Search This Blog

Cerita kecil tapi significant

Sebenarnya, aku nak tulis pasal reunion jemil ngn ex schoolmate MRSM PDRM dia.
Banyak gak la gambar yg aku dh kumpul. Video yg aku rakam.
Selain gambar sekitar event tu, gambar irfan terbalikkan bouncer ngn geng2 dia, huhu.
Haritu dh tepek satu dua gambar kt ig and fb.Rasa macam cukup lah tu.
Malas la nk tulis.

Tapi, mlm ni rasa nak tulis tentang dia...

Aku tak kenal dia.
Cumanya dia ni ex schoolmate jemil.
Panggilan kawan kawan che mad. sebab aku dengar jemil pun panggil dia chemad.
And rasanya, jemil pun dah lama tak jumpa dia, sebab seingat aku, since bercinta and dah ada anak 2 ni, baru2 ni (masa reunion tu je) aku perasan dia ni.

Lepas turun dari kereta, berjalan nak ke lobby Bangi golf resort, ada 3 orang lelaki berjalan seiring agak jauh kedepan daripada kitorang.
Jemil melaung " Tuan Ismadi!"
Dia toleh, senyum. "Kodiang!"
Sambil jalan ke arah dia, aku tanya "kenapa abang panggil dia tuan?"
Jemil kata "sebab dia Inspector polis"
Dia tunggu, peluk erat jemil and jalan seiring dengan kitorang terus ke registration counter.

Sepanjang majlis tu, aku cuma tgkkan irfan dari jauh.
Dia dah jumpa geng main, and kebetulan mmg ada corner khas ada bouncer untuk budak2 ni main.
Jemil, aku bg chance dia borak puas2 dengan kawan2 dia yang ada yg lama dia tak jumpa.
Sambil2 tu aku borak2 dengan spouse exschoolmate jemil yg lain.
Bila time makan, aku makan sambil suapkan maryam.
And memang malam tu aku dengan maryam kerjanya mmg makan je.
Food sedap.

Sambil ada yg dah sudah makan, and sambil2 makan ada few games yg diorang buat atas stage.
M.C masa game tu chemad lah.
Ada part yg kelakar kitorang gelak. so macam terngiang2 dengar suara dia.
Selain aku agak susah hati sbb irfan and gengnya dah start naik pentas mangacau.
Maka memang mata aku tertumpu pada pentas.

Irfan and the geng dah start buat havoc. Che mad yg pegang mic tu.
Kita tgk gambar jela ye.

Bersungguhhh

chemad yg duk depan yang membelakangkan camera.

Chemad yg duk bahagian tgh, sebelah brader tshirt biru tu. ceria kan dia? gelak2. senyum2.

Gambar wajib. Ramai ramai.

Ni ex classmate jemil. form 1 sampai form 3. yg dia peluk tu zafrul. bff katanya.
Time sebelum balik tu, beria ia peluk kawan2 dia.
Dengan jiji jiran tingkat atas pun berpeluk sakan.
Macam lepas lepas ni tak akan jumpa dah kan.
Dengan chemad pun sama.
Berpeluk erat.
Jemil cakap "nanti chemad, nanti aku bawak hang p makan nasik ayam mahai"
Aku siap menyampuk, "nasi ayam mahai??"
Rupanya, nasi ayam rm7 yg kat depan petron tu.
Jemil plan kalau2 nanti bila bila dia nk ajak chemad makan and lepak lepak situ.
Che mad ni kan inspector polis, keja kat pulapol tu, mmg dekat jela if nk lepak situ.

Tapi....
itu cuma perancangn kita.
Ditakdirkan, malam 18 november, che mad terlibat dengan kemalangan maut yg meragut nyawanya.
Dia on the way nk balik rumah, dari Pulapol jalan semarak tu nk ke puchong.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inspektor-maut-motosikal-rempuh-lori-1.26611

Terkejut. Tak percaya. Semua jenis perasaan ada.
Jiji ketuk pintu rumah, smpaikan berita.
Jemil bersiap dalam gegas.
Aku macam terpinga.
Pasangkan butang baju melayu dia, salam, dia pergi dengan jiji.
Jemil pesan tidurkan anak anak and tidur dulu.
Tapi aku nak tunggu. Tak sedar terlena.
Tersedar ntah pukul berapa jemil dah balik.
Aku bukan apa, aku bagai boleh rasa macam mana perasaan isteri che mad menanti dia di rumah.
Tapi sebaliknya dapat berita yg suami dia dah tak ada.
Dan lebih menambah derita, esoknya ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua!
Jemil cerita, che mad dh book tmpat untuk candle light dinner berdua dengan isteri dia.
Ya allah, kuatkan la hati isteri chemad, gantikanlah pahala dan redhaMu atas kehilangan yg dia perlu terima ini.
Aku tahu, aku percaya, yg Engkau takkan uji hambaMu lebih dari apa yg kami mampu.
Aku hanya mampu doakan isteri chemad tabah menempuh ujian hebat ini.
Kau ampunkan dan kasihanilah keduanya. tempatkanlah chemad dikalangan hamba2 mu yg soleh. temukanlah mereka semula didalam syurgaMu.

Apa yg aku cuba cerita, ia... mati.
Tak akan pernah kita tahu dan jangka bila masanya.
Hari ni kita ceria, bahagia, suka, derita, tanpa tahu adakah esok masih ada.
Ntah. Macam2 perasaan aku rasa.
Takut.
Masa aku ntah bila.

Kalau lah boleh request dengan tuhan.
Agar ambil aku bila aku dah sedia.
Saat taubat aku tuhan dah terima.
Bila aku betul betul dah suci dari dosa.
Kalau lahh....

**Selaut doa untuk kau chemad, mohd ismadi bin mohd muhidin.
Semoga kubur kau luas bagai taman syurga.
Telah ditakdirkan yg hari itu, waktu itu kau perlu kembali kepadaNya, tak awal, tak lewat hatta sesaat.
Kami ni....ntah bila.

Wearing My Baby


#babywearing #wearyourbaby #babywearingmama #babywearing love.

Ok. Malas nk letak banyak2 hashtag dah. Kalau letak je hashtag ni kat IG tu boleh berjam2 scroll gambar orang. Takde kerja namanya. Hehehe.

My personal baby wearing (bbw) journey start masa maryam lahir. Masa irfan mmg tak. Sebabnya abah dia sangat gagah perkasa dukung dia bare hands, hihi.
Lagipun masa tu irfan sorang je, so mmg setakat nak switch mama and abah dukung memang takde masalah.
We have 1 croth carrier (CC), jenama tak ingat. Hadiah orang bagi.
Seingat aku, 2 kali je pakai. Abah dia yg pakai. As we all know CC adalah sangat tak selesa. Tp at that time irfan kecik sangat, dia redha je duk dlm tu even tak selesa pun and as a wearee, like what i said before, bukan aku yg pakai so sakit pinggang ke sakit badan ke aku tak tau, huhu.

Perbandingan
Another perbandingan

Pernah singgah booth babywearing, pernah dengar talk on babywearing, pernah try woven wrap (WW),  tapi masa tu irfan dah start pandai jalan so, tak teracun sangat nk bli bbw gear.
Tp bila dah start plan nak nak tambah baby, baru teringat balik and start searching.
Thanks to FB, blog, youtube... senang kerja.
 
kalau bercakap pasal safety, mesti ada sebut pasal this M shape ;)
My first gear adalah moby wrap.
Sebenarnya tak plan pun nk bli moby.
Memula ingat nk suruh biras belikan kain gendongan je masa dia pergi cuti kat bandung. Tp dia kata seller kat sana yang cadangkan dia beli moby wrap tu. Katanya moby mmg kain khas untuk gendong baby. Aku mmg memula aim nk bli moby jugak, actually moby or boba wrap lah, sbb harga less than rm200, yelah, ww boleh kata semua harga rm200 keatas. Tp masalah ngn moby or boba wrap ni ialah, dia jenis kain yg strecthy, so kalau baby bambambam mmg mudah melendut. Tapi dh terbeli kan, takpelah. Pakai je lah kan.

Alhamdulillah, Moby wrap ni mmg byk membantu masa dalam pantang. Remenber, aku kan pantang sendiri, so bila wear baby guna wrap ni mmg memudahkan nk buat task2 lain. Nak kehulu kehilir pun takla lenguh tangan dukung bare hands. Baby pun selesa je bedakap ngan mamanya. Rasa mengandung balik pun ada, carry guna moby ni sedap tau, berat baby tak terasa sgt.
Wearing using moby wrap. Masa kenduri cikdya may 2014.
Memang rasa bersyukur sangat. Allah ni temukan aku dengan ilmu  ni. Sangat2 memudahkan urusan harian.

Apa beza wrap, ssc, mei tai, sling?
Apa kelebihan each tu?
Nak pilih or beli yg mana?
Huhuhu memang makan masa nak faham satu persatu. Tp itulah, mmg kena gali ilmu.
Kalau tak nnti end up tersalah beli.

Source :FB.

Masa nak dekat raya haritu, berat Maryam dh more than 7kg. Bukan moby takleh tampung, cuma senang nk melendut. Kena readjust every minutes, stress lah mak encik. Ada la fund sikit if nak sambar ww. Tp lepas pikir dalam2, kalau ku beli ww, nak ke apaknya berwrap2 ni. Kang bli mahal2 tak pakai cm bazir pulakkan.
Baik la kita beli soft structured carrier (apaknya boleh pakai jugak)
Sbb kalau suruh wrap mesti dia kata cm complicated kannnn.
Maka kita decide bli ssc je. Huhu
Maka startla pakai ssc.
Smart je if apak guna wrap kannnn? Hahaha. Tapi ni bukan apak maryam. Mihmihmih. Pic courtesy to google.


Maryam in SSC. Gmbar dr fb SURI.
Since then mmg banyak pakai ssc.
Kalau setakat dalam rumah nk buat keje, sambar je batik lepas, ikat jadi slipknot, kendong.
Takde kain batik lepas? Shawl pun jadi. Hahahha
Tp please mind this, shawl or kain batik lepas bukan kain khas to kendong anak, so it is on your own risk la kan. 
Pepandai la check kain tu kot ada tetas ke koyak ke.

Abaikan muka mak maryam yang terlebih excited. Hihu


Rasanya. Cukup la sharing on bbw ni.
Aku bukanlah otai bbw.
Educator juga bukan.
Aku ibu yg sentiasa belajar menjadi ibu.
At the same time cari cara yg memudahkan urusan harian.

Peace :)




Maryam Hannah 1 year young

Selamat hari lahir sayang.
Semoga allah berkati umur anak mama ni.
Princess pengarang jantung hati mama, abah and abg.

Semoga maryam membesar dengan sihat.
Sembuh dari eczema kt pipi tu, hihi

Jadi anak yang solehah.
Yang akan mendoakan mama and abah.

Anak mama ni kan dah pandai jalan, jalan elok2 k.
Jangan kacau baby kt nursery, haha.

Manja kesayangan mama, abah and abg ni kena strong tau.
Kena pandai jaga diri.
Mama tak selalu ada, tp my bless and doa will always be with you.

I love you maryam hannah.
Abah, abang Irfan sayang sangat kat maryam.


Eh, muka maryam separuh je, muka mama and abah yg lebih. Hahaha
posted from Bloggeroid

BF Journey version 2.0


Lama tak menulis pasal breastfeeding.
Hihi.

Maryam BF journey start in minutes lepas lahir.
Dalam labour room.
Start with skin to akin contact after birth, then terus menyusu dengan bijak.
Alhamdulillah.

Alhamdulillah. Maryam dh 11 bulan.
Masih menyusu. Complementary feeding.
Cikmek ni kuat makan. Suap apa pun makan.
Pantang nampak orang makan, dia mesti nak jugak.
Semalam, elok je makan sup daging opah suap.
Hari raya aidiladha ye tak...hehehe

Berbeza dengan irfan, maryam punya consumption susu kurang sikit.
Dari newborn lagi, dia minum tak sekerap abang dia.
Dulu irfan, untuk 12 jam, kena bekalkan 8 botol 4oz susu.
Maryam cuma perlukan 6 botol 3oz sahaja.

Macam abang irfan jugak, start solid food around 7 bulan cmtu. And bila dh 2 months start solid food terus introduce family food. Family food maksudnya, apa yg mama abah makan, itulah makanan anak2.
Alhamdulillah ok.
Maryam memang tak banyak ragam. Janji dah kenyang, tak restless, ada mama depan mata, she is a happy baby :)

Bila anak dah makan, susu berkurang pun dh tk risau sangat dah. Sbb dia boleh kenyang dengan makan or minum selain susu.
Cuba tak nak serabutkan kepala dengan masalah SUSU TAK CUKUP.
And... second baby ni buat aku lebih tenang as compared to first time dulu, semua pun nak risau, semua benda pun boleh jadi punca stress.

This time journey ada cabarannya jugak,
Tempat mengepam yg tak sesuai.
Office baru ni, or lebih spesificnya tempat mama kerja ni sangatlah terbuka, nak pam dekat workspace kena tunggu line clear. Dh la depan cubicle ni lelaki, huhu
Nak mengepam kat bilik lain, ambil masa pulak, keje dh la bertimbun je tak pernah surut, makanya memang ada la masa2 pam yg terskip.
Akibatnya? Block dutch, masititis, and worst sekali... rusty pipe. Pam 2oz susu keluar darah. Scary okay!
Demam tiap2 malam. Temperature sampai 39degree. Huhi
Boleh kata setiap bulan mesti kena demam.
Kalau terskip time pam.
Contoh, jumaat skip 2 session pam, menderita la demam malam sampai la hari ahad.
Huhuhuhu
Berdarah. Scary kan?

Alhamdulillah, maryam dh 9 10 bulan, aku skip pam pun dh tak demam dh.
Pam pun 2 kali je masa kt office, pagi sekali, petang sekali, kadang2, balik rumah baru pam. Hahahaha.
Please dont do this. It will harm you.

Now maryam cuma consume 2 or 3 botol 3oz susu.
Aku blikan jugak susu dutch lady untuk dia. Kot2 la dia nk susu tp BM yg aku bekalkan dh habis kan.
Tp so far, just jadi spare je la. Sbb maryam dh makan kan. Nothing to worry.

Insyaallah, will try my best to complete our bf journey sampai maryam 2 tahun.
Insyaallah.

Hati yang paling dicintai Allah

Attending ustazah Norhafizah Musa kuliah Muslimah tengahari tadi.

Tajuk kuliah hari ni, seperti tajuk di atas. Hehe

Okay. Serious.

Ustazah cerita berdasarkan hadis nabi muhammad s.a.w,tapi aku try google tadi nggakk jumpa.
I'm not very good at googling.
Kalau org kata, senang je.. google je.. memang aku blur nk google, nk guna keywords apa,. Haihhh.

Okay. Back to the main topic.

Ustazah cakap,hati yang paling dicintai, adalah apabila hati itu bersih jernih, hati itu teguh keyakinannya pada Allah, dan hati itu yg paling lembut.

So. Agak2 hati kita ada ciri2 itu tak? Haha.
Agak2 hati kita tergolong dalam hati yg dicintai Allah?

Hati yang jernih itu apabila 100 % hati kita semata2 kerana allah. Buat apa jugak semata mata kerana allah. Hatta marah atau membenci sesuatu itu kerana allah murka.

Hati yg penuh keyakinannya pada Allah.
Yang doanya hanya pada allah.
Yang minta segalanya dari allah.
Yang yakin dan sentiasa berbaik sangka atas segala takdir yg allah tentukan padanya.
Jika allah redha, dia redha.
Jika allah janjikan pahala, dia sabar.

Ustazah ada cerita pasal kisah siti hajar isteri nabi ibrahim.
Betapa teguh dan yakinnya dia pada setiap takdir yg allah tentukan untuknya.
Ditinggalkan berdua dengan ismail yg masih bayi. Tak apa. Allah ada.
Suaminya diperintahkan untuk menyembelih anaknya sendiri. Jika itu suruhan allah. Dia redha.
Lalu allah tukarkan nabi ismail dengan seekor kibas.

Hati yg teguh akan kuat imannya dalam berbuat baik.
Fokus dan bersungguh2 mengejar syurga allah.

Hati yang lembut bukan la hati yg senang sangat nak touching2.
Tapi hati yg lunak.
Hati yang sentiasa inginkan redha allah.
Yang menangisnya kerana takut allah murka,
Dan tegasnya kerana itu yg allah suka.

Sekian nota tazkirah saya :)

Mungkin ada tertinggal few tips yg ustazah share. Tak sempat salin le teeewww. Haha.


Buku: Prophetic Parenting

Jangan ditanya soalan seperti 'eh,dah habis baca buku yg beli haritu?'
Itu soalan sensitif buat masa ini. Hihi
Sebab, buku yg beli tahun tahun lepas pun masih tak terabis baca. Bukan tak baca langsung, baca, tp tak khatam. Haha

Hihi, setiap kali beli buku, baca buku yg best2 tu, mesti semangat sangat nk tulis review kat sini, kot kot la ada org terbaca blog ni, terbaca pasal review buku tu, terbuka hati orang nk beli buku tu jugak kan, dapat ilmu yg sama. Bagus apa...

Ya allah, panjangnya mukadimah. Haha.

Okay. Nak cerita pasal buku ni.


My humble opinion, buku ni mmg layak untuk ada dirak buku rumah semua orang.
Bukan untuk orang yg ada anak saja, orang yg belum jumpa jodoh pun perlu baca buku ni.
Dari sunnah memilih pasangan yg baik sampailah soal pendidikan seksual kepada anak ada dalam buku ni.
Semuanya berdasarkan hadis2 yg hasan, sahih. Kalau sesuatu perkara yg disebut dlm buku ini dari kategori hadis dhoif sekalipun ada tercatat di nota kakinya. Jadi, sebagai pembaca, memang mudah untuk kita ambil sebagai panduan.

Trust me, baru baca halaman persembahan je (page 13 to 23) dah rasa sesuatu dlm hati. Setiap doa doa yg kita ikut baca terus rasa bergetar seluruh jiwa, sbb apa yg yg dikongsi penulis dlm buku ini semua berdasarkan sunnah rasulullah dan al quran, doa doa yg diajar oleh baginda nabi dan ayat ayat suci dari allah, mmg hati sekeras batu pun boleh lembut. Serius.

Buku ni terbahagi kepada 6 bahagian dan 19 bab.
Bab bab dalam buku tersusun elok mengikut stages pendidikan mengikut level2 tertentu, contoh,
bab 2 metod mendidik anak hingga 2 tahun. Memang spesifik cerita tentang cara kita uruskan infant smpai la anak kita berusia 2 tahun.
bab 3 metod mendidik anak ala nabi. Memang diajar satu persatu panduan bagaimana kita perlu hadapi anak2 yg lebih berusia.

Kita, as a muslim. Kalau kita fikir dalam2, muhasabah betul2, kita patut bersyukur dilahirkan dengan iman dan islam.
Islam ni agama yg paling lengkap.
Dari segala segi.
Dari mendidik bayi yg kecil, muamalat, hatta cara buang air pun lengkap.
Tak ada satu pun unsur yg tidak adil atau menindas.
Kalau semua orang pun berakhlak baik macam yg rasul ajar. Amannya dunia ni.

Baca buku ni sebenarnya memdidik diri sendiri. Biar kita as ibu bapa terdidik dulu, biar akhlak baik kita diteladani anak anak.
Pernah dengar, kids will do what they see us do, not what we parents ask them to do.?
Kita suruh anak jangan minum berdiri sedangkan kita minum berlari, cam mana tu? Hihi
Lebih kurang gitulah.

As for my beloved little ones,
Apa yang aku harapkan sangat, biarlah kami as parents diorang jadi contoh yg baik pada diorang.
Baik buruk akhlak anak2 bermula dari rumah. Tak dinafikan cabaran dari luar sangatlah hebat.
Tak terlawan kadang2.

Aku bercakap ni pun bukannya anak aku tu dh remaja pun, baru 4 tahun (4 tahun pun belum,november baru genap) tp bila hantar sekolah, dia dah bergaul dengan orang luar, rakan sebaya and tak sebaya, pun dh memeningkan tau.
Mau tak pening, bila tetiba bila dia tgh main ngn adik dia yg baby tu tetiba boleh keluar ayat seperti "kau ni apahal??"
Terkojut mak incik dan pak incik ok.hihi
Sah sah ayat ayat tu dapat dari sekolah, maksud i bukanlah sekolah yg salah, i mean bila dia bersosial ngn kawan2 yg pelbagai kat sekolah. Itu belum kira tiba tiba balik sekolah cakap sabah "aku kau bahhhh" hahahhahaha

Bukan la nk blame social enviroment semata, tapi kita as makayah kena mainkan peranan penting.
Kena pandai tackle masalah yg mungkin datang as dugaan membesarkan anak.
Beza ye, tackle masalah dengan ilmu dan tanpa ilmu ye.
Beza ye, selesai masalah dengan emosi atau rasional ye.
Beza sangat.

Saya juga masih belajar,
Im not claiming that im a good mother hanya selepas baca satu buku, no.
Saya struggle hari2 perbaiki diri agar jadi lebih baik. Ada duit lebih, segala parenting course kalau boleh saya nk attend. Just untuk perbaiki diri sendiri. Sanggup.
And amal ilmu dari buku ini salah satu usaha saya.
I realy hope that others will benefits from this book too.

Ikhlas,
Mama intan.

Nota notis,
Buku buku lain yg saya nk cadangkan orang lain baca (wajibul ada dirak buku family, hihi) :
1. Biografi agung rasulullah
2. Indahnya hidup bersyariat
3. Aku terima nikahnya, bercinta sampai ke syurga,murabbi cinta - hasrizal jamil
4. Bersyukur saat diuji
Ehh banyak sgt sebenarnya.
Tp 4 yg dia atas, mho mmg wajib baca.





7th September 2014

How do you write 7th september 2014 in 14 letters without using numbers?
Only genius people can solve it..
jawap la...jika anda seorang yg genius..
sila la cuba... jawapannya?

ONEOFTHOSEDAYS.

Hahahahaha. Lawak apakah yg aku cuba lakukan ini? Hihi

Antara hari yg harus dikenang.
Hihi




Hari mengembirakan hati anak anak.

Kids

Rasanya ramai yg merasai apa yg aku rasa ni.
Aku rasa lah... hihi
Bila dah jadi parents ni mmg apa apa pun dlm kepala ni, anak anak.
Beli baju, belikan anak anak punya dulu.
Makan, pikir apa yg anak suka makan.
Even kalau bersembang pun, tak cerita pasal anak tak sah! Hahahha

Abg and adik kesayangan mama and abah.

Macam aku yg dah ada irfan and maryam ni, memang rasa cm dh terbelah 4 dah diriku ini.
Untuk diri sendiri, suami, untuk budak 2 orang tu.
Macam mana lah orang yg ada 4 5 6 orang anak tu ye?

Hihi. Tapi ada budak2 ni buat hati rasa penuh.
Walaupun kadang2 bukan semua acara pun in order, hihi tapi kita pasti/mesti/terpaksa senyum jugak bila mengenangkan anak anak ni.

Buat yg belum ada anak.
Jangan sedih.
Allah simpan yg lebih baik untuk anda.
Anda berjaya sabar dengan dugaan yg satu ni allah beri syurga
Orang ada anak anak ni lain pulak dugaannya.
Gagal jaga amanah yg satu ini memungkinkan kita diheret ke neraka pulak, na'uzubillahiminzalik.

Aku yg tak sampai 4 tahun jadi mak ni lagi lah.
Risau sangat takut tak jadi mak yg baik.
Semua pun dalam proses try and error.
Kalau satu cara tak jalan, cuba cara lain.
Hari2 pun struggle untuk jadi lebih baik.

Pernah dengar, once a baby was born, a mother born too.
Makanya mmg ibu itu sendiri melalui proses tumbesaran dan kematangan yg sama dengan anaknya.
Sebab tu bila dah ada anak no 2 3 4, proses tu jadi lebih mudah sbb dh punya pengalaman.

Aku pernah tnya azmil bila lepas buat apa2 aktiviti, kalau abang jadi irfan abang happy tak.
Hahaha, nampak tak betapa kuat rasa inferior disitu. Huhu

Buat anak anak mama,
Im so sorry if mama tak dapat jadi ibu yg 200% perfect. But i always and will always learn from my mistakes so that things become better for future.
I love both of u equally eternally.
Muah muah

Ini abang. Bila tantrum.

Ini adik. Bila tantrum.
Hahaha.
Tantrum tanrum pun comeiiii sangaaatttt.
Anak sapa?
Hahahahha.

Merdeka 2014

Excited mak incik tau.
Sebulan awal dah hint2 pak incik ckp nk bawak anak anak pergi merdeka parade.
Siap cakap kalau kita ditakdirkan balik ipoh weekend tu kita pegi jugak yg kat ipoh punya.
Hahahah. Dasar mak incik. Hihi

Excited tidak berhenti disitu sahaja.
Siap paksa anak2 tido awal mlm tu, hihi
Pagi2 mak incik siap mandi dulu. Hahaha
Kejutkan buah buah hati.
Agak mencabar, tp mak incik tak mengalah.

Keluar rumah sampai kat tren station kul 8pg tapi.... ramainya dh tunggu. Jadi silalah bayangkan betapa ramainya org kt dataran nun.

Semangat tak pak incik. Gagah tau pak incik kita. Dukung anak teruna atas bahu untuk beberapa jam. Hihi

Ini gambar menteri menteri nak balik doh. Gambar parade satu pun tak ambik. Ramai sgt orang. Mak incik pun nmpak sipi2 je.

Gambar ni irfan ahmad yg captured. Cantik tak?

Gambar ni pun sama. Gambar tanpa motif namanya. Haha

Selamat hari merdeka dari pak incik dan anak terunanya.

Kenapa i excited sangat?
Eh mestilah excited. Merdeka ok. Merdeka.

Walaupun buat masa ni irfan and maryam belum faham, tp kita expose je dulu. Supaya nnti2 nak ajar pasal erti kemerdekaan lebih mudah.
Merdeka bukan sekadar bersesak2 kt dataran semata. Lebih dari itu.
Tapi kita mula one step in a time.
Sampai masa mereka dah boleh faham.
Kita selit sikit sikit.

I want them to be proud born as Malaysian.
Biar membesar sihat bijak supaya dapat beri khidmat pada masyarakat.

Semangat.

Setelah sekian lama...

Hahaha..
Tajuk takleh blah...
Hihi

Kalau la blog ni boleh berkulat macam mug air chocholate yg aku biar tak berbasuh ni, mesti dh lama berkulat.
Hikhikhik.
Kesian blog.

Nk buat lagu mana, tuan punya blog lebih prefer merapu kt fb dia.
Hihi.
Gambar pun tempek kt Ig pastu link ke fb jugak makanya sepi lah blog ini.
Huhu

Ok.
Bagi tidak membiarkan blog ni sepi begitu saja, mari menulis sesuatu yg signifikan untuk dikenang.

Today. Thursday/Khamis. 28 august 2014.
Bila sampai pada tarikh ni, mesti ingat 2 perkara ni.
1. Tarikh pulangnya arwah abah (bapak mertuaku) kepangkuan rabbnya.
2. Birthday abbas anak kak jessie :)
Satu cerita sedih, satu cerita gumbira.
So this year, on this specific date genaplah 4 tahun pemergian abah and 4 tahun jugalah umur si abbas.

Semoga roh arwah abah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman dan beramal soleh. Semoga kami anak2 cucu cit keturunan abah menjadi anak2 yg soleh solehah yg sentiasa mendoakan abah. Semoga kita bertemu semula di firdaus.

Raya Ber-4

Raya tahun 2014  ni macam lengkap je sbb dh ada sepasang anak.
Hihi
Excited cari baju kurung forcikyam.
Nak matching ngn mama abah and abg.Extra seronok.
Tanda tanda excited. Hihi
Tahun ni giliran beraya di ipoh.
Raya kedua kita balik semula ke k.l ye.
Tahun ni tak mcm tahun sebelum ni (balik kodiang) sbb mak mertua den nk ke london. Hihi

Masak2 at ipoh mmg ibu jela yg masak, kita tolong2 aje.
Memandangkan cikdya pun 1st time beraya as isteri uncle pek, kita suh jela dia yg tunjuk bakat kat dapur. Hahaha.

Anak teruna bersiap

My love

Abah. Cikyam. Atok

Family potrait. Huru harare. Hahahaha
Alhamdulillah diberi lagi kesempatan untuk berpuasa dan beraya lagi tahun ni.
Semoga segala amalan baik dibulan ramadhan akan kekal buat even dh keluar dr bulan mulia ni.

Happy raya :D

World Cup 2014

Seperti yg semua orang sedia maklum,
German juara piala dunia 2014.
Hihihi
Diulangi GERMAN.
hihi.

Seperti kebiasaan, jemil menyokong tegar pasukan Brazil and Belanda, alah...tuan rumah yg kalah teruk ngn German tu, hahaha.

Aku sebenarnya dh pencen dh layan2 bola ni.
Zaman zaman membahan orang bila team yg disokong kalah tu dah lama dah berakhir, mmg dh tak berapa ada feeling nak tgk bola.
Ntah la kenapa.
Dah tua kot, anak pun dah dua. Hihi

Tapi yg bestnya, world cup kali ni masa bulan ramadhan, macam lagi mudah je bangun mlm dengan adanya world cup ni.
Siap ckp kat jemil, mlm yg german menang besar tu sbb aku doa dlm sujud supaya german menang, hihihi.. bunyi cam riak la pulak, hahaha.

Just nk tepek semua print screen yg penyokong brazil spammed kt wall fb aku, sudahnya wall fb dia senyap sunyi sepi bila team team dia kalah. Hahahaha

Anyhow, see u next 4 years.

Awal awal lagi dia berangan dah sampai Brazil, hihi
Tengokkk... percubaan untuk tujuan provokasi

German kalah sikit pun dia kecoh2, see

Mengkonpom out kan german kononnnnnn, hahahhha
Oklah.
Sekian sesi membahan suami sendiri di blog sendiri tanpa pengetahuan dia.
Hahahah.. ini kira mengumpat ke? Hahahaha
Aku tau jemil dh lama tak bukak belek2 baca blog aku ni, hihihi

Irfan Ahmad's first school exam

Exam ye kawan kawan exam.
Mak incik pun taktau nk nangis ke nak happy bila dapat memo and jadual periksa anak mak incik tu, huhuhu. Baru 4 tahun, hahaha

Dapat jadual a week before, patutnya buat la persediaan kan. Tapi kitorang (me and jemil) confiused taktau nk buat apa.
Makanya kita chill chill aja ya.. hihi

So far, sepengetahuan aku as his mother, Irfan memang dh kenal a bc sampai z cuma at that point aku rasa irfan kurang cam kalau a b c tu in small letter.
Bab mengira, rasanya penah dengar dia mengira, tp lapan ngn empat selalu salah sebut.

Semenjak dia dh sekolah ni aku mmg tau dia tau baca doa. Doa makan, doa masuk tandas, doa bangun tidur, itu antara yg aku selalu dengar dia baca la, dengar la jugak dia nyanyi lagu anak2 nabi, pastu dia sebut2 "ba baqarah".
Tp irfan ni kalau aku tegur or tunjuk yg aku dengar dia baca kang terus dia stop.

So kitorang pun just revise gitu2 jelah.
Nak kata ulangkaji tahap dewa tu tidaklah.

Cikgu pun suruh rileks, maka kita rileks jewww, hahahaha
So semalam masa parents teachers day, dapat tahulah markah si irfan ni.
Secara summarynya aku tau yg irfan faham apa yg cikgu2 ajar kat sekolah.
Cuma bab tulisan kena betulkan lagi, tgk balik kertas soalan pun yg salah sikit2 tu sbb 'tulisan cantikkk sangat', pastu sbb terlebih bijak, arahan suh colour eggs yg tersembunyi ditibainya colour the whole page, kan terlebih bijak namanya tu, hihi

Paper moral and agama islam dapat A okay.
Cam aku tulis kat status fb, nampak la mak ayah si irfan ni bermoral sikit, hahaha.
Yang aku risau sikit, bab mandarin dia. Aku sebenanrnya mmg tak berniat pun nk irfan ni pandai mandarin ke apa, cuma dh package sekolah tu ada mandarin, so go on jelah. Sudahnya aku plak susah hati tgk markah dia. Yela, aku nk ajar pun tak reti.
Anyway, dh jumpa teacher mandarin dia semalam, dia kata maybe irfan susah sikit nk catch up mandarin sbb dia baru start tahun ni, kawan2 dia semua dh start since umur 3 tahun.
Ok acceptable. Hahaha
Iqra baru iqra satu, bila tanya kat cikgu kenapa lama benorrrr sangkut kat buku 1, cikgu kata irfan still confiused jim dgn kho, okay. Faham.
Senang sungguh memuaskan hati mama si irfan ni kan, hihi

Okaylah pada aku, irfan pun baru 4 tahun.
Lagipun hantar dia sekolah ni pun salah satu usaha kitorang.
Nak ajar sendiri kat rumah mmg takdan la kan.
Kita cuba usaha apa yg patut ye.

Next exam, October.
Ye... bulan 10.
Good luck mama irfan and irfan ahmad.

Cikdya kawen

Cikdya is irfan and maryam one and only auntie.
Hihihi.
My younger sister.

Akhirnya ke jinjang pelamin juga adik aku,
Setelah berzaman deme dua ni bercinta.
Hihi

Dipendekkan cerita,
Ya and topek dinikahkah on 30 may 2014.
Majlis resepsinya on 31st may 2014.

Ni gambar beberapa minit sebelum ke masjid untuk nikah.

Tak sure boleh ke tidak view video ni,hihi

Ni muka cik lagi, belum puan

Ni pun gambar sebelum bergelar suami

Ni muka bersyukur. Dah jadi isteri orang, hihi



Nampak tak budak berlemuih tu. Dimana ada cikdya disitu ada dia. Makanya semua gambar kawen cikdya ada terselitlah gambar dia sekali. Hahahaha
The other week, on 7 Jun pulak berlangsungnya majlis bertandang di rumah uncle pek kat tepen nun. Hihi

See. Ada irfan disitu.

Ada 2 pasang pengantin. Jai tu adik tiri pek.

Encik Taufiq and Puan Safa Nadia
Dengan itu selesai lah majlis dikedua dua belah pihak.

Bermula lah kehidupan bersuami dan beristeri, hihi.

Doa dari kakakanda, hehehe
Semoga anda berdua sentiasa hidup dalam barakah, sakinah dan mawaddah.
Semoga anda berdua tenang melayari bahtera rumah tangga yg kadang2 datang geloranya.
Sentiasa selitkan iman dalam diri.
Selalu toleransi.
Wahhh.. berpuisi pulak ahhkakkk.

Okaylah. Sekian ucapan beta.


Hari Sukan version 2

Irfan and Maryam kan dh bertukar taska/tadika since January this year, makanya ni 1st hari sukan for both of them kt sekolah baru tapi second time in life for Irfan.

Perbarisan.
Start around 9am dengan perbarisan masuk ikut kelas.

Kelas 4 years old ada 2, 4 earth dgn 4 marikh. Irfan kelas 4 earth.

Jalur Gemilang.
Dh berbaris masuk tu, nyanyi national anthem, lagu lagu patriotik lain, lepas tu aerobic.

Sebelum sukaneka irfan, ada acara ayah and anak untuk baby nursery bayu mewah.
Maryam Hannah ngn abah took part, menang nombor 3. Hihi

Gambar takde, huhuhu
Acaranya ialah, abah kena cari baju anak sendiri yg dilonggokkan kat satu tempat, then lari balik pegi kt baby tukar diaper and baju baby.
Hihi.
Riuh ok. Riuh dengan suara sorakkan mak mak je.

Sukaneka
Irfan Ahmad masuk 2  acara, isi air dalam botol guna span dengan bawak bola dalam sudu guna mulut, kitorang menang sorak je, hahaha

Lepas tu ada acara mak and ayah, yg ni pun dapat no 3. Hahahh. Sakit2 badan lepas tu. Berusaha oh nk bg menang.

Actually masa ni opah, atuk and cikdya dtg sekali, excited nk attend sukan irfan and maryam.
Apa apa aje yg berkaitan dengan budak 2 org ni mmg buat orang semua teruja.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...