Search This Blog

Tariff Elektrik : Terjejas?

Basi sudah cerita ni.
Tak kira. Nak tulis jugak.

Dah naik sebanyak 2.23 sen /kilowatt sejam (KWj) atau 7.12%
kalau dulu 31.31 sen/KWj sekarang jadi 33.54 sen/KWj

Okay, tak melibatkan pengguna domestik yg menggunakan kurang daripada 300KWj sebulan atau jumlah bil bulanan yg biasanya kurang dari RM77 sebulan.

Bekalan elektrik masih percuma bagi yg guna kurang dari RM20 sebulan sehingga penghujung Disember tahun ni.

Rumah saya biasanya 100-200KWj per month.
Fine. Tak melibatkan saya secara directly, but indirectly mmg terjejas. Yela astro pun dh review semula harga package diorg and mestilah akan naik kan. Dan i can bet pasni lagi byk barang2 yg harganya akan naik lagi sbb kilang2 diorg semua guna more than 300KWj kannn???



Cuba menunjukkan betapa sedihnya saya.

Its like. ooO ada gempa bumi eh? kat mana? ooO kt jepun..takpe kita kat malaysia..jauh..TAK TERJEJAS... directly yes. indirectly??

Ni marahkan siapa sebenarnya? Tak marah...inikan utk menjana ekonomi negara jugak kan.

source: semua suratkhabar yg membincangkan isu ini.

I'm Proud to be a MOTHER : Contest

Saya nk menang Kain pasang cotton Viscose & special present from Turki / Russia...hihi


So kene usaha begini;



  • Jadi follower blog Ainul - checked
  • Tepek Banner contest - checked





Banner Contest


  • Letak pix mama & Irfan - checked

Mama : Intan Safarinaz binti Sabian
Baby : Irfan Ahmad bin Azmil Fakhri





  • Tag 3 org - checked

Ya gambar ngn anak sedara pun buleh,buh gambar kamu n irfan tau


  • Tinggalkan link kat comment - akan wat pasni..hihi


Irfan Ahmad first solid food!

Nyummmmmmmm
Since Irfan Ahmad dh 6months,and dah tunjukkan skill masukkan suma benda dlm mulut 
gigit-gigit-remote, we decided nk start try slow2  kasi dia makan.

1st food, bubur nasi+ EBM.

Will serve him the same menu atleast 4days, will observe first. Then will introduce different food with different flavour.

Jom balik masak jom!

6 Months : Pass!

It's been 6 months already.

Irfan Ahmad dah membesar bagaikan juara. He's not baby anymore..more too little boy.

Rasa cm baru semalan dia lahir.

Taken 08052011 : Baru masuk 5 Bulan
Sesungguh sungguhnya (ada ke ayat camni?) 6 bulan membesarkan,menyusukan,mendidik irfan.. ecewah.. smmgnya mencabar. I'm learning too. From zero to so called hero now. Mama yang memula dulu duk pikir cmne gayanya la nk besarkan anak ni ye..now dah menjadi mama kepada irfan selama 6 bulan sudah.

Syukur sgt atas achievement kerana berjaya exclusively breastfed Irfan Ahmad with my own milk. Like dpt Diploma pulak. Macam tu la kot rasanya, since tak pernah pun dpt diploma.. hahhaha

I've been like most kejam mom sbb berkeras hati tak nk bagi pacifier, semata mata sbb tak nak Irfan nipple-confuse. I'm so blessed dgn support yg padu dari jemil. Yang selalu counter advice me bila tiba tiba down and stress tak tentu punca.

Pendorong? Semestinya lah diri sendiri.. me..(bunyi mcm sgt jual ikan) tapi ya.. diri sendiri.. tepuk bahu sendiri and ucap tahniah. Segala onak duri selama 6 bulan ni berjaya ditempuhi.. another 18 months lagi. Good Luck.

Susu? takla banyak sampai penuh freezer. But alhamdulillah, murah rezeki Irfan Ahmad.

Praud? Of course! Rupanya mampu jugak aku ni ye.. betul lah.. Allah takkan uji hambanya dengan ujian melainkan hambanya mampu menerimanya. Alhamdulillah.

Menyaksikan Irfan Ahmad membesar depan mata siang dan malam buat dada ni penuh rasa keterujaan dan bersyukur kerana dikurniakan cahaya mata penyejuk hati ni.

Praying and hoping to be a better person, a better mama for Irfan Ahmad.

Love you son! xoxo




Pesanan Tun Mahathir

Melayu kena bersatu.
Jadi majoriti yg kuat, bkn hanya besar tapi lemah.

Semua kena Amanah, Berani, Rajin & Setia.

Mesti bangga dengan diri, bangsa & agama sendiri.

Ini negara kita, suka atau tidak tetap negara kita.

Masyarakat bersyukur adalah masyarakat yg baik.

Niat dlm (dlm dlm dlm dlm....) hati : Mahu menjadi lebih baik daripada semalam.

source: menonton Negarawan : Bersama Tun Dr Mahathir 06 August 2010

Hospital Bersalin

Kalau hospital bersalin...mesti dah ada banyak baby hospital kan... (hahahahaha..aku wat lawak hahahahahahahaha...aku wat lawak...hahahhaha..lawak ker???)

Okay. Serious.

Treat this as a note for future,kot kot la ada rezeki lebih menambah anak...

Mencari Hospital utk bersalin yg paling sesuai: Apa kata saya?

Tengok Budget kita. Kalau mampu utk dptkan khidmat pakar peribadi boleh la survey hospital mana yg diketahui yg pakarnya sangaaat pakar. I mean collect la reviews dari ramai org. Boleh tanya di forum2. Ramai yg boleh membantu. Di bawah adalah survey yg saya lakukan last year. Recommended by my friends yg penah bersalin disitu. HUKM private, Al Islam Kg Baru, Tawakal Hospital. Tapi end up dengan bersalin di hospital selayang.

Kalau tak mampu nk pegi hospital swasta,certain hospital kerajaan ada menyediakn scheme yg mana kite bayar sikit utk dpt layanan ala ala swasta. Di hospital selayang di panggil FPP scheme(saya guna scheme ni), kita boleh pilih doctor and duduk ward single bedded. Harganya murah sikit compare to bersalin di hospital swasta.

Mmg la ada org ckp bersalin kat mana pun sakitnya sama je, Tapi...... dlm pada sakit2 tu kalau kene dgn layanan yg baik and selesa, kurang sikit la sakitnya (kurang sakit hati..hikhikhik)

Pilih la hospital rakan bayi kalau kite nk breastfeed anak kita.Bkn apa, bila bersalin kt hospital yg betul2 mengamalkan polisi penyusuan susu ibu ni bawak botol n FM adalah diharamkan so....dgn sendirinya kita akan menyusukan anak kita,and di sana ada pakar yg akan membantu anda.

Swasta VS Goverment Hospital.

Dulu mula2 ingat nk g swasta,sbb ofismate suma ckp bsalin kat swasta ok..tapi kalau tiba2 kene c-sect tu kene la prepare duit lebih..and my mum and makcik2 suh g kerajaan..yela 1st baby ni dunno what to expect kan...lagipun masa tu kwn2 yg bersalin kat swasta ramai plak la yg operate.... takut...
Kalau bersalin di private hospital, nurse akan ambil and jaga anak kita di nursery. Hospital goverment kita kena jaga baby kita sendiri.Pasal kene jaga baby sendiri tu ada pro n kons gk kn, klau kene jg sendiri lagi sng nk bf baby and byk masa ngn baby...tp mesti la letih n tak cukup tido kan...


Apa yg org selalu tanya bila call hospital utk survey hospital utk bersalin. Dulu saya tanya:

  1. Ada maternity package? Apa yg ada dlm package tu?
  2. Insurance or GL kita cover tak kat situ?
  3. Husband boleh masuk labour room tak?
  4. Husband boleh stay jaga saya di ward tak post delivery? (kalau duk ward ramai2 tu confirm lah jawapannya tak boleh...)
  5. Kalau dh berkenan, how to book first appointment? phone or have to go to the hospital directly? Kebiasaannya, hospital tu mintak atleast skali kite g check up kat sana before deliver, ada yg 2 kali ada yg kene at 35weeks.. depends la..(tu la pentingnya bertanya)
My own experience.
Review: from 10 star i gave 9.7  (Boleh?)
Start check up kt sana ms dh 37weeks+. Under doctor.R. Dia head ob&gynae kt sana. Biasa la appointment adalah weekdays,so kena arrange cuti la. Tp ms sy bsalin doctor.R tak smpat dtg sy dh bersalin. Doctor.I yg smbut baby. Tp alhamdullah semua selamat. Both doctor pn jenis yg amik berat n friendly.
Actually selain doctor. I ada lg sorg doctor perempuan,tp dia pakai mask so sy x cm dia n nama dia. Tp diorg suma ok. Part ni sy bg 10/10 star. Yg x bestnya nurse2 kt wad tu,rsnya ada 2 org je yg ok n layan baik,yg lain tu suma mentality ******** yg 
hampeh. Org dh ckp dh taknk ubat tahan sakit (strictly no drugs) dia kecoh2 suh gk amik. Tension tau. Bkn ada effect apa pun kat aku, Last last akibatnya den mengantuk yg amat masa dh nk terberanak.Sian baby kene vacuum. Lg satu,esoknya.. doctor paeds yg tah apa2,mula2 sorg kata baby x kuning bleh discharge,then dtg sorg lg (tekan2 kulit baby) ckp kuning pulak,dtg sorg yg lain pulak baur sibuk nk amik darah,then dtg doctor yg lain pulak kata baby kuning and tak boleh discharge. Confius disitu.... Kuning baby dari 204 ke 237 ke 242 then turun 188 on discharge day. Lega rsnya.sbb ms dlm wad n tgk baby lemah je sgt la meruntun hati. Dtmbah plak ngn nurse2 yg x ketuk x wat kejenya lg la tnsion. alhamdulillah sumanya dh berakhir. 
Tips turun kuning: Cuma bfeedkn baby kerap ngn fototerapi shja. 

Fee: 1st checkup rm110, 2nd rm60,bsalin rm1700  Bayangkan kalau saya pilih utk bersalin di hospital swasta..bayangkan bill yg perlu dibayar. Jom bayangkan.


Sekian. Hope can help others




Mengawal Nafsu?

Subuh tadi rancangan kt astro oasis ada bincangkan pasal mengawal nafsu.

Marah.
Syahwat.
Tamak.
..and ada lagi yg saya dh lupa bila menjelang malam...hahaha

Sangat tertarik ngn cara penyampaian ustaz tu bila dia bercerita mengenai marah.
Yelahhh...i mudah marah orgnya..so rasa cm kene je kt batang hidung sendiri,rasa cm tersimbahnya sebaldi air kemukacantikbiasabiasasahajakuini..hikhikhik

Ingat! Nafsu marah tu dtgnya dari syaitan. Sbb tu bila marah muka kite pun akan menyerupai syaitan (cuba bygkn muka sendiri bila tgh marah...mata terbeliak..muka merah..seb baik tak kuar tanduk..)

Ada satu kisah nabi (s.a.w).
Saat seorg sahabat baginda dikutuk & dihina oleh satu golongan ni and sahabatnya hanya diam menahan sabar, baginda cuma tersenyum dan diam. Dan apabila sahabatnya tidak mampu menahan sabar and membalas apa yg golongan satu lagi tu buat, baginda beredar.
Sahabat bertanya kepada baginda mengapa baginda beredar.. ini jawapannya
'Ketika kamu diam dan bersabar, aku lihat sejumlah yg ramai malaikat disekelilingmu. Tetapi, ketika kamu sedang marah, kulihat syaitan dikelilingmu.'

Okay. Mode: Insaf and taknak marah2 lagi.

Cara nk kawal marah.
Kalau masa marah2 tu tgh berdiri cuba duduk and istigfar..
Kalu tgh duduk cuba baring and istigfar byk byk...
Kot pasni ada yg tiba2 terbaring kt opis...sbb menahan marah....(sedang bersabar katanya.......)
okay okay not funny... serious..

Nafsu makan?
Makan sebelum terlalu lapar.
Berhenti sebelum terlalu kenyang..... (dh kenyang sgt kang sah sah terbungkang x larat sembahyang.. ehehehcmpantunpulak)

Nafsu Syahwat?
bak kata abgkeretamayat disini ,bila teringat nk wat dosa tu cuba ingat balik..kalau kita berjaya menjadi hamba allah yg mulia,syurga balasannya... dan di syurga segala benda pun kita boleh minta. Lebih lagi daripada apa yg kita teringin didunia yg sementara ni.
Dan bila kita bertaubat nasuha utk tidak mengulangi dosa dosa kita akan kite temui nikmatnya.

Tamak.
Summary: Jangan bersikap tamak. Org tamak selalu rugi. Sharing is a good manner (bak kata KhaleedanakKakJessie..dia takde blog lagi so tokleh link..hihi)
Cam aritu,masa pump susu, dlm botol 5oz tu dh nk dekat penuh and ada la beberapa titik kt corong pump tu yg aku sibuk sgt tonggeng2kn sbb nk bg gak 2 3 titik tu masuk dlm botol,sekali........tau apa jadi? sudahnya susu yg dlm botol tu yg tertumpah keluar dari botol. Adeh...kan dh rugi.

That is why i wrote all of the above. To share.

Okay, sekian sahaja entry serious saya.

Gimme Five!

5 Important dates
  1. 30 01 2010 : Nikah
  2. 25 May : Birthdate my Jemil
  3. 25 April : my own Birthdate (penting ni...kang lupo umur brapa..)
  4. DuaPuluhSatuNovember : Birthdate my Irfan
  5. Tarikh gaji (the very2 important one...)
  
5 Things I did yesterday
  1. Mandikan Irfan
  2. Gomol Irfan and bapak Irfan...heeee lariiiiiiii..
  3. Masak Maggie (jarang wat ni...so kene tulis sini)
  4. Basuh baju2 irfan, but actually not me doing it..its the machine..haha
  5. Tido tido dan tido
  
5 Things that make me happy
  1. when suddenly teringat how me jemil and irfan gelak terkekehkekeh..sooooOO happy
  2. Money
  3. Dapat Bonus (haaiiiiii..tahun ni bile lah ye??) eh..sama la cam kt atas tu.. mata duitan sungguh
  4. When i feel that i have completed all office task.. (not achived yet)
  5. L.O.V.E..so love me!


  
5 Reasons why I am doing this?

  1.  NOEN tag suh wat..hihi
  2. kebosanan
  3. Aku sorang2 kat office time ni.. serammmm..
  4. Aku bosan..eh sama plak cm no.2
  5.  saja.. for fun


5 Friends to tag

Irfan Ahmad Milestone

..as of 21 April 2011
Already 5mo++ dh anak bujang mama ni.
Sudah buleh berguling2 serata rumah.
Sudah boleh menjelajah hingga ke bwh sofa.
Menarik keluar decoder astro dari tempat asalnya.

on 20 April 2011, Irfan's 5mo check up.
Berat naik 0.4kg.
Tinggi 2.5cm.. owh another 100cm Irfan will be tall as mama.


The reason why dia sukaaaa geget2 finger sampai merah....

on 02 May 2011..
Irfan sudah ada gigi satu dibawah.. yeaaaa..

okay..tu je nk tulis.
another history tercipta
supaya ingat sampai bila bila............................

Research Dept. Lunch & Hi-Tea

30-04-2011
Royale Chulan, Kuala Lumpur

Makan makan makan makan makan daaannn makann

Bapak bapak

Domokkkk...

Irfan & Gurlfren..hihi

Another table

Cabutan yg confirm bertuah

A gift from Amirah

Mine to Munirah


adik beradik lain mak lain bapak
 Another day to remember.

DuaPuluhEnamSudah!

I'm not a birthday girl anymore. Dah 28hb ye hari ini.

pic. from Google


Terharu. Ramai yg still sudi wish happy birthday.

Achievement?

Since dinaikkan pangkat as a Officer-gajiciputgile (astaghfirullahalazim.. sila lah bersyukur wahai hamba allah) last 2 years saya masih di takuk and lekuk yg sama. Nothing much.
When i was 24y 9mo i got married.
Deliver my first baby when i was 25y 7mo
and yesterday.. i'm 26years old... old? Adoii.
Height masih kekal 167.5cm
Berat...... rahsia. hahahahaha

Azam.
To be a lot better than previous years, but i will start it tomorrow, because today i'm still doing what i promise not to do...hihihi.
I'll try to be a better person.
Will try to be a good daughter to my parents.
A good sister to my sister.
A good wife to my husband.
..and a good mother to my son.

courtesy to keretamayat : Jgn malu nak bertaubat kerana dh byk kali buat dosa, tp malulah kalau asyik ulang dosa byk kali sbb dah byk kali bertaubat.

Another year for me. My pray... Hope this year i will be much more better.

Breastfeeding : How to start?

How to start ke? Rasanya better how to plan..


Okay ada disclaimer disini : The entire contents of this entry are based upon my opinion and from my own experience, unless stated otherwise. The information is not intended to replace a one-on-one consultation with lactation consultant. It is a sharing information and knowledge from (again..) my experience. It is just to give some ideas and suggestions on breastfeeding your baby. Me myself and i (hahaha) disclaim any liability arising directly or indirectly from the use of the information contained here. 


Polisi : Bayi berusia 6 bulan ke bawah HANYA memerlukan susu ibu sahaja. Ianya bukan polisi kementerian kesihatan Malaysia sahaja tetapi seluruh dunia oleh WHO. Polisi ini diwujudkan selepas beberapa tahun kajian dibuat bahawa bayi yang diberi makanan lain sebelum usia 6 bulan akan lebih mudah mengalami infeksi dan masalah2 kesihatan yang merbahaya. (courtesy to Kaksu Lunatots, amik ayat dari blog dia)


Dolu dolu.. opah i susukan anak anak dia without Formula Milk(FM), yeah because zaman tu tak berapa mampu and ada ke FM at that time?? And.. my opah juga adalah wanita bkerjaya sbb dia keje menoreh getah and sometimes jadi nelayan, which is anak mmg tinggal kat umah bile dia kuar bekerja (sedih kalu dgr cite opah dulu tau..) According to her also, dia menyusukan anak anak buah dia jugak, if kakak dia kuar bekerja. So dipendekkan citer mmg opah wat tenderm nursing lah because at that time my ayah and his sepupu nenen ngn opah.
Sbb tu masa tetiba ada perasaan ragu ragu nk breastfeed my baby the 1st person i tanya is my opah. Tanya dia, 'pah, ssh tak susu kan anak?' and she replied 'tak susah pun, tp kenapa nk susukan anak? Intan kan keje, bli susu tin aje, senang' hahahhahaha.. 'abes tu nape dulu opah tak bagi ayah ngn chu susu tin je?' 'sbb x mampu' itulah jawapannya....
Moral of this story : Menyusukan anak anda adalah sgt menjimatkan


Now,berbalik kepada tajuk How to plan?

I know about Breastfeeding (BF) ni masa belum kahwin pun lagi. Bile officemates yg baru bersalin duk bcerita about it kat office. Pasal kebaikan BF anak, bile diorg duk bincang pasal Breastpump (BP) mana yg paling sesuai and mampu dimiliki, bile next motherhood/parenthood/mami baby fair/expo (huhuuhu..chit chat mak mak aku panggil).
So, bile disahkan pregnant je aku dh tau dh kat sape aku nk tnya pasal BF ni, kwn yg mana satu boleh tolong aku, website mana yg aku bleh rujuk and blog mana bleh g terjah cari ilmu. Then i plan my own strategy.....


1st Niat dlm hati, i'm going to give my kid the best susu, which is my own milk lah kan... Doa banyak2 supaya allah tolong kita. Doa seorang ibu, insyaallah allah makbulkan.Discuss dengan suami. Suami mana yg tak bangga kalau isteri sungguh2 berniat nk susukan zuriat dia sendiri tanpa bantuan susu lembu.


2nd Belajar (menuntut ilmu dari yg pakar :  join forum (cth : susuibu.com), follow blog2 ibu yg bf anak dia (dari sini kite dpt belajar dari pengalaman diorg) yg baik kite ikut. Boleh je tanya2 lactation counselor or peer counselor,diorg okay je nk tolong kite yg baru belajar ni. Masa dlm pantang kt ipoh dulu peer counselor siap dtg rumah melawat, tlg tgk cara latching bagai..baik kan diorng.Join la kalau ada SGM yg diorg anjurkan. Seronok, sbb boleh jumpa face to face and kongsi ilmu sama2.Jangan lupa ajak suami skali, kalau boleh heret sekali mak or mak mertua or sesapa yg bakal menjaga kita semasa berpantang nanti. Biar diorg pun dpt ilmu2 mengenai penyusuan susu ibu ni.
Mcm saya buat,tiap kali terbaca info kat mana2 balik mesti share ngn suami, sampai dia pun jadi terror bab BF ni..hihi


                                             Yes. saya mmg bawak husband saya pegi SGM


                          2010 2nd Perak SGM, Ipoh : saya heret suami and adik saya sekali..hihi


3rd Bagi2 ibu yg bkerja, anda memerlukan batuan BP utk memerah susu anda ketika di pejabat (baby tinggal dgn pengasuh) Sekali lagi disini saya tegaskan, mengikut pengalaman saya BP ni mmg sgt diperlukan. But... maybe ada antara kita boleh survive tanpa BP ni sbb mmg terror memerah hanya dengan tangan. BP jenis/jenama apa tu for me kena tanya diri sendiri.. tp you can use this as guidance:


  • kalau ada duit lebih, can buy an electric BP,so that tak lenguh tangan mengepam secara manual. Yg freestyle pun ada....... @.@ hihi
  • kalau kat ofis anda superbusy, pls get double pump BP for yourself (jimat masa) if not can just use a single pump.
  • try to get a hospital grade BP, sbb diorg dh wat research to improve their gadget.. kdg tu mmg mahal sikit but for me baik spend duit sikit utk benda yg baik daripada duk bazir duit bli yg baru bile yg lama tu ada je problemnya.. betul tak?
  • Beli sebelum anda bersalin ye, sbb kite takkan tahu keperluannya. Takut nnti susah lak nk suh hubby g bli kan, kalau hubby yg serba tahu takpe..takut dia pun confius nk bli yg mana. Saya bli BP saya disini, servisnya sgt bagus. Efficiency for after service sgt saya hargai.
Sbnrnya guna alat bantuan harga berjuta sekali pun, kalu malas pump pun lama2 kurang gak susu.... hihihi

Kata2 hikmah ni kena ingat ye.. BF = DEMAND and SUPPLY.. if takde demand nnti badan pun taknk supply.


4th Tawakal. Bila sampai tahap ni, bile rasa macam dh baca/faham suma pasal BF ni (terror...latching? alahhh kacang je tu) jgn riak..tunggu.. sbb the challenge will start when your baby arrived. When you first time hold the baby.. . time tu la baru perasan nipple inverted la, baby ada tongue tie la, sumbing la, baby pre mature la.. haaaaaaaaaahhh.. gelabah.. sbb tu perlunya kita gali ilmu awal2 lagi.. atleast boleh dijadikan panduan. Saya nk ckp lebih pun tak pandai. Saya sarankan anda google. Hehehehe


Saya dulu rajin cari info kt sini, tak tahu kenapa, maybe saya tertarik dgn penulisannya yg bersahaja. And most important thing suma info pasal BF yg terlintas kt kepala ni ada dibincangkan kat sini. Cam tempat cari sumber inspirasi and motivasi pun jugak.


This post dedicated to all my friends/so-called-friends yg ramai nk bersalin aroud this coming May and June. Nak approach depan2 i malu..... huhuhu.. Dengan doa hopefully bakal2 ibu ini boleh susukan baby masing2.


Good Luck.


If ada tersalah info ke or apa ke betulkan ye. I just write based on my experience yg setahun jagung ni. Yg baik semua dr allah,yg buruk tu dr diri saya yg cetek ilmu ni. 


Lastly, kite hanya mampu merancang, dan allah menentukan segalanya. Doesn't mean if you fail to BF your baby makes you a bad mother. Semua org pun mahu yg terbaik utk anaknya.


Bye.













I went to SARAKIDS BF Gathering last Sunday!

Assalamualaikum.

                               Tema :  Menyusu Sama sama =)


Telah kupaksa Jemil and Irfan bangun awal2 pagi. hihihi kalu boleh nak sampai sharp2 kul 9:00 dpn kaunter registration tu.




Can see my signature there? i wrote : 'Heart' boobsfeed moms





Kenapa eh teruja sgt nk join event ni..tah la.. my passion kot..
Raaaamaii ibu2 yg menyusu kt event tu, ada jgk la bkenalan ngn 2-3 org. 2-3 je?? Yela.. i'm still trying to improve my softskill okay.. saya ni pemalu orgnya (silap pandang org ingat i sombong-bongkak plak.. sbb i tak reti bersosial) but i'm improving..


                                                              Suka je pak haji kecik ni

Masa sara naik kuda masuk hall (hall ke?.. den tak tau nk panggil apa..haha) tu and then dia naik stage peluk mami dia adoiii sebak sgt, ditambah dengan suara emcee pun dh sebak2 jugak, rasa cm 2 kali adoooiii.. touching tau that moment.

Pastu ada slide presentation, yg ni best sbb me and jemil sgt excited nk tgk muka irfan.. hihihi masa hari khamis tu staff SARAKIDS email mintak kalu ada gamba irfan sedang ketawa gembira.. actually baaanyaakk.. irfan kan suka sengih. Rasa cm nk mintak je kat kak farah slide tu.. ayat2 dia very inspiring tau.


                                                         This is me with my heart and soul




                                                           Both are my heart and soul

Kitorg sgt semangat nyanyi lagu utk breastfeeding tu tau..bak kata jemil, cam pegi MLTR punya concert lak nyanyi sama sama..hahaha

     Menyusukan anak bersama sama. Sila abaikan tudung senget
benget tu ye. Maklumlahhh..anak kecik...

Ada breastfeeding thoughts done by tuan tanah rumah. Sumpah sedih ye dgr nasihat dari ibu 3 org anak ni.Sebak....tp kite control cun sbb takut banjir stage tu.


Mama : Pink, Abah: Hitam Anak2: Merah. Nampak tak nampak tak? sporting kan suma org..



Ni another cerita sedih, previously kalu pegi dinner ke party ke jamuan ke competition ke mmg tak penah bertuah utk dpt cabutan bertuah, and masa event ni lagi sekali tak bertuah, sbb disaat nomborku disebut utk amik hadiah atas stage, kertas cabutan bertuah yg tertulis nombor itu sudah pun hilang... cemerkap sungguh bini si jemil ni.

Takpela.. bak kata si suami-yg-memula-marah2-sbb-kertas-tu-hilang, dh tertulis mmg bukan rezeki nk wat cm mana... Lps ni sila jaga kertas nombor cabutan bertuah anda utk dinner seterusnya.

Ready to hip hip hooray! Tapi i takleh hip hip hooray sambil lambung anak sbb anak i tedo.. hihi



Gambar wajib sebelum balik ye. Bergambar dgn tuan rumah.


Sifu. Kalau boleh nak jadi macam dia.

Overall..mmg best. rasanya kene lebih bersosial and jgn malu2 lagi. Kene jadi lebih sporting pasni.. hahaha

Ada ke sapa2 lagi nk jemput g gathering lagi pasni?

M.A.L.A.S


Sumpahan. Terus jadi Si Tupai yg Malas.

picture from Google Image

Kenapa eh jadi cmni? Takkan la demotivated sampai macamni sekali. 
Takde ke suntikan semangat........
Takde ke?

Ya allah, tolong la hambamu ini mencari jalan yg lebih baik..
Jangan malas2 lagi..
Wake up please..

p/s mahu pulang mencari suntikan semangat.

Tukar = Change = Transformation = Transformers :)

Saya mahu bertukar.
Tetapi masih ragu ragu.
Perlu solat istikharah barangkali.
Mohon Tuhan membantu.
Hopefully lebih tenang.


Awat skema sgt aku harini?

Baby Boy Momma Cough & Selsema =(


Alololo..sedihnya tgk muka anak mama ni. Cepat sihat ye sayang. Since ahad aritu tetiba je irfan batuk2 + selsema, batuk2 manja cute tu dh biasa dh dgr..setakat hidung basah2 mewarisi hidung manja cm mama pun biasa jugak, but kali ni irfan mmg batuk yg betul2 (bunyi cm org tua batuk). Sian dia. Last saturday masa pegi kenduri and even dh balik umah pun dia sgt active, main and gelak2 cm biasa.. tetiba malam dia sohsehsohseh and batuk uhukuhuk.
Isnin g school cm biasa. Selasa mama cuti jaga irfan. Rabu g school tp bbsitter ckp irfan cm ragam2 sikit,taknk tido even bagi ubat yg bleh membuatkan dia mngntuk (apakah??). And today dgn berat hati terpaksa anta irfan g school (read as : nursery ye) jugak. Mama takde byk cuti la sayang. Kalau lah mama ni jutawan..............  mode: berangan

1st Post. Yeayyy

Okay. Actually i'm just follow what Babycenter suggest when i read about my bb progress this morning,which is to start a blog! hihiii.. taklahh.. sbnrnya mmg dh lama niat nk ada blog. Nmpaknya dh terealisasi dah.
It's for fun. For my own memories. Incase dh tua2 nnti bleh baca balik entry2 dlm ni utk menguatkan kembali ingatan.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...