Search This Blog

Khatan Irfan Ahmad

Mama's big boy ni dah selamat dikhatankan on 8 Dec 2018 (Sabtu)

Since Irfan start sekolah rendah, bila dia terbiasa dengar orang sebut "sunat", kami pun dah start explain what sunat is.
Walaupun apa yg Irfan dengar pasal sunat semua cerita cerita scary, kita try counter dengan cerita yg lebih positif. Like kenapa perlu sunat. sunat tu dibuat oleh siapa dan bagaimana.
Yang paling works aku rasa ialah biar dia tanya dan discuss pasal sunat ni dengan kawan kawan dia.
Dekat transit dia, ramai abang abang yang dia agak rapat, jadinya kita gunalah cerita abang abang tu sunat and abang tu elok je sihat hah, so it is a real study case depan mata dia yang sunat tu tidaklah scary mana since the living subject happy je teruskan kehidupan selepas sunat kan. hahahahaha

Dalam pada kami carikan klinik dan tarikh yg sesuai untuk dia berkhatan, rupanya memang classmate dia pun ramai yang bakal sunat during cuti sekolah ni. Maka makin mudahlah proses nak yakinkan dia umtuk bersunat juga.

Alang alang mama cuti sebab nak belikan kek and celebrate birthday dia kat transit, mama terus singgah Pusrawi untuk daftar khatan dia. hahahahaha ironi sangat daftar sunat exactly on his 8th birthday.

Bila dah confirm tarikh tu, gigih lah kitorang menyediakan segala kelengkapan lain,
Belikan kain pelikat.
Babah pergi kedai hardware beli paip pvc utk jadikan frame untuk gantung kain pelikat nanti.
Pergi farmasi beli segala barang barang untuk dressing, kitorang beli kapas, cotton bud, and dermacyn solution. krim sapu tak beli sebab yakin pihak hospital akan bagi nanti.

Tibalah hari yang dinanti nanti. hehe

Dia orang terakhir. so kami chil chil je lah tunggu giliran.

Alhamdulillah. Selamat dah.

at home

Kebetulan sebab kami pergi lambat sikit, jadi irfan boy paling last untuk disunatkan haritu.
So memang lepas dia keluar dari daycare tu sekali dengan surgeon yg sunatkan dia,
Surgeon tu puji dia hebat, dia kata irfan sempat sembang sembang lagi dengan dia masa proses khatan tadi, Irfan siap cerita kat surgeon tu yg dalam kelas dia (darjah dua) dia sorang je belum sunat, kawan kawan lain dah sunat. hahahaha
This is why i told you, allowing the boys to discuss about this sunat thing will help them to gain the strength to undergo the process. hahaha

Alhamdulillah. since proses sunat irfan under bius, makanya lepas prosedur tu elok lah dia berjalan singgah kedai beli barang like nothing happen kan. Azab sakit tu datang bila ubat bius habis. hehehe.

Penjagaan luka sunat
Nasihat daripada nurse dekat daycare masa selesai proses sunat tu, nurse tu cakap, since ubat bius ni ada lagi, nanti sampai je rumah terus bukak balutan jahitan kat penis dia tu. cuci biasa biasa je dan keringkan. Keypoint nya disini kena sentiasa kering.

Masa nak turun elevator haritu, kan kitorang turun sekali dengan surgeon yg sunatkan irfan kan, dia punya suggestion "kalau nak dia selesa, biar je balutan tu sehari dua, esok buka pun takpe"
Hahhhh terus mak pak irfan jadi confiused.
But... we decided to take out the bandage as soon as irfan dah settle dekat rumah.
Sebab.. logiknya since irfan belum rasa sakit lagi, kan ada ubat bius lagi , so proses nak cabutkan bandage tu mudah, dah lah benda tu melekat lekat lagi dengan kulit yg baru jahit, kalau decide bukak time dia dah mula rasa sakit takke meraung nanti. hahaha
Alhamdulillah sebab rasa dah buat pilihan tepat.

Proses dressing lah yg paling azab.
Doctor prescribed iodin untuk guna bila cuci luka, tapi... iodin tu kan pedih. meraung lah pakcik ni.
Siap menjerit "Mama cederakan Irfan!!!!" hahahahahha
So since iodin tu untuk stopkan pendarahan kan, and by esoknya tu dah takde darah, makanya proses dressing kitorang just cuci dengan air suam, dermacyn then keringkan.
Bila dah nampak kulit tu dah jadi cam kulit nak kering tu kitorang sapukan dengan eye ointment yg doctor bagi. Tu antibacterial cream rupanya.

Alhamdulillah, a week later tu dia dah sembuh dah.
Tapi rasa ngilu ngilu tu ada.
Jemil kata normal lah tu.
Dulu duduk dalam kulit, lepas sunat kan duk kat luar.
Memang lah rasa tak selesa sikit.

Maka berakhirlah cerita Irfan sunat.
hehehe

Another milestone discovered.

Why blogging?

I found myself love to write.
and i benefit much from other's writing.

zaman ni, google je, you'll find the answer.
it is just you need to verify the facts so that you'll not get into trouble since dekat internet ni banyak sangat penipuan juga. so, be clever please.

i have lots to share, i mean something that i think important to share.
dah ada rangka, tapi dalam kepala je. hahahahaha

this will take sometimes until , i have time to really put it here. haha

till then, marilah kita cari idea.

anyway, my favourite blog that i always singgah when i bloghopping sekarang ialah blog tasha manshahar, hahahaha
haritu gigih follow sbb nak baca kisah kisah sweet dia and raqib, all those halal dating story.
tapi, since dia banyak cerita kisah hijrah dia, lagi rasa nak kena kerap refresh tunggu new post. hahaha





Another bff wedding: A.d kawen



Happy Anniversary AD and Azhar.
hahahaah.. ad kahwen october 2015. 2017 baru aku publish cerita kahwen special bff aku ni, haha.

*okay, ini kelakar, aku ingat aku dah publish. rupanya it remained unpublish hahahaha
and today dah Aug 2018!

so ginilah, aku akan set auto publish on her birthday(nikah day) hahahaha sempena anniversary ke 3 dia.hahahahahah

Alhamdulillah. Tuhan temukan jodoh sahabat baik aku ni. 

Happy 3rd anniversary Adliany Adnan dan suami. semoga bahagia sampai syurga.

We love you.


Maryam, Me, Azhar, AD, Cikin, yang terbaring tu Irfan dan kawan barunya. 




Makan je keje budak ni. hahahaha

Aku tak sangka AD pilih pakai pink!

Missing Suraya and Ain

Kesempurnaan

Touched!
This post lalu di timeline FB haritu.
Terus rasa i need to write something similar.

Sebagai seorang isteri dan ibu, menjadi sempurna itu terlalu berat.
Tak kisahlah sama ada dia seorang wanita berkerjaya atau suri rumah.
Sempurnanya seseorang dia itu diukur pada seawal mana dia bangun daripada tidur, sarapan apa yg dia sediakan di atas meja, dan dia ditakrifkan sempurna bilamana rumah sentiasa kemas, bersih, lantai berkilat, baju baju kotor siap dibasuh disidai, dan sempurnanya seorang itu bila tiada longgokkan baju bersih yg belum dilipat.
Ibu yg sempurna ialah ibu yg sentiasa menyediakan masakan,makanan yang berkhasiat untuk keluarganya .
Isteri sempurna sentiasa ada senyum di wajahnya. Yang sentiasa melayani suami dengan gembira.
Walau hati dia sering diluka.

And... I would say, susahnya nak jadi sempurna. And.. I am not that perfect .Yet.

Dan perkara kedua, menjadi mangsa keganasan rumah tangga ni, bukan hanya sekadar physical violence yg nampak di mata. Bukan tunggu kena pukul dan lebam biji mata sahaja. Mentally torture pun sama.
Dibuli sebab perempuan itu nampak lemah di mata dia.
Belum kira cerita kisah orang ketiga or campur tangan keluarga mertua.

Penat bila fikirkan masalah dunia.
Tapi percaya yg Allah tak jadikan apa juga cerita itu sia sia.

Dan apa kena mengena dengan aku.
Hmmm... Setiap pagi, bangun pagi, menghadap cermin, tengok muka sendiri, syukur, bangun pagi tanpa mata lebam sebab kena tumbuk, atau mata bengkak sebab menangis sepanjang malam menangisi nasib. Atau bibir pecah akibat ditempeling, atau hati pedih disindir sindir.

Akibat terlalu lama menghadap cermin, picit tube pencuci muka dan letak krim pada berus gigi, mujur cepat sedar, kalau tak selamat lahhhh...

Sekian.


Re introduce myself

I'm Intan.

Mother of two, Irfan and Maryam.
Wife to Jemil. haha

it was 7 years ago when i started to create this blog for me to rant about my daily life, rant yg panjang panjang. yang pendek2 kita buat kat fb. hahaha

so since irfan dah besar sikit, lepas tu maryam lahir, my time for writing dah ke laut.
kalau orang perasan, masa irfan kecik, everymonth gigih update his milestone bagai, anak no 2 haremmmmm... bukan lah takde, tapi sangat kurang.

yes, i'm busy mothering, so bye to blogging hahaha

so now since both of them dah besar sikit and mama banyak masa sengsorang meh lah kita start balik menulis.
aaand i'm planning to create each them their own blog to encourage them to write.
hahahahaa.

so here we are, depan pc mula cuba menulis kembali.


Irfan Ahmad and mama. he is the reason and factor that i created this blog. hahaha
Maryam Hannah. My second born. Mama's girlfriend!

Azam hujung tahun 2018

hahahahhaha


aci kan, sempena malaysia baru bulan ogos ni kita buat azam baru.

supaya blog ni tidak bersawang.

dengan ini saya berjanji akan share 1 post bermanfaat sebulan. hahaha

start small.

Vetik store or Vetik resources or kedai barang creative PENIPU

Ketahuilah rakyat jelata sekalian fb page vetik store kat fb yg iklan smartwatch dengan harga memanggil manggil suh beli tu penipu besar.

Duit orang dah bank in, dia buat senyap.
Orang pm dia buat bodoh.
Bila ugut nak buat laporan, dia marah.
Bagi tracking number tapi kat website poslaju tulis record not found.

Takpa2. Takkan kaya aihh duk menipu duit orang diknon ooii.

Akak redha dan pasrah dah, tapi this message is to help the world know that you are PENIPU.



Irfan Ahmad darjah SATU!

Hahahah dah nak dekat setengah tahun anak sekolah baru mak dia nk tulis kat blog cerita ni. Basi.

Smart boy. Tak tidur malam mama and abah ready kan barang dia. Excited. Haha

Wasiat. Hahaha.  1st time masuk sekolah budak besar kan, punya lah mama abah risau macam2 pesanan bagi. Haha 

Nampak je cool,  dalam hati tuhan je tahu.  Walaupun irfan dah darjah satu, still a baby to us. 

See.  Ada je nak dibetulkan. Haha 

Bas sekolah. Perkara that worry us the most. Siap tulis kat kad nama irfan bus plate number, suruh dia hafal lagi, supaya tak salah naik bas. Hahaha.  

Alhamdulillah,  we able to take leave for 3 days so that boleh pantau irfan kat sekolah.  Even on the second day mama kena masuk office, abah pantau dia naik bas semua dah ok. The 4th day he is on his own, Alhamdulillah. Nothing to worry.

Haha,  dah setengah tahun sekolah. 2 kali ujian dah. Haha. Duit hilang, mama terlupa buh duit belanja, macam macam. Alhamdulillah irfan survived.  Main sampai terkena pembaris cikgu kat area mana, hadoi macam macam lah.

Hah camtu sekali jadinya, lasak sangat main lawan2. Kami okay, faham boys will be boys, mmg main kasar, tapi bila dapat tau jadi cam gini risau mak wehh. 
I always said to myself,  hantar g sekolah ni bukan utk bagi pandai bab pelajaran je, kita hantar sekolah supaya anak anak terdedah pada persekitaran luar. Biar dia pandai berkawan, tahu baik buruk setiap apa yg dia nampak di luar tu. Kita as mak ayah la kena counter balik and didik dia pilih yg betul.  Nak cakap risau pasal zaman la yg sangat mencabar ni mmg lah rasa cam nak kepit je anak anak ni letak bawah ketiak. Hahahaha. Tp life doesn't work that way.
Pelajaran terbaik adalah di jalanan. Kena keluar dan belajar sesuatu yg baru hari hari. Pengalaman is our best teacher.

Huhuhu. Sekian bebelan mak anak baru darjah satu. Kita tgk sok anak dia masuk tingkatan satu jadi lagu mana.  Hahaha

Nasihat 32 tahun intan kepada 23 tahun intan (something that i wish i can nasihat myself 9 years ago)

I know i cant turn back time.  Tapi if incase ada orang yg came across this writing and find it beneficial, please share this.

A 23 year old me, hmmm time tu tahun akhir di university. Boleh kata tu zaman belia baru nak up. Haha.

Zaman which kau akan rasa risau if habis belajar tak dapat kerja dan gaji setimpal dengan segala jerih perih blajar dari darjah satu sampai universiti, (hutang ptptn lagi hahahha).

Itulah saat yg kau sangat fikirkan soal jodoh. haha

zaman kawan kawan mungkin dah tak ramai. your circle of friends makin kecil.

yeah... zaman tu.

Intan, how i wish you are clean from any dosa dosa. how i wish you are a good kid since small.
Tapi tulah, ianya adalah perkara yg diluar kawalan. Ia dalam kawalan sebenarnya, tapi tulah since benda dah lepas, nak ubah pun dah tak boleh. so it remained as benda luar kawal.

Makanya, terimalah hakikat yg kita ni sentiasa berdosa.
Taubat.
Azam taknak buat.
Jauh dari sumber yg menghasut suruh buat.
Berhentilah buat.

In terms of life, soal rezeki.
Usaha sehabis tenaga.
Jangan putus asa.
Insya allah boleh berjaya.
Kalau tak pun, kegagalan tu nanti akan jadi pengajaran yg bermakna seumur hidup kau.
Jangan risau, setiap perkara yg jadi tu tak pernah sia sia.

Soal Jodoh.
Bila dah tua sikit ni, baru aku terfikir, apahal lah nak rush sangat pasal jodoh ni.
Jodoh bukan ke allah dah takdirkan untuk kita.
dan, takdir kan mampu di ubah dengan doa.
so, kalau takut dapat jodoh yg tak elok ke apa ke... doa.
sebab, bila kau buang masa kau dengan mencari jodoh sendiri, kau ingat kau akan dapat yg seperti kau mahu, padahal elok atau tak kau sendiri tak tahu.
Dan bila dah kahwin ni, baru kau sedar.
Janji allah itu  benar, perempuan yang baik untuk lelaki yg baik.
Lelaki yg baik itu untuk perempuan yg baik.

Kenapa gaya ni macam 1st time dapat suprise birthday eh... hahaha
Terharu kakak!

Tq officemate

i'm blessed


tq for birthday lunch makkenik!




1st post 2017! haha

Assalamualaikum blog.
haahahaa..looonnnggggg time no see me right?
yeahh..i miss you too.

Alhamdulillah. its 2017. A new year,new me (better one :-p) insyaallah.

Im good. Work at office good. Both kids are good too.
Irfan Ahmad dah darjah satu (wajib blog about this, please intan. rajin sikit) and Maryam Hannah pun dah masuk tadika.

Us masa raya last year. See, all of us membesar bagai juara. hahaha.
Lets pray that there will be more blogpost after this, haha.

Bye blog. see you soon.

2016

Oh my... how times flies... allahuakbar dah 2016.
Umur bertambah setahun lagi.
Anak2 makin membesar.

My 2015 was great alhamdulillah. Pahit manis masam masin.
Its life isnt it..macam tu lah. Redahkan je, and survived.

Budak 2 orang yg makin besar panjang.

Hope 2016 will be much better. Better me.

Recap on this 1st week, eh 2nd? Its a good start actually, start this new year by spending time with family. New year breakfast pool party kat rumah boy. Happy tgk anak2 happy spending time playing running around dengan cousins.

Then on 2nd day a get together lunch barbecue by the pool at makmah's house, well kali ni demi menggembirakan ibu, harap dia seronok spending time with her siblings and anak cucu sedara. And.. for irfan and maryam to atleast mix around dgn my mohd piah clan.

Sunday 3rd january,  brought the kids to nu sentral, watch movies, makan and emmm lari lari and lepas bebas, hahaha.

My weekdays at office was the most hectic rasanya, hari hari balik lmbat, jemil has to fetch kids dulu the fetche me. Sampai rumah masak makan tido and routine biasa as mom. Kita tgk la few more months, rajin lagi ke mask, kahkahkah

And tadi..I mean mlm td, meeting from 2.40pm till 10.40pm!
Sampai rumah pukul 11 mlm! Padan muka lah kau kena marah dengan jemil. It was unplanned overtime. Tak sangka akan habis selewat itu. Haihhhh.

And now at 2.27am mata still takleh lelap.
Agaknya badan dan otak dah terlalu penat.
And I can now bayangkan my to do list for tomorrow at office. Haaaiiiihhh.

It was like forever!


No not merungut. Saja cerita. Kotla bila luah kat sini ringan sikit beban fikiran. Hehe.

Its a good start actually, being busy at office is a sign that u are contributing to the company, to public health,  to ummah, hihi
Being nag by encik suami at home because balik keje lambat shows that he needs you, you have family to take care of, who needs your warm hug before sleep. Alhamdulillah.


Insyaallah.  Doa yg baik2. Minta yg baik2. Berakhlak yg baik2.
Insyaallah intan.  Insyaallah. 

Konsert akhir tahun 2015 Tadika Bayu Mewah

Seperti tahun lepas, end of year ada konsert akhir tahun tadika.
A must attend event. Hihi

Irfan ahmad baru 5 tahun, jadi dia cuma terlibat dengan persembahan sahaja.

Few weeks back, kitorang hari2 tnya dia buat persembahan apa, ada la dia tunjuk the gummy bear song dia, nyanyi lagu nasyid rukun iman, nyanyi lagu jong jong inai. A teaser la, buat mak pak dia ni lagi tak sabar menanti nak tgk anak bertuah perform. Hihu.

This time around, irfan punya konsert akhir buat di restoran terapung titiwangsa. Space besar sikit compare to last year. Memang puas budak2 ni berlari. Maryam pun, huhu. Dia seorang je girl yang berlari non stop, stop pun sbb makan je, hahaha.

Maryam Hnnah and mamanya yg excited. Hahaha

Punya la excited. Awal giler sampai, hahaha


Setiap suatu pemergian

28 August 2010.
Genap 5 tahun abah pergi.
I think, I didnt hv a chance to write about abah. Dalam diary ada kot. Huhu
5 years ago. Early of 2010, me and jemil nikah. Then start our own life in k.l. Melalui hari hari baru as husband and wife. Abah mesti tertanya2 what type of girl I am, buleh ke aku jaga anak dia, hiho knowing azmil is his anak kesayangan (this is what abgngah told me when I first met kodiang family long before we get married). Alhamdulillah abah, we survived 5 years marriage. Hehehe
Middle March that year, abah dtg k.l and dah kebetulan abah mak and tok ada kitorang buat makan2 sempena birthday abah, doa selamat syukur kt rumah selayang tu (dah 3 bulan pindah masuk baru nk buat, hihi) And nk dijadikan cerita jugak, mlm sebelum abah mak smpai k.l tu, kitorang beru je g clinic and found out yg aku pregnant. Good news kann.
Since March that year kitorang tak balik kodiang, tp mmg plan nk ambik cuti panjang dalam bulan August (bulan puasa). Nak spend masa ngn family kodiang sbb plannya raya tahun tu nak raya kt ipoh.
Azmil ni..aku boleh classify dia as family-person. Apa2 jd, family first.
Boleh kata, setiap hari dia akan call family kt kodiang, hari hari (to be specific, call abah). Sepanjang bulan puasa tu, setiap hari akan bercakap dengan abah, duk tnya juadah berbuka, duk plan menu nk masak bila kami balik kodiang nnti, mcm2 lah..happy je bila ingat ingat balik.
Sampai lah 25th August tu, dalam pada kami duk menghitung hari nak balik kampung, and pagi tu pulak announcement bonus that year, memang la tersangat seronok. Tp suddenly we received a bad news from maknjang saying that abah was involved in accident masa nak hantar faris p sekolah pagi tu, and abah comma. Luruh hati perasaan.
Took an emergency leave, kami terus bergegas balik kodiang, straight to hospital tunku fauziah.
Tgk abah dalam keadaan comma with big ventilator host masuk dlm mulut abah, mata abah terpejam. Dah tak nmpak kami dtg, dah tak boleh bercakap dengan kami.
I silently nazar, mintak allah sembuhkan abah (even doctor and nurse keep on saying abah dh takde harapan nk sembuh seperti sediakala) and I will puasa to fulfill the nazar. Tp yelahh..allah lebih tahu apa yg terbaik untuk abah.
That year's ramamadhan was like my turning point, I did doa sepenuh hati, like sepenuh hati mengharap allah makbulkan doa aku. Even waktu tu tgh sarat mengandung, allah pinjamkan kekuatan untuk puasa. Setiap malam akan tido temankan mak kt kaki lima icu hospital, siang kami biras biras ni akan masak sama sama juadah berbuka and kami berbuka sama2 kt luar ward icu tu. Aku rasa the whole 3 days sebelum abah pegi, kami mmg tak henti bacakan surah yassin untuk abah. I still remember holding my old candybar sony ericson yg ada surah yassin aps dlm tu.
Hinggalah saat saat akhir sebelum subuh tu, bila bp abah mula drop, nurse doctor izinkan kami baca yassin dekat sebelah abah. Aku tau (semua org pun boleh agak rasanya) tu petanda yg bila bila masa allah akan ambik nyawa abah. Pukul 6.30 pagi, I left the room to surau for solat subuh, around the 10 minutes, abah pergi tinggalkan dunia ni.
Azmil told me, masa tu dia mcm hilang arah, dia hampir tumbuk dr yg suruh dia ketepi (diorang nk buat cpr) masa dia tgh peluk abah. Mujur paksu tenangkan dia.
And yes...dah 5 tahun berlalu. Tp macam baru semalam je berlaku, dan dalam sedih menerima hakikat yg allah dah ambil nyawa abah, tp bersyukur abah terpilih antara org yg allah ambil masa bulan mulia. Bersyukur kami diberi kesempatan menguruskan abah. Diberi rezeki lebih untuk uruskan segala keperluan di saat akhir abah. Macam tahu tahu yg kami dh ambil cuti panjang. Tak sangka untuk ini.
14 Sep 2015.
Opah. Dia ratu hati aku. Yg menjaga aku dari kecik. Bila aku dah besar godang ni je yg tak balas jasa dia. Haiihh.
Walaupun opah kena mild strok in 2009, tp allah rezekikan kesihatan pada dia, masih boleh berjalan dan uruskan diri sendiri. Cuma kebelakangan ni nampak yg makin severe penyakit nyanyuk dia. Dia tak berapa ingat orang dah. Ayah pun dia tak kenal, dia duk kata ayah tu adik dia, hihi.
There are so much things yg aku akan terus simpan dlm hati. Byk sgt bnda yg aku kesalkan. Tp entahlah. Benda dah jadi pun. Aku harap opah faham. Banyak kekurangan aku nak dibandingkan jasa opah besarkan aku.
On 11 Sep tu, jumaat tghari, azmil call suruh aku return call chu. Once dapat call chu, dari cerita chu opah mcm kena strok attacked. Aku callkan ambulance and opah selamat sampai hospital.Tapi since saat tu opah dah coma tak sedar dah. Mlm tu masa bercakap dengan doctor dekat emergency department, aku tau yg strok yg opah kena kali ni lebih severe.
The next day masa waktu melawat, ibu ckp doctor bg 2 choices, sama ada nak buat brain surgery or conservative treatment since opah dah berumur. And they preferred that 2nd choice. Cuma hospital nak monitor 3 4 hari lagi sebelum benarkan bawa balik rumah.
Ahad petang, cuma aku,nadia taufiq pergi hospital tgk opah. Irfan dengan maryam azmil jagakan kt rumah. Aku dapat spend masa yg lama duduk dekat dengan opah. Setiap kali aku ngaji disisi dia automatic air mata mengalir non stop, hati jadi sebak, yes sbb sedih tgk keadaan dia yg macam tu. Dan sebab terfikir yg aku mampu baca setiap butir ayat al quran ni pun sbb dia, dialah ustazah ngaji aku yg pertama. Yg walau dalam lupa dan nyanyuk dia pun akan selalu pesan suh buat ubat sejuk campur bawang putih bacakan ayat kursi sapu kt pipi maryam yg eczema tu, huhuhu those kenangan yg akan buat aku sebak bila teringat.
Pagi isnin tu, ibu inform kata doctor bgtau yg opah alami pndarahan dalaman dan keadaan opah yg makin deteriorating, aku terus masuk bilik bos mintak emergency leave, then masa tgh duk tanya kaksu cara paling senang nak ke hospital selayang tiba2 ibu call bgtau yg opah dah pun meninggal dunia.
Allah rezekikan aku kekuatan untuk uruskan jenazah opah, mandikan, kafankan, hinggalah solatkan jenazah opah.
Opah..walaupun intan tak jaga opah macam yg intan janji kecik kecik dulu, tp Insyaallah, kali ni intan janji akan rajin baca quran supaya opah sentiasa dapat pahala sbb pernah mengajar intan mengaji.
25 Sep 2015
Selang 11 hari selepas opah dijemput illahi, Abok pulak allah ambil kembali.

Alhamdulillah, segala urusan mereka allah permudahkan. Urusan dunia mereka dah tak perlu nk dirisaukan.
Memang hakikat hidup ni cuma pinjaman. Pentas sementara untuk kita kumpul pahala.
Kita yg tinggal ni yg patut fikir macam mana pulak kita nanti.
Draftkan kematian bagaimana yg kita mahu, pastinya khusnul khotimah.
Kalau aku mati.. macam mana?

2015 is coming so sooooonnnn.

Tajuk entri kalau tak over, tak sah. hahaha

Tapi betul lahhh. its already december!
Sekejapannnyyaaa.
Hehehe. kesalahan bahasa di situ.

Irfan Ahmad, 4yrs 2 wks and 2 days young

Dia dh boring tgk mickey mouse club house dia, dia offer mama remote tv, "nah mama, mama tgk la cerita lain"

mama buat2 tanya, "cerita lain tu cerita apa?"

"mama tgk la cerita orang, mama tgk cerita orang kan"

"ok, kalau mama tgk cerita orang, babah tgk cerita apa?"

"babah tgk cerita bola.. "

hah... nmpak tak relation di situ, mama suka layan drama, abah pulak takde cerita lain yg abah tgk, lepas bola, bola lagi, hahahaha

anak pun dah perasan.

Maryam Hannah, 1 yr 1 month 1 week 1 day young

Tengah suap 2 beradik ni makan yee mee, oh diorang ni mmg ikut selera mama abah, suka makan mee.

mama tnya abang, "best tak mama masak?"

"deliciousss" bangga mak, hihi

mama tnya lagi, "adik, best tak?"

"dap"

aahhhh speechless. alhamdulillah. ini la yg allah kata penyejuk mata dan jiwa kan...

Konsert akhir tahun Majlis Konvokesyen Tadika Bayu Mewah

Alhamdulillah.
I am a proud mama.
hihi.
Walaupun anak i cuma terlibat dengan persembahan, bukan convo pun, kihkihkih

Semalam baru je dia berumur genap 4 tahun.
And bila petang tadi tengok dia beraksi on stage, sebak okayyyy.
Hahaha

Bertempat di Grand Pacific Hotel Kuala Lumpur.

Lepas bacaan doa, ucapan daripada puan pengetua, yg kami panggil Ibu Ziah
Syahdu betul masa doa pembuka majlis tu, siap ada doa supaya anak2 ni terus membesar menjadi manusia yg berguna, soleh solehah, berjaya dunia akhirat,bertakung air mata i mengaminkan doa, huhu

Persembahan start dengan ucapan alu aluan daripada anak2 kelas 6 tahun, in 3 language okay. 3. Bahasa melayu, english and mandarin, kagum mak sekejap tau.


Nyanyi lagu Negaraku and lagu Jalur Gemilang.
Then kelas darjah 6. Perform Nasyid.
Nama kumpulan nasyid Al Juwairiyah, macam biasa dengar je kan, rupanya nama ustazah, hihi ustazah depa nama Juwairiyah, haha.

Kelas 6 zuhal

Gabungan 6 Zuhal and 5 Zuhrah nyanyi lagu lagu mandarin.

1st persembahan kelas 4 Marikh ngn 4 Earth, tp irfan takde dlm group ni.
Persembahan kelas 4 marikh ni kelakar, hihi.
Nak tulis ni pun aku dah geli hati dah bila teringat. Budak2 ni kan baru 4 tahun, so diorang idak la nyanyi lagu aii aii twist ni, yg girls cuma goyang2 bahu and satu2 lirik yg depa nyanyi ialah 'aiaiaiai' hahaha,and the boys pulak acting like they are performing as a bandboy, dengan sexaphone, gitar spect hitam siap, hahaha, memang comel tahap gaban cara diorang bersungguh sungguh perform.

Stress, takleh nak upload vidiyo, huhuhu

Hah, finally keluar pun anak teruna den. Lagu belon. hihi
Ni pulak lagu mata saya. hihi
Macam macam aksi tau. Geram je, haha
Semangat dia nyanyi lagu ni sampai buat action tu sungguh. Kat rumah tak pernah dengar pun dia nyanyi, suruh nyanyi pun takmau.

Sambil sambil tu ada jamuan makan, food sedap. Ke memang tgh lapar tah. semua pun sedap kan.

Adik? Maryam Hannah? Ada. hihi





Mula mula sampai dia jaga, tp mengantuk, jenuh jugak la nak pujuk tido.
Masuk dlm boba, goyang2 sikit, zikir kat telinga, terus lena.
Carier mama bli semua ada sleepy dust, hihi.

Elok tgh bergelak ketawa tgk performance, adik terjaga.
hihi.
Adik pun excited tgk abang kakak on stage.
Makan takyah cakap la, apa mama makan dia makan.
Bak kata lirik lagu abang nyanyi, "mulut saya satu, tidak henti makan" Hahahaha.


Last performance by 4 years old kids, baby elephant walk dance, serius comel.

Apa yg mengagumkan aku is, irfan ahmad sangat la enjoy perform on stage. Aku ngn jemil sebenarnya risau jugak takut takut if dia nampak kami kt bawah tu tgk dia, kot kot dia malu and taknk perform kannn. Tp ternyata apa yg kami fikir tu adalah sebaliknya. Meja kitorang dah la depan stage, irfan dengan kawan2 dia relax je lambai2 mak ayah, siap cakap "eh tu mama kita" lepas tu siap cakap "hi mama", hihi
And lebih ajaibnya, dia tak malu2 pun menyanyi menari on stage, he realy having fun performing in front of ramai orang, macam2 kelaku dia atas pentas tu. 
Besar besar ni buat aksi apa pun masih nampak comel :P

Dah habis semua persembahan, ada upacara penyampaian hadiah. Untuk yg dapat 3rd to 1st place special la sikit hadiahnya.

As usual kami ni jenis makayah yg takut nak letak harapan tinggi tinggi kat anak. I mean, kami taknk stresskan irfan, and most of all taknk stress2 kan diri kami sendiri compare keputusan exam dia ngan keputusan anak orang lain.
Ye la, irfan baru 4 tahun, semalam baru 4 tahun, hakikatnya dia terpaksa pegi sekolah at 3 years and 2 months of his age. Kecik lagi kan. Tapi kitorang tau, early education yg sekolah ni tawarkan pun bukan lah formal sgt, idak le ada homework bagai, cuma mungkin exam yg sekolah buat ni just untuk menilai anak anak ni. And bagi hadiah berdasarkan ranking ni sekadar penaik semangat, reward orang kata. Mak ayah and anak anak perlu positif and bina semangat bersaing yg sihat.
Aku tidak la kata cara aku bagus, cuma aku rasa lebih baik menilai dan membanding keputusan anak kita dengan keputusan mereka yg lepas. Ada improvement ke tidak, kalau tak, kenapa.

Teringat masa memula nak hantar Irfan kat tadika ni, sebenarnya tak plan pun. sbb aku asyik rasa dia terlalu baby untuk dihantar ke tadika. Memang memula tu aku agak confiused sama ada nak daftar ke tidak untuk sesi persekolahan 2014. Siap google habis tadika2 top cam CIC,Brainy Bunch, Genius Aulad, Pasti, Little Caliph, tgk and budget2kan harga yuran bagai. Tapi at the same time ragu2 whether irfan ni ready ke tidak, boleh ke dia nak sesuaikan diri kat nursery baru kannn. Dah la still pakai diaper lagi. Dah terbiasa manja manja ngn babysitter kt nursery lama tu.

Tapi tulah, Allah tu Maha Mengetahui kan. Dia takdirkan kitorang berpindah kat area sini, nak taknk memang terpaksa tukar nursery and ditakdirkan aku terjumpa taska and tadika bayu mewah ni masa duk google taska yg berdaftar yg dekat dengan area rumah baru.
Mula2 aku aim nursery baby je untuk maryam, sbb maryam baru 2 bulan kan, so bila tengok bilik baby, cara diorang handle baby yg masih bf and minum ebm, aku terus rasa okay. And bila pengetua tu kata kids of age 4 tahun on 2014 memang kena daftar to tadika, aku rasa macam allah dah tolong jawabkan keraguan aku.
Masa mula2 sekolah aritu, menangis pagi2 jgn cakap la. Dia memang tak biasakan, dh 3 tahun lebih duk nursery kat selayang tu, ibu and makteh dia memang jaga dia tiptop tetiba terpaksa pindah kan, memang haru jugak la awal2 tu.
Dengan dia yg vocab pun tak berapa byk lagi awal2 dulu, risaunya lahai kot kot dia tak reti nak ckp dia lapar ke dahaga ke, risau gila okay. Tp alhamdulillah, dah nak dekat setahun dah dia kat tadika ni, alhamdulillah tak ada apa yg perlu aku risau.
Hakikatnya aku tau Allah yg jaga anak2 aku, and memang aku doa sangat2, biarlah allah lembut and santunkan hati ibu ibu and cikgu cikgu yg jaga anak2 kami ni. Yela kan, anak anak ni kecik lagi. Aku cuma boleh mengharap yg mereka ni amanah dalam menjalankan tugas.

Alhamdulillah, Irfan punya guru kelas Ustazah Juwairiyah.
Nampak lembut tapi tegas.
Aku okay je if irfan takut ngn cikgu2 dia, disiplin sikit.
So far memang byk benda yg irfan dah pandai.
Pandai berkawan, bercakap pun dh fluent, few sentence in english pun tak nmpak kekok.
Dah tak pakai diaper.
Ada la lagi bnda bnda simple yg buat aku ngn jemil kagum, huhu.

Yang jaga maryam pun okay. Lagipun maryam ni mmg senang nak jaga, kenyang perut dia, diapers dia bersih, dia selesa, tak payah ditepuk tepuk pun boleh bawak diri and tidur sendiri.
Maryam pun dah pandai jalan.
Certain words cam "sedap", "habis", "mama","abah" mmg clear if dia sebut.
And kalau tanya mcm mana bunyi cat, kang dia buat la bunyi "miaawwww", hihihi geram je dengar.

Makanya, memang tiada kata selain segala puji bagi allah.
Segala perkara yg baik semua datangnya dari Dia.






Irfan Ahmad 4 yrs young

Happy birthday ultraboy :)

Kelakar tau irfan ni, boleh dia marah bila abah dia nyanyi birthday song kat dia tgh malam td, hahaha.
siap ngadu, "mama, tgk abah ni, marah dia"
mama tnya kenapa?
"abah ni...nyanyi"
hahahahaa.. nyanyi pun tak boleh ka?
irfan irfan...

Birthday yg ke 4 tahun ni, samaje macam 3 tahun yg lepas.
Takde party party.
Insyaallah nnti buat goodie bag untuk bagi kat kawan2 kat sekolah.
Haritu saja google gambar cake image dibo dragon, tunjuk kat dia, tgk gitu2 jela, takde la dia beria2 mintak cake, hihi.

Hadiah bday pun tak pandai mintak lagi, tp selalu je apa dia nak dia dapat. hihi.
Asal ultraman rosak je, "nanti beli baru neyyyy.."
suka hati kan? 

Umur 3 tahun 2 bulan dah kena g sekolah kan, but anyhow mama tau irfan dah pandai bawak diri.
Dah banyak sgt pengalaman yg mendewasakan irfan.
Banyak sangat sampai mama rasa eh cepatnya irfan dh besar, haritu macam baby baby je lagi.

Above all this, Mama doakan irfan jadi anak yg soleh, yg mendengar kata.
Yg bijak, yg sihat, yg handsome, yg segala gala yg terbaik lah :)
Semoga irfan membesar dengan baik.
Mama and abah sayang irfan.
And kalau mama and abah marah sikit sikit tu ada la sebabnya, semua pun nak yg terbaik untuk irfan.
Mama and abah akan cuba berikan yg terbaik untuk anak2, but ALLAH jugalah sebaik sebaik penjaga.
Mama doakan Irfan terus dalam lindunganNya.


Acamen bobot mama. habes serius dah tu, takut tak? hahaha

Cerita kecil tapi significant

Sebenarnya, aku nak tulis pasal reunion jemil ngn ex schoolmate MRSM PDRM dia.
Banyak gak la gambar yg aku dh kumpul. Video yg aku rakam.
Selain gambar sekitar event tu, gambar irfan terbalikkan bouncer ngn geng2 dia, huhu.
Haritu dh tepek satu dua gambar kt ig and fb.Rasa macam cukup lah tu.
Malas la nk tulis.

Tapi, mlm ni rasa nak tulis tentang dia...

Aku tak kenal dia.
Cumanya dia ni ex schoolmate jemil.
Panggilan kawan kawan che mad. sebab aku dengar jemil pun panggil dia chemad.
And rasanya, jemil pun dah lama tak jumpa dia, sebab seingat aku, since bercinta and dah ada anak 2 ni, baru2 ni (masa reunion tu je) aku perasan dia ni.

Lepas turun dari kereta, berjalan nak ke lobby Bangi golf resort, ada 3 orang lelaki berjalan seiring agak jauh kedepan daripada kitorang.
Jemil melaung " Tuan Ismadi!"
Dia toleh, senyum. "Kodiang!"
Sambil jalan ke arah dia, aku tanya "kenapa abang panggil dia tuan?"
Jemil kata "sebab dia Inspector polis"
Dia tunggu, peluk erat jemil and jalan seiring dengan kitorang terus ke registration counter.

Sepanjang majlis tu, aku cuma tgkkan irfan dari jauh.
Dia dah jumpa geng main, and kebetulan mmg ada corner khas ada bouncer untuk budak2 ni main.
Jemil, aku bg chance dia borak puas2 dengan kawan2 dia yang ada yg lama dia tak jumpa.
Sambil2 tu aku borak2 dengan spouse exschoolmate jemil yg lain.
Bila time makan, aku makan sambil suapkan maryam.
And memang malam tu aku dengan maryam kerjanya mmg makan je.
Food sedap.

Sambil ada yg dah sudah makan, and sambil2 makan ada few games yg diorang buat atas stage.
M.C masa game tu chemad lah.
Ada part yg kelakar kitorang gelak. so macam terngiang2 dengar suara dia.
Selain aku agak susah hati sbb irfan and gengnya dah start naik pentas mangacau.
Maka memang mata aku tertumpu pada pentas.

Irfan and the geng dah start buat havoc. Che mad yg pegang mic tu.
Kita tgk gambar jela ye.

Bersungguhhh

chemad yg duk depan yang membelakangkan camera.

Chemad yg duk bahagian tgh, sebelah brader tshirt biru tu. ceria kan dia? gelak2. senyum2.

Gambar wajib. Ramai ramai.

Ni ex classmate jemil. form 1 sampai form 3. yg dia peluk tu zafrul. bff katanya.
Time sebelum balik tu, beria ia peluk kawan2 dia.
Dengan jiji jiran tingkat atas pun berpeluk sakan.
Macam lepas lepas ni tak akan jumpa dah kan.
Dengan chemad pun sama.
Berpeluk erat.
Jemil cakap "nanti chemad, nanti aku bawak hang p makan nasik ayam mahai"
Aku siap menyampuk, "nasi ayam mahai??"
Rupanya, nasi ayam rm7 yg kat depan petron tu.
Jemil plan kalau2 nanti bila bila dia nk ajak chemad makan and lepak lepak situ.
Che mad ni kan inspector polis, keja kat pulapol tu, mmg dekat jela if nk lepak situ.

Tapi....
itu cuma perancangn kita.
Ditakdirkan, malam 18 november, che mad terlibat dengan kemalangan maut yg meragut nyawanya.
Dia on the way nk balik rumah, dari Pulapol jalan semarak tu nk ke puchong.

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/inspektor-maut-motosikal-rempuh-lori-1.26611

Terkejut. Tak percaya. Semua jenis perasaan ada.
Jiji ketuk pintu rumah, smpaikan berita.
Jemil bersiap dalam gegas.
Aku macam terpinga.
Pasangkan butang baju melayu dia, salam, dia pergi dengan jiji.
Jemil pesan tidurkan anak anak and tidur dulu.
Tapi aku nak tunggu. Tak sedar terlena.
Tersedar ntah pukul berapa jemil dah balik.
Aku bukan apa, aku bagai boleh rasa macam mana perasaan isteri che mad menanti dia di rumah.
Tapi sebaliknya dapat berita yg suami dia dah tak ada.
Dan lebih menambah derita, esoknya ulangtahun perkahwinan mereka yang kedua!
Jemil cerita, che mad dh book tmpat untuk candle light dinner berdua dengan isteri dia.
Ya allah, kuatkan la hati isteri chemad, gantikanlah pahala dan redhaMu atas kehilangan yg dia perlu terima ini.
Aku tahu, aku percaya, yg Engkau takkan uji hambaMu lebih dari apa yg kami mampu.
Aku hanya mampu doakan isteri chemad tabah menempuh ujian hebat ini.
Kau ampunkan dan kasihanilah keduanya. tempatkanlah chemad dikalangan hamba2 mu yg soleh. temukanlah mereka semula didalam syurgaMu.

Apa yg aku cuba cerita, ia... mati.
Tak akan pernah kita tahu dan jangka bila masanya.
Hari ni kita ceria, bahagia, suka, derita, tanpa tahu adakah esok masih ada.
Ntah. Macam2 perasaan aku rasa.
Takut.
Masa aku ntah bila.

Kalau lah boleh request dengan tuhan.
Agar ambil aku bila aku dah sedia.
Saat taubat aku tuhan dah terima.
Bila aku betul betul dah suci dari dosa.
Kalau lahh....

**Selaut doa untuk kau chemad, mohd ismadi bin mohd muhidin.
Semoga kubur kau luas bagai taman syurga.
Telah ditakdirkan yg hari itu, waktu itu kau perlu kembali kepadaNya, tak awal, tak lewat hatta sesaat.
Kami ni....ntah bila.

My first umrah

Ya Allah, please invite me again, every year. I must thank jemil for his blessing and support. Izinkan pergi, and tolong jagakan kids.  My d...