup) saya rasai. Menjelang pukul 7 pagi dan sudah fully dilated,saya mmg lemah selemah lemahnya. Mmg masa tgh usaha push tu mcm dlm mimpi je. Serious saya mamai dan sangat2 mengantuk.

Akhirnya, tepat pukul 8.44 pagi saya selamat melahirkan putera sulung dengan bantuan vacuum...huhuhu.. maka wajiblah menempuh proses jahit menjahit. While proses jahit menjahit tu saya mmg lena terus.. tersedar sekejap2 bercakap dengan doktor dlm keadaan separa sedar. Mmg niat nak df baby dalam masa sejam pertama tu tinggal mimpi...

Pertama kali menyusukan


Miracle.. Cara si kecil saya menyusu seperti dia sudah berbulan2 menyusu dengan saya. Mudah. Saya mmg tak nampak berapa ounz yg si kecil minum, tetapi bila dia lena tidur saya yakin dia telah kekenyangan. 4 hari dihospital dan si kecil saya didiagnos mendapat jaundice mmg mengharukan. Apa yg saya set dlm kepala, saya perlu kerap menyusukannya supaya dia cepat sembuh. Alhamdulillah. Dia sihat.

Cabaran Penyusuan


Saya tahu mengenai latching yg betul, tetapi nipple saya crack juga. Bila si kecil menangis lapar di tengah malam, saya juga menangis...menangis menahan sakit.
Macam2 cara and petua yg kawan2 bagi saya cuba buat.

Kawan kawan PC yg sudi melawat ketika saya dan si kecil di Ipoh perasan yg si kecil seperti mengalami tongue tie, mungkin disebabkan itu latching jadi susah. Berminggu dan makan berbulan juga saya dan suami monitor perkembangan si kecil kami. Berat dan tumbesarannya normal dan perlahan2 masalah latching semakin berkurang.

Saya mula train Irfan menggunakan botol disiang hari seawal umurnya 1 bulan. Saya terpaksa. Saya ibu yg bekerja. Irfan akan dihantar ke nursery ketika saya bekerja. Jadi Irfan perlu belajar menyusu 'tanpa' saya. Saya jadi kering hati. Saya cuba pujuk Irfan sabar walaupun saya tau dia mahu menyusu terus dari saya. Saya kira hari2 berapa ounz susu yang irfan consume within masa saya bekerja (7pg-7mlm) Saya ada diary penyusuan. Setiap hari saya menulis. Without fail.

Saya memerah untuk stok perahan juga bila Irfan genap sebulan. Agak lewat. Orang lain, seawal minggu pertama kelahiran. Hasil dari kerajinan (dlm pantang mmg takde kerja lain selain duduk depan lappy)  saya menggodek2 blog2 ibu ibu menyusu,segala ilmu saya kutip. Yang saya rasa tak mampu simpan dalam kotak memori otak (yg kian limited ini) saya tulis dalam diari.Dengan ilmu2 ini lah saya membesarkan si kecil kesayangan. Saya memang 'by the book person'. Saya kutip teori. Bila buat praktikal baru tau senang susahnya. Cara bawa susu perahan dari Ipoh ke K.l pun saya ikut apa yg saya baca 100%.Serius.

Jenis Pam


Saya pakai Madela Harmony. Manual and single pump. For me, senang guna and mobile. Buh dalam handbag pun muat. Boleh pam dimana2. Pakai shawl sebagai nursing cover. Orang tak perasan pun kita wat apa,sbb tak ada bunyi. Setakat ni saya cuma tukar membrane and other parts tu sekali je.




Stok Susu.


Saya tak punya stok susu yang mewah. Saya tak ada deep freezer pun. Tapi bila kadang2 hasil susu berkurang/kurang dari selalu yg saya dpt, saya cuak jugak. Mengadu dengan kawan. Tapi nak mengadu pun kena mengadu dgn org yg betul, sbb silap haribulan ada jugak yg akan suruh bagi susu formula. Tapi saya selalu tenangkan diri dengan pujuk diri sendiri,ingat.. berapa banyak yg kita dapat itu mmg rezeki anak. Yang penting,pam(kalau tak boleh direct feed - bila time keje) kena hari2. And ikut schedule - saya wat 3 kali sehari. Saya cuba wat jadual. Tapi selalu je langgar..hihi. But still pump. Better late than never org kata. Tak sempat kat office dalam kereta pun boleh.... (sbb saya tak drive)

Agak mencabar jugak bila ada masa2 yg terlalu sibuk sampai tak sempat nak pam. Mmg stress,tapi pam je bila dh free. Masa dihantar berkursus (tempat yg tak biasa) saya pening jugak pikir macammana nk pam, bila boleh pam(jadual kelas yg ketat). Tapi redah je... Ada masa free terus je pam. Jumpa surau je terus pam. Insyaallah kalau niat kita baik, allah sentiasa ada dan sentiasa memudahkan usaha kita.

No worries mommy!


8 Bulan Menyusukan


Semua pun macam biasa je. Cuma Irfan consume tak la banyak mcm dulu (dulu 8 botolx4oz) sekarang paling byk 7botolx4oz,kadang2 6 botol je. Maybe sebab dia dh makan. Tapi weekend Irfan mmg menyusu je.(mama dia malas masak- and sbb mama dia still rasa dia baby lagi)

Sentiasa ada pasang surut dalam production susu. Saya harus lebih tabah. Yea..tabah. Saya juga seorang wanita yg mudah stress. Hahahaha

setelah 8 bulan...
Mama and Irfan makin serasi. Serius. Kami masih mencari keserasian. Mama masih belajar menjadi ibu. Dan Irfan membantu.

Impian


Saya mahu dan sangat teringin utk sentiasa memberi yg terbaik utk Irfan, menyusukan dia selama yg dia mahu (tuntutan agama: 2 tahun) salah satu darinya.


Moga allah sentiasa membantu saya. Memudahkan perjalanan penyusuan kami. Murahkan rezeki Irfan.
Amin ya rabbal alamin.

** Macam tak sempat je nk tag sapa2 join peraduan ni. So i can just hope if anybody/other moms who read this entry will get some idea about breastfeeding




  

Kongsi

" Hendaklah kamu bermain dengan anak kamu pada 7 tahun yg pertama, kemudian pada 7 tahun yg kedua hendaklah kamu mendidik anak kamu, kemudian pada 7 tahun yg ketiga hendaklah kamu bersahabat dengan anak kamu, selepas itu barulah kamu biarkan anak kamu"

Sayidina Ali r.a

Breastfeeding Campaign

Semua poster2 ni snap masa duk kat dlm nursing room K.K Selayang.


You can do it Momma!

Benefit of Breastfeeding 

Dad can help mommy with house chores :)

Vote for Momma's Milk!


Satu satunya anak susuan (buat masa ini) hihihihi..

His smile melt my heart!


Bilamana Hunny Bunny Mama Demam

OOoh..bilamana tu macam dikala eh?
Tula dulu masa amik kursus bahasa melayu malas.

Sepanjang kehidupan Tuan haji Irfan Ahmad selama 6 bulan yg lepas dia tak pernah demam. Maksudnya suhu badan dia sentiasa normal. Tanggal 18 June 2011,lebih kurang pukul 6.30 ptg, suhu badannnya meningkat tiba2. Letakkan dia atas riba pun boleh rasa haba panas pada peha.

hahahaha.Serius sungguh ayat diatas.

Yes. Irfan demam for the 1st time. Milestone jugak ni.
Mama and abah gigih bawak irfan pegi klinik pteang tu jugak. At the same time abah pun nk g klinik utk check mata dia yg mmg kene conjunctivitis.
Doctor masukkan ubat bontot kat irfan sbb masa doctor check temperature dia dh 38 degree celcius masa tu.
Balik umah dlm lepas magrib tu panas dia dh kurang. Dah active cam biasa.

The next day, Irfan dh okay. Jemil pulakkkkkkkk demam. Siap gigil2 lagi.
So isnin and selasa dia dapat MC.

Rabu, 22 Jun 2011
Irfan demam balik. Dalam kul 12 tghari ibu nursery irfan sms ckp irfan demam.
Mama instructed diorg bagi irfan ubat demam and lap2 badan irfan dulu (to bring down body temperature) sementara mama and abah nk balik bawak g klinik.
Around pukul 2 ptg, nursery call lagi cakap irfan muntah. Panik.
Nak balik dh la tak boleh sbb abah baru keje(selepas MC 2 hari), so boss-yang-tak-ada-hati-perut-tu dia tak bagi balik awal. Sedih kan? balik je kul 5 suku tu, terus pecut amik irfan at nursery and bawak g klinik. Kat klinik pun irfan muntah jugak. Doctor cakap dh dehydrated dh anak mama ni. Sian dia.
Balik rumah, bagi dia ubat muntah then lepas 15 minit bagi dia rehydration salt yg doctor prescribed tu then bagi dia nenen sampai dia tertido sampai pagi (mama pun tido sampai pagi). Masa tgh sedih2 kat opis (sbb takleh balik awal) tadi tu mmg dh decide nk cuti arini utk jaga irfan kat rumah.

Alhamdulillah. Since bangun pagi tadi (pagi ke lagi kalu kul 11??) dia dh tak demam. Eh...baru perasan semalam tak bagi pun dia mkn ubat demam.

Hunny Bunny Mama dh baik demam!
Menjaga si kecik ni di rumah mmg best. But i think i'm born as not as stay at home mom. Duduk berdua ngn pak haji yg active ni mmg havoc. Sempat kemas2 rumah sikit je.. tak sempat nk masak..terpaksa order Dominos pizza (alasan).

To be at home with this little guy is priceless. Bahagia.
Bila ada masa yg banyak utk belek2 si kecik ni baru perasan sesuatu...gigi atasnya dh nk keluar...besar pulak tu...patut la dia suka masukkan suma benda dlm mulut!

Okay. Sekian.

** baby tumbuh gigi mmg demam eh?


Kisah Klasik Untuk Masa Depan

Disclaimer: Entry ini mmg entry syok sendiri.

22 Jun 2007 : It was about 4 tahun yg lepas...

I was a part time clerk here at that time. Yes here, the same company but now working in different department.

Work as a part time clerk for 2 months,during my uni semester break.I gained experiences and knowledge here. Tak sangka, bertemu jodoh juga di sini. Hihihi.. Malu..

Masih ingat, hari itu hari jumaat.
I received the 1st email from him.

Comel sungguh menangis mcmtu

Oohh.. i want an increment..
Email yg terkandung muka baby yg super comel of course la hati wanitaku ini cair...huhu

I replied..
Mmg cute pun..so mmg terbukti perempuan sepertiku mudah terpikat bila pancing ngn mende2 cute nih..hihi
Bermula la perkenalan 2 hati ni..hihi
Sbnarnya, dh tau yg dia nk kenal ngn kiteww dr officemate. Dia email and risik2 dari officemate kitewww..huhuhu.. siap nk blanja officemate kiteww nugget lagik...apakah? Nugget jewww?
Byk la momentmoment manis time tu. Bahagianya tuhan je yg tau. Tulis suma kat sini kang suma org muntah hijau pulak.

Saya terus jatuh cinta dengan dia..tak percaya? Tanya dia..hahahahha
Cepat sungguh saya buat keputusan.
Tak percaya..saya pun masih tak percaya..hahahha

Selepas 2 tahun (yela..dh habis belajar dan dh bekerja) terus plan untuk kahwin.
Tak sangka.....
Tak sangka..... Lelaki itu yg saya pilih menjadi suami.
Is he the right one? The answer is yes.
Kami masih lagi dalam proses mengenali hati dan budi. Seriously, mmg masih.
Everything that had happen to us semua pun macam cepat aje...

Graduated dari uni terus cari kerja di sini semula.
Alasan : Nak dekat dengan dia.

Oho..gambar lama

zaman bercinta..cincin pun nk kena serupa

Naik monorel berdua
Byk jugak pahit manis yg kami dh lalui bersama. Akan dtg tak tahu lagi macam mana.
Harapnya dipermudahkan perjalanan kehidupan kami.
Biar indah2 belaka.

Moment : Dirisik+Ditunangkn 27/01/2009
 Darah Manis Mencari Rumah - Rumah inilah syurga kami sekarang (walaupun sewa..hihi)

Ingat comel eh wat muka cmtu? hahaha
30 Jan 2010
Dinikahkan ayah dengan jejaka pujaan hati..hahhaha..
Kahwin jugak kita ye.. hihi

Baru 2 bulan menjadi isterinya
 Sekarang kami dah bertiga. Lebih bahagia. Semoga lebih bahagia.

Karang this entri awal2 sbb mmg tgh dlm mood 'terkenang zaman bercinta'.
Lagi satu sbb takut idea lari bila tiba masanya.
Atleast apa yg ada dlm hati dh tercoret disini.
Khas utk si Dia saya..

Ini Dia : 4 tahun sudah dia bersama saya.

Selain keluarga kandung, dia lah segalanya.
Kawan baik yg setia mendengar segala keluh kesah saya.
Kawan berbahas (read as bertekak..hahaha) saat isu politik yg diutarakan.
Pembantu terhebat saya ketika dirumah.Kala masa tangan tak cukup dua dan 24jam sehari tak cukup buat saya.
Bapa kepada anak saya. (akan dtg..anak anak..hihi)
Teman sehidup semati saya.


Untuk bekas kekasih saya yang kini bergelar suami saya.
Happy anniversary.
Terima kasih kerana menjadi segala2nya utk saya.
Terima kasih kerana sudi menerima saya seadanya.
Menerima kelemahan and keburukan saya.

4 tahun yang sungguh bererti....sungguh!

**entri ni byk sgt hihihi huhuhuh hhaahahhaha..bukan tak serious..tp saya mmg begitu kalau bcakap tentang cinta :)**

Cemerlang + Gemilang + Terbilang = Perfect

Ada ke org yg perfect atas muka bumi ni?

Dh takyah ckp pasal org. Nilai diri sendiri dulu.
Saya tak perfect. Lobang sana sini.

Tadi pagi ada department meeting.
Nk tulis pasal meeting tadi...malaslah.
Biasa biasa je.

Bos ada ckp pasal cemerlang tadi. Excellent.
Sama je apa yg bos ckp dengan apa yg abg ipar i yg sulung ckp (sbb dia pun bos jugak..hihi)
Excellent or cemerlang ni bkn setakat kita dpt completekan satu satu task tu, tapi more mcm kita sanggup buat more than satu satu task yg dh diamanahkan pada kita.
Pendek kata : Terlebih rajin lah.
Betullah kan? Org itu akan dilabelkan sebagai cemerlang sekiranya dia sentiasa creative, innovative, supportive, positive, dan segala mcm ..tive lagi (dblystt) dalam membuat apa juga perkara.
Satu ..tive lagi bos kata kene TAKADA kalau nk cemerlang is tak leh calculative. hihihi

So kesimpulan pada cerita di atas, saya simpul tak berapa matikan yg saya masih belum cemerlang. Jauh lagi lah perfect tu kan.....?

Strategic plan.....wahhh..strategic lah sgt.. :P
I've to plan my work.
Kene kembalikan mood semangat bekerja mcm dulu2..
Kalau ada masa terluang, belajar..bukan buang masa mcm sekarang (dh lama kerja,dh tepu agaknya..)
House chores pun kena plan jugak. Mesti. Rasanya bila tak plan mmg akan jadi cm huruharare sikit.
Ala ala bila tak plan ni cm mmg plan jadi huruhara lah senang citer.Apaakucakapni?




Huru Hara kan? Mari berubah. Menjadi lebih baik bermula dari saat ini.

Tadi, baca kt blog ana.
Lebih kurang begini ayatnya.

"work efficiently during office hours and leave on time. Give the required time for family,friends and your loved ones and get proper rest."

Entri ni utk bagi semangat kat diri sendiri. Motivasi hari jumaat ku panggil. Hihi

Apa yang saya belajar hari ini

1. Kalau suka, puji. Tak suka, diam.(ini sunnah Nabi Muhammad SAW yang di riwayatkan dari isteri baginda)1

2. Hargai org disekeliling kita.

3. Sabar itu cantik.2

4. Realiti. Hidup mmg tak selalunya indah..juga,duka bukan untuk selamanya.

5. Hari hari perlu berusaha untuk jadi lebih baik. Perlu.

Okay, 5 je..Teheeeee

source:
1 keretamayat
2 mawarnafastari  

SHICHIDA Methods

Below is just the summary. For more you can google yourself.

It is proven as teaching method to create well balanced child with abilities and creativity using the whole brain efficiently.1


  • Puji, nasihat, pujuk anak ketika anak2 hendak tidur atau tidur2 ayam. Seikhlas mungkin katakan pada mereka yg kita sayangkannya sepenuh hati.
  • Flash cards -  sbb bila kita bermain flash card dengan menunjukkn secara laju (selaju flash..hahahha) otak kanan anak2 akan berkerja keras utk menangkap apa yg kita tunjukkan padanya itu.
  • Gerakkan tangan. Cth: Ajar anak2 bermain dgn tanah liat, water colour (buat hand or foot print), drawing, gunting2 kertas,origami..dll (dll=dan lain lain atau sebenarnya dblystt=dan byk lagi yg saya tak tahu..hahahha)  
Rasanya pasni nk ajar irfan mkn guna chopstik lah.... terkial kial menggunakan chopstik akan buat dia lebih fokus. wuhooo. Actually secara tidak sedar, saya selalu je guna cara ni utk menenteramkn kids yg tak duk diam. Kalau tgk bebudak tu dh cam terlari sana sini kat tempat yg tak sepatutnya, saya selalu cari je kertas apa yg ada, and bagi pen kat sorg satu suh diorg lukis. Lukis lah apa yg depa suka. Then puji la....ckp 'cantiknya cat...'walaupun tetiba budak tu ckp 'ini bukan cat la auntie,i'm drawing a dinasaur..' huhuhu lalu auntie pun berlalu tanpa kata..........................
  • Bina daya imiginasi anak2 anda. Dengan cara bercerita and let them sambung the story..mmg confirm akan merapu punya but it will help them to be more creative. Teringat satu kisah dlm Macam Macam Aznil season yg dulu2. Lebih kurang begini ceritanya ye,
Aznil : Hari raya selalu awk buat kuih apa?
Budakkecikcomel:(Diam lama....) kueytiaw...
Satu studio gelak
Aznil : Macam mana nk buat kueytiaw tu?
Budakkecikcomel:Memula masuk tantan (santan).... (Den dah gelak cm nk terburai perut dh time ni) masuk gula... masukkkkkk... (diam lagi..aznil setia menanti jawapan..) masuk ikan...
Satu studio gelak lagi...aku yg kat rumah pun bleh tegelak sorg2 okay...


  • Main teka teka. you can just put his favorite toy in a box, biar dia goncang or cium or rasa from the outside of the box, gift some clue like 'soft', 'green colour' then just let him guess. It'll be so much fun for lil kids tau. (Even org akan nmpak cam tah apa apa la game mak dia ajak main ni...) This can build their sixth sense tau.
  • Yang ni mesti semua org tau rasanya.... Dont say dont to kids, Jangan pada bebudak ni cam sama maksud dengan 'buat la lagi mak suka ko wat camtu' okay. 
Instead of aku selalu ckp 'Irfan, JANGAN hisap punchcard mama!' i can change to 'Irfan, punchcard mama tu dirty lah..'(sambil tangan pantas merebut punchcard yg hampir menjengah bibir mungil itu...hahhahahahhaha)

  • Jangan menengking suami eh silap..anak anda ketika marah. Kalau dh tertengking or terkasar, cuba try the 1st step. huhuhu.. tp ingat.. kene wat dengan ikhlas dan sepenuh hati.
Dalam islam sendiri menggalakkan ibubapa bercakap dengan anak ketika anak mahu tidur. Berdoa lah wahai ibu, kerana doa seorg ibu keatas anaknya insyaallah termakbul.

1 source:shichidamethod.com
the whole article i got from someone who email me last year.tak tertulis plak mana sumbernya.but i found it very useful for a first time mama like me.

Breastfeeding Challenge

Ada org penah reply kat comment box kat KIM masa ada sorg mama post about this issue (cabaran dan halangan) mcmni  'takdak cabaran..alhamdulillah'.

I was like...wahhhhhh...alhamdulillah. Gud for you.

My challenge :

Stress. Stress ngn diri sendiri ok. selalu rasa diri ni sgt kerdil. Not a good wife. not a good mom. so..bila pam susu and susu kurang terus bertambah2 rasa cm..oh aku bukan ibu yg baik... i think this is the most chalenging part lah.

Cabaran mengepam di pejabat,so far alhamdulillah takde. I have few friends yg menyusukan anak, so tak la rasa ganjil ke apa.My work here sgt flexible. If ada patient, i will be a bit busy,but still can find time to pump. Selalu set dlm kepala,kene pump jugak2.  Kalau ada problem pun kawan2 selalu tolong. Contoh : Bila tertinggal pump or bottle. huhuhuhu.. dh 2 kali terjadi.

Org sekeliling. Sometime yes. But most of the time are okay. My mom pun cm menyokong. Memula dulu dia cm pelik gak sbb tak bagi baby air masak. MIL pun tak pernah lak comment apa2. Maybe sbb DH dh selalu cerita pasal kebaikan menyusukan anak ni. Selain tu..i ignore je. hahahha

Malas. Actually bukan malas tau. Its more to sbb terlalu letih, yela suma org tahu kan menyusukan anak/mengepam ni kan burn calories, so mmg kalau tak jaga pemakanan and minum a lot of water mmg terasa la badan cm lembik je. Then bila ianya terjadi maka kemalasan lah yg melanda.

How to overcome all of the above.


Cari sbb kenapa stress. Settle satu satu masalah yg melanda. If asyik fikir je masalah tu pun tak guna jugak. So i have to cepat2 find ways to settle the problem. I wish allah will always guide me to be a better person. Janganlah biarkan aku sendiri,because i'm sure i will lost.

I really need support from DH. For me, org lain tak support pun takpe. adaakukesah???  I need him to make me happy and tenang2 je menjalani hari2 yg havoc tak tentu pasal. I already set my mind if i'm happy hormone happy tu akan suruh my body work to supply more. huhuhuhu..

I dont have hundreds packets of EBM, if pump and dpt lebih then i'll froze it jadi stock. If not mmg cukup2 je bekal for Irfan pegi school. But alhamdulillah, 6 months dh lepas. So, for other mommy yg risau stock tak cukup, do not worry. Just dont give up. Just DF your precious baby and pump when at office. I have to believe in myself that i can do it. I'll do the best for my son.

Okay. I wrote this entry actually to inspire and motivate myself. peace yaw!

kes susu tertumpah hampir 2oz subuh sepiiee tadi. mood down.

Tariff Elektrik : Terjejas?

Basi sudah cerita ni.
Tak kira. Nak tulis jugak.

Dah naik sebanyak 2.23 sen /kilowatt sejam (KWj) atau 7.12%
kalau dulu 31.31 sen/KWj sekarang jadi 33.54 sen/KWj

Okay, tak melibatkan pengguna domestik yg menggunakan kurang daripada 300KWj sebulan atau jumlah bil bulanan yg biasanya kurang dari RM77 sebulan.

Bekalan elektrik masih percuma bagi yg guna kurang dari RM20 sebulan sehingga penghujung Disember tahun ni.

Rumah saya biasanya 100-200KWj per month.
Fine. Tak melibatkan saya secara directly, but indirectly mmg terjejas. Yela astro pun dh review semula harga package diorg and mestilah akan naik kan. Dan i can bet pasni lagi byk barang2 yg harganya akan naik lagi sbb kilang2 diorg semua guna more than 300KWj kannn???



Cuba menunjukkan betapa sedihnya saya.

Its like. ooO ada gempa bumi eh? kat mana? ooO kt jepun..takpe kita kat malaysia..jauh..TAK TERJEJAS... directly yes. indirectly??

Ni marahkan siapa sebenarnya? Tak marah...inikan utk menjana ekonomi negara jugak kan.

source: semua suratkhabar yg membincangkan isu ini.

I'm Proud to be a MOTHER : Contest

Saya nk menang Kain pasang cotton Viscose & special present from Turki / Russia...hihi


So kene usaha begini;



  • Jadi follower blog Ainul - checked
  • Tepek Banner contest - checked





Banner Contest


  • Letak pix mama & Irfan - checked

Mama : Intan Safarinaz binti Sabian
Baby : Irfan Ahmad bin Azmil Fakhri





  • Tag 3 org - checked

Ya gambar ngn anak sedara pun buleh,buh gambar kamu n irfan tau


  • Tinggalkan link kat comment - akan wat pasni..hihi


Irfan Ahmad first solid food!

Nyummmmmmmm
Since Irfan Ahmad dh 6months,and dah tunjukkan skill masukkan suma benda dlm mulut 
gigit-gigit-remote, we decided nk start try slow2  kasi dia makan.

1st food, bubur nasi+ EBM.

Will serve him the same menu atleast 4days, will observe first. Then will introduce different food with different flavour.

Jom balik masak jom!

6 Months : Pass!

It's been 6 months already.

Irfan Ahmad dah membesar bagaikan juara. He's not baby anymore..more too little boy.

Rasa cm baru semalan dia lahir.

Taken 08052011 : Baru masuk 5 Bulan
Sesungguh sungguhnya (ada ke ayat camni?) 6 bulan membesarkan,menyusukan,mendidik irfan.. ecewah.. smmgnya mencabar. I'm learning too. From zero to so called hero now. Mama yang memula dulu duk pikir cmne gayanya la nk besarkan anak ni ye..now dah menjadi mama kepada irfan selama 6 bulan sudah.

Syukur sgt atas achievement kerana berjaya exclusively breastfed Irfan Ahmad with my own milk. Like dpt Diploma pulak. Macam tu la kot rasanya, since tak pernah pun dpt diploma.. hahhaha

I've been like most kejam mom sbb berkeras hati tak nk bagi pacifier, semata mata sbb tak nak Irfan nipple-confuse. I'm so blessed dgn support yg padu dari jemil. Yang selalu counter advice me bila tiba tiba down and stress tak tentu punca.

Pendorong? Semestinya lah diri sendiri.. me..(bunyi mcm sgt jual ikan) tapi ya.. diri sendiri.. tepuk bahu sendiri and ucap tahniah. Segala onak duri selama 6 bulan ni berjaya ditempuhi.. another 18 months lagi. Good Luck.

Susu? takla banyak sampai penuh freezer. But alhamdulillah, murah rezeki Irfan Ahmad.

Praud? Of course! Rupanya mampu jugak aku ni ye.. betul lah.. Allah takkan uji hambanya dengan ujian melainkan hambanya mampu menerimanya. Alhamdulillah.

Menyaksikan Irfan Ahmad membesar depan mata siang dan malam buat dada ni penuh rasa keterujaan dan bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata penyejuk hati ni.

Praying and hoping to be a better person, a better mama for Irfan Ahmad.

Love you son! xoxo




Pesanan Tun Mahathir

Melayu kena bersatu.
Jadi majoriti yg kuat, bkn hanya besar tapi lemah.

Semua kena Amanah, Berani, Rajin & Setia.

Mesti bangga dengan diri, bangsa & agama sendiri.

Ini negara kita, suka atau tidak tetap negara kita.

Masyarakat bersyukur adalah masyarakat yg baik.

Niat dlm (dlm dlm dlm dlm....) hati : Mahu menjadi lebih baik daripada semalam.

source: menonton Negarawan : Bersama Tun Dr Mahathir 06 August 2010

Hospital Bersalin

Kalau hospital bersalin...mesti dah ada banyak baby hospital kan... (hahahahaha..aku wat lawak hahahahahahahaha...aku wat lawak...hahahhaha..lawak ker???)

Okay. Serious.

Treat this as a note for future,kot kot la ada rezeki lebih menambah anak...

Mencari Hospital utk bersalin yg paling sesuai: Apa kata saya?

Tengok Budget kita. Kalau mampu utk dptkan khidmat pakar peribadi boleh la survey hospital mana yg diketahui yg pakarnya sangaaat pakar. I mean collect la reviews dari ramai org. Boleh tanya di forum2. Ramai yg boleh membantu. Di bawah adalah survey yg saya lakukan last year. Recommended by my friends yg penah bersalin disitu. HUKM private, Al Islam Kg Baru, Tawakal Hospital. Tapi end up dengan bersalin di hospital selayang.

Kalau tak mampu nk pegi hospital swasta,certain hospital kerajaan ada menyediakn scheme yg mana kite bayar sikit utk dpt layanan ala ala swasta. Di hospital selayang di panggil FPP scheme(saya guna scheme ni), kita boleh pilih doctor and duduk ward single bedded. Harganya murah sikit compare to bersalin di hospital swasta.

Mmg la ada org ckp bersalin kat mana pun sakitnya sama je, Tapi...... dlm pada sakit2 tu kalau kene dgn layanan yg baik and selesa, kurang sikit la sakitnya (kurang sakit hati..hikhikhik)

Pilih la hospital rakan bayi kalau kite nk breastfeed anak kita.Bkn apa, bila bersalin kt hospital yg betul2 mengamalkan polisi penyusuan susu ibu ni bawak botol n FM adalah diharamkan so....dgn sendirinya kita akan menyusukan anak kita,and di sana ada pakar yg akan membantu anda.

Swasta VS Goverment Hospital.

Dulu mula2 ingat nk g swasta,sbb ofismate suma ckp bsalin kat swasta ok..tapi kalau tiba2 kene c-sect tu kene la prepare duit lebih..and my mum and makcik2 suh g kerajaan..yela 1st baby ni dunno what to expect kan...lagipun masa tu kwn2 yg bersalin kat swasta ramai plak la yg operate.... takut...
Kalau bersalin di private hospital, nurse akan ambil and jaga anak kita di nursery. Hospital goverment kita kena jaga baby kita sendiri.Pasal kene jaga baby sendiri tu ada pro n kons gk kn, klau kene jg sendiri lagi sng nk bf baby and byk masa ngn baby...tp mesti la letih n tak cukup tido kan...


Apa yg org selalu tanya bila call hospital utk survey hospital utk bersalin. Dulu saya tanya:

  1. Ada maternity package? Apa yg ada dlm package tu?
  2. Insurance or GL kita cover tak kat situ?
  3. Husband boleh masuk labour room tak?
  4. Husband boleh stay jaga saya di ward tak post delivery? (kalau duk ward ramai2 tu confirm lah jawapannya tak boleh...)
  5. Kalau dh berkenan, how to book first appointment? phone or have to go to the hospital directly? Kebiasaannya, hospital tu mintak atleast skali kite g check up kat sana before deliver, ada yg 2 kali ada yg kene at 35weeks.. depends la..(tu la pentingnya bertanya)
My own experience.
Review: from 10 star i gave 9.7  (Boleh?)
Start check up kt sana ms dh 37weeks+. Under doctor.R. Dia head ob&gynae kt sana. Biasa la appointment adalah weekdays,so kena arrange cuti la. Tp ms sy bsalin doctor.R tak smpat dtg sy dh bersalin. Doctor.I yg smbut baby. Tp alhamdullah semua selamat. Both doctor pn jenis yg amik berat n friendly.
Actually selain doctor. I ada lg sorg doctor perempuan,tp dia pakai mask so sy x cm dia n nama dia. Tp diorg suma ok. Part ni sy bg 10/10 star. Yg x bestnya nurse2 kt wad tu,rsnya ada 2 org je yg ok n layan baik,yg lain tu suma mentality ******** yg 
hampeh. Org dh ckp dh taknk ubat tahan sakit (strictly no drugs) dia kecoh2 suh gk amik. Tension tau. Bkn ada effect apa pun kat aku, Last last akibatnya den mengantuk yg amat masa dh nk terberanak.Sian baby kene vacuum. Lg satu,esoknya.. doctor paeds yg tah apa2,mula2 sorg kata baby x kuning bleh discharge,then dtg sorg lg (tekan2 kulit baby) ckp kuning pulak,dtg sorg yg lain pulak baur sibuk nk amik darah,then dtg doctor yg lain pulak kata baby kuning and tak boleh discharge. Confius disitu.... Kuning baby dari 204 ke 237 ke 242 then turun 188 on discharge day. Lega rsnya.sbb ms dlm wad n tgk baby lemah je sgt la meruntun hati. Dtmbah plak ngn nurse2 yg x ketuk x wat kejenya lg la tnsion. alhamdulillah sumanya dh berakhir. 
Tips turun kuning: Cuma bfeedkn baby kerap ngn fototerapi shja. 

Fee: 1st checkup rm110, 2nd rm60,bsalin rm1700  Bayangkan kalau saya pilih utk bersalin di hospital swasta..bayangkan bill yg perlu dibayar. Jom bayangkan.


Sekian. Hope can help others




Mengawal Nafsu?

Subuh tadi rancangan kt astro oasis ada bincangkan pasal mengawal nafsu.

Marah.
Syahwat.
Tamak.
..and ada lagi yg saya dh lupa bila menjelang malam...hahaha

Sangat tertarik ngn cara penyampaian ustaz tu bila dia bercerita mengenai marah.
Yelahhh...i mudah marah orgnya..so rasa cm kene je kt batang hidung sendiri,rasa cm tersimbahnya sebaldi air kemukacantikbiasabiasasahajakuini..hikhikhik

Ingat! Nafsu marah tu dtgnya dari syaitan. Sbb tu bila marah muka kite pun akan menyerupai syaitan (cuba bygkn muka sendiri bila tgh marah...mata terbeliak..muka merah..seb baik tak kuar tanduk..)

Ada satu kisah nabi (s.a.w).
Saat seorg sahabat baginda dikutuk & dihina oleh satu golongan ni and sahabatnya hanya diam menahan sabar, baginda cuma tersenyum dan diam. Dan apabila sahabatnya tidak mampu menahan sabar and membalas apa yg golongan satu lagi tu buat, baginda beredar.
Sahabat bertanya kepada baginda mengapa baginda beredar.. ini jawapannya
'Ketika kamu diam dan bersabar, aku lihat sejumlah yg ramai malaikat disekelilingmu. Tetapi, ketika kamu sedang marah, kulihat syaitan dikelilingmu.'

Okay. Mode: Insaf and taknak marah2 lagi.

Cara nk kawal marah.
Kalau masa marah2 tu tgh berdiri cuba duduk and istigfar..
Kalu tgh duduk cuba baring and istigfar byk byk...
Kot pasni ada yg tiba2 terbaring kt opis...sbb menahan marah....(sedang bersabar katanya.......)
okay okay not funny... serious..

Nafsu makan?
Makan sebelum terlalu lapar.
Berhenti sebelum terlalu kenyang..... (dh kenyang sgt kang sah sah terbungkang x larat sembahyang.. ehehehcmpantunpulak)

Nafsu Syahwat?
bak kata abgkeretamayat disini ,bila teringat nk wat dosa tu cuba ingat balik..kalau kita berjaya menjadi hamba allah yg mulia,syurga balasannya... dan di syurga segala benda pun kita boleh minta. Lebih lagi daripada apa yg kita teringin didunia yg sementara ni.
Dan bila kita bertaubat nasuha utk tidak mengulangi dosa dosa kita akan kite temui nikmatnya.

Tamak.
Summary: Jangan bersikap tamak. Org tamak selalu rugi. Sharing is a good manner (bak kata KhaleedanakKakJessie..dia takde blog lagi so tokleh link..hihi)
Cam aritu,masa pump susu, dlm botol 5oz tu dh nk dekat penuh and ada la beberapa titik kt corong pump tu yg aku sibuk sgt tonggeng2kn sbb nk bg gak 2 3 titik tu masuk dlm botol,sekali........tau apa jadi? sudahnya susu yg dlm botol tu yg tertumpah keluar dari botol. Adeh...kan dh rugi.

That is why i wrote all of the above. To share.

Okay, sekian sahaja entry serious saya.

Gimme Five!

5 Important dates
  1. 30 01 2010 : Nikah
  2. 25 May : Birthdate my Jemil
  3. 25 April : my own Birthdate (penting ni...kang lupo umur brapa..)
  4. DuaPuluhSatuNovember : Birthdate my Irfan
  5. Tarikh gaji (the very2 important one...)
  
5 Things I did yesterday
  1. Mandikan Irfan
  2. Gomol Irfan and bapak Irfan...heeee lariiiiiiii..
  3. Masak Maggie (jarang wat ni...so kene tulis sini)
  4. Basuh baju2 irfan, but actually not me doing it..its the machine..haha
  5. Tido tido dan tido
  
5 Things that make me happy
  1. when suddenly teringat how me jemil and irfan gelak terkekehkekeh..sooooOO happy
  2. Money
  3. Dapat Bonus (haaiiiiii..tahun ni bile lah ye??) eh..sama la cam kt atas tu.. mata duitan sungguh
  4. When i feel that i have completed all office task.. (not achived yet)
  5. L.O.V.E..so love me!


  
5 Reasons why I am doing this?

  1.  NOEN tag suh wat..hihi
  2. kebosanan
  3. Aku sorang2 kat office time ni.. serammmm..
  4. Aku bosan..eh sama plak cm no.2
  5.  saja.. for fun


5 Friends to tag

Irfan Ahmad Milestone

..as of 21 April 2011
Already 5mo++ dh anak bujang mama ni.
Sudah buleh berguling2 serata rumah.
Sudah boleh menjelajah hingga ke bwh sofa.
Menarik keluar decoder astro dari tempat asalnya.

on 20 April 2011, Irfan's 5mo check up.
Berat naik 0.4kg.
Tinggi 2.5cm.. owh another 100cm Irfan will be tall as mama.


The reason why dia sukaaaa geget2 finger sampai merah....

on 02 May 2011..
Irfan sudah ada gigi satu dibawah.. yeaaaa..

okay..tu je nk tulis.
another history tercipta
supaya ingat sampai bila bila............................

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...